s

Umum   |   Perkhidmatan   |   Borang   |   Bahagian   |   Masjid    Pautan   |   Aduan   |   Utama


 

PROGRAM PELANCARAN BULAN PENGHAYATAN SOLAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2008

 

 

Program Pelancaran Bulan Penghayatan Solat Peringkat Negeri Pulau Pinang tahun 2008 telah diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang pada 20 Ogos 2008. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Haji Shabudin bin Yahaya iaitu Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Ceramah yang bertajuk "Solat Menurut Perspektif Islam dan Sains telah disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Jamnul Azhar bin Haji Mulkan iaitu Pakar Motivasi Negeri Kedah.

Seramai 160 orang peserta telah mengikuti program tersebut. Dalam program tersebut ceramah seperti kelebihan solat dan rahsia solat menurut perspektif islam dan sains telah dikupas oleh Y.Bhg. Dr. Jamnul Azhar bin Haji Mulkan supaya para peserta lebih mengetahui kelebihan solat dalam kehidupan seharian. Majlis berakhir pada pukul 12.30 tengahari selepas sesi soal jawab berakhir. Dibawah ialah foto-foto semasa program tersebut berlangsung.