|
|
|
KAEDAH-KAEDAH
JAWATANKUASA QARYAH
DAN
PEGAWAI MASJID
(NEGERI
PULAU PINANG) 1997 |
|
|
SUSUNAN KAEDAH
BAHAGIAN
I |
|
|
PERMULAAN
Kaedah |
|
|
1. Nama dan
mula berkuatkuasa.
2.
Tafsiran. |
|
|
BAHAGIAN II
PENTADBIRAN QARYAH MASJID |
|
|
3.
Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid. |
|
|
BAHAGIAN III
PEMILIHAN JAWATANKUASA QARYAH |
|
|
4. Pemilihan
ahli Jawatankuasa Qaryah.
5.
Kelayakan menjadi ahli.
6.
Tempoh jawatan.
7.
Kekosongan jawatan. |
|
|
BAHAGIAN IV
FUNGSI
JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID |
|
|
8. Fungsi
Jawatankuasa Qaryah dan pegawai masjid.
9.
Tugas-tugas Pengerusi.
10.
Tugas-tugas Timbalan Pengerusi.
11.
Tugas-tugas Setiausaha.
12.
Tugas-tugas Bendahari.
13.
Tugas-tugas Pemeriksa Kira-Kira.
14.
Tugas-tugas ahli lain Jawatankuasa Qaryah.
15.
Tugas-tugas Imam dan Imam Rawatib.
16.
Tugas-tugas Khatib.
17.
Tugas-tugas Pembantu Khatib.
18.
Tugas-tugas Bilal.
19.
Tugas-tugas Pembantu Bilal.
20.
Imam boleh membaca khutbah bagi solat fardhu dan solat-solat lain. |
|
|
BAHAGIAN V
BIRO-BIRO |
|
|
21. Penubuhan
Biro. |
|
|
BAHAGIAN VI
MESYUARAT |
|
|
22. Mesyuarat
Jawatankuasa Qaryah.
23.
Mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah.
24.
Pegawai masjid boleh menghadiri mesyuarat jawatankuasa Qaryah.
25.
Mesyuarat agung tahunan.
26.
Mesyuarat agung khas. |
|
|
BAHAGIAN VII
KEWANGAN |
|
|
27. Saguhati
Naqib Masjid, Imam Rawatib, Imam, dsb.
28.
Akaun, penyata kewangan dan wang masjid.
29.
Pengerusi boleh meluluskan perbelanjaan untuk perkara penting dan
serta merta.
30.
Pengauditan akaun. |
|
|
BAHAGIAN VIII
PENGAWALAN |
|
|
31.
Pemeriksaan oleh pegawai MAINPP atau JAIPP.
32.
Tindakan ahli Jawatankuasa Qaryah dan pegawai masjid yang tidak
berpatutan.
33.
Penggantungan atau penamatan jawatan.
34.
Pertelingkahan hendaklah dirujuk kepada MAINPP dan keputusan MAINPP
muktamad. |
|
|
BAHAGIAN IX
PELBAGAI |
|
|
35. Fungsi
Masjid.
36.
Surat menyurat dengan MAINPP.
37.
Pemansuhan.
38.
Pengecualian bagi ahli Jawatankuasa Qaryah yang dilantik di bawah
Peraturan termansuh. |
|
PRIVATEENAKMEN
PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG 1997 |
|
PRIVATE |
KAEDAH-KAEDAH
JAWATANKUASA QARYAH
DAN
PEGAWAI MASJID (NEGERI PULAU PINANG) 1997 |
|
|
Pada
menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen Pg.En.7/1993.
107(p)dan 107(g)Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Pulau Pinang 1993,Yang di Pertuan Agong, atas nasihat Majlis membuat
kaedah-kaedah yang berikut: |
|
PRIVATE |
BAHAGIAN I
PERMULAAN |
|
Nama dan mula
berkuatkuasa. |
1.
Kaedah-Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Jawatankuasa
Qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) 1997 dan
hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada tarikh ia
disiarkan dalam warta. |
|
Tafsiran. |
2. Dalam
Kaedah-Kaedah ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang
berlainan - |
|
|
PRIVATE"anak
qaryah" berhubungan dengan sesuatu qaryah masjid ertinya seseorang
yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam qaryah masjid
itu;
"biro"
ertinya biro yang ditubuhkan di bawah kaedah 21;
"Enakmen" ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri
Pulau Pinang 1993;
"JAIPP"
ertinya Jabatan Agama Islam Pulau Pinang;
"MAINPP"
ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang;
"Pegawai
Masjid" ertinya Imam, Khatib, pembantu Khatib, Bilal dan Pembantu
Bilal bagi sesuatu masjid. |
|
|
|
PRIVATE |
BAHAGIAN II
PENTADBIRAN QARYAH MASJID |
|
Jawatankuasa
Qaryah dan Pegawai Masjid. |
3. (1) Setiap
qaryah masjid hendaklah ditadbirkan oleh suatu
Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid. |
|
|
(2)
Jawatankuasa Qaryah hendaklah terdiri daripada - |
|
|
(a) seorang
Pengerusi;
(b)
seorang Timbalan Pengerusi;
(c)
seorang Setiausaha;
(d)
seorang Bendahari; dan
(e)
sembilan orang ahli lain termasuk sekurang-kurangnya dua wakil
wanita. |
|
|
(3) Pegawai
setiap masjid hendaklah menjadi ahli ex-officio jawatankuasa Qaryah
masjid itu. |
|
|
(4) Ahli
Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid hendaklah setiap seorang
dilantik dan diberi tauliah oleh MAINPP. |
|
|
(5) Majlis
hendaklah melantik dua orang Pemeriksa Kira-kira bagi setiap qaryah. |
|
|
(6) MAINPP
boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan kepada Jawatankuasa
Qaryah dan pegawai masjid sesuatu qaryah masjid tentang pentadbiran
dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan masjid itu dan
qaryahnya, termasuk mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di bawah
Kaedah-Kaedah ini dan Jawatankuasa Qaryah dan pegawai masjid itu
hendaklah mematuhi arahan-arahan itu. |
|
PRIVATE |
BAHAGIAN III
PEMILIHAN JAWATANKUASA QARYAH |
|
Pemilihan ahli
Jawatankuasa Qaryah. |
4. (1) Pegawai
Tadbir Agama Daerah hendaklah mengemukakan dan mengesyorkan kepada
Yang di-Pertua nama-nama anak qaryah dalam qaryah sesuatu masjid itu
yang pada pandangannya adalah layak dilantik untuk menjadi ahli
Jawatankuasa Qaryah. |
|
|
(2) MAINPP,
jika ia berpuas hati, bolehlah melantik orang-orang yang telah
disyorkan itu menjadi Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Qaryah. Jika
MAINPP tidak berpuas hati dengan mana-mana nama yang disyorkan
itu,MAINPP bolehlah minta dikemukakan nama-nama yang lain, atau
melantik mana-mana anak qaryah bagi qaryah masjid itu yang pada
pandangannya adalah layak untuk menjadi Pengerusi atau ahli
Jawatankuasa Qaryah. |
|
|
(3) Dengan
seberapa segera selepas MAINPP membuat perlantikan di bawah
subkaedah (2), Pengerusi yang dilantik hendaklah mengadakan suatu
mesyuarat Jawatankuasa Qaryah untuk melantik di antara ahli yang
dilantik menjadi Pengerusi-Pengerusi biro yang ditubuhkan di bawah
kaedah 21. |
|
Kelayakan
menjadi ahli. |
5. (1) Tiada
seorang pun layak dicalunkan untuk menjadi ahli Jawatankuasa Qaryah
bagi sesuatu qaryah masjid melainkan jika dia - |
|
|
(a) berumur
tidak kurang daripada 21 tahun tetapi tidak melebihi daripada 65
tahun;
(b)
tinggal tetap dalam qaryah masjid itu untuk tempoh tidak kurang
daripada 3 bulan;
(c)
mempunyai pengetahuan agama Islam;
(d)
mempunyai akhlak yang mulia dan amanah;
(e)
mempunyai daya kepimpinan;
(f)
berminat, bersedia untuk berkhidmat dan berjihad dalam meninggikan
syiar Islam;
(g)
tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana jawatankuasa di
qaryah lain.
(h)
sihat tubuh badan dan mental; dan
(i)
selalu solat berjemaah di masjid. |
|
|
(2) Walau apa
pun perenggan(1)(a), MAINPP boleh melantik seseorang yang berumur
lebih daripada 65 tahun untuk menjadi anggota Jawatankuasa Qaryah
atas syarat-syarat yang difikirkan patut oleh MAINPP. |
|
Tempoh jawatan. |
6. Tiap-tiap
Pengerusi dan ahli Jawatankuasa yang di lantik di bawah
Kaedah-Kaedah ini hendaklah memegang jawatan untuk tempoh tidak
lebih daripada dua tahun dari tarikh perlantikannya dan boleh
dilantik semula. |
|
Kekosongan
jawatan. |
7. (1)
Tiap-tiap Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah
masjid hendaklah terhenti memegang jawatannya apabila - |
|
|
(a) dia
meninggal dunia;
(b) dia
meletakkan jawatannya mengikut subkaedah(2);
(c)
jawatannya ditamatkan mengikut subkaedah 34(1); atau
(d)
tertakluk kepada kaedah 5(2), dia mencapai umur 65 tahun atau
sehingga tamat tempoh perlantikannya. |
|
|
(2) Seseorang
Pengerusi atau ahli Jawatankuasa boleh meletakkan jawatannya dengan
memberikan notis bertulis mengenai perletakan jawatan itu kepada
MAINPP dan perletakan jawatan itu hendaklah berkuatkuasa mulai dari
tarikh MAINPP menerima notis bertulis itu. |
|
|
(3) MAINPP
boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan jawatan
Pengerusi atau mana-mana ahli Jawatankuasa Qaryah yang terhenti
memegang jawatan di bawah subkaedah (1) dan (2). |
|
|
(4) Seseorang
yang dilantik di bawah subkaedah (3) hendaklah memegang jawatan
hanya selama baki tempoh jawatan Pengerusi atau ahli Jawatankuasa
yang terhenti memegang jawatan itu. |
|
PRIVATE |
BAHAGIAN IV
FUNGSI
JAWATANKUASA QARYAH DAN PEGAWAI MASJID |
|
Fungsi
Jawatankuasa Qaryah dan pegawai masjid. |
8. (1)
Jawatankuasa Qaryah dan pegawai masjid hendaklah membantu MAINPP
mentadbirkan Qaryah sesuatu masjid itu dan mengawal semua tanah
wakaf dan tanah perkuburan Islam di dalam qaryahnya mengikut Enakmen
dan Kaedah-Kaedah ini. |
|
|
(2) Pegawai
masjid dan Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid hendaklah- |
|
|
(a)
bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik bagi
masjid, surau dan semua tanah perkuburan Islam dalam Qaryahnya;
(b)
bertanggungjawab bagi kelakuan anak Qaryah dalam perkara-perkara
yang berkaitan dengan agama Islam;
(c)
memberi maklumat wajar dan segera kepada Majlis tentang semua
perkara yang berbangkit dalam Qaryah itu yang menghendaki perhatian
Majlis;
(d)
mentadbirkan dan mengawasi semua tanah wakaf dan perkuburan Islam
di qaryah masjid dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan
tanah wakaf dan perkuburan itu;
(e)
memastikan bahawa tiada kerja pembinaan di lakukan di atas
tanah-tanah wakaf dan perkuburan Islam itu tanpa kebenaran bertulis
MAINPP dan melapurkan kepada MAINPP tentang apa-apa perbuatan salah
yang dilakukan diatas tanah-tanah wakaf dan perkuburan Islam itu;
(f)
memberitahu MAINPP jika mana-mana anak qaryah melakukan apa-apa
perbuatan yang melanggar ajaran agama Islam atau tidak mematuhi
(i) Enakmen
atau mana-mana undang undang bertulis lain tentang agama Islam;
(ii)
apa-apa arahan atau amaran MAINPP; atau
(iii)
apa-apa arahan atau arahan mana-mana Pegawai Masjid atau
Jawatankuasa Qaryah.
(g)
melaksanakan dan membantu melaksanakan mana-mana arahan yang diberi
oleh MAINPP dan Kaedah-Kaedah yang dibuat di bawah Enakmen;
(h)
mengatur semua urusan ibadat dan pelajaran agama di masjid dan
mengawal syarahan-syarahan agama dan guru-guru agama dalam qaryah;
(i)
menjalankan daya usaha untuk memperbaiki dan mengukuhkan
persaudaraan dan perpaduan masya rakat orang Islam di dalam qaryah
itu dan berusaha mencari jalan untuk meninggikan taraf hidup dan
ekonomi orang- orang Islam serta menambahkan amalan dan taqwa mereka
kepada Allah;
(j)
membangun qaryah sebagai pusat pembangunan rohaniah dan zahiriah
yang seimbang;
(k)
memberitahu MAINPP dengan segera tentang kekosongan jawatan pegawai
masjid di qaryah masjid itu yang telah atau dijangkakan akan berlaku
dan mengesyorkan nama-nama calun untuk mengisi kekosongan itu. |
|
|
(3)
Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu boleh memungut
dengan kebenaran Majlis dan menerima derma khairiat untuk masjid dan
surau di qaryah masjid itu. |
|
|
(4)
Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu boleh melantik
jawatankuasa kecil, jika difikirkan perlu. |
|
Tugas-tugas
Pengerusi. |
9. Pengerusi
Jawatankuasa Qaryah hendaklah- |
|
|
(a) berkenaan
dengan tiap-tiap mesyuarat dan mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah
dan tiap-tiap mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas
masjid itu |
|
|
(i) hadir
mempengerusikan mesyuarat serta memastikan bahawa
mesyuarat itu berjalan dengan sempurna dan tenteram;
(ii)
mempunyai undi pemutus jika bilangan undi sama banyak; dan
(iii)
menandatangani minit atau catatan mesyuarat. |
|
|
(b) bersama
dengan Bendahari, menandatangani semua cek yang dikeluarkan bagi
pihak masjid itu;
(c)
menandatangani segala surat dan dokumen rasmi masjid;
(d)
mewakili Jawatankuasa Qaryah dalam mana-mana mesyuarat yang diadakan
oleh mana-mana pihak lain; dan
(e)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau
JAIPP. |
|
Tugas-tugas
Timbalan Pengerusi. |
10. Timbalan
Pengerusi Jawatankuasa Qaryah hendaklah -
(a)
menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah;
(b)
menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. |
|
Tugas-tugas
Setiausaha. |
11. Setiausaha
Jawatankuasa Qaryah hendaklah - |
|
|
(a) membantu
Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu melaksanakan
tugas-tugas mereka mengikut peraturan yang ditetapkan oleh
Kaedah-Kaedah ini;
(b)
memanggil mesyuarat dan mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah itu, atau
mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung khas bagi qaryah masjid
itu atau apa-apa mesyuarat lain yang diarahkan oleh MAINPP dan
menjalankan segala keputusan.
(c)
menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah itu, mencatatkan
butir-butir dan keputusan mesyuarat itu serta mengedarkan
minit-minit mesyuarat kepada ahli mesyuarat yang berkenaan pada atau
sebelum mesyuarat yang berikutnya;
(e)
menyediakan laporan tahunan tentang kegiatan qaryah masjid itu;
(f )
mengendalikan segala surat menyurat dan menyimpan segala rekod
kegiatan, buku-buku, cop-cop dan dokumen-dokumen Pegawai Masjid dan
Jawatankuasa Qaryah itu;
(g)
bersama-sama Bendahari, jika Pengerusi tiada, menandatangani cek-cek
yang dikeluarkan bagi pihak masjid itu;
(h)
menyimpan daftar nama-nama anak-anak qaryah,dan rumah-rumah orang
Islam dan harta-harta wakaf dalam qaryah;
(i)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau
JAIPP atau oleh Pengerusi Jawatankuasa Qaryah. |
|
Tugas-tugas
Bendahari. |
12. Selain
daripada tugas yang diperuntukkan oleh kaedah 28, Bendahari
Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid hendaklah - |
|
|
(a) menghadiri
tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah masjid itu;
(b)
bersama dengan Pengerusi atau,jika Pengerusi tiada, bersama dengan
Setiausaha, menandatangani semua cek yang dikeluarkan bagi pihak
masjid itu;
(c)
mengawal dan menyimpan akaun yang betul bagi hal ehwal kewangan
masjid itu dalam buku akaun kewangannya;
(d)
menerima segala wang yang dibayar atau diberikan kepada Jawatankuasa
Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu dan mengeluarkan resit
baginya;
(e)
membuat bayaran yang telah diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa
Qaryah itu dan mengadakan baucer-baucer pembayaran yang sempurna dan
sah baginya;
(f)
menyediakan Penyata Kewangan dalam buku yang disediakan oleh MAINPP
dan dibentangkan pada tiap-tiap kali mesyuarat Jawatankuasa Qaryah
dan mengemukakannya kepada MAINPP;
(g)
semasa menjalankan tugasnya, mematuhi apa-apa arahan yang
dikeluarkan oleh MAINPP atau JAIPP tentang pengurusan kewangan
masjid di Pulau Pinang;
(h)
menyediakan penyata kewangan masjid itu bagi tahun semasa dan
membentangkannya dalam mesyuarat tahunan dan menyediakan anggaran
pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun hadapan;(i) menerima dan
mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau JAIPP atau
Pengerusi Jawatankuasa;
(j)
membuka dan mengurus satu akaun bank bagi tabung kewangan masjid
atau memohon kelulusan daripada MAINPP untuk penambahan akaun lebih
daripada satu. |
|
Tugas-tugas
Pemeriksa Kira-Kira. |
13. Pemeriksa
Kira-Kira sesuatu masjid hendaklah - |
|
|
(a) memeriksa
buku-buku akaun masjid sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan
memberikan laporan lengkap tentangnya kepada Jawatankuasa Qaryah dan
MAINPP;
(b)
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Qaryah jika dikehendaki berbuat
demikian oleh Pengerusi; dan
(c)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau
JAIPP atau Pengerusi. |
|
Tugas-Tugas
ahli lain Qaryah. |
14. Tiap-tiap
ahli Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu Jawatankuasa qaryah masjid
selain daripada Setiausaha dan Bendahari hendaklah- |
|
|
(a) menghadiri
tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah masjid itu;
(b)
menjalankan apa-apa tugas yang telah diputuskan dalam mesyuarat itu
supaya dilaksanakan olehnya;
(c)
membantu Pegawai Masjid, Setiausaha dan Bendahari melaksanakan
fungsi-fungsi dan tugas- tugas mereka dan bersesama dengan ahli
Jawatankuasa yang lain melaksanakan fungsi-fungsi Jawatankuasa
Qaryah seperti yang diperuntukkan dalam kaedah 8;
(d)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-berikan oleh MAINPP
atau JAIPP atau Pengerusi Jawatankuasa Qaryah. |
|
Tugas-tugas
Imam |
15. Imam
Rawatib dan Imam sesuatu masjid hendaklah |
|
|
(a) mengimamkan
solat fardhu dan apa-apa solat berjemaah lain di masjid itu;
(b)
mengetuai urusan fardhu kifayah ke atas jenazah orang Islam yang
mati di qaryah masjid itu sehingga sempurna dikebumikan;
(c)
memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam perkara-perkara tentang
agama Islam kepada anak qaryah masjid itu sedaya upayanya;
(d)
mengetuai dan melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan ibadat;
(e)
membimbing Khatib, Pembantu Khatib, Bilal dan Pembantu Bilal dalam
menjalankan tugas-tugas mereka;
(f)
menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu
qaryah masjid itu; dan
(g)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-berikan oleh MAINPP
atau JAIPP atau oleh Pengerusi Jawatankuasa Qaryah. |
|
Tugas-tugas
Khatib. |
16. Khatib
sesuatu masjid hendaklah - |
|
|
(a) membaca
khutbah Jumaat, khutbah Hari Raya dan khutbah bagi solat-solat lain
yang berkaitan;
(b)
menggantikan Imam Rawatib dan Imam sebagai Imam semasa ketiadaan
mereka;
(c)
menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu
qaryah masjid itu;
(d)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-berikan oleh MAINPP
atau JAIPP atau Pengerusi Jawatankuasa Qaryah. |
|
Tugas-tugas
Pembantu Khatib. |
Pembantu Khatib
sesuatu masjid hendaklah-
(a)
membantu Khatib di dalam melaksanakan tugas-tugas Khatib;
(b)
mengganti Khatib semasa ketiadaannya; dan
(c)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-berikan oleh MAINPP
atau JAIPP atau Pengerusi Jawatankuasa Qaryah. |
|
Tugas-tugas
Bilal. |
Bilal sesuatu
masjid hendaklah -
(a)
menjaga waktu solat fardhu;
(b) Azan
serta iqamah bagi tiap-tiap solat fardhu;
(c)
membaca Tarhim dan Ayat Al-Quran sebelum Azan bagi solat Subuh dan
Taslim dan Ayat Quran sebelum Azan bagi solat Jumaat;
(d)
membaca ayat Al-Quran yang tertentu ketika Khatib menaiki Mimbar
pada solat Jumaat;
(e)
membaca Salawat dan Doa Ringkas ketika Khatib duduk antara dua
khutbah dalam solat Jumaat dan solat Hari Raya;
(f)
mengingatkan jemaah tentang niat solat Hari Raya dan Kaifiatnya
sebelum solat itu dimulakan;
(g)
berselawat solat Tarawikh;
(h)
berada di masjid sebelum masuk waktu solat fardhu;
(i)
menghadiri tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu
qaryah masjid itu; dan
(j)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-berikan oleh MAINPP
atau JAIPP atau oleh Pengerusi Jawatankuasa Qaryah atau oleh Imam
atau Khatib. |
|
Tugas-tugas
Pembantu Bilal. |
19. Pembantu
Bilal sesuatu masjid hendaklah-
(a)
membantu Bilal dalam melaksanakan tugas-tugas Bilal;
(b)
menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang di-berikan oleh MAINPP
atau JAIPP atau oleh Pengerusi Jawatankuasa Qaryah atau Imam atau
Bilal. |
|
Imam boleh
membaca khutbah bagi solat fardhu solat lain. |
20. Walau
apapun peruntukan kaedah 15, Imam boleh membaca khutbah bagi solat
fardhu dan apa-apa solat dan solat-lain di masjid itu. |
|
PRIVATE |
BAHAGIAN V
BIRO-BIRO |
|
Penubuhan Biro. |
21. (1) Bagi
memastikan bahawa Jawatankuasa Qaryah setiap qaryah masjid dapat
melaksanakan tugas-tugasnya dengan cekap dan berkesan, Jawatankuasa
Qaryah bolehlah menubuh biro-biro berikut -
(a) biro
ekonomi dan pembangunan wakaf;
(b)
biro pendidikan dan dakwah;
(c)
biro kebajikan dan perkuburan;
(d)
biro hal ehwal pemuda; dan
(e)
biro hal ehwal wanita. |
|
|
(2) Setiap
biro yang ditubuhkan bagi sesuatu Jawatankuasa Qaryah hendaklah
diketuai oleh seorang ahli Jawatankuasa Qaryah bagi qaryah masjid
itu yang dilantik dalam mesyuarat Jawatankuasa Qaryah itu. |
|
|
(3) Ketua
setiap biro yang ditubuhkan bagi sesuatu Jawatankuasa Qaryah boleh
melantik tidak lebih daripada enam orang anak qaryah masjid itu
untuk menjadi ahli jawatankuasa biro bagi membantu biro itu
menjalankan tugas-tugasnya. |
|
|
(4) Tempoh
jawatan setiap ahli jawatankuasa sesuatu biro tidak boleh melebihi
tempoh jawatan Jawatankuasa Qaryah yang menubuhkan biro itu. |
|
|
(5) Setiap ahli
jawatankuasa sesuatu biro hendaklah terhenti memegang jawatan
apabila - |
|
|
(a) dia
meninggal dunia;
(b) dia
meletakkan jawatannya;
(c)
jawatannya ditamatkan menurut kaedah 32;
(d) dia
tidak lagi menjadi anak qaryah masjid itu;
(e)
tamat tempoh jawatan Jawatankuasa Qaryah yang menubuhkan biro itu. |
|
|
(6) Bagi maksud
subkaedah (4), seseorang yang dilantik untuk menjadi ahli
Jawatankuasa sesuatu biro tidak boleh dilantik menjadi ahli
Jawatankuasa mana-mana biro yang lain. |
|
|
(7) Ketua
setiap biro yang ditubuhkan dalam sesuatu qaryah masjid hendaklah- |
|
|
(a)
mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat jawatankuasa biro itu;
(b)
melaporkan semua keputusan mesyuarat itu kepada mesyuarat
Jawatankuasa Qaryah itu untuk mendapatkan kelulusannya; dan
(c)
melaksanakan semua program biro itu yang telah diluluskan oleh
mesyuarat Jawatankuasa Qaryah itu. |
|
PRIVATE |
BAHAGIAN VI
MESYUARAT |
|
Mesyuarat
Jawatankuasa Qaryah. |
22. (1)
Mesyuarat Jawatankuasa Qaryah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya
dua bulan sekali. |
|
|
(2) Pengerusi
Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu hendaklah
mempengerusikan setiap mesyuarat Jawatankuasa Qaryah untuk qaryah
masjid itu, dan jika Pengerusi tidak hadir Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Qaryah hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. |
|
|
(3) Jika
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli Jawatankuasa yang
hadir boleh melantik salah seorang daripada yang hadir untuk
mempengerusikan mesyuarat itu. |
|
|
(4) Tujuh orang
ahli Jawatankuasa yang hadir hendaklah membentuk kuorum bagi
mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Qaryah. |
|
|
(5) Keputusan
mesyuarat Jawatankuasa Qaryah hendaklah dibuat mengikut undi
majoriti ahli-ahli Jawatankuasa Qaryah itu yang hadir. Sekiranya
terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi, atau Timbalan
Pengerusi atau ahli Jawatankuasa Qaryah yang mempengerusikan
mesyuarat itu adalah berhak memberi undi pemutus. |
|
|
(6) Tertakluk
kepada Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan MAINPP atau JAIPP,
Jawatankuasa Qaryah boleh menetapkan prosedur mesyuaratnya sendiri. |
|
|
(7)
Minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Qaryah hendaklah dikemukakan
kepada MAINPP dengan seberapa segera. |
|
|
(8)
Jawatankuasa hendahlah memberi sekurang-kurangnya tiga hari notis
bertulis sebelum mengadakan sesuatu mesyuarat. |
|
Mesyuarat khas
Jawatankuasa Qaryah. |
23. (1)
Mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid boleh
diadakan pada bila-bila masa apabila berbangkit sesuatu perkara
mustahak, dan setiap mesyuarat sedemikian hendaklah diadakan hanya
untuk membincangkan satu perkara tertentu sahaja. |
|
|
(2) Walau apa
pun peruntukan subkaedah (1) satu mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah
boleh diadakan di atas permintaan bertulis daripada satu pertiga
daripada ahli-ahli Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid
itu untuk membincangkan sesuatu perkara mustahak. |
|
|
(3) Setiausaha
hendaklah memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa Qaryah dalam masa
tujuh (7) hari selepas menerima permintaan di bawah subkaedah (2). |
|
|
(4) Subkaedah
22(2) hingga (7) hendaklah terpakai bagi mesyuarat khas yang
diadakan di bawah subkaedah (1). |
|
Pegawai masjid
boleh menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Qaryah. |
24. Pegawai
masjid bagi sesuatu masjid (yang bukan menjadi ahli Jawatankuasa
Qaryah) boleh menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Qaryah dan mesyuarat
khas Jawatankuasa Qaryah. |
|
Mesyuarat agung
tahunan. |
25. (1)
Mesyuarat agung tahunan sesuatu qaryah masjid hendaklah diadakan
pada tiap-tiap tahun di antara bulan Januari atau Februari. |
|
|
(2) Setiap
mesyuarat agung tahunan sesuatu qaryah masjid hendaklah mengandungi
agenda yang berikut - |
|
|
(a) bacaan doa
selamat dan Al-Fatihah;
(b)
ucapan pengerusi;
(c)
pengesahan minit mesyuarat agung tahunan yang lalu;
(d)
perkara berbangkit;
(e)
pembentangan penyata kewangan qaryah masjid bagi tahun lalu, dan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun semasa;
(f)
perbincangan usul-usul dan cadangan (jika ada); dan
(g)
hal-hal lain. |
|
|
(3) Pengerusi
Jawatankuasa Qaryah hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat
tahunan, dan jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi
hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu. |
|
|
(4) Jika
Pengerusi dan Timbalan tidak hadir, ahli-ahli Jawatankuasa Qaryah
yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk
mempengerusikan mesyuarat itu. |
|
|
(5) 40 orang
atau satu pertiga daripada jumlah anak qaryah dalam daftar qaryah
yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, mengikut mana yang kurang,
hendaklah membentuk kuorum bagi mesyuarat agung tahunan qaryah
masjid itu. |
|
|
(6) Keputusan
mesyuarat agung tahunan sesuatu qaryah masjid hendaklah dibuat
secara sebulat suara atau lebih suara anak qaryah yang hadir. |
|
Mesyuarat agung
khas. |
26. (1)
Mesyuarat agung khas sesuatu qaryah masjid boleh diadakan pada
bila-bila masa dengan perintah Jawatankuasa Qaryah atau dengan
permintaan bertulis oleh 40 orang atau satu pertiga jumlah anak
qaryah masjid itu yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, mengikut
mana yang kurang, untuk membincangkan sesuatu perkara penting
setelah dipersetujui oleh mesyuarat Jawatankuasa Qaryah bagi qaryah
masjid itu. |
|
|
(2) Subkaedah
25(3) hingga (5) hendaklah terpakai bagi mesyuarat agung khas yang
diadakan di bawah subkaedah (1). |
|
PRIVATE |
BAHAGIAN VII
KEWANGAN |
|
Saguhati Naqib
masjid, Imam Rawatib, Imam, dsb. |
27. Imam
Rawatib, Imam, Khatib, Pembantu Khatib, Bilal dan Pembantu Bilal
sesuatu masjid boleh dibayar saguhati daripada wang masjid itu
dengan persetujuan Jawatankuasa Qaryah. |
|
Akaun, penyata
kewangan dan wang masjid. |
28. (1)
Bendahari Jawatankuasa Qaryah hendaklah menyimpan akaun-akaun dan
rekod-rekod yang sepatutnya bagi segala urusan qaryah masjid itu
yang melibatkan perbelanjaan atau penerimaan wang dan hendaklah
menyediakan suatu penyata akaun mengenainya pada setiap tahun. |
|
|
(2) Bendahari
Jawatankuasa Qaryah hendaklah menghantar laporan kewangan qaryah
masjid itu kepada MAINPP tiap-tiap dua bulan sekali. |
|
|
(3) Semua wang
sesuatu qaryah masjid dan wang untuk faedah sesuatu qaryah masjid
hendaklah didepositkan di bank yang menyediakan kemudahan perbankan
Islam di mana-mana bank sebagaimana yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Qaryah bagi qaryah masjid itu. |
|
Pengerusi boleh
meluluskan perbelanjaan untuk perkara penting dan serta merta. |
29. Walau
apa pun peruntukan Kaedah-Kaedah ini, Pengerusi Jawatankuasa Qaryah
boleh meluluskan sesuatu perbelanjaan melalui wang panjar runcit
untuk jumlah tidak melebihi RM200.00 untuk sesuatu perkara yang
penting dan serta merta. |
|
Pengauditan
akaun. |
30. Akaun
sesuatu qaryah masjid bolehlah diaudit oleh juruaudit bertauliah
jika terdapat keraguan, dan perbelanjaan pengauditan hendaklah
ditanggung oleh qaryah masjid itu. |
|
PRIVATE |
BAHAGIAN VIII
PENGAWALAN |
|
Pemeriksaan
oleh pegawai MAINPP atau JAIPP. |
31. Pada
bila-bila masa yang munasabah, mana-mana pegawai MAINPP atau JAIPP
yang di berikuasa secara bertulis oleh MAINPP boleh - |
|
|
(a) memeriksa
segala buku, akaun atau dokumen lain yang berkaitan dengan
pentadbiran qaryah masjid itu dan pelaksanaan fungsi Jawatankuasa
Qaryah dan pegawai masjid itu termasuk apa-apa aduan terhadap
mereka;
(b)
menghendaki mana-mana ahli Jawatankuasa Qaryah bagi qaryah masjid
itu dan pegawai masjid supaya menyediakan untuk pemeriksaan pegawai
MAINPP atau JAIPP itu apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang
berkaitan dengan pentadbiran qaryah masjid itu dan ahli Jawatankuasa
Qaryah dan pegawai masjid itu hendaklah mematuhi kehendak
sedemikian. |
|
Tindakan ahli
Jawatankuasa Qaryah dan pegawai masjid yang tidak berpatutan. |
32. Jika
MAINPP atau Setiausaha MAINPP berpuas hati, setelah menjalankan
siasatan yang wajar, bahawa mana-mana pegawai masjid atau ahli
Jawatankuasa Qaryah atau Jawatankuasa biro sesuatu qaryah masjid- |
|
|
(a) telah
bertindak atau bercadang hendak bertindak secara yang tidak
berpatutan dalam melaksanakan tugas-tugasnya di bawah Kaedah-Kaedah
ini; atau
(b)
telah tidak menjalankan apa-apa tugas yang dipertanggungkan padanya
di bawah Kaedah-Kaedah ini, MAINPP atau Setiausaha MAINPP boleh
memberikan arahan secara bertulis menghendaki pegawai masjid atau
ahli Jawatankuasa Qaryah atau ahli jawatankuasa biro itu
melaksanakan fungsi-fungsinya mengikut cara yang ditentukan oleh
MAINPP dan ahli Jawatankuasa Qaryah atau pegawai masjid atau
jawatankuasa biro hendaklah mematuhi arahan itu. |
|
Penggantungan
atau penamatan jawatan. |
33. (1)
Jika mana-mana ahli Jawatankuasa Qaryah atau pegawai masjid atau
jawatankuasa biro sesuatu qaryah masjid - |
|
|
(a) tidak
hadir tiga kali berturut-turut sesuatu mesyuarat Jawatankuasa Qaryah
atau jawatankuasa biro tanpa memberi apa-apa sebab yang memuaskan
kepada Pengerusi;
(b)
didapati bersalah pada bila-bila masa untuk uatu kesalahan yang
melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu
kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara(sama ada hukuman
penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti
denda) selama tempoh dua tahun atau lebih;
(c)
menghalang atau enggan membenarkan pemeriksaan dibuat di bawah
perenggan 31(a);
(d)
tidak mematuhi kehendak di bawah perenggan 31(b);
(e)
cuai dalam menjalankan tugas;
(f)
tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAINPP atau JAIPP
di bawah Kaedah-Kaedah ini; atau
(g)
berkelakuan yang mencemarkan agama Islam,MAINPP boleh menggantung
atau menamatkan jawatan pegawai masjid atau ahli Jawatankuasa Qaryah
atau mengarahkan ketua biro itu supaya menamatkan jawatan ahli
jawatankuasa biro itu. |
|
|
(2) Walau
apapun subkaedah (1), tiada seorangpun boleh digantung atau
ditamatkan jawatannya di bawah subkaedah itu melainkan jika dia
telah diberi peluang untuk didengar. |
|
|
(3)
Subkaedah 8(3) hendaklah terpakai berkenaan dengan jawatan yang
menjadi kosong oleh sebab penamatan jawatan di bawah kaedah ini,
kecuali bagi ahli Jawatankuasa biro, perlantikan hendaklah dibuat
oleh ketua biro itu. |
|
Pertelingkahan
hendaklah dirujuk kepada MAINPP dan keputusan MAINPP muktamad. |
34. Jika
berlaku sebarang kemusykilan, masalah atau pertelingkahan dalam
sesuatu qaryah masjid itu yang tidak dapat diselesaikan oleh
Jawatankuasa Qaryah maka perkara yang berlaku itu hendaklah
dirujukkan kepada MAINPP bagi mendapat panduan dan penjelasan.
Keputusan yang dibuat oleh MAINPP adalah muktamad. |
|
PRIVATE |
BAHAGIAN IX
PELBAGAI |
|
Fungsi Masjid. |
35. Masjid
hendaklah digunakan sebagai - |
|
|
(a) tempat
untuk orang-orang Islam beribadat, terutamanya untuk mendirikan
solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat;
(b)
pusat kegiatan agama Islam dan pembangunan ummah; dan
(c)
pusat sumber maklumat penduduk dan maklumat tentang MAINPP dan
maklumat lain. |
|
Surat menyurat
dengan MAINPP. |
36. Semua
surat menyurat kepada MAINPP hendaklah di alamatkan kepada :- |
|
|
Pengarah,
Jabatan Agama Islam
Negeri Pulau Pinang,
Lebuh
Downing,
10300
Pulau Pinang. |
|
|
|
Pemansuhan
Pg.PU 24/72 |
37.
Peraturan Jawatankuasa Qaryah 1972 adalah dengan ini dimansuhkan ("Peraturan
termansuh"). |
|
Pengecualian
bagi ahli Jawatankuasa Qaryah yang dilantik di bawah Peraturan
termansuh. |
38. Walau
apapun peruntukan kaedah 37, ahli-ahli Jawatankuasa Qaryah yang
dilantik di bawah Peraturan termansuh itu hendaklah terus memegang
jawatan untuk baki tempoh jawatan yang baginya mereka dilantik di
bawah Peraturan termansuh itu dan peruntukan-peruntukan Peraturan
termansuh itu hendaklah terus terpakai kepada mereka semasa tempoh
tersebut seolah-olah Peraturan itu tidak dimansuhkan. |
|
Bertarikh pada
:-
Disember
1996.
[PU/PP
3337] |
|
Dengan Titah Perintah,
Yang Di Pertua
Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang. |
|