PROSES UJIAN SARINGAN HIV
1. |
Dapatkan Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (Borang HIV) di Klinik Kesihatan Kerajaan berdekatan. Borang adalah percuma. |
2. |
Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Senarai Klinik-Klinik Kesihatan yang menjalankan Ujian Saringan HIV boleh diperolehi dari laman web ini atau Pejabat Agama Daerah berdekatan.
|
|
3. |
Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menjalani Ujian Saringan HIV. |
|
4. |
Proses pemeriksaan HIV adalah seperti berikut :- |
|
|
i. |
Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan , Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang bertugas . |
|
|
ii. |
Ujian dijalankan dengan mengambil setitik darah bakal pengantin dan dititiskan ke dalam alat Ujian Pantas HIV (HIV Rapid Test Kit) . |
|
|
iii. |
Keputusan ujian akan diperolehi dalam jangkamasa 15 hingga
30 minit . |
|
|
iv. |
Keputusan akan dicatat di dalam Borang HIV dan disampulkan. |
|
5. |
Kemukakan sampul yang berisi Borang HIV bersama borang Permohonan Untuk Berkahwin kepada Pejabat Agama Daerah berkenaan. |
|
|