Umum   |   Perkhidmatan   |   Borang   |   Bahagian   |   Masjid    Pautan   |   Aduan   |   Utama


 

BENGKEL PENGUKUHAN AKIDAH SAUDARA KITA 2009

 

Pada tanggal 29 Mac 2009 bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Aqidah Saudara Kita 2009 bermula jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Bengkel yang dianjurkan ini bertujuan untuk memantapkan dan mengukuhkan kefahaman Aqidah Islamiah di kalangan saudara kita di Pulau Pinang terutamanya yang baru memeluk Islam sekitar penghujung 2008 hingga Mac 2009.  Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu membincangkan dua tajuk utama dalam memahami aqidah iaitu

 

:-         Konsep Syahadatain (pengertian dan huraian)
:-          Pengertian Surah al-Fatihah.

 

Bengkel ini turut dihadiri oleh Ustaz Mohamad Fazli bin Zain, Penolong Pengarah Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Seramai 60 orang peserta telah berjaya menghadirkan diri untuk mengikuti program ini. Para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan bengkel dan dikendalikan oleh tiga fasilitator. Tiga orang Fasilitator yang dipertanggungjawabkan ialah Ustaz Tuan Haji Abdul Malik Bin Abdullah (Pegawai Mubaligh JAIPP), Ustazah Hanidawati Hafiza Ng binti Abdullah (Pegawai mubaligh JAIPP) dan Muhammad Hafifi bin Don (Pegawai Mubaligh JAIPP).  Sesi I bermula jam 9.30 pagi hingga 11.00 pagi dan di sambung dengan Sesi II pada 11.30 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel tamat pada jam 2.30 petang selepas para peserta selesai menjamu selera dan Solat Zohor berjemaah.