|

ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH
(NEGERI PULAU PINANG) 1996
SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
BAB I
| |
1. Tajuk
ringkas dan mula berkuakuasa |
| |
2.
Tafsiran |
| |
3.
Pembicaraan Kesalahan-Kesalahan Oleh Mahkamah |
| |
4.
Kekecualian Hak Kedaulatan. |
BAHAGIAN II
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM
MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB II
MAHKAMAH JENAYAH
| |
5.
Mahkamah
|
| |
6.
Mahkamah hendaklah terbuka |
| |
7.
Mengeluarkan orang dalam kes-kes yang tertentu |
| |
8.
Bidangkuasa Jenayah Hakim |
| |
9. Bila
orang awam mesti menolong Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai Polis. |
| |
10. Orang
awam dikehendaki memberi maklumat atas perkara-perkara yang tertentu. |
BAB III
MENANGKAP, MELARIKAN DIRI,
DAN MENANGKAP SEMULA
| |
11. Cara
menangkap |
| |
12.
Memeriksa tempat yang dimasuki oleh orang yang hendak ditangkap. |
| |
13.
Memeriksa orang yang berada dalam mana-mana tempat yang digeledah dengan waran. |
| |
14.
Kuasa memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan diri. |
| |
15.
Ditegah menahan secara berlebih-lebihan dan peraturan memeriksa seseorang. |
| |
16.
Memeriksa orang-orang yang kena tangkap |
| |
17.
Kuasa merampas senjata yang merbahaya |
| |
18.
Memeriksa orang kerana hendak mendapat nama dan alamat |
| |
19.
Menangkap tanpa waran |
| |
20.
Enggan memberi nama dan tempat tinggal |
| |
21.
Oang-orang yang ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, tindakan terhadapnya |
| |
22.
Memburu Pesalah-Pesalah |
| |
23.
Bagaimana tindakan terhadap orang yang telah ditangkap dan tahanan yang lebih
dua puluh empat jam |
| |
24.
Melepaskan orang yang telah ditangkap |
| |
25.
Kesalahan yang dilakukan di hadapan Hakim |
| |
26.
Tangkapan oleh atau di hadapan Hakim |
| |
27. Kuasa
untuk memburu dan menangkap semula |
| |
28.
Peruntukan-Peruntukan Seksyen 12 dan 14 dipakai untuk tangkapan di bawah Seksyen
27 |
BAB IV
PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA
KEHADIRAN
SAMAN
| |
29. Bentuk
Saman dan Penyampaian |
| |
30.
Bagaimana Saman disampaikan |
| |
31.
Prosedur bila Saman tidak dapat disampaikan dengan sendiri. |
| |
32. Bukti
Penyampaian |
| |
|
WARAN TANGKAP
| |
33. Bentuk
Waran Tangkap |
| |
34.
Mahkamah boleh arahkan catatan di atas waran jaminan yang akan diambil |
| |
35. Waran
kepada siapa diserahkan |
| |
36.
Memberitahu tentang isi kandungan penting waran |
| |
37. Orang
yang ditangkap di bawa ke Mahkamah tanpa kelewatan |
| |
38. Acara
untuk menangkap orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan. |
| |
39.
Pengeluaran waran sebagai ganti atau tambahan kepada saman |
| |
40. Saman
untuk hadir dan waran tangkap boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia |
| |
41. Kuasa
untuk mengambil Bon untuk kehadiran |
| |
42.
Penangkapan atas pelanggaran Bon kehadiran |
| |
|
SURAT-SURAT PERINTAH UNTUK
MEMAKSA MENGEMUKAKAN
SURATAN DAN LAIN-LAIN HARTA
BOLEH ALIH DAN UNTUK
MELEPASKAN ORANG TERSALAH
TAHAN
| |
43. Saman
untuk mengeluarkan surat atau benda-benda lain |
| |
44.
Peruntukan di dalam Seksyen 29-31 digunakan |
| |
45. Bila
waran geledah dikeluarkan |
| |
46. Kuasa
untuk menghadkan waran geledah |
| |
47. Hakim
bolehlah mengeluarkan waran memberi kuasa mengeledah untuk mendapatkan
keterangan mengenai kesalahan. |
| |
48. Bentuk
waran geledah |
| |
49.
Mengeledah orang yang tersalah tahan |
| |
50. Orang
yang menjaga tempat tertutup untuk membenarkan pengeledahan |
| |
51. Hakim
yang mengeluarkan waran geledah bolehlah hadir ketika ianya dilaksanakan. |
| |
52. Hakim
boleh arahkan pengeledahan di hadapannya. |
| |
53. Senarai
benda-benda yang dirampas hendaklah dibuat dan ditandatangani. |
| |
54.
Penghuni hendaklah hadir ketika pengeledahan. |
| |
|
BAHAGIAN II
MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI
PENGUATKUASA AGAMA
DAN KUASA-KUASA MEREKA
MENYIASAT
BAB IV
| |
55.
Maklumat |
| |
56. Acara |
| |
57.
Penerimaan salinan maklumat yang diakui sah sebagai keterangan |
| |
58. Acara
jika kesalahan disyaki |
| |
59. Kuasa
menghendaki kehadiran saksi-saksi |
| |
60.
Pemeriksaan saksi-saksi oleh penguatkuasa agama |
| |
61.
Kenyataan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama tidak boleh diterima dalam
keterangan. |
| |
62.
Hendaklah tiada apa-apa dorongan diberi |
| |
63. Kuasa
mencatat kenyataan dan pengakuan bersalah |
| |
64.
Pengeledahan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama |
| |
65. Pegawai
Penguatkuasa Agama boleh menghendaki bon untuk kehadiran pengadu dan saksi |
| |
66. Buku
harian mengenai tindakan dalam penyiasatan |
| |
67. Laporan
Pegawai Penguatkuasa Agama |
| |
|
BAHAGIAN IV
PERJALANAN PENDAKWAAN
BAB VII
BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH
DALAM PERBICARAAN
| |
68. Tempat
biasa bagi siasatan perbicaraan |
| |
69. Yang
dituduh dibicarakan di tempat perbuatan dilakukan atau akibatnya terjadi. |
| |
70 Tempat
perbicaraan jika perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab berkaitan dengan
kesalahan itu. |
| |
71. Jika
tempat kejadian kesalahan tidak dapat ditentukan dan lain-lain. |
| |
72.
Kesalahan dilakukan dalam suatu perjalanan. |
| |
73.
Apabila timbul keraguan Ketua Hakim Syarie hendaklah
memutuskan. |
| |
74. Hakim
mengambil ketahui kesalahan-kesalahan |
| |
75. Izin
mendakwa daripada Ketua Pendakwa Syarie. |
| |
|
BAB VIII
ADUAN KEPADA HAKIM
| |
76.
Pemeriksaan pengadu |
| |
77.
Penangguhan pengeluaran saman |
| |
78. Menolak
aduan |
| |
79.
Pengeluaran proses mahkamah |
| |
|
BAB IX
PERTUDUHAN
| |
80. Bentuk
pertuduhan |
| |
81.
Butir-butir mengenai masa, tempat dan orang. |
| |
82. Bilakah
cara dilakukan kesalahan itu mesti dinyatakan. |
| |
83.
Pengertian perkataan-perkataan yang digunakan dalam pertuduhan untuk menyatakan kesalahan itu. |
| |
84. Akibat
daripada kesilapan |
| |
85.
Mahkamah boleh mengubah atau menambah pertuduhan |
| |
86. Bila
perbicaraan boleh diteruskan serta merta selepas pindaan atau tambahan |
| |
87. Bila
perbicaraan baru boleh diarahkan atau perbicaraan digantung. |
| |
88.
Menggantungkan pembicaraan jika pendakwaan terhadap pertuduhan yang dipinda lain
terlebih dahulu. |
| |
89.
Memanggil balik saksi-saksi apabila pertuduhan itu diubah |
| |
90. Pertuduhan yang berasingan bagi kesalahan yang berlainan |
| |
91. Tiga
kesalahan yang sama jenisnya dalam tempoh dua belas bulan boleh dituduh
bersama-sama. |
| |
92.
Perbicaraan terhadap lebih daripada satu kesalahan |
| |
93. Bila
diragui tentang apakah kesalahan yang dilakukan |
| |
94. Bila
seorang yang dituduh dengan satu kesalahan boleh disabitkan dengan kesalahan
lain. |
| |
95.
Seseorang yang dituduh atas kesalahan boleh disabitkan salah kerana cuba
melakukannya. |
| |
96. Bila
kesalahan dibuktikan dimasukkan di dalam kesalahan yang dipertuduhkan. |
| |
97. Bila
orang-orang boleh dituduh bersama |
| |
98. Menarik
balik pertuduhan atas sabitan satu daripada beberapa pertuduhan |
| |
|
BAB X
PERBICARAAN
| |
99.
Peraturan dalam perbicaraan |
| |
100.
Ucapan |
| |
101.
Kuasa untuk memberikan pampasan |
| |
102.
Butir-butir yang hendak dicatatkan |
| |
103.
Pemindahan kes-kes. |
| |
|
BAB XI
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM
BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN
| |
104.
Acara bila ada sabitan kesalahan yang dahulu |
| |
105.
Pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana
peringkat. |
| |
106.
Hak orang yang dituduh untuk dibela. |
| |
107.
Mahkamah bolehlah mengemukakan soalan-soalan kepada orang yang dituduh. |
| |
108. Kes pendakwaan
hendaklah diterangkan oleh mahkamah kepada yang dituduh yang
tidak dibela. |
| |
109. Kuasa menangguhkan
perbicaraan |
| |
110. Penukaran Hakim
dalam masa perbicaraan |
| |
111. Menahan
pesalah-pesalah yang hadir di Mahkamah |
| |
112.
Hari kelepasan minggu atau hari kelepasan am |
| |
|
BAB XII
CARA MENGAMBIL DAN MENCATATKAN
KETERANGAN DALAM PERBICARAAN
| |
113.
Keterangan hendaklah diambil di hadapan yang dituduh |
| |
114.
Mencatatkan keterangan |
| |
115.
Catatan dalam kes-kes |
| |
116.
Cara mencatatkan keterangan |
| |
117
Menterjemahkan keterangan kepada yang kena tuduh |
| |
118.
Pendapat mengenai kelakuan saksi |
| |
119.
Orang-orang lain boleh juga diberi masa mencatatkan keterangan. |
| |
|
BAB XIII
KEPUTUSAN
| |
120. Cara
menyampaikan keputusan |
| |
121.
Keputusan tersilap boleh disemak |
| |
122.
Keputusan hendaklah diterangkan kepada yang dituduh dan salinannya diberikan
kepadanya |
| |
123.
Keputusan itu hendaklah difailkan bersama-sama dengan catatan. |
| |
|
BAB XIV
HUKUMAN DAN PENGUATKUASAANNYA
| |
124.
Peruntukan-peruntukan mengenai perlaksanaan hukum penjara. |
| |
125.
Peruntukan mengenai hukuman denda |
| |
126. Siapa
yang boleh mengeluarkan waran |
| |
127. Hukuman
sebat |
| |
128. Tempat
bagi melaksanakan hukuman sebat. |
| |
129. Masa
melaksanakan hukuman. |
| |
130. Mula
berkuatkuasa hukuman penjara di atas pesalah yang telah sedia menjalani hukuman
penjara. |
| |
131. Pesalah
remaja (Muda -Mukallaf) |
| |
132. Pesalah
kali pertama |
| |
133. Syarat
bon |
| |
134.
Pemulangan waran |
| |
|
BAB XV
PENGGANTUNGAN, PENGURANGAN DAN
PERINGANAN HUKUMAN
| |
135.
Kuasa untuk menggantungkan atau mengurangkan hukuman |
| |
136.
Kuasa untuk meringankan hukuman |
| |
|
BAB XVI
PEMBEBASAN ATAU SABITAN YANG
DAHULU
| |
137.
Seorang yang telah disabitkan atau dibebaskan tidak boleh dibicarakan lagi bagi
kesalahan yang sama. |
| |
138. Akuan
dari pembebasan atau sabitan dahulu. |
| |
|
BAHAGIAN V
RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVII
RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI
SYARIAH
| |
139. Hak
rayuan apabila pengakuan bersalah |
| |
140. Rayuan
terhadap pembebasan |
| |
141. Acara
untuk rayuan |
| |
142.
Penghantaran rekod rayuan |
| |
143.
Kebenaran khas untuk merayu di dalam kes-kes tertentu |
| |
144.
Menggantungkan dari perlaksanaan sementara menunggu rayuan |
| |
145.
Memasukkan rayuan ke dalam senarai |
| |
146. Acara
pada masa perbicaraan |
| |
147.
Ketidakhadiran pihak menentang |
| |
148. Menahan
pihak menentang di dalam kes tertentu |
| |
149.
Keputusan atas rayuan |
| |
150.
Perintah mengambil keterangan lanjut |
| |
151.
Keputusan |
| |
152.
Perakuan dan akibat keputusan |
| |
153.
Kematian pihak-pihak yang merayu |
| |
154.
Kos |
| |
|
BAB XVIII
PENYEMAKAN (MURAJA'AH)
| |
155. Kuasa
untuk meminta rekod dari Mahkamah Rendah Syariah (kuasa untuk muraja'ah) |
| |
156. Kuasa
untuk memerintah penyiasatan lanjut |
| |
157. Kuasa
hakim Mahkamah Tinggi Syariah atas penyemakan (muraja'ah) |
| |
158.
Kebenaran untuk pihak-pihak hadir |
| |
159.
Pemerintah penyemakan (muraja'ah) |
BAB XIX
TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA
KESALAHAN
BERKENAAN PENTADBIRAN
KEADILAN
| |
160. Acara
mengenai kesalahan dilakukan di hadapan mahkamah |
| |
161. Butir-butir fakta
kesalahan |
| |
162. Acara ganti |
| |
163. Kuasa mengurangkan
hukuman |
| |
164. Keengganan memberi
keterangan |
| |
165. Rayuan |
| |
166. Hakim tidak
membicarakan kesalahan dilakukan di hadapannya. |
| |
|
BAHAGIAN VI
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XX
KETUA PENDAKWA SYARIE
(Pendakwaan)
| |
167. Ketua Pendakwa Syarie |
| |
168. Kehadiran bagi pihak
Ketua Pendakwa Syarie |
| |
169. Pendakwaan |
| |
170. Pengambilan peguam
Syarie. |
| |
|
BAB XXI
JAMINAN
| |
171. Bila
seseorang boleh dilepaskan atas jaminan |
| |
172. Bila
seseorang yang dituduh melakukan kesalahan hudud Syarie dan
Qisas boleh dilepaskan atas jaminan. |
| |
173. Amaun
bon jaminan |
| |
174.
Perlaksanaan jaminan |
| |
175. Bila
orang hendaklah dilepaskan |
| |
176. Bila
waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin. |
| |
177.
Penjamin boleh memohon supaya dilepaskan bon jaminan |
| |
178.
Penyerahan wang sebagai ganti jaminan |
| |
179.
Peraturan merampas jaminan |
| |
180. Rayuan |
| |
|
BAB XXII
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS
BERHUBUNG
DENGAN KETERANGAN
| |
181. Acara
apabila orang yang boleh memberi keterangan mustahak sakit teruk. |
| |
182. Di
mana orang yang terlibat memberi keterangan berniat untuk meninggalkan Malaysia. |
| |
183.
Laporan orang yang tertentu. |
| |
184.
Bagaimana sabitan atau pembebasan yang dahulu adalah dibuktikan. |
| |
185.
Laporan keterangan di dalam ketidakhadiran si dituduh |
| |
|
BAB XXIII
PELUPUSAN EXHIBIT DAN HARTA
YANG
BERKAITAN DENGAN KESALAHAN
| |
186.
Mahkamah hendaklah menimbang cara melupuskan Exhibit |
| |
187.
Perintah perlupusan harta atas mana kesalahan yang telah dilakukan |
| |
|
bab
xxiv
PERPINDAHAN KES-KES JENAYAH
| |
188. Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah memindahkan kes-kes |
| |
189.
Permohonan untuk perpindahan mesti disokong oleh afidavit |
| |
|
BAB XXV
SALAH ATURAN DALAM PERBICARAAN
| |
190. Salah
tempat perbicaraan dan lain-lain. |
| |
191.
Ketiadaan rangkaan pertuduhan |
| |
192. Salah
aturan tidak merosakkan perbicaraan |
| |
|
BAB XXVI
PERKARA AM
| |
193.
Perlindungan pegawai-pegawai |
| |
194.
Penghinaan terhadap Mahkamah |
| |
195.
Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu |
| |
196.
Penjawat awam mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan
bencana kepada seseorang. |
| |
197.
Seseorang yang terpaksa di sisi undang-undang mengemukakan suratan itu kepada
penjawat awam meninggalkan daripada berbuat demikian itu. |
| |
198. Enggan
mengangkat sumpah apabila dikehendaki oleh penjawat awam |
| |
199. Enggan
menjawab soalan penjawat awam yang berkuasa menyoal |
| |
200. Enggan
menandatangani kenyataan |
| |
201.
Dengan sengaja memberi aib atau gangguan kepada penjawat awam yang sedang
menjalankan perbicaraan kehakiman pada mana-mana peringkat. |
| |
202.
Menandatangani affidavit |
| |
203.
Kuasa Mahkamah memanggil dan memeriksa seseorang |
| |
204.
Perintah membayar kos pendakwaan dan pampasan. |
| |
205.
Peruntukan untuk membayar wang sebagai kos pampasan |
| |
206.
Salinan rekod perbicaraan |
| |
207.
Orang yang dibebaskan atau jaminan hendaklah memberi alamatnya. |
| |
208.
Pampasan oleh kerana tuduhan dibuat tanpa alasan |
| |
209.
Hakim tidak harus bertindak jika mempunyai kepentingan |
| |
210.
Borang-borang |
| |
211.
Penggunaan denda |
| |
212.
Hukum syarak. |
| |
|
| |
NEGERI PULAU PINANG
ENAKMEN BIL. 4 TAHUN 1996
|
| |
|
| |
DIPERKENANKAN
(TUN DATO' SERI (DR.) HAJI HAMDAN BIN SHEIKH TAHIR)
YANG DI-PERTUA NEGERI |
| |
|
| |
Suatu Enakmen bagi
membuat peruntukan mengenai undang-undang acara jenayah bagi Mahkamah Syariah
Negeri Pulau Pinang
|
| |
[12 Mac 1997] |
| |
MAKA INILAH DIPERBUAT
UNDANG-UNDANG
oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau
Pinang seperti berikut:- |
| |
|
| |
BAHAGIAN I
PERMULAAN
BAB I |
|
Tajuk ringkas
dan mula
berkuatkuasa |
1. (1) Enakmen ini
bolehlah dinamakan Enakmen Acara Jenayah Mahkamah Syariah 1996. |
|
|
(2) Enakmen ini
hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang Di
Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta: |
|
Tafsiran |
2. (2) Dalam Enakmen
ini, melainkan jika konteksnya mengendaki makna yang lain. |
|
|
"Aduan" ertinya
tuduhan yang dibuat dengan mulut atau bertulis kepada Hakim Syariah
dengan tujuan supaya tindakan diambil olehnya di bawah Enakmen ini
bahawa seseorang sama ada diketahui atau tidak diketahui telah melakukan
ataupun bersalah kerana suatu kesalahan; |
|
|
"Hadd atau
Hudud" ertinya hukuman yang ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadith untuk
kesalahan-kesalahan yang ditentukan; |
|
Enakmen 7/93 |
"Enakmen
pentadbiran" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Pulau Pinang 1993. |
|
|
"Hakim Syarie"
mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993; |
|
|
"Ketua Hakim
Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993; |
|
|
"Mahkamah atau
Mahkamah Syariah" mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993; |
|
|
"Mufti"
mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran
Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993; |
|
|
"Majlis"
mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran
Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993; |
|
|
"Peguam Syarie"
mempunyai erti yang sama yang diberi kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran
Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993; |
|
|
"Pendakwa Syarie
termasuk Ketua Pendakwa Syarie" mempunyai erti yang sama yang diberi
kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang
1993; |
|
|
"Pegawai
Penguatkuasa Agama termasuk Ketua Pegawai Penguatkuasa" erti yang sama
diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri
Pulau Pinang 1993; |
|
|
"Ta'azir ertinya
hukuman untuk satu kesalahan jenayah yang mana hukumannya tidak
ditetapkan oleh Al-Quran atau Hadith dan ianya adalah terletak di bawah
budi bicara Mahkamah. |
|
Akta 288 |
(2) Semua perkataan,
perbahasan, tafsiran dan rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini
tetapi tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya maka hendaklah
disifatkan mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Tafsiran 1948
dan Akta Tafsiran 1967. |
|
|
(3) Jika timbul
sebarang persoalan atau pertikaian dalam mentafsirkan sesuatu perkataan,
perbahasan dan rangkaikata mengenai hukum syara' maka adalah dalam
bidangkuasa Mahkamah yang membicarakan kes itu untuk memberi takrifan
kepada perkataan, perbahasan dan rangkaikata sedemikian itu. |
|
Pembicaraan
kesalahan-
kesalahan oleh
Mahkamah |
3. Semua
kesalahan-kesalahan yang mana Mahkamah mempunyai bidangkuasa hendaklah
disiasat dan dibicarakan menurut peruntukan yang terdapat di dalam
Enakmen ini. |
|
|
|
|
Kekecualian
hak
Kedaulatan |
4. Tiada apa-apa jua
yang terkandung dalam Enakmen ini boleh melemahkan atau menyentuh
hak-hak kedaulatan dalam kuasa-kuasa istimewa Yang Di Pertuan Agong
sebagai Ketua Agama Negeri Pulau Pinang sebagaimana yang ditetapkan dan
dinyatakan di dalam Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. |
|
|
BAHAGIAN II
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI
MAHKAMAH JENAYAH |
|
|
BAB II
MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH |
|
Mahkamah-
Mahkamah |
5. Mahkamah-mahkamah
untuk pentadbiran keadilan jenayah syariah di dalam Negeri Pulau Pinang
hendaklah sepertimana yang ditubuhkan mengikut Enakmen Pentadbiran Hal
Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang 1993 atau oleh mana juga undang-undang
yang sedang berkuatkuasa. |
|
Mahkamah
hendaklah
terbuka |
6. Tertakluk kepada
Seksyen 7, tempat dimana Mahkamah Jenayah dijalankan bagi tujuan
perbicaraan sebarang kesalahan hendaklah dijalankan di Mahkamah yang
terbuka yang mana orang-orang awam boleh masuk. |
|
|
|
|
Mengeluarkan
orang awam
di dalam kes-
kes yang
tertentu
|
7. Seorang Hakim
Syarie yang mendengar sebarang perbicaraan boleh atas alasan-alasan khas
bagi kepentingan kesusilaan atau manfaat awam dengan menggunakan budi
bicaranya mengeluarkan orang awam dari Mahkamah itu pada sebarang
peringkat perbicaraan. |
|
|
Dengan syarat bahawa
dia hendaklah mencatatkan tiap-tiap perkara ini di dalam catatan
perbicaraan tentang alasan-alasan perintah itu dibuat. |
|
Bidangkuasa
jenayah Hakim |
8. Tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil
ketahui dan menjalankan kuasa untuk - |
|
|
(a) Mendengar, membicarakan, memutuskan dan menguruskan
pendakwaan terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada
keseluruhannya atau pada sebahagiannya di dalam bidangkuasa tempatan
Hakim dan yang boleh dibicarakan oleh Hakim tersebut; |
|
|
(b) Membuat penyiasatan terhadap aduan berkenaan dengan
kesalahan dan menyaman serta memeriksa saksi-saksi mengenai kesalahan
itu dan menyaman serta menangkap orang-orang yang disyaki melakukan
jenayah dan orang-orang salah dan membicarakan mengikut undang-undang. |
|
|
(c) Mengeluarkan waran untuk mengeledah atau menyebabkan
penggeledahan tempat-tempat yang mana barang-barang atau benda-benda
yang bersangkut-paut dengan kesalahan yang telah dilakukan dikatakan ada
disimpan atau disembunyikan dan menghendaki orang-orang supaya
mengadakan jaminan supaya mereka berkelakuan baik mengikut
undang-undang; dan |
|
|
(d) Membuat semua perkara dan mengambil semua tindakan
dalam mana seorang Hakim diberi kuasa oleh mana-mana undang-undang
bertulis. |
|
Bila orang awam
mesti menolong
Hakim, Penguat-
kuasa Agama dan
Polis |
9. Tiap-tiap orang
mestilah menolong Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama, atau Pegawai Polis,
jika mereka itu secara munasabah meminta bantuan kerana:-
|
|
|
(a) menangkap atau menahan daripada melepaskan diri
mana-mana orang yang mana Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai
Polis itu berkuasa menangkapnya; atau |
|
|
(b) di dalam mencegah satu pemecahan keamanan yang
timbul daripada tindakan untuk menangkapnya atau menahannya. |
|
|
|
|
Orang awam
dikehendaki
memberi
maklumat,
atas perkara-
perkara yang
tertentu |
10. Tertakluk kepada
hukum syarak tiap-tiap orang yang mengetahui berkenaan dengan berlakunya
atau kemungkinan mana-mana juga orang lain melakukan sebarang kesalahan
yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini hendaklah, kecuali atas
sebab-sebab yang munasabah yang mana beban membuktikannya itu adalah
tertanggung padanya, dengan segeranya memberitahu maklumat itu kepada
Pegawai Penguatkuasa Agama, atau Pegawai Polis yang berdekatan mengenai
perkara yang berlaku atau yang mungkin berlaku itu. |
|
|
BAB III
MENANGKAP, MELARIKAN DIRI
DAN MENANGKAP SEMULA |
|
Cara menangkap |
11. (1) Apabila
Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis atau orang lain hendak
menangkap orang dia hendaklah dengan sesungguhnya memegang atau menahan
badan orang yang hendak ditangkap itu, melainkan jika orang itu
menyerahkan dirinya baik dengan percakapan ataupun tingkah lakunya. |
|
|
(2) Jika
orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari
daripada tangkapan itu, maka Pegawai atau orang lain itu boleh
menggunakan sebarang langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan
itu. |
|
|
(3)
Seksyen ini tidaklah sekali-kali memberi hak untuk menyebabkan kematian
pada seseorang. |
|
Memeriksa
tempat yang
dimasuki
oleh orang
yang hendak
ditangkap |
12. (1) Jika
mana-mana orang yang menjalankan waran tangkap atau mana-mana juga
Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang berkuasa menangkap
mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang yang hendak
ditangkap itu telah masuk ke dalam atau berada di dalam mana-mana
tempat, maka orang yang tinggal di dalam atau yang menjaga tempat itu
hendaklah atas permintaan orang yang menjalankan waran itu atau Pegawai
Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis itu, membenarkannya masuk dengan
bebas ke dalam tempat itu dan memberikan segala kemudahan yang munasabah
untuk pemeriksaan di dalam tempat itu. |
|
|
(2) Jika
tidak dapat masuk ke dalam tempat itu menurut peruntukan sub seksyen
(1) maka adalah sah bagi orang yang bertindak dengan berwaran dalam
mana-mana kes pun dan bagi Pegawai Penguatkuasa Agama, atau Pegawai
Polis supaya tidak memberi peluang kepada orang itu melarikan diri,
masuk ke dalam tempat itu dan menggeledah tempat itu dan untuk
membolehkannya masuk ke dalam tempat itu, bolehlah ia memecahkan
mana-mana pintu luar atau dalam atau tingkap di mana-mana tempat sama
ada dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap itu atau oleh orang lain,
jika selepas memberitahu kuasa dan tujuannya serta meminta supaya
dibenarkan ia masuk, tetapi telah tidak dibenarkan masuk. |
|
Memeriksa
orang yang
berada dalam
mana-mana
tempat yang
digeledah
dengan waran |
13. Apabila
penggeledahan ke atas apa-apa benda dijalankan dengan sah di mana-mana
tempat berkenaan dengan satu-satu kesalahan, semua orang yang berada di
dalam tempat itu bolehlah ditahan dengan sah sehingga habis
penggeledahan itu, dan jika barang yang dicari itu adalah bentuk yang
boleh disembunyikan pada badan orang itu maka mereka bolehlah diperiksa
untuk mencari barang itu di hadapan Pegawai Penguatkuasa Agama atau
Pegawai Polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor. |
|
|
|
|
Kuasa
memecahkan
mana-mana
tempat untuk
melepaskan
dirinya |
14. Mana-mana Pegawai
Penguatkuasa Agama atau orang lain yang berkuasa menangkap bolehlah
memecahkan mana-mana tempat untuk melepaskan dirinya sendiri atau
mana-mana orang lain yang telah masuk ke tempat itu secara sah mengikut
undang-undang kerana hendak menangkap seseorang dan telah terkurung di
dalamnya. |
|
|
|
|
Ditegah menahan
secara berlebih-
lebihan dan
peraturan
memeriksa
seseorang |
15. (1) Orang yang
kena tangkap itu tidaklah boleh dihalang selain daripada yang difikirkan
patut untuk menahannya daripada melarikan diri. |
|
|
(2) Apabila
dikehendaki memeriksa seseorang dia mestilah diperiksa oleh seorang yang
sama jantinanya dan tiadalah boleh dia diaibkan. |
|
|
|
|
Memeriksa
orang-orang
yang kena
tangkap |
16. (1) Apabila
seseorang yang kena tangkap -
|
|
(a) Oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis
dengan satu waran yang tidak memperuntukkan syarat-syarat untuk memberi
jaminan atau dengan waran yang memperuntukkan syarat-syarat bagi memberi
jaminan tetapi orang yang ditangkap itu tidak boleh mengadakan jaminan; |
|
(b) Tanpa waran dan orang yang ditangkap itu pada segi
undang-undang tidak boleh diberi jaminan ataupun ia tidak berupaya
mengadakan jaminan; |
|
Maka Pegawai
Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan itu,
berkuasa memeriksa orang itu dan merampas segala barang-barang yang ada
pada badannya selain daripada pakaian yang menutup
|
|
|
auratnya, dan
menyimpan barang-barang itu di tempat yang selamat, dan mana-mana
barang-barang yang atas sebab-sebab yang boleh dipercayai merupakan
alat-alat yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu bolehlah disimpan
hingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan. |
|
|
(2) Senarai
semua benda-benda yang dirampas hendaklah dicatitkan oleh pegawai yang
menangkap dan ditandatangani olehnya. |
|
|
|
|
Kuasa merampas
senjata yang
merbahaya |
17. Pegawai
Penguatkuasa Agama ataupun orang-orang lain yang menjalankan sebarang
penangkapan di bawah Enakmen ini hendaklah mengambil daripada orang yang
ditangkap itu sebarang senjata yang merbahaya yang ada padanya dan
hendaklah menyerahkan semua senjata yang diambilnya itu kepada pihak
polis. |
|
|
|
|
Memeriksa orang
kerana hendak
mendapatkan
nama dan
alamat |
18. Tiap-tiap orang
yang ditahan dengan sah mengikut undang-undang yang, oleh kerana mabuk,
sakit, sakit otak ataupun masih kanak-kanak atau tidak berupaya meberi
maklumat yang memuaskan mengenai dirinya sendiri, bolehlah diperiksa
untuk menentukan nama dan tempat kediamannya.
|
|
|
|
|
Menangkap
tanpa waran |
19. (1) Dengan tidak
menyentuh peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang
lain, mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis, bolehlah
tanpa perintah daripada seorang Hakim dan tanpa satu waran, menangkap - |
|
|
(a) mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba untuk
melakukan di hadapannya, mana-mana kesalahan yang yang boleh dihukum
$1000.00atau lebih bagi kesalahan di bawah Enakmen Keluarga Islam Negeri
Pulau Pinang 1985, (Pindaan 1993) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Pulau Pinang 1993 dan Peraturan-Peraturan yang dibuat
dibawahnya. |
|
|
(b) mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba untuk
melakukan di hadapannya, apa-apa kesalahan yang bertentangan dengan
Enakmen Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 1985, (Pindaan 1993) Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 dan
Peraturan-Peraturan yang dibuat dibawahnya yang memecahkan keamanan.
|
|
|
(c) mana-mana orang yang telah melakukan atau cuba untuk
melakukan di hadapannya, apa-apa kesalahan yang bertentangan dengan
Enakmen Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 1985, (Pindaan 1993) Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 dan
Peraturan-Peraturan yang dibuat dibawahnya dan yang telah enggan atas
permintaan pegawai itu memberi nama atau tempat tinggalnya yang mana
pegawai itu ada sebab bagi mempercayai yang ianya palsu, atau atas
permintaan pegawai itu memberi nama dan alamat yang tempat tinggalnya
tempat yang bukan dalam Negeri Pulau Pinang. |
|
|
(d) mana-mana orang di mana satu waran yang dikeluarkan
terhadapnya di bawah Enakmen ini masih berkuatkuasa, walaupun waran
tersebut tidak ada di dalam miliknya. |
|
|
(2) Seksyen ini
tidaklah sekali-kali menghadkan ataupun mengubahkan perlaksaan
undang-undang bertulis lain yang memberi kuasa kepada Pegawai
Penguatkuasa Agama atau Polis, untuk menangkap tanpa waran. |
|
Enggan memberi
nama dan
tempat tinggal |
20. (1) Apabila
mana-mana orang di hadapan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau
Pegawai Polis, melakukan atau dituduh melakukan kesalahan yang tidak
boleh ditangkap di bawah Enakmen ini dan apabila diminta oleh pegawai
itu, ia enggan memberi nama atau alamat tempat tinggalnya atau memberi
nama atau tempat yang mana pegawai itu ada sebab bagi mempercayai yang
ianya bohong, maka ia bolehlah ditangkap oleh pegawai itu supaya
menentukan nama dan tempat tinggalnya, dan ia hendaklah, dalam tempoh 24
jam selepas penangkapan itu, tanpa dikira masa perjalanan, dibawa ke
hadapan Hakim yang berhampiran melainkan dalam masa yang tersebut itu
nama dan tempat tinggalnya yang betul dapat ditentukan, dan dalam
keadaan sedemikian ianya hendaklah dilepaskan dengan segera dengan
menyempurnakan bon jaminan diri supaya hadir di hadapan Hakim jika
dikehendaki. |
|
|
(2) Apabila orang itu dibawa ke hadapan Hakim maka
Hakim itu bolehlah meminta orang itu menyempurnakan bon, sama ada dengna
penjamin ataupun tidak, supaya orang itu hadir di hadapan seorang Hakim,
ataupun boleh memerintahkan supaya ia ditahan dalam jagaan sehingga ia
dibicarakan. |
|
|
(3) Apabila
mana-mana orang di hadapan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau
Pegawai Polis, melakukan atau dituduh melakukan kesalahan yang tidak
boleh ditangkap dan apabila diminta oleh pegawai itu supaya memberi nama
dan alamat tempat tinggalnya, yang mana tempatnya adalah di luar Pulau
Pinang, ia bolehlah ditangkap oleh pegawai itu dan hendaklah dengan
serta-merta dibawa ke hadapan Hakim yang hampir sekali yang mana boleh
menghendakinya supaya menyempurnakan bon dengan penjamin ataupun tidak,
supaya hadir di hadapan seorang Hakim jika dikehendaki ataupun
memerintahkan supaya ia ditahan dalam jagaan sehingga ia dibicarakan. |
|
Orang-orang
yang ditangkap
oleh Penghulu atau Imam, tindakan terhadapnya |
21. Seorang Penghulu
dan Imam yang membuat penangkapan tanpa waran hendaklah dengan tidak
berlengah-lengah lagi membawa orang yang ditangkapnya itu kepada Pegawai
Polis atau Pegawai Penguatkuasa Agama yang hampir sekali, ataupun jika
tidak ada Pegawai Polis atau Pegawai Penguatkuasa Agama hendaklah
membawa orang itu ke Balai Polis atau Pejabat Pegawai Penguatkuasa
Agama yang hampir sekali, dan seorang Pegawai Polis atau Pegawai
Penguatkuasa Agama hendaklah menangkap semula tiap-tiap orang yang
ditangkap itu. |
|
Memburu
pesalah-pesalah |
22. Bagi tujuan
menangkap mana-mana orang yang ada kuasa untuk menangkapnya tanpa waran
di bawah Enakmen ini, seorang Pegawai Polis bolehlah memburu orang itu
di mana-mana tempat di dalam Malaysia. |
|
Bagaimana
tindakan terhadap
orang yang telah
ditangkap dan
tahanan yang
lebih dua puluh
empat jam |
23. (1) Seorang
Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang menangkap orang tanpa
waran dibawah Enakmen ini hendaklah dengan tidak berlengah-lengah lagi
dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen ini mengenai
jaminan atau kelepasan yang terdahulu, membawa atau menghantarkan orang
yang ditangkap itu ke Mahkamah Rendah Syariah. |
|
|
(2) Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis tidak boleh menahan
seseorang yang ditangkap tanpa waran lebih daripada masa yang patut
dengan menimbangkan semua keadaan yang munasabah terhadap kes itu. |
|
|
(3) Masa yang
patut itu hendaklah tidak melebihi 24 jam tanpa dikirakan masa yang
perlu untuk perjalanan dari tempat penangkapan ke Mahkamah Rendah
Syariah. |
|
|
(4) Apabila
seseorang yang ditangkap dikemukaan di hadapan Mahkamah, maka Mahkamah
itu boleh terus mendengar pertuduhan terhadap orang itu atau
menangguhkan kes itu. |
|
|
(5) Jika
pertuduhan terhadap orang yang dituduh itu ditangguhkan, maka orang itu
hendaklah, kecuali ia dibebaskan dengan jaminan, ditahan dalam penjara
atau jagaan Polis dengan suatu waran tahanan yang dikeluarkan oleh
seorang Hakim di dalam Borang 1 daripada Jadual Pertama. |
|
Melepaskan
orang yang
telah ditangkap |
24. Mana-mana orang
yang telah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis
tidaklah boleh dilepaskan di bawah Eankmen ini kecuali dengan bon
jaminan diri atau jaminan atau dengan perintah secara bertulis oleh
Hakim atau Ketua Penguatkuasa Agama atau seorang Pegawai Polis yang
tidak kurang pangkatnya daripada Inspektor. |
|
Kesalahan yang
dilakukan
di hadapan
Hakim |
25. Apabila satu-satu
kesalahan dilakukan di hadapan seorang Hakim di dalam kawasan
bidangkuasanya maka bolehlah ia sendiri menangkap atau memberi kuasa
kepada mana-mana orang supaya menangkap orang itu, dan bolehlah
kemudiannya, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen ini
mengenai jaminan, meletakkan orang itu di dalam tahanan. |
|
Tangkapan oleh
atau di hadapan
Hakim |
26. Mana-mana Hakim
boleh pada bila-bila masa menangkap atau memberi kuasa menangkap di
hadapannya sendiri di dalam kawasan bidangkuanya mana-mana orang yang
ianya berkuasa mengeluarkan satu waran tangkap. |
|
Kuasa untuk
memburu dan
menangkap
semula |
27. Jika seseorang
yang telah ditahan dengan sah melepaskan dirinya atau diselamatkan dari
tahanan, orang yang menjaga tahanannya di mana dia telah melepaskan diri
atau telah diselamatkan boleh dengan segera memburu dan menangkap orang
itu di mana-mana tempat, sama ada di dalam atau di luar kawasan
bidangkuasa orang itu telah ditahan, dan meneruskan tindakan yang sama
terhadap orang itu seperti yang telah dilakukan olehnya semasa tangkapan
pertamanya. |
|
Peruntukan-peruntukan
Seksyen 12
dan 14 dipakai
untuk tangkapan
di bawah
Seksyen 27 |
28.
Peruntukan-peruntukan Seksyen 12 dan 14 hendaklah dipakai untuk
penangkapan di bawah Seksyen 27 walaupun orang yang membuat tangkapan
itu tidak bertindak dengan waran dan bukan seorang Pegawai Polis yang
berkuasa untuk menangkap.
|
|
|
BAB IV
PROSES MAHKAMAH UNTUK
MEMAKSA KEHADIRAN |
|
Bentuk saman
dan penyampaian |
29. (1) Tiap-tiap
saman untuk hadir yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah
Enakmen ini hendaklah bertulis di dalam Borang 2 yang terkandung di
dalam Jadual Pertama dan ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah
mengandungi Meteri Mahkamah. |
|
|
(2) Saman itu
hendaklah menyatakan secara am kesalahan yang dituduh dan di bawah
seksyen dan Enakmen mana dia boleh dihukum. |
|
|
(3) Saman
tersebut biasanya hendaklah disampaikan oleh Pegawai Mahkamah tetapi
Mahkamah yang mengeluarkan saman bolehlah jika ia fikirkan patut
mengarahkan ianya disampaikan oleh mana-mana orang lain. |
|
Bagaimana saman disampaikan |
30. (1) Saman
hendaklah disampaikan sendiri kepada orang yang disaman dengan
menunjukkan kepadanya sama yang asal dan dengan menyerahkan atau memberi
kepadanya satu salinan saman itu yang telah dimeterikan dengan Meteri
Mahkamah. |
|
|
(2) Tiap-tiap
orang yang telah diserahkan saman hendaklah jika diminta oleh Pegawai
Penghantar, menandatangani penerimaan salinan tersebut di bahagian
belakang saman yang asal. |
|
|
(3) Jika
sekiranya Perbadanan yang kena saman, maka saman itu hendaklah
diserahkan kepada Setiausahanya ataupun mana-mana pegawai lain
seterusnya.
|
|
Prosedur bila saman tidak dapat disampaikan dengan sendiri. |
3l. Jika orang yang
disaman itu tidak dapat dijumpai setelah berusaha mencarinya dan
penyampaian tidak dapat dilakukan menurut seksyen 28 (3), pegawai
penghantar hendaklah menampalkan satu saman kepada mana-mana tempat yang
dapat dilihat atau mana-mana tempat lain dimana orang yang disaman
biasanya tinggal, dan dalam kes tersebut saman itu, jika Mahkamah
mengarahkan samada sebelum atau selepas ditampal, hendaklah dianggap
telah disampaikan dengan sempurna. |
|
Bukti
penyampaian |
32. Apabila saman
yang dikeluarkan oleh Mahkamah telah disampaikan, satu surat akuan
bersumpah tentang penyampaian tersebut yang dibuat di hadapan pegawai
yang diberi kuasa untuk mentadbir sumpah boleh diterima sebagai
keterangan. |
|
|
Waran Tangkap |
|
Bentuk waran
tangkap |
33. (1) Tiap-tiap
waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Enakmen ini
hendaklah bertulis di dalam Borang 3 dalam Jadual Pertama dan
ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi Meteri Mahkamah. |
|
|
(2) Tiap-tiap
waran tersebut hendaklah terus berkuatkuasa sehingga ia dibatalkan oleh
Mahkamah yang mengeluarkannya atau sehingga ia dilaksanakan. |
|
Mahkamah boleh
arahkan catatan
di atas waran
jaminan yang
akan diambil |
34. (1) Mana-mana
Mahkamah yang mengeluarkan waran untuk menangkap sesiapa sahaja
bolehlah, dengan budi bicaranya, mengarahkan dengan catatan atau nota
kaki di atas waran itu bahawa jika orang tersebut melaksanakan satu bon
dengan penjamin yang mencukupi untuk kehadirannya di hadapan Mahkamah
pada masa yang ditetapkan dan sehingga diarahkan sebaliknya oleh
Mahkamah, pegawai yang kepadanya waran itu diarahkan hendaklah mengambil
jaminan tersebut dan hendaklah membebaskan orang tersebut dari tahanan. |
|
|
(2) Catatan atau nota kaki itu hendaklah menyebutkan |
|
|
(a)
bilangan penjamin; |
|
|
(b)
jumlah wang yang mereka masing-masing terikat dalam jaminan; dan |
|
|
(c)
tempat, masa dan tarikh yang mana ia diperlukan hadir ke mahkamah. |
|
Waran kepada
siapa diarahkan |
35. Satu waran tangkap
hendaklah biasa diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dan mana
pegawai boleh melaksanakan waran tersebut di mana-mana tempat dalam
negeri Pulau Pinang. |
|
Memberitahu
tentang isi
kandungan
penting waran |
36. Pegawai
Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis atau orang lain yang melaksanakan
waran tangkap hendaklah memberitahu isi kandungan yang terkandung di
dalamnya kepada orang yang ditangkap dan jika dikehendaki hendaklah
mengemukakan dan menunjukkan kepadanya waran itu atau salinannya di
bawah meteri Mahkamah yang mengeluarkan waran itu. |
|
Orang yang
ditangkap dibawa
ke Mahkamah
tanpa kelewatan |
37. Pegawai
Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau orang lain yang melaksanakana
waran tangkap hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Seksyen
34 iaitu berkenaan jaminan, tanpa kelewatan yang tidak perlu membawa
orang yang ditangkap itu ke hadapan Mahkamah di mana dia dikehendaki
oleh undang-undang mengemukakan orang itu. |
|
Acara untuk
menangkap orang
yang terhadapnya
waran telah
dikeluarkan |
38. (1) Apabila
waran tangkap dilaksanakan di luar kawasan bidangkuasa Mahkamah yang
mengeluarkannya, maka orang yang telah ditangkap hendaklah, melainkan
jaminan telah dibuat di bawah Seksyen 34, di bawa ke hadapan Hakim yang
terdekat sekali. |
|
|
(2) Hakim
tersebut hendaklah jika didapati orang yang ditangkap itu adalah orang
yang dimaksudkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan waran, mengarahkan
pemindahannya dari tahanan ke Mahkamah yang dinamakan di dalam waran. |
|
|
Dengan syarat bahawa,
jika kesalahan itu boleh dijamin dan orang yang ditangkap bersedia dan
bersetuju untuk memberi jaminan yang memuaskan atau arahan telah
dicatatkan di bawah Seksyen 34 di atas waran dan orang tersebut bersedia
dan bersetuju untuk memberi jaminan yang diperlukan oleh arahan
tersebut, Hakim itu hendaklah mengambil jaminan itu sebagaimana yang
sepatutnya dan mengemukakan bon kepada Mahkamah yang disebut didalam
waran. |
|
|
(3) Tidaklah ada
sesuatu di dalam seksyen ini boleh disifatkan untuk mencegah seorang
Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis daripada mengambil jaminan
di bawah Seksyen 34.
|
|
|
Kaedah-kaedah Lain Berkenaan Dengan
Saman Untuk Hadir dan Waran Tangkap |
|
Pengeluaran
waran sebagai
ganti atau
tambahan
kepada saman |
39. Mahkamah Syariah
boelhlah di dalam mana-mana kes yang ianya diberi kuasa untuk
mengeluarkan saman untuk kehadiran bagi mana-mana orang, selepas
mencatatkan alasan-alasan bertulis, mengeluarkan waran untuk menangkap - |
|
|
(a)
jika sama ada sebelum mengeluarkan saman itu atau selepas mengeluarkan
tetapi sebelum masa untuk kehadirannya ditetapkanMahkamah mempunyai
alasan untuk mempercayai bahawa ia telah menghilangkan diri atau tidak
akan mematuhi saman itu; atau |
|
|
(b) jika pada ketika itu ia gagal untuk hadir dan saman
itu terbukti telah disampaikan dalam masa yang sewajarnya untuk
kehadirannya mengikut yang ditetapkan dan tidak ada alasan yang
munasabah dikemukakan atas kegagalannya itu. |
|
Saman untuk
hadir dan waran
tangkap boleh
dilaksanakan
dimana-mana
tempat di
Malaysia |
40. (1) Saman untuk
hadir dan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah boleh
disampaikan atau dilaksanakan di mana-mana dalam Malaysia.
Dengan syarat bahawa
saman tersebut tidaklah boleh diserahkan di luar kawasan bidangkuasa
Mahkamah yang mengeluarkan saman itu kecuali saman itu dicatatkan oleh
Mahkamah tersebut dengan perkataan "Untuk penyampaian di luar
bidangkuasa". |
|
|
(2) Tidaklah boleh
saman tersebut dicatatkan oleh Mahkamah yang mengeluarkan dengan
perkataan "Untuk penyampaian di luar bidangkuasa" kecuali
Mahkamah telah berpuas hati bahawa terdapat alasan untuk membenarkan
penyampaian yang demikian itu, yang mana alasan hendaklah direkodkan
sebelum saman itu dicatatkan. |
|
Kuasa untuk
mengambil bon
untuk kehadiran |
41. Apabila mana-mana
orang yang mana-mana Mahkamah mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman
atau waran hadir di Mahkamah tersebut Mahkamah itu boleh meminta orang
tersebut untuk melaksanakan bon dengan atau tanpa penjamin untuk
kehadirannya ke Mahkamah. |
|
Penangkapan
atas pelanggaran
bon kehadiran |
42. Apabila mana-mana
orang terikat dengan mana-mana bon yang diambil di bawah Eanakmen ini
untuk hadir ke hadapan Mahkamah tidak hadir, Mahkamah tersebut bolehlah
mengeluarkan waran mengarahkan bahawa orang tersebut ditangkap dan
dibawa ke hadapannya. |
|
|
BAB V
SURAT-SURAT PERINTAH UNTUK MEMAKSA
MENGEMUKAKAN SURATAN DAN LAIN-LAIN HARTA BOLEH ALIH DAN UNTUK
MELEPASKAN ORANG TERSALAH TAHAN |
|
Saman untuk
mengeluarkan
surat atau
benda-benda lain. |
43. (1) Apabila
mana-mana Mahkamah atau Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis
yang melakukan penyiasatan di bawah Enakmen ini memikirkan bahawa
mana-mana harta atau suratan itu perlu atau mustahak dikemukakan untuk
tujuan mana-mana penyiasatan, pemeriksaan, perbicaraan atau lain-lain
tindakan di bawah Enakmen ini oleh atau di hadapan Mahkamah atau pegawai
tersebut, Mahkamah itu boleh mengeluarkan satu perintah bertulis kepada
orang yang dipercayai memiliki atau mempunyai kuasa ke atas benda atau
suratan tersebut untuk hadir dan mengemukakannya pada masa dan di tempat
yang disebutkan di dalam saman atau perintah itu. |
|
|
(2) Mana-mana
orang yang dikehendaki di bawah seksyen ini untuk hanya mengemukakan
mana-mana benda atau suratan hendaklah disifatkan sebagai telah mematuhi
permintaan itu jika ia menyebabkan benda atau suratan itu dikemukakan
dan tidak datang sendiri untuk mengemukakannya. |
|
|
(3) Tidaklah
ada sesuatu di dalam seksyen ini yang boleh disifatkan sebagai menyentuh
mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan dengan keterangan yang
berkuatkuasa pada masa ini atau digunakan bagi mana-mana barang pos,
telegram atau lain-lain suratan di dalam jagaan pihak berkuasa pos atau
telegraf. |
|
Peruntukan
di dalam
Seksyen 29-31
digunakan |
44.
Peruntukan-peruntukan di dalam Seksyen 29, 30 dan 31 hendaklah digunakan
dalam hal berkaitan dengan saman di bawah Bab ini. |
|
|
Waran Geledah |
|
Bila waran
geledah
dikeluarkan |
45. (1) Apabila -
a) mana-mana Mahkamah mempunyai alasan untuk mempercayai
bahawa seseorang yang kepadanya saman di bawah Seksyen 43 telah atau
mungkin ditujukan tidak akan mengemukakan harta atau suratan seperti
yang dikehendaki, |
|
|
(b) harta benda atau suratan itu tidak diketahui oleh
Mahkamah berada dalam pemilikan mana-mana orang; |
|
|
(c) Mahkamah memikirkan bahawa bagi tujuan keadilan atau
mana-mana penyiasatan, perbicaraan atau lain-lain tindakan di bawah
Enakmen ini akan dipermudahkan dengan penggeledahan am atau pemeriksaan;
atau |
|
|
(d) seseorang Hakim setelah berpuashati di atas suatu
maklumat bertulis yang diberi kepadanya secara ikrar dan selepas membuat
apa-apa penyiasatan yang difikirkan perlu bahawa ada sebab yang boleh
dipercayai bahawa suatu kesalahan di bahawa Enakmen Pentadbiran Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993 Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Pulau Pinang 1985 (Pindaan 1993) dan
Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya. |
|
|
Mahkamah bolehlah
mengeluarkan waran geledah dan orang yang kepadanya waran tersebut
diarahkan bolehlah menggeledah dan memeriksa mengikut yang diperintahkan
dan dengan mengikut peruntukan yang terkandung di dalam Enakmen ini. |
|
|
(2) Waran
geledah lazimnya hendaklah diarahkan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama
dan di mana ianya dikeluarkan atau lain-lain pegawai yang disebutkan
nama di dalamnya, dan semua atau mana-mana pegawai itu bolehlah
melaksanakan waran itu. |
|
|
(3) Mahkamah
yang mengeluarkan waran geledah bolehlah mengarahkan kepada Ketua Polis
Negeri dan kepada lain-lain pegawai yang disebutkan nama di dalamnya dan
semua atau mana-mana Pegawai Polis itu bolehlah melaksanakan waran itu. |
|
Kuasa utuk
menghadkan
waran geledah |
46. Mahkamah bolehlah
jika difkirkan patut menentukan di dalam waran tempat yang tertentu atau
bahagiannya mana-mana waran geledah atau pemeriksaan itu dibenarkan dan
orang yang melaksanakan waran itu hendaklah kemudiannya menggeledah atau
memeriksa tempat atau bahagian yang ditentukan itu sahaja. |
|
Hakim boleh
mengeluarkan
waran memberi
kuasa meng-geledah untuk
mendapatkan
keterangan
mengenai
kesalahan |
47. Jika seorang
Hakim, hasil dari maklumat dan dari penyiasatan sebagaimana yang
difikirkan perlu, mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu
benda yang berhubung atau berkaitan dengan kesalahan yang telah
dilakukan atau sebarang keterangan atau benda yang perlu bagi
penyiasatan terhadap mana-mana kesalahan, boleh didapati di mana-mana
tempat, Hakim itu bolehlah dengan waran, memberi kuasa kepada orang yang
diarahkan itu dengan bantuan sebagaimana dipinta, memasuki dan
menggeledah tempat itu untuk mendapat keterangan atau benda tersebut,
dan jika sesuatu yang digeledah itu ditemui, merampasnya dan
membawakannya ke hadapan Hakim yang mengeluarkan waran itu atau Hakim
yang lain untuk diselesaikan mengikut undang-undang. |
|
Bentuk waran
geledah |
48. (1) Tiap-tiap
waran geledah yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di bawah Enakmen
ini hendaklah bertulis di dalam Borang 4 dalam Jadual Pertama dan
ditandatangani oleh Hakim dan hendaklah mengandungi meteri Mahkamah. |
|
|
(2) Tiap-tiap
waran tersebut hendaklah berkuatkuasa sehingga beberapa hari yang
munasabah yang akan ditetapkan di dalam waran. |
|
|
(3) Waran
geledah yang dikeluarkan dibawah Enakmen ini bolehlah dilaksanakan di
mana-mana dalam Malaysia. |
|
Geledah mencari
orang yang disalah tahan |
49. Jika mana-mana
Hakim mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa seseorang telah ditahan
di dalam keadaan yang mana penahanan itu mengakibat satu kesalahan,
Hakim bolehlah mengeluarkan satu waran geledah dan orang yang kepadanya
diarahkan itu bolehlah menggeledah untuk mendapatkan orang yang ditahan
itu; geledah tersebut hendaklah dibuat sebagaimana yang ditetapkan dan
orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan segera dibawa ke hadapan
Hakim yang akan membuat perintah yang difikirkan patut mengikut keadaan
kes. |
|
Orang yang
menjaga tempat
tertutup mesti
membenarkan
penggeledahan |
50. (1) Apabila
mana-mana tempat yang boleh digeledah atau diperiksa di bawah Bab ini
tertutup, mana-mana orang yang mendiami di dalamnya atau menjaga tempat
itu hendaklah di atas permintaan oleh pegawai atau lain-lain orang yang
melaksanakan waran dan apabila waran itu dikemukakan membenarkan
kepadanya kebebasan memasuki tempat dan memberikan segala kemudahan yang
munasabah untuk menggeledah tempat itu. |
|
|
(2) Jika
kemasukan ke tempat itu tidak boleh diperolehi pegawai atau orang lain
yang melaksanakan waran bolehlah melaksanakan waran itu dengan cara yang
diperuntukkan oleh seksyen 12(2). |
|
Hakim yang
mengeluarkan
waran geledah
bolehlah hadir
ketika ianya
dilaksanakan. |
51. Hakim yang
mengeluarkan waran boleh hadir sendiri untuk tujuan melihat bahawa
waran itu telah dilaksanakan sewajarnya. |
|
Hakim boleh
arahkan peng-
geledahan
di hadapannya |
52. Mana-mana Hakim
bolehlah dengan cara lisan mengarahkan penggeledahan dilakukan di
hadapannya bagi mana-mana tempat yang ia mempunyai kuasa untuk
mengeluarkan waran geledah. |
|
Senarai benda-
benda yang
dirampas hendak-
lah dibuat dan
ditandatangani |
53. Senarai semua
benda yang dirampas semasa menjalankan penggeledahan di bawah Bab ini
dan tempat-tempat di mana kemudiannya ditemui hendaklah dicatatkan oleh
pegawai atau orang lain yang membuat penggeledahan dan
ditandatanganinya. |
|
Penghuni
hendaklah
hadir ketika
penggeledahan |
54. Penghuni tempat
yang digeledah, atau orang lain bagi pihaknya, hendaklah di dalam semua
keadaan dibenarkan hadir ketika penggeledahan dijalankan, dan satu
salinan senarai yang telah dicatatkan dan telah ditandatangani di bawah
Seksyen 53 diserahkan kepada penghuni atau orang tersebut. |
|
|
BAHAGIAN III
MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA
DAN KUASA MENYIASAT |
|
|
BAB IV |
|
Maklumat |
55. (1) Tiap-tiap
maklumat berhubung dengan berlakunya sesuatu kesalahan, jika diberi
dengan lisan kepada seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama, hendaklah
dituliskan olehnya atau di bawah arahannya dan dibaca balik kepada
pengadu itu. |
|
|
(2) Tiap-tiap
maklumat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Borang 5 dalam Jadual
Pertama yang akan disimpan oleh pegawai tersebut, yang hendaklah
menyatakan dengan catatan itu tarikh dan waktu maklumat itu telah
diberi, dan sama ada diberi dengan bertulis atau ditulis seperti
tersebut hendaklah ditandatangani oleh orang yang memberinya. |
|
Acara |
56. (1)
Maklumat-maklumat selain daripada maklumat di bawah Seksyen 55 Enakmen
ini hendaklah disampaikan kepada Hakim mengikut Borang 6 dalam Jadual
Pertama. |
|
|
(1) Tidaklah
boleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam kes yang selain
daripada yang tersebut di dalam Seksyen 19(1) menjalankan apa-apa kuasa
khas berhubung dengan penyiasatan yang diberi oleh Bab ini tanpa
perintah Ketua Pendakwa Syarie. |
|
|
(3) Mana-mana
Pegawai Penguatkuasa Agama yang mendapat perintah tersebut boleh
menjalankan kuasa-kuasa berkaitan dengan penyiasatan yang diberi di
bawah Bab ini kecuali kuasa menangkap tanpa waran. |
|
Penerimaan
salinan maklumat
yang diakui sah
sebagai
keterangan |
57. Dalam mana-mana
perbicaraan di bawah Kanun ini, suatu salinan catatan berhubung dengan
sesuatu maklumat yang dituliskan di bawah Seksyen 55 atau Seksyen 56 dan
yang disebutkan sebagai disahkan sebagai salinan yang sebenar oleh
seorang Pegawai Peguatkuasa Agama hendaklah diterima sebagai keterangan
mengenai kandungan salinan asal itu dan mengenai waktu, tempat dan
bagaimana maklumat itu telah direkodkan. |
|
Acara jika
kesalahan disyaki |
58. (1) Jika
daripada maklumat yang diterima atau dengan jalan lain seorang Pegawai
Penguatkuasa Agama ada sebab mengesyaki perbuatan sesuatu kesalahan maka
dia hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah dari jenis yang
diarahkan oleh Ketua Pendakwa Syarie supaya tidak perlu dilaporkan
kepadanya, segera menghantarkan satu laporan mengenainya kepada Ketua
Pendakwa Syarie dan hendaklah menyiasat, jika keadaan kes memerlukan
pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang daripada pegawai-pegawai
bawahan pergi ke tempat kejadian itu untuk menyiasat hal-hal dan keadaan
kes itu dan untuk mengambil tindakan yang perlu bagi mendapatkan pesalah
itu: |
|
|
Dengan syarat-syarat
berikut:-
(a) apabila apa-apa
maklumat mengenai perbuatan mana-mana kesalahan tersebut diberi terhadap
mana-mana orang dengan menyebutkan namanya dan keadaan kes itu tidak
berat maka Pegawai Penguatkuasa Agama yang menerimanya itu tidak perlu
pergi sendiri atau mewakilkan seseorang pegawai bawahan membuat
penyiasatan di tempat kejadian itu; |
|
|
(b) jika Pegawai
Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu berpendapat bahawa tiada
apa-apa alasan yang cukup untuk bertindak selanjutnya atas perkara itu,
maka ia tidaklah perlu berbuat demikian. |
|
|
(2) Dalam
tiap-tiap satu hal yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b) Pegawai
Penguatkuasa Agama yang menerima maklumat itu hendaklah menyatakan dalam
laporannya yang tersebut itu (jika ada) sebab-sebabnya yang ia tidak
menurut dengan sepenuhnya sub-seksyen (1). |
|
Kuasa
menghendaki
kehadiran
saksi-saksi |
59. (1) Seseorang
Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini
boleh dengan perintah bertulis menghendaki kehadiran di hadapannya
mana-mana orang yang berada di dalam Negeri Pualu Pinang yang daripada
maklumat yang diberi atau dengan jalan lain yang ternyata mengetahui
akan keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah dengan yang demikian hadir
sebagaimana dikehendaki. |
|
|
(2) Jika
mana-mana orang yang tersebut enggan hadir sebagaimana dikehendaki
demikian itu, Pegawai Penguatkuasa Agama itu boleh melaporkan keengganan
itu kepada seorang Hakim dan kemudiannya Hakim itu boleh menurut
budibicaranya mengeluarkan sesuatu waran tangkap untuk menjamin
kehadiran orang itu sebagaimana dikehendaki oleh perintah yang tersebut. |
|
Pemeriksaan Saksi-saksi
oleh Pegawai
Penguatkuasa
Agama |
60. (1) Seseorang
Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat suatu penyiasatan di bawah Bab
ini boleh memeriksa dengan lisan mana-mana orang yang dianggap
mengetahui akan perkara-perkara dan keadaan-keadaan kes itu dan
hendaklah mencatatkan apa-apa kenyataan yang dibuat oleh orang yang
diperiksa sedemikian itu. |
|
|
(2) Orang
tersebut hendaklah menjawab segala soalan berhubung dengan kes itu yang
dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu: |
|
|
Dengan syarat
bahawa orang tersebut boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang
jawapannya mungkin mendedahkan ia kepada suatu pertuduhan jenayah atau
hukuman atau rampasan. |
|
|
(3) Seseorang
yang membuat sesuatu kenyataan di bawah seksyen ini hendaklah menjawab
dengan benar sama ada atau tidak kenyataan itu dibuat bagi menjawab
keseluruhan atau sebahagian daripada soalan-soalan. |
|
|
(4) Seseorang
Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama yang memeriksa seseorang di bawah
sub-seksyen hendaklah terlebih dahulu memaklumkan kepada orang itu
peruntukan-peruntukan sub seksyen (2) dan (3). |
|
|
(5) Sesuatu
kenyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini
hendaklah seberapa boleh dicatatkan dan ditandatangani atau dicap jari
di hadapan dua orang saksi oleh orang yang membuatnya, selepas kenyataan
itu dibaca balik kepadanya di dalam bahasa yang ia telah dibuat dan
selepas ia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang ia
kehendaki. |
|
Kenyataan
kepada Pegawai
Penguatkuasa
Agama tidak
boleh diterima
dalam keterangan |
61. (1) Kenyataan
yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Pegawai Penguatkuasa Agama dalam
masa penyiasatan yang dijalankan di bawah Bab ini tidaklah boleh,
kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam seksyen ini, digunakan sebagai
keterangan. |
|
Akta 56/60 |
(2) Apabila
mana-mana saksi dipanggil untuk pihak Pendakwa atau untuk pihak pembela,
selain daripada yang dituduh, Mahkamah hendaklah atas permintaan orang
yang dituduh itu atau pendakwa itu merujuk kepada apa-apa kenyataan yang
telah dibuat oleh saksi itu kepada seorang Pegawai Penguatkuasa Agama
dalam masa penyiasatan yang dijalankan di bawah Bab ini, dan boleh
kemudiannya, jika Mahkamah fikirkan patut demi kepentingan keadilan,
mengarahkan supaya orang yang dituduh itu diberi suatu salinannya, dan
kenyataan itu boleh digunakan bagi mencabar saksi itu dengan cara yang
diperuntukan oleh Enakmen Keterangan Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. |
|
Akta 56/50 |
(3) Tiadalah
sesuatu dalam seksyen ini boleh disifatkan terpakai kepada apa-apa
kenyataan yang dibuat dalam masa baris pengecaman atau yang termasuk di
bawah Seksyen ( ) Enakmen Keterangan Syariah 1996. |
|
|
(4) Apabila
mana-mana orang yang dituduh atas apa-apa kesalahan berhubung dengna
perbuatan atau kandungan apa-apa kenyataan yang dibuat olehnya kepada
seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dalam masa penyiasatan di bawah Bab
ini maka kenyataan itu boleh digunakan sebagai keterangan dalam
pendakwaan itu. |
|
hendaklah tiada
apa-apa dorongan
diberi |
62. (1) Tidaklah
boleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang berkuasa
menawar atau membuat apa-apa dorongan, ugutan atau janji kepada
mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan bagi mendorong orang
itu membuat apa-apa kenyataan berkenaan dengan tuduhan terhadap orang
itu. |
|
|
(2) Tidaklah
boleh mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain menahan atau
menghalang mana-mana orang daripada membuat dalam masa penyiasatan di
bawah Bab ini apa-apa kenyataan yang ia meungkin bersedia membuatnya
menurut kemahuannya sendiri. |
|
Kuasa mencatat
kenyataan dan
pengakuan
bersalah |
63. Mana-mana Hakim
selain dari Hakim yang mempunyai bidangkuasa membicarakan kes yang
berkenaan boleh mencatatkan apa-apa kenyataan atau pengakuan bersalah
yang dibuat kepadanya pada bila-bila masa sebelum permulaan siasatan
atau perbicaraan. |
|
Penggeledahan
oleh Pegawai
Penguatkuasa
Agama |
64. (1) Apabila
seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan memikirkan
bahawa apa-apa suratan atau benda lain adalah perlu bagi menjalankan
penyiasatan atas apa-apa kesalahan yang ia berkuasa menyiasat dan ada
sebab mempercayai bahawa orang yang kepadanya saman atau perintah di
bawah seksyen 43 itu telah atau mungkin dikeluarkan tidak |
|
|
akan atau tidak
mungkin menunjukkan suratan atau benda lain itu sebagaimana diarahkan
dalam saman atau perintah itu atau apabila surat atau benda lain itu
tidak diketahui ada dalam milik mana-mana orang maka pegawai itu boleh
menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mendapatkan
surat atau benda itu di mana-mana tempat. |
|
|
(2) Pegawai
tersebut hendaklah, jika boleh, menjalankan penggeledahan itu sendiri. |
|
|
(3) Jika ia
tidak berupaya menjalankan penggeledahan itu sendiri dan tiada seorang
lain yang layak membuat penggeledahan itu hadir pada waktu itu, ia boleh
mengarahkan mana-mana pegawai bawahannya membuat penggeledahan itu, dan
ia hendaklah menyerahkan kepada pegawai bawahan itu suatu perintah
bertulis mengatakan suratan atau benda lain yang hendak dicari itu dan
tempat yang hendak digeledah itu dan pegawai bawahan itu bolehlah
kemudiannya menggeledah barang tersebut di tempat yang disebutkan. |
|
|
(4)
Peruntukan Enakmen ini mengenai waran penggeledahan hendaklah, setakat
mana yang boleh, dipakai kepada penggeledahan yang dibuat di bawah
seksyen ini. |
|
Pegawai
Pengkuatkuasa
Agama boleh
menghendaki
bon untuk
kehadiran
pengadu dan
saksi-saksi |
65. (1) Jika apabila
suatu penyiasatan dibuat di bawah Bab ini ternyata kepada pegawai yang
membuat penyiasatan itu bahawa ada keterangan yang cukup atau alasan
yang munasabah bagi membenarkan perbicaraan jenayah dimulakan atau
dilanjutkan terhadap seseorang, pegawai itu hendaklah meminta pengadu
itu, jika ada, dan beberapa orang yang ternyata kepada pegawai itu
mengetahui akan hal keadaan kes itu, sebagaimana ia fikirkan perlu,
menyempurnakan surat jaminan untuk hadir di hadapan Mahkamah yang
disebut di dalamnya dan memberi keterangan dalam perkara pertuduhan itu
terhadap orang yang dituduh itu. |
|
|
(2) Pegawai
yang dihadapannya bon itu disempurnakan hendaklah menghantarkannya ke
Mahkamah. |
|
|
(3) Jika
mana-mana pengadu atau saksi enggan menyempurnakan bon pegawai itu
hendaklah melaporkan perkara itu kepada Mahkamah yang boleh kemudiannya
menurut budibicaranya mengeluarkan waran atau saman untuk menjamin
kehadiran pengadu atau saksi itu di hadapannya supaya memberi
keterangan dalam perkara tuduhan terhadap orang yang dituduh itu. |
|
|
(4) Seksyen
ini hendaklah tidak terpakai apabila tuduhan yang akan dibawa mengenai
hak Allah. |
|
Buku harian
mengenai
tindakan dalam
penyiasatan |
66. (1) Tiap-tiap
Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan di bawah Bab ini
hendaklah dari hari ke hari mencatatkan tindakan-tindakannya di dalam
sebuah buku penyiasatan harian dengan mengatakan - |
|
|
(a) Waktu perintah, jika ada, bagi menjalankan
penyiasatan itu sampai kepadanya; |
|
|
(b)
Waktu memulakan dan menutup penyiasatan itu; |
|
|
(c)
Tempat yang dilawatinya; |
|
|
(d)
Orang yang disoal; dan |
|
|
(e) Suatu kenyataan mengenai hal keadaan yang dipastikan
melalui penyiasatannya. |
|
|
(2) Walau
apapun yang diperuntukkan dalam undang-undang bertulis mengenai
keterangan, seseorang yang dituduh tidaklah berhak, sama ada sebelum
atau dalam masa siasatan atau perbicaraan dijalankan, meminta atau
memeriksa buku harian penyiasatan itu; Dengan syarat bahawa jika
Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan merujuk kepada
buku harian itu maka catatan setakat yang telah dirujuk oleh pegawai itu
sahaja hendaklah ditunjukkan kepada yang dituduh dan Mahkamah hendaklah
atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain
disembunyikan daripada pandangannya atau dipadamkan. |
|
Laporan Pegawai
Penguatkuasa
Agama
|
67. (1) Tiap-tiap
penyiasatan di bawah Bab ini hendaklah disempurnakan tanpa kelengahan
yang tidak munasabah, dan sebaik sahaja ia disempurnakan pegawai yang
membuat penyiasatan itu hendaklah, melainkan jika kesalahan itu adalah
dari jenis yang Ketua Pendakwa Syarie telah mengarahkan tidak perlu
dilaporkan kepadanya, menghantarkan kepada Ketua Pendakwa Syarie suatu
laporan mengikut Borang 7 di dalam Jadual Pertama dengan
menyatakan nama pihak,
keadaan maklumat, dan nama orang yang mengetahui keadaan kes itu. |
|
|
(2) Ketua
Pendakwa Syarie boleh pada bila-bila masa dengan perintah bertulis
mengarahkan bahawa tiada apa-apa laporan perlu dihantarkan kepadanya
dalam kes-kes dari jenis yang dinyatakan dalam perintah itu, dan boleh
pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan perintah itu. |
|
|
BAHAGIAN IV
PERJALANAN PENDAKWAAN
BAB VII
BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH
DALAM PERBICARAAN |
|
Tempat biasa
bagi perbicaraan |
68. Tiap-tiap
kesalahan hendaklah biasanya dibicarakan oleh Mahkamah di dalam kawasan
bidangkuasa di mana kesalahan itu telah dilakukan. |
|
Yang dituduh
dibicarakan di
tempat perbuatan
dilakukan atau
akibatnya terjadi |
69. Apabila seseorang
dituduh melakukan suatu kesalahan atas perkara yang telah dilakukan dan
atas akibat yang berikutan dengannya, kesalahan itu boleh dibicarakan
oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa di mana perkara itu telah
dilakukan atau di mana akibat itu telah terjadi. |
|
Tempat
perbicaraan
jika perbuatan
menjadi suatu
kesalahan oleh
sebab berkaitan
dengan kesalahan
itu |
70. Apabila suatu
perbuatan menjadi suatu kesalahan oleh sebab perkaitannya dengan apa-apa
perbuatan lain yang juga menjadi atau yang akan menjadi suatu kesalahan
jika orang yang melakukannya itu berupaya melakukan suatu kesalahan,
maka tuduhan atas kesalahan yang pertama tersebut itu boleh dibicarakan
oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa di mana salah satu perbuatan
itu telah dilakukan. |
|
|
Misalan -
Suatu
pertuduhan subahat boleh dibicarakan sama ada oleh Mahkamah di dalam
kawasan bidangkuasa subahat itu telah dilakukan atau oleh Mahkamah di
dalam kawasan bidangkuasa kesalahan yang disubahati itu telah dilakukan. |
|
Jika tempat
kejadian
kesalahan
tidak dapat
ditentukan
dan lain-lain |
71. Sesuatu Mahkamah
yang mempunyai bidangkuasa di dalam kawasan bidangkuasa boleh mendengar
kes-kes:-
(a) apabila
tidak dapat ditentukan dalam mana daripada beberapa kawasan
sesuatu
kesalahan itu telah dilakukan; |
|
|
(b)
jika sesuatu kesalahan dilakukan sebahagiannya di dalam suatu kawasan
dan sebahagiannya lagi di suatu kawasan yang lain; |
|
|
(c)
jika sesuatu kesalahan adalah kesalahan yang berterusan dan terus
dilakukan di dalam kawasan yang lebih daripada satu; atau |
|
|
(d)
jika ia mengandungi beberapa perbuatan yang dilakukan di dalam
kawasan-kawasan yang berlainan. |
|
Kesalahan di-
lakukan dalam
suatu perjalanan |
72. Sesuatu kesalahan
yang dilakukan dalam masa pesalah itu sedang dalam perjalanan atau
pelayaran boleh dibicarakan oleh Mahkamah di dalam kawasan bidangkuasa
di mana pesalah itu atau orang yang ke atasnya atau perkara yang
berkenaan dengannya kesalahan itu dilakukan yang terdapat dalam masa
perjalanan atau pelayaran itu. |
|
Apabila timbul
keraguan Ketua Hakim Syarie hendaklah
memutuskan |
73. Apabila timbul
apa-apa keraguan tentang Mahkamah manakah apa-apa kesalahan patut
menurut peruntukan-peruntukan yang terdahulu daripada Bab ini
dibicarakan, maka Ketua Hakim Syarie boleh memutuskan di Mahkamah
manakah kesalahan itu hendaklah dibicarakan. |
|
|
Syarat-syarat yang dikehendaki
bagi memulakan perbicaraan |
|
Hakim mengambil
ketahui kesalahan
|
74. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen
ini seseorang Hakim boleh mengambil ketahui akan sesuatu kesalahan:-
(a) apabila menerima suatu aduan sebagaimana
ditakrifkan oleh Enakmen
ini; |
|
|
(b)
apabila ia sendiri mengetahui dan ada bukti lain yang menyokong bahawa
kesalahan itu telah dilakukan; atau |
|
|
(c)
apabila seseorang dibawa di hadapannya di bawah jagaan tanpa proses
Mahkamah dan orang itu dituduh melakukan suatu kesalahan yang Hakim itu
mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan. |
|
|
(2) Apabila seseorang Hakim mengambil ketahui akan
sesuatu kesalahan di bawah perenggan (b) sub seksyen (1) orang yang
dituduh atau, sekiranya lebih daripada seorang yang dituduh maka salah
seorang daripada mereka adalah berhak menghendaki supaya kes itu tidak
dibicarakan oleh Hakim itu tetapi hendaklah dibicarakan oleh seorang
Hakim lain. |
|
Izin mendakwa
daripada Ketua
Pendakwa Syarie |
75. Pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah
seksyen-seksyen 81, 91, 92 dan 95 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Pulau Pinang 1993 dan Seksyen 35 hingga 40 Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam Pulau Pinang 1985 (Pindaan 1993) tidaklah
boleh dimulakan melainkan dengan izin Ketua Pendakwa Syarie. |
|
|
BAB VIII
ADUAN KEPADA HAKIM |
|
Pemeriksaan
Pengadu |
76. (1) Apabila
seseorang Hakim mengambil ketahui akan suatu kesalahan apabila diadukan,
Hakim itu hendaklah serta merta menerima pengaduan itu dengan berikrar,
mengikut borang 8 daripada Jadual Pertama dan kandungan pengaduan itu
hendaklah dituliskan dan hendaklah ditandatangani oleh pengadu itu dan
juga oleh Hakim itu. |
|
|
(2) Seksyen
ini tidaklah dipakai bagi aduan mengenai suatu kesalahan, jika saman
diminta oleh seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang bertindak atas
sifat jawatannya. |
|
Penangguhan pengeluaran saman |
77. Jika Hakim ada
keraguan yang munasabah di atas kebenaran sesuatu aduan mengenai suatu
kesalahan yang ia berkuasa mengambil ketahui, ia boleh, apabila
pengaduan itu telah diperiksa, mencatatkan sebabnya yang menimbulkan
keraguan di atas kebenaran aduan itu dan kemudiannya boleh menangguhkan
pengeluarkan saman bagi memaksa kehadiran orang yang diadukan itu dan
samada menyiasat hal itu sendiri atau mengarah seseorang |
|
|
Pegawai Penguatkuasa
Agama membuat siasatan bagi maksud menentukan kebenaran atau kepalsuan
aduan itu dan melaporkan kepadanya hasil siasatan itu. |
|
Menolak aduan |
78. (1) Hakim yang
dihadapannya sesuatu aduan dibuat boleh menolak aduan itu jika setelah
memeriksa pengadu itu dan mencatatkan pemeriksaan dan menimbangkan hasil
siasatan itu, (jika ada) yang dibuat di bawah seksyen terdahulu daripada
seksyen ini, yang pada pendapatnya tiada alasan-alasan yang mencukupi
untuk diadakan perbicaraan. |
|
|
(2) Hakim,
yang menolak aduan itu, hendaklah mencatatkan sebab-sebab ia berbuat
demikian. |
|
Pengeluaran
proses mahkamah |
79. Jika pada
pendapat seseorang Hakim yang mengambil ketahui akan sesuatu kesalahan
terdapat ada alasan yang mencukupi untuk mengadakan perbicaraan, maka
Hakim itu hendaklah mengeluarkan suatu saman atau, tertakluk kepada
Seksyen 38, Waran tangkap supaya orang yang dituduh itu hadir di
Mahkamah. |
|
|
bab ix
PERTUDUHAN |
|
Bentuk
pertuduhan |
80. (1)
Tiap-tiap pertuduhan
di bawah Enakmen ini hendaklah menyatakan kesalahan yang mana orang yang
dituduh itu dipertuduhkan. |
|
|
(2)
Jikalau undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberi nama
tertentuk kepadanya, maka kesalahan itu boleh dinyatakan dalam
pertuduhan itu dengan nama itu sahaja. |
|
|
(3) Jika
undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak menyatakan nama
tertentu, maka tafsiran kesalahan itu hendaklah dinyatakan setakat mana
yang perlu supaya Orang Kena Tuduh itu mengetahui perkara yang ia
dipertuduhkan. |
|
|
(4)
Undang-Undang dan seksyen undang-undang tentang kesalahan yang dilakukan
itu hendaklah disebutkan dalam pertuduhan itu. |
|
|
(5)
Nyataan mengenai pertuduhan itu dibuat adalah bersamaan dengan suatu
nyataan bahawa tiap-tiap syarat yang dikehendaki mengikut undang-undang
bagi mewujudkan kesalahan yang dituduh itu telah dipenuhi dalam kes
tertentu. |
|
Butir-butir
mengenai masa,
tempat dan orang |
81. Pertuduhan itu
hendaklah mengandungi butir-butir yang secara munasabahnya mencukupi
berkenaan dengan masa dan tempat berlakunya kesalahan itu, demikian juga
orang atau barang, jika ada, yang terhadapnya kesalahan itu dilakukan
supaya orang yang dituduh itu faham perkara yang ia dipertuduhkan. |
|
Bila cara
dilakukan
kesalahan itu
mesti dinyatakan |
82. Apabila jenis kes
itu berkeadaan bahawa butir-butir seperti yang tersebut di dalam
kedua-dua seksyen terdahulu daripada ini tidak memberi fahaman yang
mencukupi kepada orang yang dituduh mengenai perkara yang ianya
dipertuduhkan maka pertuduhan itu hendaklah juga mengandungi butir-butir
berkenaan dengan cara mana kesalahan itu dilakukan setakat yang
mencukupi bagi tujuan tersebut. |
|
Pengertian
perkaraan-
perkataan yang
digunakan dalam
pertuduhan untuk
menyatakan
kesalahan itu |
83. Dalam tiap-tiap
pertuduhan perkaraan-perkataan yang digunakan bagi menyatakan sesuatu
kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah digunakan dengan
pengertian sebagaimana yang diberikan kepadanya masing-masing oleh
undang-undang berkenaan kesalahan itu boleh dihukum. |
|
Akibat
daripada
kesilapan |
84. Kesilapan dalam
menyatakan sama ada kesalahan atau butir-butir yang dikehendaki
disebutkan dalam pertuduhan itu, dan ketinggalan daripada menyatakan
kesalahan atau butir-butir itu tidaklah boleh dianggap, pada mana-mana
peringkat kes itu, sebagai perkara yang mustahak, kecuali jika pesalah
itu sebenarnya telah terkeliru oleh sebab kesilapan atau ketinggalan
itu. |
|
Mahkamah boleh
mengubah atau
menambah
pertuduhan |
85. (1) Mana-mana
Mahkamah boleh meminda atau menambah mana-mana pertuduhan pada bila-bila
masa sebelum keputusan pembicaraan itu diumumkan. |
|
|
(2) Tiap-tiap
pindaan atau tambahan itu hendaklah dibaca dan diterangkan kepada orang
yang dituduh. |
|
Bila perbicaraan
boleh diteruskan
serta merta
selepas pindaan
atau tambahan
|
86. Jika sesuatu
pertuduhan itu telah dipinda atau ditambah mengikut kehendak seksyen
85, maka Mahkamah hendaklah terus memanggil orang yang dituduh untuk
membuat pengakuan sama ada ia mengaku salah atau bersedia untuk
dibicarakan atas pertuduhan itu atau atas pertuduhan yang di dipinda
atau ditambah itu. Jika orang yang dituduh menyatakan ia belum bersedia
berbuat demikian, Mahkamah hendaklah menimbang dengan teliti
sebab-sebab yang ia berikan dan jika Mahkamah berpendapat bahawa jika
perbicaraan diteruskan dengan serta merta tidak akan memudaratkan orang
yang dituduh itu membela dirinya atau pendakwa menjalankan kes, maka
Mahkamah bolehlah, atas budi bicaranya, selepas pertuduhan tersebut atau
pertuduhan yang dipinda atau pertuduhan yang ditambah, disiapkan,
meneruskan perbicaraan itu seolah-olah pertuduhan bahawa atau pertuduhan
yang dipinda atau ditambah itu adalah pertuduhan asal. |
|
Bila perbicaraan
baru boleh
diarahkan atau
perbicaraan
digantung |
87. Jikalau
pertuduhan yang dipinda atau ditambah itu akan memudaratkan orang yang
dituduh atau pendakwa sekiranya perbicaraan dijalankan serta merta,
seperti yang disebutkan di atas, maka Mahkamah boleh mengarahkan supaya
mengadakan perbicaraan baharu atau menangguhkan perbicaraan itu selama
tempoh yang difikirkan perlu. |
|
Menggantungkan
perbicaraan
jika pendakwaan
terhadap
pertuduhan yang
dipinda memerlu-
kan izin lain
terlebih dahulu. |
88. Jika kesalahan
yang dinyatakan dalam pertuduhan yang dipinda atau yang ditambah itu
adalah suatu pertuduhan yang memerlukan izin diperolehi terlebih dahulu
daripada Pendakwa Syarie, maka kes itu tidaklah boleh diteruskan
perbicaraan sehingga diperolehi izin itu, melainkan keizinan untuk
mendakwa itu telah diperolehi atas keterangan yang sama dengan asas
pertuduhan yang yang dipinda itu atau ditambah itu. |
|
Memanggil balik
saksi-saksi apa-
bila pertuduhan
itu diubah. |
89. Apabila sesuatu
pertuduhan telah dipinda atau ditambah oleh Mahkamah selepas daripada
bermulanya perbicaraan itu, maka Pendakwa dan orang yang dituduh
hendaklah dibenarkan memanggil atau menyaman balik dan memeriksa
mana-mana juga saksi yang telah diperiksa berhubung dengan pindaan atau
tambahan itu, dan boleh juga membawa mana-mana keterangan lain yang
mustahak selanjutnya. |
|
Pertuduhan yang
berasingan bagi
kesalahan yang
berkaitan |
90. Bagi tiap-tiap
kesalahan berlainan, yang mana seseorang dituduh, hendaklah dibuat
pertuduhan yang berasingan dan tiap-tiap pertuduhan itu hendaklah
dibicarakan berasingan, kecuali dalam kes-kes yang disebutkan dalam
Seksyen 90, 91, 92 dan 97. |
|
Tiga kesalahan
yang sama jenis-
nya dalam tempoh
dua belas bulan
boleh dituduh
bersama-sama. |
91. (1) Apabila
seseorang yang dituduh melakukan kesalahan-kesalahan yang sama jenisnya
dalam tempoh dua belas bulan daripada tarikh kesalahan pertama
dilakukan, sama ada terhadap orang yang sama atau tidak, maka ia
bolehlah dipertuduhkan dan bicarakan bersama dalam satu perbicaraan bagi
beberapa pertuduhan tidak lebih daripada tiga pertuduhan. |
|
|
(2)
Kesalahan-kesalahan adalah disifatkan sama jenisnya apabila kesalahan
itu dihukum di bawak seksyen yang sama dalam Enakmen atau dalam
mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa itu. |
|
Perbicaraan
terhadap
lebih daripada
satu kesalahan |
92. (1) Jikalau
dalam satu siri perbuatan yang berkaitan di antara satu dengan yang lain
sehingga menjadikan urusan yang sama, maka ia boleh dituduh dan
dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi tiap-tiap kesalahan itu. |
|
|
(2) Jika
perbuatan-perbuatan yang didakwa telah dilakukan itu menjadi kesalahan
yang termasuk di bawah dua atau lebih tafsiran undang-undang yang
berkuatkuasa bagi mentafsirkan atau menghukum kesalahan-kesalahan itu
bolehlah dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi
tiap-tiap kesalahan itu. |
|
|
(3) Jika
beberapa perbuatan yang mana satu atau lebih dengan sendirinya atau
kesemuanya menjadi satu kesalahan dan apabila dicampurkan menjadi
kesalahan yang lain, maka orang yang dituduh atas kesalahan itu bolehlah
dipertuduhkan dan dibicarakan dalam satu perbicaraan bagi kesalahan yang
wujud daripada perbuatan-perbuatan yang dicampurkan itu atau mana-mana
juga kesalahan yang wujud daripada salah satu ataupun lebih
perbuatan-perbuatan itu. |
|
Bila diragui
tentang apakah
kesalahan yang
dilakukan. |
93. Jika satu
perbuatan tunggal atau siri perbuatan berkeadaan sebegitu rupaya
sehingga mendatangkan ragu-ragu yang mana satu di antara beberapa
kesalahan itu boleh dibuktikan telah dilakukan, maka orang yang dituduh
boleh dipertuduhkan melakukan kesemua atau mana-mana kesalahan itu, dan
pertuduhan-pertuduhan itu bolehlah dibicarakan bersekali, atau ia boleh
dipertuduhkan dengan pertuduhan pilihan kerana melakukan mana-mana satu
atau lebih kesalahan itu. |
|
Bila seseorang
yang dituduh
dengan satu
kesalahan boleh disabitkan dengan
kesalahan lain. |
94. Jika dalam
perkara seperti yang disebutkan dalam Seksyen 93 orang yang dituduh
telah dipertuduhkan atas satu kesalahan dan daripada keterangan yang
diterima menunjukkan ia telah melakukan kesalahan lain daripada yang ia
dituduh itu, maka bolehlah ia disabitkan atas kesalahan yang mana telah
dibuktikan telah dilakukannya, sungguhpun ia tidak dituduh atas
kesalahan itu. |
|
Seseorang yang
dituduh atas
kesalahan boleh
disabitkan salah
kerana cuba
melakukannya |
95. Apabila orang
yang dituduh telah dipertuduhkan dengan sesuatu kesalahan ia bolehlah
disabitkan dengan kesalahan cuba melakukan kesalahan itu, walaupun
kesalahan percubaan itu tidak dipertuduhkan secara berasingan. |
|
Bila kesalahan
dibuktikan
dimasukkan
di dalam kesalahan yang
dipertuduhkan. |
96. (1) Apabila
sesesorang dipertuduhkan dengan sesuatu kesalahan yang mengandungi
beberapa butiran, dimana satu percampuran daripada beberapa butiran
sahaja menjadikan satu kesalahan yang kecil, dan percampuran itu
dibuktikan tetapi butir-butir yang tertinggal itu tidak dapat
dibuktikan, maka ia bolehlah disabitkan atas kesalahan yang kecil itu
walaupun ia tidak dituduh atas kesalahan itu. |
|
|
(2) Apabila
seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan dan keterangan yang dibuktikan
cuma menunjukkan kesalahan kecil sahaja yang dibuktikan, maka ia
bolehlah disabitkan atas kesalahan yang kecil itu walaupun ia tidak
dituduh atas kesalahan itu. |
|
Bila orang-orang
boleh dituduh
bersama. |
97. Apabila lebih
daripada seorang dituduh atas kesalahan yang sama atau
kesalahan-kesalahan yang berlainan yang dilakukan dalam urusan yang sama
atas apabila seseorang dituduh kerana melakukan sesuatu kesalahan dan
yang lain dituduh bersubahat atau cuba melakukan kesalahan yang sama
itu, maka mereka boleh dituduh dan dibicarakan bersama-sama atau
berasingan sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah, dan peruntukan
yang terkandung dalam bahagian yang terdahulu dalam Bab ini hendaklah
dipakai kepada semua pertuduhan itu. |
|
Menarik balik
pertuduhan atas
sabitan satu
daripada beberapa
pertuduhan |
98. (1) Apabila
lebih daripada satu pertuduhan dibuat ke atas orang yang sama dan
apabila disabitkan kesalahan ke atas satu atau lebih pertuduhan itu maka
pegawai yang menjalankan pendakwaan boleh, dengan kebenaran Mahkamah
menarik balik semua baki pertuduhan atau Mahkamah dengan kehendaknya
sendiri boleh menggantungkan perbicaraan ke atas semua pertuduhan yang
baki itu. |
|
|
(2) Penarikan
balik atau penggantungan itu bolehlah dikirakan sebagai pembuangan
pertuduhan itu, kecuali sabitan itu diketepikan, maka dalam perkara yang
seumpama itu Mahkamah (tertakluk kepada perintah Mahkamah yang
mengenepikan sabitan itu) bolehlah meneruskan perbicaraan atas
pertuduhan yang ditarik balik atau yang tidak dibicarakan itu. |
|
|
BAB X
PERBICARAAN |
|
Peraturan dalam
perbicaraan |
99. Peraturan seperti
berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbica-
raan - |
|
|
(a)
apabila orang yang dituduh menghadirkan diri atau dibawa ke hadapan
Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang ia
dituduh itu hendaklah dirangka dan dibaca serta diterangkan kepadanya,
dan ia hendaklah ditanya sama ada mengaku salah atas pertuduhan itu atau
meminta dibicarakan; |
|
|
(b)
Jika orang yang dituduh itu mengaku salah atas pertuduhan itu sama ada
atas pertuduhan asal atau yang dipinda maka pengakuan itu hendaklah
dicatatkan dan dengan itu ia bolehlah disabitkan kesalahan tersebut; |
|
|
Dengan syarat sebelum dicatatkan pengakuan salah itu
Mahkamah hendaklah menentukan orang yang dituduh itu faham akan keadaan
dan akibat daripada pengakuannya itu dan ia mahu mengaku, tanpa
bersyarat, terhadap kesalahan yang dipertuduhkan, dan ia membuat
pengakuan salah itu sekurang-kurangnya tiga kali di hadapan Hakim dan
tidak menarik balik pengakuan itu;
Dengan syarat lagi bahawa di dalam kes zina pengakuannya
hendaklah dibuat sekurang-kurangnya empat kali. |
|
|
(c) Jika orang yang dituduh itu enggan mengaku salah
atau tidak mengaku salah atau meminta dibicarakan, maka Mahkamah
hendaklah mendengar keterangan pengadu (jika ada) dan mengambil semua
keterangan yang dikemukakan bagi menyokong pendakwaan itu; |
|
|
apabila Mahkamah berpendapat mustahak ia hendaklah
mengambil daripada pengadu atau mana-mana orang yang mungkin mengetahui
tentang kenyataan kes itu yang boleh memberi keterangan bagi pihak
pendakwa, dan hendaklah memanggil mereka itu untuk memberi keterangan di
Mahkamah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah. |
|
|
(orang yang dituduh itu atau peguamnya hendaklah
dibenarkan menyoal balas semua saksi bagi pihak pendakwa) melalui Hakim; |
|
|
(d) Jika, selepas daripada mengambil semua keterangan
tersebut, Mahkamah berpendapat tidak ada kes terhadap orang yang dituduh
itu, yang boleh menyebabkan sabitannya, maka Mahkamah hendaklah
memerintahkan pembebasan; |
|
|
(e) Tiadalah apa-apa dalam perenggan (d) boleh
disifatkan menghalang Mahkamah daripada melepaskan orang yang dituduh
pada mana-mana juga peringkat terdahulu dalam kes itu jika dengan
sebab-sebab yang dicatatkan oleh Mahkamah bahawa pertuduhan itu sama
sekali tidak berasas; |
|
|
(f) Jika setelah mengambil keterangan itu, Mahkamah
berpendapat ada alasan-alasan untuk menganggapkan bahawa orang yang
dituduh itu telah melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan itu
atau kesalahan lain yang Mahkamah itu berkuasa membicarakannya dan |
|
|
pada pendapatnya kes itu patut dibicarakannya, maka ia hendaklah
menimbangkan pertuduhan yang dicatatkan terhadap orang yang dituduh itu
dan hendaklah memutuskan sama ada tuduhan itu mencukupi dan, jika
mustahak, hendaklah meminda pertuduhan itu; |
|
|
(g) Jika pertuduhan itu dipinda ia hendaklah dibacakan
kepada orang yang dituduh seperti yang dipinda itu dan ditanya balik
sama ada ia mengaku salah atau ada sebarang pembelaan yang hendak
dibangkitkannya. |
|
|
(h) Jika orang yang dituduh itu tidak mengaku salah
terhadap pertuduhan yang telah dipinda itu atau jika tidak ada pindaan
yang dibuat, orang yang dituduh, hendaklah dipanggil untuk membela
dirinya dan memberi keterangannya, dan hendaklah pada bila-bila masa
apabila membuat pembelaannya dibenarkan memanggil semula dan menyoal
belas mana-mana juga saksi yang hadir dalam Mahkamah melalui Hakim. |
|
|
(i) Jika orang yang dituduh itu memberi apa-apa
kenyataan bertulis Mahkamah hendaklah mencatatkan kenyataan itu
bersama-sama dengan rekodnya. |
|
|
(j) (i) jika orang yang dituduh itu memohon kepada
Mahkamah supaya mengeluarkan sebarang proses untuk meminta kehadiran
mana-mana saksi (sama ada ia telah atau belum diperiksa berkenaan dengan
kes itu sebelumnya) untuk tujuan diperiksa atau untuk menunjukkan
sebarang suratan atau lain-lain barang, maka Mahkamah hendaklah
mengeluarkan proses itu melainkan jika ia berpendapat permohonan yang
seumpama itu patut ditolak atas alasan bahawa ianya dibuat dengan tujuan
mengganggu atau melambatkan atau menjejaskan matlamat keadilan; Alasan
yang seumpama itu hendaklah dicatatkan secara bertulis; |
|
|
(k) (i) jika mahkamah berpendapat orang yang dituduh
tidak bersalah, maka Mahkamah hendaklah mencatatkan perintah pembebasan; |
|
|
(ii) jika Mahkamah berpendapat orang yang
dituduh bersalah atau jika pengakuan salahnya telah dicatatkan dan
diterima, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang; |
|
|
(l) apabila perbicaraan yang telah dijalankan itu
berpunca daripada aduan yang dibuat dengna jalan ikrar di bawah Seksyen
75 dan pada hari yang ditetapkan untuk perbicaraan kes itu pengadu tidak
hadir, dan kesalahan itu boleh menurut undang-undang, dikompaunkan, maka
Mahkamah bolehlah atas budibicaranya, walau apapun yang diperuntukkan
terdahulu daripada ini, melepaskan orang yang dituduh itu pada bila-bila
masa juga sebelum memanggilnya untuk membela diri dari hukuman ringan
atau adalah wajar melepaskan pesalah itu dengan bersyarat, Mahkamah
bolehlah, tanpa mencatatkan rekod sabit kesalahan, mengeluarkan perintah
sama ada - |
|
|
(a) membuang tuduhan atau aduan selepas daripada teguran
atau amaran kepada orang salah itu sebagaimana yang difikirkan patut
oleh Mahkamah; |
|
|
(b) memerintahkan orang yang didapati salah ditahan di
dalam sebuah rumah kebajikan yang telah diluluskan oleh Majlis bagi
suatu tempoh yang difikirkan wajar oleh Mahkamah yang tidak lebih dari
satu tahun; atau |
|
|
(c) melepaskan orang salah itu dengan syarat ia
dikenakan bon, dengan penjamin ataupun tidak, untuk berkelakuan baik dan
hadir untuk hukuman sabit kesalahan dicatatkan dengan hukumannya pada
bila-bila masa dipanggil dalam tempoh jaminan itu, iaitu tidak lebih
daripada tiga tahun seperti yang dinyatakan dalam perintah itu. |
|
|
(3) Mahkamah
bolehlah, sebagai tambahan kepada hukuman itu, memerintahkan pesalah itu
membayar pampasan atas kecederaan atau kehilangan atau membayar kos
perbicaraan itu sebagaimana yang difikirkan patut atau membayar
kedua-dua pampasan dan kos tersebut. |
|
|
(4) Jika
Mahkamah berpuashati dengan maklumat yang diberi dengan jalan sumpah
bahawa pesalah itu tidak mengikut sebarang syarat bon itu, maka bolehlah
dikeluarkan waran untuk menangkap pesalah itu. |
|
|
(5) Mana-mana
pesalah yang ditangkap dengan waran tersebut itu, jika tidak dibawa
segera ke hadapan Mahkamah yang berkuasa untuk menghukum pesalah itu,
hendaklah dibawa ke hadapan Hakim yang mana boleh - |
|
(a) sama ada menahan ia dengan waran atau |
|
(b) membenarkan ia jamin dengan cukup penjamin dengan
syarat ia hadir untuk menerima hukuman. |
|
(6) Apabila
pesalah itu ditahan dengan jalan tersebut, ia bolehlah dipenjara dan
waran tahanan hendaklah mengarahkan supaya ia dibawa ke Mahkamah di mana
ia dikehendaki hadir untuk menerima hukuman atau untuk menjawab
soalan-soalan berkenaan dengan kelakuannya semenjak ia dilepaskan. |
|
(7) Seksyen ini
tidak dipakai apabila kesalahan itu bersabit dengan hukuman hudud atau
qisas. |
|
Ucapan |
100. Dalam
perbicaraan di bawah Bab ini - |
|
|
(a) Pegawai yang menjalankan pendakwaan itu tidaklah
perlu membuka kes itu tetapi bolehlah terus mengemukakan keterangannya. |
|
|
(b) apabila orang yang dituduh itu dipanggil untuk
membuat pembelaannya, maka dia sendiri atau peguamnya, sebelum
mengemukakan keterangannya, bolehlah menyatakan bukti-buktinya atau
undang-undang yang dia hendak gunakan dan memberi alasan- |
|
|
alasan yang difikirkannya perlu di atas keterangan
pendakwaan itu, dan jika orang yang dituduh itu memberi keterangan atau
saksi-saksi diperiksa bagi pihaknya, maka dia bolehlah menggulung
kesnya; |
|
|
(c) Pegawai yang menjalankan pendakwaan itu adalah
berhak menjawab balas ke atas keseluruhan kes itu apabila orang yang
dituduh itu telah mengemukakan keterangannya. |
|
Kuasa untuk
memberikan
pampasan |
101. (1) Jikalau
dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan orang yang dituduh dan
berpendapat bahawa aduan, maklumat atau tuduhan itu adalah sia-sia
sahaja atau hanya untuk menyusahkan orang ia bolehlah atas
budibicaranya, sama ada atas permintaan orang yang dituduh itu atau atas
kehendaknya sendiri, memerintahkan pengadu atau orang yang membuat aduan
atau memberi maklumat itu membayar kepada orang yang dituduh, atau
kepada tiap-tiap orang atau mana-mana juga orang yang dituduh sekiranya
lebih daripada seorang wang pampasan yang tidak lebih daripada lima
ratus ringgit, sebagaimana Mahkamah fikir patut; |
|
|
Dengan syarat bahawa Mahkamah - |
|
|
(a) hendaklah mencatatkan dan menimbangkan apa-apa
bangkangan yang pengadu itu atau pemberi maklumat itu bangkitkan
terhadap perintah tersebut; dan |
|
|
(b) hendaklah mencatatkan sebab-sebab ia membuat
perintah yang seumpama itu. |
|
|
(2) Pada masa
memberikan imbuhan dalam sebarang perbicaraaan sivil yang berikutnya
mengenai perkara yang sama Mahkamah hendaklah mengambil pertimbangan
banyaknya wang yang telah dibayar. |
|
Butir-butir
yang hendak
dicatatkan |
102. (1) Dalam
perbicaraan di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan catatan rasmi
berkenaan dengan butir-butir bagi tiap-tiap kes dengan menggunakan dan
menyiapkan atau menyebabkan ianya disiapkan satu kertas tuduhan mengikut
borang seperti yang ditetapkan dan, jika semua butir-butir yang mustahak
tidak dapat dimasukkan dengan mudah di dalam catatan atau borang itu,
maka hendaklah ditulis pada beberapa kertas lampiran yang perlu dan
dikembarkan kepadanya. |
|
|
(2) Butir-butir
yang mesti dimasukkan dalam catatan-catatan itu hendaklah mengandungi: |
|
|
(a) nama Mahkamah dan angka bilangan kes; |
|
|
(b) nama, nombor kad pengenalan dan jantina yang
dituduh; |
|
|
(c) alamat yang dituduh; |
|
|
(d) Pertuduhan; |
|
|
(e) tarikh kehadiran mengikut saman, jika ada; |
|
|
(f) tarikh mengeluarkan saman atau waran, jika ada; |
|
|
(g) nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh dibuat
aduan dan nilai harta yang terlibat; |
|
|
(h) tarikh tangkapan; |
|
|
(i) tarikh mula-mula hadir di Mahkamah; |
|
|
(j) bangsa yang dituduh; |
|
|
(k) umur yang dituduh; |
|
|
(l) butir-butir sebarang jaminan atau bon yang diberi
atau diambil melalui pihak polis atau Mahkamah; |
|
|
(m) akuan yang dituduh; |
|
|
(n) nama dan pangkat pegawai, atau nama orang yang
menjalankan pendakwaan dan nama peguam Syarie jika ada, yang membela
yang dituduh; |
|
|
(o) tarikh tiap-tiap kali penangguhan dan tarikh baru
bagi tiap-tiap kali penangguhan itu dan sebab-sebab berbuat demikian; |
|
|
(p) catatan keterangan Mahkamah, jika ada; |
|
|
(q) keputusan-keputusan; |
|
|
(r) catatan Mahkamah tentang sabitan-sabitan masa lalu,
keterangan watak, dan permohonan meminta dikurangkan hukuman, jika ada; |
|
|
(s) hukuman atau lain-lain perintah yang muktamad; |
|
|
(t) penghakiman, jika bertulis; |
|
|
(u) tarikh tamatnya perbicaraan; |
|
|
(v) butir-butir tentang mana-mana waran tahanan, resit
denda dan waran penjara; |
|
|
(w) jika rayuan dibuat tarikh notis rayuan, permintaan
untuk catatan keterangan, apa-apa notis bahawa catatan keterangan, boleh
didapati dengan bayaran, penyampaian alasan-alasan keputusan oleh
Mahkamah dan penyerahan catatan kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau
Mahkamah Rayuan Syariah; |
|
|
(x) jika penghakiman itu penghakiman lisan,
alasan-alasan penghakiman itu; |
|
|
(y) angka bilangan bagi rayuan kepada Mahkamah Tinggi
Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah; |
|
|
(z) Keputusan rayuan dan tarikh diberitahu hal itu
kepada Mahkamah. |
|
|
(3) Catatan
itu hendaklah disahkan dengan tandatangan pegawai Mahkamah yang
mendengar kes itu, dan hendaklah difailkan sebagaimana yang ditetapkan. |
|
Pemindahan
kes-kes |
103. Dalam mana-mana
juga perbicaraan di hadapan Hakim yang mana terdapat pada sebarang
peringkat perbicaraan itu ada sebab-sebab kes itu, pada pendapat Hakim
berbidangkuasa yang lebih tinggi daripada bidangkuasanya, permohonan
dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie maka Hakim hendaklah memberhentikan
perbicaraan itu dan memindahkan kes itu ke Mahkamah yang lebih tinggi
dan ia hendaklah mencatatkan perintah berkenaan dengan perbicaraan itu. |
|
|
BAB XI
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM
BERKENAAN DENGAN PERBICARAAN |
|
Acara bila ada
sabit kesalahan
yang dahulu |
104. Apabila orang
yang dituduh itu didakwa kerana melakukan kesalahan yang dilakukan
selepas sabitan kesalahan yang dahulu kerana apa-apa kesalahan maka
acara yang telah disebutkan dahulu itu hendaklah dipatuhi:- |
|
|
(a) bahagian tuduhan yang menyatakan hukuman sabitan
kesalahan yang
dahulu tidaklah boleh dibacakan di dalam
Mahkamah, dan orang yang
dituduh itu tidaklah juga boleh disoal sama ada
dia telah disabitkan
dahulu seperti dikatakan dalam tuduhan itu
melainkan dan sehingga
ianya mengaku salah atau disabitkan salah di atas
kesalahannya
yang kemudian itu; |
|
|
(b)
jika ia mengaku salah atau disabitkan di atas kesalahan yang kemudian
itu, dia hendaklah ditanya sama ada dia telah pernah disabitkan dahulu
seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan itu; |
|
|
(c) jika dia menjawab yang dia telah disabitkan dahulu
maka Mahkamah bolehlah menjatuhkan hukuman sepatutnya ke atasnya tetapi
jika ia menafikan yang dia pernah disabitkan dahulu atau enggan atau
tiada menjawab akan soalan-soalan yang dikemukakan itu maka Mahkamah itu
hendaklah menyiasat berkenaan dengan sabitan di masa dahulu itu. |
|
Pendakwa boleh-
lah berhenti dari-
pada mendakwa
selanjutnya pada
mana-mana
peringkat |
105. (1) Pada
mana-mana peringkat perbicaraan di hadapan sebuah Mahkamah sebelum
diberikan keputusan, pegawai yang menjalankan pendakwaan bolehlah, jika
difikirkannya patut memberitahu Mahkamah bahawa ia tidak bercadang untuk
mendakwa lebih lanjut lagi orang yang dituduh itu terhadap tuduhan itu,
dan oleh yang demikian semua perbicaraan di atas tuduhan terhadap orang
yang dituduh itu bolehlah diberhentikan atas kebenaran dari Mahkamah,
dan jika telah diberhentikan, orang yang dituduh itu hendaklah
dilepaskan daripada tuduhan itu. |
|
Hak orang yang
dituduh untuk
dibela |
106. Tertakluk kepada
peruntukan yang nyata di dalam undang-undang yang bertentangan,
mana-mana orang yang dituduh di hadapan mana-mana Mahkamah adalah berhak
untuk dibela oleh seorang Peguam Syarie. |
|
Mahkamah boleh-
lah mengemuka-
kan soalan-soalan
kepada orang
yang dituduh |
107. (1) Untuk
tujuan membolehkan orang yang dituduh itu menerangkan mengenai apa-apa
keadaan yang nyata yang menjadi keterangan terhadapnya, Mahkamah
bolehlah pada mana-mana peringkat perbicaraan itu, tanpa memberi amaran
terlebih dahulu kepada orang yang dituduh, mengemukakan soalan-soalan
kepadanya sebagaimana Mahkamah fikirkan mustahak. |
|
|
(2) Jawapan
yang diberikan oleh orang yang dituduh bolehlah dipertimbangkan dalam
perbicaraan itu dan dijadikan sebagai keterangan bagi atau terhadapnya
dalam mana-mana juga perbicaraan kerana sebarang kesalahan lain yang
mana jawapan-jawapan itu menunjukkan dia telah melakukannya. |
|
|
(3)
Pemeriksaan orang yang dituduh itu adalah bertujuan untuk membolehkan
dia menerangkan sebarang keadaan yang nampaknya menjadi keterangan
terhadapnya dan hendaklah tidak boleh menjadikan sebagai pemeriksaan am
di atas apa-apa yang dicadangkan dengan sendirinya kepada Mahkamah. |
|
|
(4)
Budibicara yang diberikan melalui seksyen ini untuk menyoal seseorang
yang dituduh tiadalah boleh dijalankan dengan tujuan mendorongkannya
memberi kenyataan-kenyataan yang melibatkan dirinya sendiri. |
|
|
(5)
Budibicara itu hendaklah hanya boleh digunakan untuk menentukan daripada
orang yang dituduh itu bagaimana dia boleh menentang fakta-fakta yang
diterangkan dalam keterangan terhadapnya, supaya fakta-fakta itu tidak
boleh menekannya jika tidak diterangkan. |
|
|
(6)
Soalan-soalan hendaklah tidak dikemukakan kepada orang yang dituduh
semata-mata untuk menyokong kes pendakwaan bilamana ianya dapat
kecacatan. |
|
|
(7) Apabila
orang yang dituduh diperiksa di bawah seksyen ini oleh Mahkamah, maka
semua pemeriksaan itu termasuk tiap-tiap soalan yang dikemukakan
kepadanya dan tiap-tiap jawapan yang diberikan olehnya hendaklah
dicatatkan dengan sepenuhnya, dan catatan itu hendaklah dibacakan
kepadanya atau, jika ia tidak faham bahasa yang digunakan, hendaklah
diterjemah atau diterangkan kepadanya dalam bahasa atau isyarat yang ia
boleh faham, dan dia bolehlah bebas menerangkan atau menambah kepada
jawapan-jawapan itu. |
|
|
(8) Apabila
keseluruhan perkara itu telah menepati dengan apa yang dikatakan oleh
orang yang dituduh sebagai benar maka rekod itu hendaklah ditandatangani
oleh Hakim yang membicarakannya.
|
|
Kes pendakwaan
hendaklah di-
terangkan oleh
Mahkamah
kepada yang
dituduh yang
tidak dibela |
108. (1) Dalam
tiap-tiap perbicaraan di hadapan Mahkamah Syariah, jika dan apabila
Mahkamah memanggil orang yang dituduh untuk membela dirinya Mahkamah
hendaklah, jika orang yang dituduh tidak diwakili oleh Peguam Syarie,
memberitahunya yang ia sendiri berhak bersumpah dan kesannya atas |
|
|
berhak memberi
keterangan untuk membela dirinya, dan jika ia memilih untuk memberi
keterangan membela dirinya hendaklah diberi ingatan berkenaan dengan
faktor-faktor utama di dalam keterangan pendakwaan terhadapnya supaya
dia boleh diberi peluang untuk menjelaskannya. |
|
|
(2)
Kegagalan mana-mana orang yang dituduh pada mana-mana perbicaraan untuk
memberikan keterangan tidaklah boleh dijadikan suatu bahan teguran
untuk memburukannya oleh pendakwaan. |
|
Kuasa menangguhkan
perbicaraan |
109. (1) Jika oleh
kerana seseorang saksi tidak hadir atau kerana sebab-sebab lain yang
munasabah maka adalah menjadi perlu dan patut bagi menangguhkan dari
memulakan atau menangguhkan sebarang perbicaraan, Mahkamah boleh, dari
semasa ke semasa menangguhkannya atas syarat-syarat sebagaimana yang
difikirkannya patut dan selama tempoh sebagaimana yang difikirkannya
munasabah dan boleh, dengan waran menahan orang yang dituduh itu
sekiranya ia dalam tahanan: |
|
|
Dengan syarat bahawa
seseorang Hakim tidaklah boleh menahan orang yang dituduh itu di bawah
seksyen ini selama tempoh melebihi tujuh hari pada satu masa dan: |
|
|
Dengan syarat lagi
bahawa apabila Pegawai Perubatan Kerajaan telah mengarahkan bahawa
pengadu adalah tidak berupaya memberi keterangan sebelum tarikh yang
tertentu maka orang yang dituduh itu bolehlah ditahan sehingga ke suatu
tarikh walaupun tempoh tahanannya akan melebihi tujuh hari. |
|
|
(2)
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah seksyen ini oleh Mahkamah
hendaklah dengan
bertulis dan ditandatangani oleh Hakim yang menjalankan perbicaraan itu,
dan hendaklah menyatakan alasan-alasannya sekali. |
|
|
Huraian - |
|
|
Jika didapati keterangan yang cukup yang menunjukkan bahawa orang
yang dituduh itu diberat sangkakan (dzan) melakukan sesuatu kesalahan
dan nampaknya harus boleh didapati keterangan selanjutnya semasa ianya
ditahan, maka ini adalah suatu sebab yang munasabah untuk menahannya. |
|
Penukaran Hakim
dalam masa
perbicaraan |
110. Apabila
mana-mana Hakim, selepas daripada mendengar dan mencatatkan keseluruhan
atau mana-mana bahagian keterangan di dalam suatu perbicaraan terhenti
menjalankan bidangkuasa dan diganti oleh Hakim lain yang mempunyai dan
menjalankan kuasa, maka Hakim yang mengantikannya itu boleh menggunakan
keterangan yang dicatatkan oleh Hakim yang dahulu itu sebahgiannya
dicatatkan olehnya sendiri atau bolehlah di memanggil semula saksi-saksi
dan memulakan semua perbicaraan itu: |
|
|
Dengan syarat:-
|
|
|
(a) dalam mana-mana perbicaraan, apabila Hakim yang
kedua memulakan perbicaraannya orang yang dituduh bolehlah meminta
supaya saksi-saksi itu atau salah seorang daripada mereka dipanggil
semula atau didengar semula; |
|
|
(b) Mahkamah Rayuan bolehlah, sama ada terdapat suatu
rayuan atau tidak, mengenepikan sebarang sabitan yang dijatuhkan atas
keterangan yang tidak dicatatkan sepenuhnya oleh Hakim yang mana sabitan
itu dijatuhkan, jika Mahkamah Rayuan itu berpendapat bahawa orang yang
dituduh itu telah dimudaratkan secara berkesan kerana itu, dan bolehlah
Mahkamah mengarahkan supaya dijalankan perbicaraan atau perbicaraan
baru. |
|
Menahan pesalah-pesalah
yang hadir
di Mahkamah |
111. (1) Mana-mana
orang yang menghadiri sesebuah Mahkamah sungguhpun ianya tiada
ditangkap atau disaman, bolehlah ditahan oleh Mahkamah bagi tujuan
memeriksa sebarang kesalahan yang mana Mahkamah itu boleh membicarakan
dan daripada keterangan yang diberi ia didapati melakukan kesalahan itu
dan Mahkamah itu bolehlah menjalankan tindakan terhadapnya seolah-olah
ia telah ditangkap atau disaman. |
|
|
(2) Apabila
penahanan itu berlaku selepas suatu perbicaraan telah dimulakan, maka
perbicaraan terhadap orang itu hendaklah dimulakan semula secara baru
dan keterangan daripada saksi-saksi didengar semula. |
|
Hari Kelepasan
minggu atau hari
kelepasan am |
112. Mana-mana
perbicaraan dalam mana-mana Mahkamah tidaklah menjadi tidak sah dengan
sebab ianya dijalankan pada hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan
am. |
|
|
BAB XII
CARA MENGAMBIL DAN MENCATATKAN
KETERANGAN DALAM PERBICARAAN |
|
Keterangan
hendaklah
diambil
di hadapan
yang dituduh |
113. Semua keterangan
yang diambil di bawah Enakmen ini hendaklah diambil di hadapan orang
yang dituduh. |
|
Mencatatkan
keterangan |
114. Di dalam
perbicaraan-perbicaraan di bawah Enakmen ini oleh atau di hadapan
seorang Hakim maka keterangan daripada saksi-saksi itu hendaklah
dicatatkan menurut peruntukan dalam Bab ini. |
|
Catatan dalam
kes-kes |
115. Di dalam semua
perbicaraan di hadapan sebuah Mahkamah keterangan daripada tiap-tiap
saksi hendaklah dicatat supaya mudah dibawa oleh Hakim yang menjalankan
perbicaraan itu dan hendaklah dijadikan sebahagian daripada rekod itu. |
|
Cara mencatat-
kan keterangan |
116. (1) Keterangan
yang dicatatkan di bawah seksyen terdahulu daripada ini tidaklah
semestinya dicatat dengan cara soal jawab, tetapi biasanya secara
cerita. |
|
|
(2) Hakim
yang menjalankan perbicaraan itu bolehlah, atas budi bicaranya,
mencatatkan apa-apa soal jawab yang tertentu. |
|
Menterjemahkan
keterangan
kepada yang
kena tuduh |
117. (1) Apabila
mana-mana keterangan diberikan dalam bahasa atau isyarat yang tidak
boleh difahami oleh yang kena tuduh itu, dan ianya sendiri hadir,
keterangan itu hendaklah diterjemahkan kepadanya dalam Mahkamah terbuka
dalam bahasa yang ia boleh fahami. |
|
|
(2) Bila
dokumen-dokumen telah dikemukakan bagi tujuan pembuktian, maka ia
hendaklah bergantung kepada budibicara Mahkamah untuk menterjemahkannya
setakat mana yang difikirkan mustahak. |
|
Pendapat
mengenai
kelakuan saksi |
118. Seseorang Hakim
yang menjalankan perbicaraan yang mencatatkan keterangan seorang saksi
bolehlah mencatatkan pendapatnya (jika ada) sebagaimana yang difikirkan
mustahak berkenaan dengan kelakuan saksi itu ketika ianya memberi
keterangan. |
|
Orang-orang lain
boleh juga diberi
kuasa mencatat-
kan keterangan |
119. Tiada apa-apa di
dalam Bab ini boleh menghalang seseorang Hakim dalam perbicaraan
mengarahkan nota lengkap diambil atau dirakam secara rasmi mengenai
keterangan saksi sebagai tambahan kepada keterangan yang dicatat oleh
Hakim sendiri, dan nota itu hendaklah menjadi sebahagian daripada
catatan itu. |
|
|
BAB XIII
KEPUTUSAN
|
|
Cara
menyampaikan
keputusan |
120. Keputusan bagi
tiap-tiap perbicaraan dalam mana-mana Mahkamah yang mempunyai
bidangkuasa asal hendaklah diumumkan di dalam Mahkamah terbuka, sama ada
pada masa itu juga atau kemudiannya yang mana hendaklah diberitahu
kepada pihak-pihak berkenaan atau peguam Syarie mereka, dan yang kena
tuduh itu hendaklah, jika ianya ada dalam tahanan, dibawa ke hadapan
Mahkamah atau jika ianya tidak di dalam tahanan dikehendaki hadir
mendengar keputusan itu disampaikan.
|
|
Keputusan
tersilap boleh
disemak |
121. Apabila Mahkamah
berpendapat bahawa keputusannya tersilap maka Makamah hendaklah
merujukkan keputusan itu untuk disemak oleh Mahkamah Rayuan. |
|
Keputusan
hendaklah di-terangkan kepada yang dituduh dan
salinannya diberi-
kan kepadanya |
122. Keputusan itu
hendaklah diterangkan kepada yang kena tuduh dan atas permintaannya satu
salinan keputusan itu hendaklah diberikan kepadanya dengan percuma. |
|
Keputusan itu
hendaklah difail-
kan bersama-sama
dengan catatan |
123. Keputusan yang
asal hendaklah ditulis dan difailkan bersama-sama dengan rekod
perbicaraan. |
|
|
BAB XIV
HUKUMAN DAN PENGUATKUASAANNYA |
|
Peruntukan-
peruntukan
mengenai
perlaksanaan
hukum penjara |
124. Berhubung dengan hukuman penjara, peruntukan
berikut hendaklah diikuti:- |
|
(a) manakala orang yang tertuduh itu dihukum dengan
hukuman penjara, Mahkamah yang menjatuhkan hukuman itu hendaklah dengan
segera mengeluarkan satu waran kepada penjara di mana dia akan ditahan
dan, kecuali jika orang yang tertuduh itu sedang ditahan di penjara itu,
hendaklah menghantarkannya di bawah jagaan polis atau Pegawai
Penguatkuasa Agama ke penjara itu berserta dengan waran; |
|
|
(b) tiap-tiap waran bagi menjalankan sesuatu hukuman
penjara hendaklah diarahkan kepada pegawai penguasa penjara itu, atau
tempat lain di mana pesalah itu hendak ditahan; |
|
|
(c) Apabila pesalah itu hendak ditahan di sesebuah
penjara, waran hendaklah diserahkan kepada pegawai penguasa penjara itu; |
|
|
(d) tiap-tiap hukuman penjara hendaklah berjalan mulai
dari tarikh hukuman itu dijatuhkan kecuali jika Mahkamah yang
membicarakan itu mengarah sebaliknya. |
|
Peruntukan
mengenai
hukuman denda |
125. (1) Jika denda
dikenakan di bawah kuasa mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa
dengan ketiadaan apa-apa peruntukan nyata berhubung dengan denda itu
yang terkandung di dalam undang-undang sedemikian, maka peruntukan
berikut hendaklah dipakai, iaitu:- |
|
|
(a) jika tidak ada jumlah yang ditetapkan bagi hukuman
denda itu, maka jumlah yang dikenakan kepada pesalah itu tidak dihadkan,
tetapi tidaklah boleh berlebihan; |
|
|
(b) di dalam tiap-tiap kes mengenai sesuatu kesalahan,
di mana pesalah itu dihukum membayar suatu denda, maka Mahkamah
bolehlah, mengikut budibicaranya, melakukan semua atau mana-mana perkara
yang berikut- |
|
|
(i) memberikan tempoh bagi membayar denda itu; |
|
|
(ii) mengarahkan pembayaran denda itu dibuat secara beransur-
ansur. |
|
|
(iii) mengarahkan pesalah yang gagal membayar denda itu dikenakan
hukuman penjara itu hendaklah sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman
penjara yang lain yang boleh dikenakan ke atasnya. |
|
|
(c)
Tempoh bagi Mahkamah mengarahkan pesalah itu dipenjarakan kerana gagal
membayar denda tidaklah boleh melebihi kadar yang berikut:- |
|
|
(i) jika kesalahan itu boleh dihukum dengan penjara. |
|
|
Jika tempoh Tempoh tidaklah
Maksima penjara boleh
melebihi
Tidak melebihi - Tempoh maksima
6 bulan penjara. |
|
|
(ii) jika kesalahan itu tidak boleh dihukum dengan penjara - |
|
|
Jika denda itu Tempohnya
tidaklah
boleh
melebih |
|
|
(a) tidak melebihi dua - satu bulan
ratus ringgit |
|
|
(b) Melebihi dua ratus - dua bulan
tetapi tidak melebihi
lima ratus ringgit |
|
|
(c) melebihi lima - enam bulan
ratus ringgit. |
|
|
(d)
hukuman penjara yang dikenakan kerana gagal membayar suatu denda
hendaklah tamat apabila denda itu telah dibayar atau diperolehi mengikut
undang-undang. |
|
|
(e)
jika sebelum berakhir tempoh hukuman penjara yang ditetapkan kerana
gagal membayar denda, bahagian denda yang masih tidak berbayar itu,
dibayar atau diperolehi, dan tempoh bagi hukuman penjara yang dikenakan
kerana gagal membayar denda itu adalah tidak kurang daripada kadar
bahagian dengan yang masih lagi tidak berbayar itu, maka hukuman penjara
itu hendaklah tamat; |
|
|
(f)
denda, atau mana-mana bahagian daripadanya yang masih tidak dibayar,
bolehlah diperolehi pada bila-bila masa juga dalam masa enam tahun
selepas dijatuhkan hukuman itu, dan kematian pesalah itu hendaklah
melepaskannya dari denda. |
|
Siapa yang boleh
mengeluarkan
waran |
126. Tiap-tiap waran
bagi menjalankan apa-apa hukuman bolehlah dikeluarkan sama ada oleh
Hakim yang menjatuhkan hukuman itu, atau oleh penggantinya atau Hakim
lain yang memangku jawatannya. |
|
Hukuman sebat |
127. (1) Peruntukan
di dalam seksyen ini dan seksyen 128A dan 129B hendaklah dipakai apabila
hukuman sebat dikenakan secara ta'zir. |
|
|
(2) Alat
sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah dari satu jenis sahaja
dan sebaik-baiknya dibuat dari kulit atau rotan atau ranting pokok yang
tiada ruas atau buku dan penjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan
tebalnya tidak melebihi 1.25 centimeter. |
|
|
(3)
Peruntukan berikut hendaklah dipakai bagi melaksanakan hukuman sebat,
iaitu - |
|
|
(a)
sebelum perlaksanaan hukuman bermula, pesalah hendaklah diperiksa
kesihatannya oleh pegawai perubatan yang diberi kuasa bagi mempastikan
bahawa perlaksanaan hukuman itu tidak menyebabkan kematiannya; |
|
|
(b)
jika pesalah itu sakit, perlaksanaan hukuman itu hendaklah ditangguhkan
sehingga pegawai perubatan yang diberi kuasa mengesahkan bahawa pesalah
itu cukup sihat untuk menjalani hukuman. |
|
|
(c)
jika pesalah itu seorang perempuan yang sedang mengandung, perlaksanaan
hukuman itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamatnya tempoh selama dua
bulan selepas melahirkan anak atau keguguran mengikut mana yang
berkenaan; |
|
|
(d)
jika pada masa perlaksanaan hukuman itu, cuaca adalah terlalu sejuk atau
terlalu panas, atau dalam mana-mana keadaan yang tidak membolehkan
hukuman itu, perlaksanaan hukuman itu hendaklah ditangguhkan sehingga
cuaca menjadi seperti biasa semula; |
|
|
(e)
hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan kehadiran pegawai perubatan
yang diberi kuasa oleh Mahkamah atau di kawasan yang ditetapkan oleh
Majlis bagi tujuan tersebut; |
|
|
(f)
orang yang dilantik untuk melaksanakan hukuman tersebut hendaklah
seorang yang adil dan cukup matang fikirannya; |
|
|
(g)
orang itu hendaklah menggunakan alat sebat itu dengan kekuatan yang
sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya ia tidak
melukakan kulit pesakit; |
|
|
(h)
selepas ia mengenakan satu sebatan, ia hendaklah mengangkat alat sebat
itu ke atas dan bukan menariknya; |
|
|
(i)
sebatan hendaklah merata ke seluruh tubuh pesalah, tetapi sebatan tidak
boleh dikenakan ke atas kepala, muka, perut, atau dada atau
bahagian-bahagian sulit pada tubuh pesalah itu; |
|
|
(j)
pesalah hendaklah berpakaian dengan sebagaimana yang dikehendaki oleh
ajaran Islam; |
|
|
(k)
jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat samasa ia berdiri dan
jika pesalah itu perempuan semasa ia duduk; |
|
|
(l) jika selepas perlaksanaan hukuman telah bermula, pegawai
perubatan yang diberi kuasa adalah berpendapat bahawa ada kemungkinan
akan kematian pesalah, perlaksanaan hukuman itu hendaklah ditangguhkan
sehingga pegawai perubatan itu mengesahkan bahawa pesalah itu sihat
tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu. |
|
|
(3) Dalam hal
keadaan dimana seseorang pesalah hanya dijatuhkan hukuman sebat sahaja,
ia hendaklah diuruskan seperti ia dikenakan hukuman penjara sahaja,
sehinggalah perlaksanaan hukuman itu selesai; |
|
|
(4) Jika pada
fikiran pegawai perubatan yang diberi kuasa, pesalah itu kerana umur
tua, uzur, atau sebab-sebab lain tidak boleh menjalani keseluruhan atau
sebahagian hukuman sebat, kes itu hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah
yang boleh memerintahkan perlaksanaan hukuman itu mengikut cara mana
yang ia fikirkan patut. |
|
|
(5) Majlis
boleh dengan pemberitahuan dalam warta membuat kaedah bagi maksud
menjalankan kehendak peruntukan-peruntukan bab ini. |
|
Tempat bagi
melaksanakan
hukuman sebat |
128. Apabila orang
yang dituduh itu dihukum sebat sahaja, hukuman itu hendaklah
dilaksanakan pada sesuatu tempat dan waktu yang diarah oleh Mahkamah. |
|
Masa
melaksanakan
hukuman itu |
129. (i) Apabila
orang yang dituduh itu dihukum sebat dan penjara, perlaksanaan hukum
sebat itu tidak boleh dijalankan jika ada rayuan dibuat sehingga itu
disahkan oleh Mahkamah Rayuan. |
|
|
(ii) Sebat
itu hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang boleh selepas habis
empat belas hari, atau bagi kes rayuan dengan seberapa segera yang boleh
selepas penerimaan perintah Mahkamah Rayuan yang mengesahkan hukuman
itu. |
|
Mula berkuat
kuasa hukuman
penjara di atas pesalah yang telah sedia menjalani hukuman
penjara |
130. (1) Apabila
seorang itu adalah seorang pesalah yang sedang menjalani hukuman
penjara, hukuman penjara itu hendaklah bermula dari tarikh hukuman itu
atau bila berakhirnya hukuman penjara di mana dia telah dihukum terlebih
dahulu, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah yang menjatuhkan
hukuman itu. |
|
|
(2) Tiada
apa-apa dalam Sub Seksyen yang terdahulu daripada Sub Seksyen ini boleh
dianggap sebagai melepaskan mana-mana orang, dari mana-mana bahagian
hukuman, yang dikenakan ke atasnya, kerana sabitannya yang dahulu atau
kemudian. |
|
Pesalah remaja
Muda-Mukallaf |
131. (1) Apabila
mana-mana pesalah belum mukallaf bersalah, oleh mana-mana Mahkamah
Syariah kerana apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan denda atau
penjara, Mahkamah itu bolehlah menggantikan hukuman tersebut dengan - |
|
|
(a) memerintahkan pesalah itu supaya dilepaskan selepas
teguran diberikan, jika Mahkamah itu memikirkan patut; atau |
|
|
(b) memerintahkan supaya pesalah itu diserahkan kepada
ibu bapanya atau penjaganya atau waris dewasa yang terdekat atau kepada
mana-mana orang lain, dan Mahkamah hendaklah menetapkan ke atas ibu
bapa, penjaga, waris atau orang lain itu supaya mengikat jamin, dengan
atau tanpa penjamin atau dengan penjamin-penjamin sebagaimana
dikehendaki oleh Mahkamah, dan dia bertanggungjawab terhadap pesalah itu
supaya berkelakuan baik bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas
bulan atau jaminan, membuat satu perintah |
|
|
terhadap pesalah itu yang memerintahkannya supaya
berkelakuan baik baik suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan
memerintahkan pesalah itu mengikut syarat-syarat yang dinyatakan dalam
perenggan-perenggan (a), (b) dan(c) seksyen 133 yang difikirkan patut
oleh mahkamah. |
|
|
(2) Mahkamah
di mana pesalah remaja itu disabitkan, bolehlah sebagai tambahan atau
sebagai ganti menghukum pesalah itu, mengikut cara yang diperuntukkan di
dalam seksyen ini, mengenakan denda ke atas ibu bapa atau penjaganya
tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah
tersebut, selepas siasatan ringkas, berpuashati bahawa ibu bapa atau
penjaga itu, dengan sebab kecuaian mereka untuk mengambil perhatian yang
baik atau lainnya ke atas pesalah itu, telah menyebabkan pesalah itu
berkelakuan buruk. Dengan syarat bahawa ibu bapa atau penjaga itu
tidaklah boleh didenda tanpa ianya diberi peluang untuk membela dirinya
jika dia mahu dan memberikan keterangan di dalam pembelaannya. |
|
Pesalah pertama
kali |
132. (1) Apabila
mana-mana orang yang bukan seorang pesalah remaja, telah disabitkan
dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman penjara di
hadapan mana-mana Mahkamah, jika ternyata kepada Mahkamah tersebut
bahawa, dengan mengambil perhatian kepada watak, latarbelakangnya, umur,
kesihatan atau keadaan akal pesalah itu, atau kepada bentuk kesalahan
itu yang tidak berat, atau kepada apa-apa keadaan yang boleh meringankan
kesalahan yang dilakukan itu, adalah patut bahawa pesalah itu dilepaskan
dengan syarat dia berkelakuan baik, Mahkamah bolehlah, selain daripada
menghukumnya dengan serta merta dengan apa-apa hukuman lain, mengarahkan
supaya pesalah itu dilepaskan dengan ikatan jamin dengan atau tanpa
penjamin-penjamin, dan dalam tempoh tersebut, sebagaimana yang diarahkan
oleh Mahkamah, supaya hadir dan menerima hukuman jika dan apabila
dipanggil, dan sementara itu, hendaklah dia berkelakuan baik. |
|
|
(2) Mahkamah
bolehlah, jika difikirkan patut, mengarahkan supaya pesalah itu
hendaklah membayar perbelanjaan pendakwaan, atau beberapa bahagian
daripadanya dalam tempoh yang tertentu, dan dengan cara beransur-ansur,
seperti yang diarahkan oleh Mahkamah. |
|
|
Peruntukan-peruntukan seksyen 125 hendaklah
dipakai terhadap apa-apa arahan yang dibuat di bawah seksyen kecil ini. |
|
|
(3) Jika
Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk membicarakan pesalah itu berhubung
dengan kesalahan asalnya atau mana-mana Mahkamah yang mempunyai
bidangkuasa terus berpuashati bahawa pesalah itu telah gagal untuk
mematuhi mana-mana syarat jaminannya, ia bolehlah mengeluarkan satu
waran bagi menangkapnya. |
|
|
(4) Mana-mana
pesalah bila ditangkap atas apa-apa waran hendaklah, jika tidak dibawa
dengan segera di hadapan Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk
menghukumnya, dibawa ke hadapan Hakim Syarie, dan Hakim Syarie tersebut
bolehlah, sama ada menahannya dengan waran sehingga masa di mana
dikehendaki oleh jaminannya supaya hadir bagi membicarakan kesalahan
asalnya itu bersidang, atau bolehlah membenarkan jaminan dengan
penjamin yang cukup, dengan syarat dia hadir bagi dijatuhkan hukuman. |
|
|
(5) Pesalah
itu, apabila ditahan sedemikian, bolehlah dimasukkan ke penjara dan
waran penahanannya hendaklah memerintahkan, supaya dia dibawa ke hadapan
Mahkamah di mana dia dikehendaki hadir bagi hukuman, atau menjawab
tentang kelakuannya semenjak dia dilepaskan. |
|
Syarat-syarat
bon |
133. Apabila
mana-mana orang dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah supaya memberi
jaminan tanpa penjamin, dan dengan jaminan tersebut, orang yang mengikat
jamin itu adalah terikat untuk menjaga keamanan itu untuk berkelakuan
baik, maka Mahkamah bolehlah menghendaki supaya dimasukkan ke dalam
jaminan tersebut satu atau lebih syarat-syarat berikut, iaitu - |
|
|
(a)
suatu syarat bahawa orang itu hendaklah berada di bawah pengawasan
beberapa orang lain yang dinamakan di dalam jaminan itu untuk tempoh
seberapa lama seperti yang ditentukan di dalamnya; |
|
|
(b)
syarat-syarat bagi menjamin pengawasan itu sebagaimana yang difikirkan
patut dikenakan oleh Mahkamah; |
|
|
(c)
syarat-syarat berhubung dengan tempat kediaman, pekerjaan, pergaulan,
menjauhi minuman keras atau dadah atau berhubung dengan apa-apa perkara
lain yang Mahkamah fikirkan patut mengenakannya. |
|
Pemulangan
waran |
134. Apabila hukuman telah dijalankan sepenuhnya pegawai
yang menjalankannya hendaklah memulangkan waran itu kepada Mahkamah yang
mengeluarkannya, dengan suatu catatan yang dibuat olehnya sendiri, yang
memperakui bagaimana hukuman itu telah dijalankan. |
|
|
BAB XV |
|
|
PENGGANTUNGAN, PENGURANGAN
DAN PERINGANAN HUKUMAN |
|
Kuasa untuk
menggantungkan
atau mengurang-
kan hukuman |
135. (1) Apabila
mana-mana orang telah dihukum dengan hukuman bagi satu kesalahan selain
dari kesalahan hudud atau qisas iaitu kesalahan takzir, Yang Di Pertuan
Agong selepas mendapat nasihat Ketua Hakim Syarie bolehlah pada
bila-bila masa, tanpa syarat, atau dengan apa-apa jua syarat yang
diterima oleh seseorang yang telah dihukum menggantungkan perlaksanaan
hukumananya atau mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian dari
hukuman yang ia telah dihukum. |
|
|
(2) Apabila
satu permohonan dibuat kepada Yang Di Pertuan Agong bagi penggantungan
atau pengurangan dari satu hukuman, Yang Di Pertuan Agong bolehlah
meminta Hakim yang membuat sabitan supaya menyatakan pendapatnya sama
ada permohonan itu hendak dibenarkan atau ditolak. |
|
|
(3) Jika
mana-mana syarat atas mana-mana satu hukuman telah digantungkan atau
dikurangkan dan pada pendapat Yang Di Pertuan Agong tidak dipatuhi, Yang
Di Pertuan Agong bolehlah membatalkan penggantungan atau pengurangan
itu, maka orang yang hukumannya telah digantungkan atau dikurangkan
bolehlah, jika ia telah dibebaskan, ditangkap oleh mana-mana pegawai
polis atau Pegawai Penguatkuasa Agama tanpa waran dan ditahan di penjara
mengikut arahan seorang Hakim untuk menjalani bahagian hukuman yang
belum selesai. |
|
Kuasa untuk
meringankan
hukuman |
136, Yang Di Pertuan
Agong atas nasihat Mufti bolehlah tanpa keizinan orang yang telah
dihukum, mengurangkan mana-mana satu daripada hukuman berikut dan
menggantikan dengan hukuman yang disebut selepas - |
|
|
(a) sebat |
|
|
(b)
penjara; |
|
|
(c) denda. |
|
|
BAB XVI |
|
|
PEMBEBASAN ATAU SABITAN YANG DAHULU |
|
Seorang yang
telah disabitkan
atau dibebaskan
tidak boleh
dibicarakan lagi
bagi kesalahan
yang sama |
137. (1) Seseorang
yang telah dibicarakan oleh Mahkamah yang mempunyai bidangkuasa bagi
satu kesalahan dan telah disabitkan atau dibebaskan dari kesalahan
berkenaan hendaklah, selama sabitan atau pembebasan berkenaan
berkuatkuasa, tidaklah boleh dibicarakan lagi bagi kesalahan yang sama,
atau atas fakta-fakta yang sama untuk apa jua kesalahan lain dimana
tuduhan yang lain boleh dibuat terhadapnya di bawah seksyen 93 atau yang
mana ia boleh disabitkan di bawah seksyen 94. |
|
|
(2) Seseorang
yang telah dibebaskan atau disabitkan dari mana-mana kesalahan bolehlah
kemudiannya dibicarakan untuk mana-mana kesalahan tertentu yang mana
satu pertuduhan berasingan boleh dibuat terhadapnya di dalam perbicaraan
di bawah sub seksyen (1) seksyen 92.
|
|
|
(3) Seseorang
yang telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan dengan
mana-mana perbuatan yang mana akibatnya boleh menimbulkan satu kesalahan
berlainan daripada apa yang ia telah disabitkan, bolehlah kemudiannya
dibicarakan untuk kesalahan yang akhir sekali disebut jika akibat-akibat
berlakunya perbuatan itu belum berlaku atau tidak diketahui oleh
Mahkamah telah dilakukan pada masa ia disabitkan.
|
|
|
(4) Seseorang
yang dibebaskan atau disabitkan dari mana-mana kesalahan yang dilakukan
dengan apa-apa perbuatan bolehlah, sungguhpun terdapat pembebasan atas
sabitan itu, kemudiannya dituduh atau dibicarakan untuk mana-mana
kesalahan lain yang dilakukan dengan perbuatan yang sama jika Mahkamah
yang ia pertama kalinya dibicarakan tidak berbidangkuasa untuk
membicarakan kesalahan yang ia kemudiannya dituduh. |
|
|
(5) Penolakan dari
satu aduan, atau pelepasan seorang yang dituduh bukanlah satu pembebasan
bagi maksud seksyen ini. |
|
Akuan dari
pembebasan atau
sabitan dahulu |
138. (1) Permohonan
di atas satu pembebasan atau sabitan dahulu bolehlah dikemukakan sama
ada secara lisan atau bertulis dan boleh di dalam bentuk atau bermaksud
seperti berikut - |
|
|
Yang dituduh berkata bahawa menurut seksyen 137 dari Enakmen ini, ia
adalah tidak boleh untuk dibicarakan. |
|
|
(2)
Permohonan di atas bolehlah dikemukakan bersama dengan mana-mana
permohonan lain, tetapi persoalan yang ditimbulkan oleh permohonan
berkenaan hendaklah dibicarakan dan diselesaikan sebelum persoalan yang
ditimbulkan oleh permohonan lain itu dibicarakan. |
|
|
BAHAGIAN V |
|
|
RAYUAN DAN PENYEMAKAN |
|
|
BAB XVII |
|
|
RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
|
|
Hak rayuan
apabila pengakuan
bersalah |
139. Apabila orang
yang dituduh telah mengaku salah dan disabitkan oleh Mahkamah atas
pengakuannya maka tiadalah rayuan boleh dibuat kecuali terhadap kadar
atau sahnya hukuman itu. |
|
Rayuan terhadap
pembebasan |
140. Apabila orang
yang dituduh dibebaskan oleh Hakim Syarie maka tiadalah rayuan boleh
dibuat kecuali oleh, atau dengan kebenaran bertulis dari Ketua Pendakwa
Syarie. |
|
Acara untuk
rayuan |
141. (1) Tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan seksyen 139 dan 140 mana-mana orang yang
tidak berpuashati dengan apa-apa keputusan, hukuman atau perintah yang
telah dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di dalam satu
kes jenayah atau perkara yang mana ia adalah satu pihak, bolehlah
membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah terhadap keputusan, hukuman
atau perintah berkenaan atas apa-apa kekhilafan undang-undang atau fakta
atau atas dasar hukuman yang berlebihan atau apa-apa hukuman yang
dikatakan tidak memadai, dengan memasukkan rayuan itu dalam tempoh
sepuluh hari daripada tarikh keputusan, hukuman atau perintah berkenaan
dikeluarkan atau dibuat, dengan memberi notis rayuan dalam lima salinan
kepada Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah berkenaan dialamatkan kepada
Mahkamah Tinggi Syariah. |
|
|
(2) Tiap-tiap
notis rayuan hendaklah mengandungi satu alamat dimana notis atau dokumen
berhubung dengan rayuan boleh disampaikan kepada pihak merayu atau
Peguam Syarienya. |
|
|
(3) Apabila
satu notis rayuan telah dibuat maka Mahkamah Rendah Syariah yang
menerima notis rayuan itu hendaklah membuat satu salinan alasan
keputusan yang bertandatangan di dalam kes itu dan menyampaikannya
kepada pihak merayu atau peguambelanya dengan meninggalkan salinan itu
di alamat yang disebutkan di dalam notis rayuan atau menghantarkannya
dengan pos berdaftar ke alamat pihak merayu yang diberi. |
|
|
(4) Dalam
tempoh sepuluh hari selepas salinan alasan-alasan keputusan telah
disampaikan seperti diperuntukkan di dalam sub seksyen terdahulu, pihak
merayu hendaklah memasukkan satu petisyen rayuan kepada Pendaftar
Mahkamah Rendah Syariah dmana perbicaraan itu diadakan dalam lima
salinan dialamatkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah. |
|
|
(5) Jika pihak
merayu di dalam tempoh yang diperuntukkan dalam sub seksyen (1) membuat
notis rayuan memohon satu salinan nota-nota keterangan yang dicatatkan
oleh Hakim semasa perbicaraannya ia hendaklah memasukkan petisyen
rayuannya seperti yang diperuntukkan di dalam sub seksyen (4) - |
|
|
(a) dalam masa yang telah diperuntukkan oleh seksyen
kecil itu; atau |
|
|
(b) dalam masa sepuluh hari daripada tarikh notis
diserahkan di alamatnya yang disebutkan menurut sub seksyen (2) bahawa
satu salinan nota-nota keterangan boleh diberi dengan percuma, mengikut
mana-mana tempoh yang lebih lewat. |
|
|
(6) Tiap-tiap
petisyen rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi keputsan yang
dirayu, dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas mengenai
undang-undang atau fakta-fakta mengenainya rayuan terhadap Mahkamah yang
mana dikatakan telah silap.
|
|
|
(7) (a) jikalau
pihak merayu berada di dalam penjara ia hendaklah dianggap telah
memenuhi keperluan-keperluan seksyen ini jika ia memberi kepada pegawai
penguasa penjara notis rayuan sama ada secara lisan atau |
|
|
tulisan dan
butir-butir yang perlu dimasukkan di dalam petisyen rayuan dalam tempoh
yang ditetapkan oleh seksyen ini dan membayar bayaran rayuan yang
ditetapkan; |
|
|
(b)
Pegawai berkenaan hendaklah serta merta mengemukakan notis dan petisyen
berkenaan atau maksudnya bersama dengan bayaran rayuan, jika ada kepada
Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah dimana perbicaraan diadakan. |
|
|
(8) Di dalam
kes rayuan oleh Ketua Pendakwa Syarie bayaran tidaklah dikenakan. |
|
|
(9) Jika
sesuatu petisyen rayuan tidak dibuat di dalam tempoh yang ditetapkan
oleh seksyen ini, rayuan itu hendaklah disifatkan telah ditolak dan
Mahkamah yang menjalankan perbicaraan hendaklah menguatkuasakan hukuman
atau perintahnya jika penangguhan pelaksanaan mana-mana hukuman atau
perintah telah dibenarkan, tetapi tiada apa-apa yang terkandung di dalam
seksyen ini boleh menghadkan atau menyekat kuasa-kuasa yang diberikan
kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah oleh seksyen 143. |
|
Penghantaran
rekod rayuan |
142. Apabila pihak
merayu telah memenuhi peruntukan seksyen 141, Mahkamah dari mana rayuan
itu dibuat hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi Syariah dan
kepada Ketua Pendakwa Syarie dan kepada Perayu atau peguam Syarienya
satu salinan rekod perbicaraan yang bertandatangan dan alasan-alasan
keputusan bersama dengan satu salinan notis dan petisyen rayuan. |
|
Kebenaran khas
untuk merayu
di dalam kes-kes
tertentu |
143. Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang ingin
merayu yang dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan ia tidak
menurut mana-mana peraturan atau mana-mana keperluan Enakmen ini,
memberi kebenaran khas untuk merayu dengan syarat-syarat ditetapkan dan
dengan memberi arahan-arahan kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah |
|
|
dan kepada pihak-pihak
berkenaan sebagaimana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memandang perlu,
supaya keadilan yang sepenuhnya dapat dilaksanakan dalam perkara itu. |
|
Menggantungkan
dari perlaksanaan
sementara
menunggu rayuan |
144. Sesuatu rayuan
tidak boleh menggantungkan perlaksanaan hukuman tetapi Mahkamah Rendah
Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah menggantungkan mana-mana
keputusan, perintah, sabitan atau hukuman sementara menunggu rayuan,
atas syarat-syarat mengenai jaminan untuk pembayaran mana-mana wang atau
pelaksanaan atau tidak terlaksananya dari mana-mana tindakan atau
menjalani mana-mana hukuman yang diarahkan oleh atau di dalam keputusan,
perintah, sabitan atau hukuman yang mana Mahkamah Rendah Syariah atau
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memandang munasabah. |
|
Memasukkan
rayuan ke dalam
senarai |
145. (1) Selepas
menerima dokumen-dokumen yang disebutkan di bawah seksyen 142 Pendaftar
Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah memberi nombor rayuan dan
memasukkannya ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis
kepada pihak-pihak yang terlibat bahawa rayuan itu telah dimasukkan. |
|
|
(2) Jika
pihak merayu atau wakilnya tidak hadir, untuk menyokong rayuannya
Mahkamah boleh membuat keputusannya atau menolak rayuannya itu: |
|
|
Dengan syarat
bahawa Mahkamah boleh menolak untuk mempertimbangkan rayuan atau membuat
apa-apa perintah berkenaan dalam kes di mana pihak merayu berada di luar
bidangkuasa Mahkamah atau dia tidak menghadirkan dirinya sendiri di
hadapan Mahkamah menurut satu syarat yang dikenakan apabila dia
dibenarkan jaminan, kecuali atas syarat-syarat sebagaimana yang
difikirkan patut dikenakan. |
|
Ketidakhadiran
pihak menentang |
147. Jika pada masa
perbicaraan mengenai rayuan, pihak menentang tidak hadir maka Mahkamah
tidaklah boleh membuat apa-apa perintah di dalam perkara rayuan yang
bertentangan atau yang membawa mudarat terhadap pihak menentang, tetapi
hendaklah menangguhkan perbicaraan rayuan itu ke suatu hari akan datang
supaya ia hadir, dan hendaklah mengeluarkan notis kepadanya untuk
disampaikan melalui Pendaftar. |
|
Menahan pihak
menentang di
dalam kes-kes
yang tertentu |
148. Apabila satu
rayuan dikemukakan terhadap pembebasan maka Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah bolehlah mengeluarkan satu waran mengarahkan supaya orang yang
dituduh ditangkap dan dibawa ke hadapannya, dan boleh membenarkan
jaminan kepadanya hingga rayuan itu diselesaikan. |
|
Keputusan
atas rayuan |
149. Apabila
mendengar perbicaraan rayuan Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah, jika ia
berpendapat bahawa tiada alasan yang cukup untuk mengganggu keputusan
yang dibuat, menolak rayuan, atau bolehlah - |
|
|
(a)
dalam rayuan daripada perintah pembebasan, membatalkan perintah itu, dan
mengarahkan bahawa orang yang dituduh dibicarakan semula atau mensabit
kesalahan dan memberi hukuman ke atasnya menurut undang-undang ; |
|
|
(b)
di dalam rayuan terhadap satu sabitan atau di dalam rayuan terhadap satu
hukuman - |
|
|
(i) membatalkan keputusan dan hukuman itu dan membebaskan atau
melepaskan orang yang dituduh, atau memerintahkan dia dibicarakan
semula; atau |
|
|
(ii) mengubah keputusan, menetapkan hukuman, atau dengan mengubah
atau tidak keputusan itu mengurangkan atau menambah hukuman atau
mengubah jenis hukuman; |
|
|
(c) di dalam rayuan terhadap perintah lain,
mengubah atau membatalkan perintah ini. |
|
Perintah
mengambil
keterangan
lanjut |
150. (1) Di dalam
memutuskan mana-mana rayuan di bawah Bab ini Mahkamah Tinggi Syariah
jika ia fikir keterangan tambahan adalah perlu, bolehlah sama ada
mengambil sendiri keterangan berkenaan atau mengarahkannya diambil oleh
Hakim Mahkamah Rendah Syariah. |
|
|
(2) Apabila
keterangan tambahan diambil oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah ia
hendaklah memperakukan keterangan itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah,
dan Mahkamah Tinggi Syariah sesudah itu hendaklah, seberapa segera yang
boleh, terus menyelesaikan rayuan itu. |
|
|
(3) Kecuali
jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan sebaliknya, orang yang dituduh
atau Peguam Syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan
diambil. |
|
Keputusan |
151. Apabila
perbicaraan rayuan tamat Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah, sama ada
dengan serta merta atau kemudiannya pada hari yang ditetapkan atau
diberitahu melalui notis kepada pihak-pihak yang terlibat, memberikan
keputusan di Mahkamah terbuka. |
|
Perakuan dan
akibat keputusan |
152. (1) Apabila
satu kes rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Bab ini
ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintahnya kepada Mahkamah
di mana keputusan hukuman atau perintah yang mana rayuan terhadapnya
dibuat telah dicatatkan atau diluluskan. |
|
|
(2) Bila
mana satu rayuan tidak ditolak prakuan itu hendaklah menyebutkan
alasan-alasan yang mana rayuan telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah
Rendah Syariah telah diubah. |
|
|
(3) Mahkamah
yang menerima keputusan atau perintah Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah
membuat perintah yang sesuai dengan keputusan atau perintah dari
Mahkamah Tinggi Syariah dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda
menurut yang berkenaan dengannya. |
|
Kematian
pihak-pihak
yang merayu |
153. (1) Tiap-tiap
rayuan di bawah seksyen 138 hendaklah tamat sekiranya berlaku kematian
ke atas orang yang dituduh dan tiap-tiap rayuan yang lain di bawah Bab
ini hendaklah tamat sekiranya berlaku kematian ke atas orang yang
merayu. |
|
|
(2)
Peruntukan ini tidak terpakai dalam kes yang melibatkan hukum diat
kecuali perayu memaafkan. |
|
Kos-Kos |
154. (1) Tertakluk
kepada sub seksyen berikut, di dalam semua perbicaraan di bawah Bab ini
dan Bab XVIII berikut Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai kuasa untuk
memutuskan kos yang difikirkan patut supaya dibayar oleh pengadu kepada
orang yang dituduh atau oleh orang yang dituduh kepada pengadu: |
|
|
Dengan syarat
bahawa tiada apa-apa kos boleh diberi di dalam mana-mana perbicaraan
yang dibawa, terhadap perintah pembebasan. |
|
|
(2) Kos itu
hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada masa
keputusannya diberi. |
|
|
(3) Kos
tidaklah boleh diberi di dalam mana-mana kes sama ada terhadap atau bagi
pihak Ketua Pendakwa Syarie. |
|
|
BAB XVIII |
|
|
MURAJAAH |
|
Kuasa untuk
meminta rekod
dari Mahkamah
Rendah Syariah. |
155. (1) Apabila
mana-mana Hakim Mahkamah Rendah Syariah selepas membuat keputusannya
berpendapat bahawa keputusannya itu tidak betul dia boleh meminta
Mahkamah Tinggi Syariah memurajaah perkara itu untuk memuaskan
dirinya terhadap kebenaran sahnya atau berpatutan mana-mana keputusan. |
|
|
(2) Mahkamah
Tinggi Syariah bolehlah meminta dan memeriksa rekod mengenai
perbicaraan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah untuk tujuan memuaskan
hatinya terhadap betulnya, atau berpatutan mana-mana keputusan hukuman
atau perintah yang direkodkan atau diumumkan dan terhadap kesempurnaan
peraturan mana-mana perbicaraan hadapan Mahkamah Rendah Syariah itu. |
|
Kuasa untuk
memerintah
penyiasatan
lanjut |
156. Selepas
memeriksa mana-mana rekod di bawah seksyen terdahulu, atau dengan jalan
lain, Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mengarah Hakim Mahkamah Rendah
Syariah untuk membuat penyiasatan lanjut terhadap mana-mana aduan yang
telah ditolak di bawah seksyen 77. |
|
Kuasa Hakim
Mahkamah
Tinggi Syariah
atas murajaah |
157. (1) Mahkamah
Tinggi Syariah bolehlah, di dalam mana-mana kes di mana rekod
perbicaraan telah diminta olehnya atau dengan jalan lain telah
dikemukakan kepada pengetahuannya, menurut budibicaranya menjalankan
apa-apa jua kuasa yang diberikan oleh seksyen139, 144, 145 dan 146
Enakmen ini. |
|
|
(2) Sesuatu
perintah yang membawa kemudaratan kepada orang yang kena tuduh tidaklah
boleh dibuat melainkan ia diberi hak untuk didengar, untuk membela
dirinya. |
|
|
(3) Tiada
apa-apa di dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai memberi kuasa
kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk mengubah satu keputusan mengenai
pembebasan kepada satu sabitan akan tetapi Mahkamah Tinggi Syariah
bolehlah mengarahkan kes itu dibicara semula. |
|
Kebenaran
untuk pihak-
pihak hadir |
158. Mana-mana pihak
tidaklah mempunyai hak untuk didengar sama ada olehnya sendiri atau oleh
peguam Syarienya di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah sewaktu menjalankan
kuasa murajaahnya. |
|
|
Dengan
syarat bahawa Mahkamah Tinggi Syariah boleh jika difikirkan patut,
apabila menjalankan kuasanya mendengar mana-mana pihak, sama ada
olehnya sendiri atau oleh Peguam Syarienya dan tiada apa-apa di dalam
seksyen ini boleh disifatkan menyentuh seksyen kecil (2) seksyen 158.
|
|
Perintah Penyemakan
(Murajaah) |
159. Apabila satu kes
telah dimurajaahkan murajaah di bawah Bab ini oleh Mahkamah
Tinggi Syariah, ia hendaklah memperakukan keputusannya atau perintah
kepada Mahkamah Rendah Syariah di mana keputusan, hukuman atau perintah
yang dimurajaah itu telah direkodkan atau diumumkan dengan menyatakan,
apabila keputusan, hukuman atau perintah itu telah diubah, alasan
pengubahan itu, dan Mahkamah Rendah Syariah yang menerima keputusan atau
perintah itu hendaklah membuat perintah yang sesuai dengan keputusan
yang diperakui itu dan, jika perlu, rekodnya hendaklah dipinda menurut
yang berkenaan dengannya. |
|
|
BAB XIX |
|
|
BEBERAPA KESALAHAN DI HADAPAN
MAHKAMAH |
|
Acara mengenai
kesalahan dilaku- kan di hadapan Mahkamah |
160. Apabila sesuatu
kesalahan yang disebutkan di dalam Seksyen 196, 197, 198, 199, 200 dan
193 Enakmen ini atau di hadapan Mahkamah itu boleh mengarahkan orang
itu ditahan dan pada bila-bila masa sebelum penangguhan Mahkamah hari
itu, boleh, jika difikirkan patut, membicarakan kesalahan itu dan
menghukum pesalah atau dengan dipenjara selama tempoh hingga dua bulan,
atau kedua-duanya. |
|
Butir-butir fakta
kesalahan |
161. (1) Di dalam
semua kes seumpama itu Mahkamah hendaklah mencatatkan fakta-fakta yang
menyebabkan kesalahan itu, bersama dengan kenyataan (jika ada) yang
dibuat oleh pesalah dan keputusan serta hukuman yang dikenakan.
|
|
|
(2) Jika
kesalahan itu adalah kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 193
Enakmen ini, catatan itu hendaklah menerangkan jenis peringkat
perbicaraan keadilan yang mana Mahkamah telah diganggu atau dihina
apabila bersidang dan butir-butir jenis gangguan atau penghinaan itu. |
|
Acara |
162. Jika Mahkamah
dalam mana-mana kes berpendapat bahawa orang yang dituduh dengan
kesalahan yang disebut di dalam seksyen 160 dan yang telah dilakukan
dalam pandangan atau di hadapannya, lebih baik diuruskan mengikut
perjalanan biasa undang-undang, Mahkamah itu selepas mencatatkan
fakta-fakta yang menyebab kesalahan itu dan kenyataan orang yang dituduh
seperti yang disebut itu, boleh mengarahkan supaya orang yang dituduh
itu didakwa dan boleh meminta jaminan untuk kehadiran orang yang dituduh
itu di hadapan Hakim atau jika jaminan yang mencukupi tidak diberi,
boleh menghantar orang itu kepada Hakim lain untuk dibicarakan.HakiH
Hak |
|
Kuasa
mengurangkan
hukuman |
163. Apabila
mana-mana Mahkamah di bawah seksyen 160 telah menghukumkan pesalah
kerana enggan atau tidak membuat apa-apa yang ia telah dengan sahnya
dikehendaki membuat atau dengan sengaja menghina atau mengganggu
Mahkamah. Mahkamah boleh, atas budibicaranya melepaskan pesalah itu
atau mengurangkan hukuman itu apabila orang itu telah mematuhi perintah
atau permintaan Mahkamah atau jika dia telah meminta maaf dengan
memuaskan.
|
|
Keengganan
memberi
keterangan |
164. Jika mana-mana
saksi di hadapan Mahkamah enggan menjawab soalan yang dikemukakan
kepadanya atau enggan menunjukkan mana-mana dokumen di dalam milik atau
kuasanya yang ia telah diminta oleh Mahkamah menunjukkannya dan tidak
memberi alasan yang munasabah bagi keengganannya, Mahkamah boleh, atas
sebab-sebab yang dicatat dengan bertulis menghukumnya dengan hukuman
penjara tidak lebih daripada tiga |
|
|
puluh hari, melainkan
jika dalam masa itu dia bersetuju untuk disoal dan menjawab soalan itu
atau menunjukkan dokumen itu. Jika dia terus enggan ia boleh diuruskan
mengikut seksyen 160 atau seksyen 162 dengan tidak menghiraukan apa-apa
hukuman yang mungkin dikenakan di bawah seksyen ini. |
|
Rayuan |
165. (1) Seseorang
yang telah dihukum oleh Mahkamah Rendah Syariah di bawah Bab ini boleh
merayu kepada Mahkamah Tinggi Syariah. |
|
|
& | |