P.U.(A)237

 

AKTA PERIHAL DAGANGAN, 1972

 

Akta 87             PADA  menjalan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 10 Akta Perihal Dagangan, 1972, Menteri dengan ini membuat perintah yang berikut:

 

 

Nama                1.         Perihal ini boleh dinamakan Perintah Perihal Dagangan      (Penggunaan Perbahasaan “Halal”), 1975.

 

Takrif                2.         Dalam Perintah ini, melainkan jika kandungan ayatnya      menghendaki makna yang lain “Hukum Syarak” ertinya            undang-undang Islam dan Mazhab Shafi’e atau undang-    undang dalam mana sesuatu Mazhab Maliki, Hambali atau        Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan Agong    dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja           bagi mana-mana Negeri dikuatkuasa dalam Negeri itu.

 

Halal

ditakrifkan         3.         Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-           apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau          perniagaan sebagai sesuatu perihal perdagangan atau      sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai    bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan “Halal”,     Ditanggung Halal” atau “Makanan Islam” atau apa-apa     berbahasaan lain yang menunjukkan bahawa orang-orang             Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan    makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai       erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

 

(a)        bukanlah  dan juga tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

 

(b)        Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang difikirkan sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

 

(a)                Tidak disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari apa-apa benda najis mengikut Hukum Syarak; dan

 

 

(b)                tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak perenggan (a), (b), atau (c) atau apa-apa benda yang difikrikan sebagai najis mengikut Hukum Syarak.

 

 

 

 

Dibuat pada 29 haribulan Julai, 1975

(PM.(PU 2) 120; B.PGK.O.5001/3/32)

DATUK HAJI HAMZAH BIN HAJI ABU SAMAH,

Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

P.U.(A)298

 

AKTA PERIHAL DAGANGAN, 1972

 

 

Akta 87             PADA  menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh Seksyen 11 Akta Perihal Dagangan, 1972, Menteri dengan ini membuat perintah yang berikut:

 

Nama                1.         Perihal ini bolehlah dinamakan Perintah Perihal Dagangan             Penandaan Makanan), 1975.

 

Takrif                2.         (1)  Semua makanan yang dinyatakan dalam Jadual         bersama-sama ini yang halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”), 1975 tidak dibenar dibekalkan melainkan ianya ditanda lebel, tag atau    lain-lain bentuk tanda yang menunjukkan bahawa makanan          itu halal.

 

                                    (2)  Semua daging dan perkakas-perkakas dalam yang mentah termasuk daging dan perkakas dalam ayam-itik tidak dibenar dibekalkan melainkan ianya ditanda dengan lebel, tag atau lain-lain bentuk tanda yang menunjukkan bahawa daging atau perkakas-perkakas dalam itu menunjukkan telah atau tidak pernah didingin atau dibeku.

 

 

 

JADUAL

 

Semua daging dan perkakas-perkakas dalam termasuk daging dan perkakas-perkakas dalam ayam-itik yang –

 

(a)     baharu, didingin beku atau dibeku;

 

(b)     dimasak, ditin atau dengan apa-apa cara lain diawit dan masakan,   pengetinan atau pengawitannya itu telah dibuat di Malaysia.

 

 

Dibuat pada 18 haribulan September, 1975.

(PN.(PU2) 120;B.PGK.0.5001/3/32

 

 

 

HAJI MOHAMED BIN YAACOB

Menteri Perdagangan dan Perindustrian

 

   

1.         KESALAHAN-KESALAHAN

 

Berhubung dengan penandaan “Halal” umumnya terdapat beberapa jenis kesalahan yang mungkin dilakukan oleh seseorang itu:-

 

1.1.       Kesalahan di bawah Seksyen 11 (2), Akta Perihal Dagangan 1972 kerana gagal mematuhi Perintah 2(1) dan 2(2) perintah Perihal Dagangan (Penandaan Makianan), 1975.

 

1.2.       Menggunakan perihal dagangan palsu sebagaimana larangan di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Perihal Dagangan 1972.

 

1.3.       Membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya digunakan perihal dagangan palsu, sebagaimana larangan di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Perihal Dagangan, 1972.

 

1.4.       Menghalang seseorang pegawai yang dilantik yang bertindak di bawah Akta Perihal Dagangan 1972 sebagaimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 29 (1) Akta yang sama.

 

1.5.       Memberi maklumat atau membuat suatu kenyataan yang diketahuinya sebagai palsu – Seksyen 29 (2) Akta yang sama.

 

 

    2.     PENALTI

 

Seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, apabila disabitkan kesalahan bolehlah dihukum di bawah peruntukan Seksyen 18(1) atau Seksyen 18(2) ataupun di bawah mana-mana peruntukan akta berkenaan jika terdapat penalti lain selain dari yang dinyatakan di atas.

 

            2.1.       Seksyen 18 (1)

 

Seseorang, selain daripada suatu pertubuhan, perbadanan tetapi termasuk Pengarah, Pengurus, Setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dari suatu pertubuhan perbadanan, yang melakukan kesalahan di bawah akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang mana tidak penalti lain ditetapkan, boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih RM100,000.00 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau kali kemudian, denda tidak lebih daripada dua ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam tahun atau kedua-duanya.

 

 

 

 

            2.2.       Seksyen 18 (2)

 

Seseorang yang menjadi pertubuhan, perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya yang mana tidak ada penalti lain ditetapkan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada dua ratus lima puluh ribu ringgit dan, kesalahan kali kedua atau kali kemudian, denda tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit.

 

 

 

1