RANG UNDANG-UNDANG

 KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

( NEGERI PULAU PINANG ) 1996

 

SUSUNAN  FASAL

 

BAHAGIAN  I

PERMULAAN

 

Fasal

1.

Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian.

2.

Tafsiran.

 

BAHAGIAN II

KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN 'AQIDAH

3.

Pemujaan salah.

4.

Doktrin palsu.

5.

Mengembangkan doktrin agama, dsb.

6.

Dakwaan palsu.

 

BAHAGIAN III

KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN

KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

7.

Menghina , atau menyebabkan dipandang hina dsb., agama Islam.

8.

Mempersendakan .dsb., ayat Al-Quran atau Hadith.

9.

Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

10.

Mengingkari perintah Mahkamah.

11.

Mengajar agama tanpa tauliah.

12.

Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

13.

Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara'.

14.

Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.

15.

Tidak menghormati Ramadhan.

16.

Tidak membayar zakat atau Fitrah.

17.

Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama.

18.

Berjudi.

19.

Minuman yang memabukkan.

 

BAHAGIAN IV

KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KESUSILAAN

20.

Perbuatan sumbang mahram.

21.

Pelacuran.

22.

Muncikari.

23.

Persetubuhan luar nikah.

24.

Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

25.

Liwat.

26.

Musahaqah.

27.

Khalwat.

28.

Lelaki berlagak seperti perempuan.

29.

Perbuatan tidak sopan di tempat awam.

 

BAHAGIAN V

KESALAHAN PELBAGAI

30.

Memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu.

31.

Tafkir.

32.

Memusnahkan atau mencemarkan masjid, surau, dsb.

33.

Pemungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa.

34.

Pembayaran tak sah akan zakat atau fitrah.

35.

Menggalakkan maksiat.

36.

Memujuk lari perempuan bersuami.

37.

Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

38.

Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengaibkan kewajipan.

39.

Memujuk lari orang perempuan.

40.

Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

41.

Qazaf.

42.

Penyalahgunaan tanda halal.

 

BAHAGIAN VI

PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN

43.

Penyubahatan.

44.

Menyubahati di dalam negeri Pulau Pinang kesalahan di luar Negeri Pulau Pinang.

45.

Hukuman bagi Penyubahatan.

46.

Tanggungan penyubahatan jika perbuatan yang berlainan dilakukan.

47.

Percubaan.

 

BAHAGIAN VII

KECUALIAN AM

48.

Perbuatan Hakim apabila bertindak secara kehakiman.

49.

Perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah mahkamah.

50.

Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi

undang-undang.

51.

Perbuatan kanak-kanak yang belum baligh.

52.

Perbuatan seseorang yang tak sempurna akal.

53.

Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan.

 

BAHAGIAN VIII

PERKARA AM

54.

Penetapan pusat pemulihan atau rumah diluluskan.

55.

Kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan diluluskan.

56.

Kuasa Mahkamah untuk pengkomitkan pesalah perempuan ke rumah diluluskan.

57.

Pemansuhan.

 

JADUAL

 

RANG UNDANG-UNDANG

bernama.

 

Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi kesalahan Jenayah Syariah,  dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya.                

[                                                      ]

 

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Kuasa Perundangan Negeri Pulau Pinang, seperti berikut :

 

BAHAGIAN 1
PERMULAAN

Tajuk ringkas, mula berkuat-kuasa dan pemakaian.

1.       ( 1 )   Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen kesalahan Jenayah Syariah, (Negeri Pulau Pinang) 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

           ( 2 )   Tertakluk kepada Seksyen 5 Enakmen ini hendaklah terpakai hanya bagi orang Islam sahaja.

Tafsiran

2.        ( 1 )  Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteks menghendaki makna yang lain -

En.7/53

     " Enakmen Pentadbiran " Ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal

Agama Islam Negeri Pulau Pinang , 1993 ;

     "Baligh " ertinya sudah cukup umur mengikut hukum Syara' ;

En. 8/1959

    " Enakmen " ertinya Undang-undang Pentadbiran Ugama Islam, 1959.

    " Fatwa " ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 36 Enakmen Pentadbiran ;

    " Hakim " ertinya hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi

Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masing di bawah seksyen  44, 45 dan 46 Enakmen ;

 

    " Hukum Syara' " ertinya hukum Syara' mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf ;

 

    " Jawatankuasa Syariah " ertinya Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 39 Enakmen Pentadbiran ;

    " Lian " ertinya sesuatu pengataan yang dibuat oleh seseorang lelaki dengan bersumpah mengikut Hukum Syara' bahawa isterinya telah melakukan zina ;

    " Liwat " ertinya perhubungan seks sesama lelaki ;

 

    " Mahkamah " ertinya Mahkamah Rendah Syariah , Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen Pentadbiran ;

     " Majlis " ertinya  Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4 ( 1 ) Enakmen Pentadbiran ;

     " Mufti " ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti bagi negeri Pulau Pinang di bawah subseksyen 34 ( 1 ) Enakmen Pentadbiran .

 

     " Muncikari " ertinya seseorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dengan seorang lelaki bagi apa-apa maksud yang menyalahi Hukum Syara' ;

 

       " Musahaqah " ertinya perhubungan seks sesama perempuan ;

       " Pusat pemulihan yang diluluskan " ertinya mana-mana tempat yang atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 54;

 

       " Qazaf " ertinya membuat pengataan palsu terhadap mana-mana orang ;

       " Rumah diluluskan " ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 54;

       " Sumbang mahram " ertinya persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilarang mengahwini satu sama lain di bawah hukum Syara';

 

 

 

   " Takfir " ertinya menganggap seseorang orang Islam sebagai orang bukan Islam;

   " Zina " ertinya persetubuhan antara lelaki dengan perempuan tanpa nikah.

 

 

 

Akta 388.

( 2 )   Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Akta-Akta itu setakat yang erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syara',

 

( 3 )   Bagi mengelakkan keraguan tentang sifat atau tafsiran  perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual , rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan  Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukan bertentangan dengannya dalam Jadual itu.

 

BAHAGIAN II

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN 'AQIDAH

Pemujaan salah.

3.   ( 1 )   Mana-mana orang yang memuja alam semula jadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang , binatang , tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syara' adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

         ( 2 )  Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa alat-alat peganti, barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang disebut dalam subseksyen  ( 1 ) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan  atas kesalahan itu.

Doktrin Palsu.

4.     ( 1 )  Mana-mana orang yang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan  apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam , adalah melakukan suatu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu berlawanan dengan Hukum Syara' atau mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

 

( 2 )  Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana dokumen atau benda yang digunakan dalam perlakuan atau yang ada kaitan  dengan kesalahan yang di sebut dalam subseksyen ( 1 ) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

Mengembangkan doktrin agama dsb.

5.         Mana-mana orang, samada dia beragama Islam atau tidak, yang mengembangkan apa-apa doktrin atau kepercayan agama selain daripada doktrin atau kepercayaan agama Islam di kalangan orang yang beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dikognisans oleh Mahkamah Sivil   dan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga ribu ringgit atau  dihukum  penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun. 

Dakwaan palsu

6.        Mana-mana orang yang -

 

(a)

Mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai rasul atau nabi, Imam Mahdi atau wali, atau;

 

(b)

Menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusias, sedangkan perisytiharan, penyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

 

BAHAGIAN III

KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN
KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN
INSTITUSINYA.

Menghina atau menyebabkan dipandang hina dll., agama Islam.

7.   Mana-mana orang yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain -

(a)

menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina ;

(b)

mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam ;atau

(c)

mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang yang berhubungan dengan agama Islam.

 

 

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mempersenda

kan, dll., ayat

Al-Quran atau Hadith.

8.  Mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan , menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadith adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama.

9.   Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan  dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mengingkari perintah mahkamah.

10.  Mana-mana orang yang mengingkari, melanggar, mempertikaikan, mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina apa-apa perintah Hakim atau Mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mengajar agama tanpa tauliah.

11.   ( 1 )   Mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

         ( 2 )   Subseksyen  ( 1 ) tidak terpakai bagi -

 

(a)

mana-mana orang atau golongan orang yang dikecualikan oleh Yang di-Pertuan Agong ; atau

 

(b)

mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.

12.    Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, Hukum Syara' atau apa-apa yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syara'.

13.  (1)   Mana-mana orang yang -

(a)

mencetak, menyiarkan, menerbitkan, merakamkan, menyebarkan atau dengan apa-apa cara lain menyebarkan apa-apa buku, risalah, dokumen atau apa-apa bentuk lain rakaman yang mengandungi apa-apa jua yang bertentangan dengan Hukum Syara'; atau

(b)

ada dalam miliknya apa-apa buku, risalah, dokumen atau bentuk lain rakaman sedemikian,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didendakan tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

        (2)   Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana buku, risalah, dokumen atau bentuk lain rakaman yang disebut dalam subseksyen  (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan berkaitan dengan buku, risalah, dokumen atau bentuk lain rakaman itu.

Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.

14.         Mana-mana orang lelaki yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid di dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan  atau kedua-keduanya.

Tidak menghormati Ramadhan.

15.       Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan -

(a)

menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya  untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu ;

(b)

secara terbuka atau tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya,

 

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Tidak membayar zakat atau fitrah.

16.          Mana-mana orang yang wajib membayar zakat atau fitrah tetapi -

(a)

enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu ; atau

(b)

enggan membayar atau dengan sengaja tidak membayar zakat atau fitrah itu melalui amil yang dilantik atau mana-mana orang lain yang diberikuasa, oleh Majlis untuk memungut zakat atau fitrah;

 

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebih satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama.

17.   ( 1 )  Mana-mana orang yang menghasut atau mendorong mana-mana orang Islam supaya tidak menghadiri masjid atau pengajaran agama atau apa-apa upacara agama adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 

         ( 2 ) Mana-mana orang yang dengan apa-apa cara mencegah orang yang lain daripada membayar zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Berjudi.

18.   ( 1 )   Mana-mana orang yang berjudi, atau didapati berada di rumah judi, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

         ( 2 )    Dalam seksyen ini, " rumah judi " ertinya mana-mana permis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, sama ada terbuka atau tertutup, yang digunakan atau disimpan bagi maksud penjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran  nasib dan kemahiran, sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya , untuk mendapatkan wang atau nilai wang.

Minuman yang memabukan.

19.    ( 1 )   Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam yang lain, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit  atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun  atau kedua-duanya.

         ( 2 )    Mana-mana orang yang membuat , menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

 

BAHAGIAN  IV

KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN

Perbuatan sumbang mahram.

20.      Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Pelacuran.

21.      ( 1 )  Mana-mana orang perempuan yang melacurkan dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu .

             ( 2 )  Mana-mana orang yang -    

 

(a)

melacurkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya; atau

 

(b)

menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri,

 

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Muncikari.

22.   Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Persetubuhan luar nikah.

23.        ( 1 )   Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

 

            ( 2 )   Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

 

              ( 3 )   Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen ( 2 ) oleh orang perempuan itu.

 

               ( 4 )   Bagi maksud subseksyen ( 3 ), mana-mana orang perempuan yang melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.

Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

24.     Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan  luar nikah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun kedua-duanya.

         

Liwat

25.    Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Musahaqah

26.   Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Khalwat

27.     ( 1 )    Mana-mana -

 

 

(a)

Orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau

 

(b)

Orang perempuan yang didapati berada bersama engan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

 

di mana-mana tempat yang terselindung atau dalam rumah  atau bilik dalam eadaan yang menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Lelaki berlagak seperti perempuan.

28.   Mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak elebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Perbuatan tidak sopan ditempat awam.

29.      Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syara' di mana-mana tempat awam adalah melakukan  suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 

BAHAGIAN V

KESALAHAN PELBAGAI

memberikan keterangan , maklumat atau pernyataan palsu.

30.  ( 1 )    Mana-mana orang yang memberikan keterangan palsu atau memalsukan keterangan bagi maksud ia digunakan dalam apa-apa peringkat dalam sesuatu prosiding kehakiman di mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

       ( 2 )  Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan itu telah dilakukan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain berhubungan dengan agama Islam, memberikan apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayai sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tafkir

31.   ( 1 )  Tertakluk kepada subseksyen  ( 2 ),  mana-mana  orang yang mengatakan atau menohmahkan dengan perkataan, samada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat atau perbuatan, aktivti atau perlakuan , atau dengan menganjurkan, menaja, atau membuat perkiraan bagi apa -apa aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara, bahawa mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang yang tergolong dalam apa-apa kumpulan , golongan atau perihalan orang yang menganut agama Islam -

 

(a)

adalah kafir ;

 

(b)

tidak lagi menganut agama Islam.

 

(c)

tidak sepatutnya diterima, atau tidak boleh diterima, sebagai menganuti agama Islam; atau

 

(d)

tidak mempercayai , mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam , agama Islam,

 

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun tahun atau kedua-duanya.

 

      ( 2 )   Subseksyen ( 1 ) tidaklah terpakai lagi -

 

(a)

apa-apa yang dilakukan oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa agama yang tubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di bawah mana -mana undang-undang bertulis yang diberikan kuasa untuk membuat atau mengeluarkan keputusan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam ; dan

 

(b)

apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa keputusan  yang dibuat atau dikeluarkan oleh Mahkamah atau pihak berkuasa sedemikian , sama ada atau tidak keputusan itu adalah secara bertulis , sama ada atau tidak ia disiarkan dalam Warta.

Memusnah-kan atau mencemar-kan masjid , surau, dsb.

32.    Mana-mana orang yang memusnahkan , merosakkan  atau mencemarkan mana-mana masjid atau surau atau tempat beribadat lain atau apa-apa kelengkapannya dengan niat menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Pungutan zakat atau fitrah tanpa kuasa.

33.    Mana-mana orang yang memungut zakat atau fitrah atau menyebabkan dipungut zakat atau fitrah tanpa dia dilantik sebagai amil atau selainnya diberikuasa oleh Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah hendaklah memerintahkan supaya pungutan itu dirampas dan dibayar ke dalam kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 90 ( 3 ) Enakmen Pentadbiran.

Pembayaran tak sah akan zakat atau fitrah.

34.        Mana-mana orang yang membayar atau menyebabkan supaya dibayar zakat atau fitrah kepada mana-mana orang yang tidak diberi kuasa secara sah untuk memungut zakat atau fitrah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menggalakan maksiat.

35.   Mana-mana orang yang menganjur, mendorong atau mengalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Memujuk lari perempuan bersuami.

36.      Mana-mana orang memujuk lari seorang perempuan bersuami atau membawanya keluar dari atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya meninggalkan kediaman suami isteri yang ditentukan oleh suaminya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh memerintahkan perempuan tersebut supaya kembali kepada suaminya.

Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

37.     Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila  disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup sebagai suami isteri yang sudah bernikah dengan sah.

Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

38.       Mana-mana orang yang menghasut , memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

Memujuk lari orang perempuan.

39.      Mana-mana orang yang memujuk lari atau mendorong atau memujuk mana-mana  orang perempuan supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang perempuan.

Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

40.    Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada mana-mana orang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya , dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.

Qazaf.

41.     Kecuali dalam kes li'an mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan, mengikut Hukum Syara', empat orang saksi lelaki atau iqrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penyalahgu-naan tanda halal.

42.      Mana-mana orang yang mempamerkan pada atau tanda halal berkenaan dengan mana-mana makanan atau minuman yang tidak halal , apa-apa tanda yang menunjukkan bahawa makanan atau minuman itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun ataukedua-duanya.

 

BAHAGIAN  VI

PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN.

 

43.    Seorang menyubahati pelakuan sesuatu perkara jika dia -

 

(a)

menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu  -

 

(b)

mengambil bahagian bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lain dalam apa-apa pakatan jahat untuk melakukan perkara itu, jika sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang berlaku ekoran daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau,

 

(c)

dengan sengaja membantu, dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang , pelakuan perkara itu.

 

Huraian   I   -  Seseorang yang, dengan penyataan salah sengaja, atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan , supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan.

 

Huraian  2 -  Mana-mana orang, sama ada sebelum atau pada masa pelakuan sesuatu perbuatan , melakukan apa-apa jua dengan tujuan memudahkan pelakuan perbuatan itu, dan dengan itu memudahkan pelakuan itu, adalah dikatakan membantu dalam melakukan perbuatan itu.

Menyubahati di dalam negeri Pulau Pinang kesalahan di luar Negeri Pulau Pinang.

44.   Seseorang adalah menyubahati sesuatu kesalahan mengikut pengertian Enakmen ini jika di dalam Negeri Pulau Pinang dia menyubahati pelakuan suatu perbuatan di luar Negeri Pulau Pinang yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya di lakukan di Negeri Pulau Pinang.

Hukuman bagi penyubaha-tan.

45.     Mana-mana orang yang menyubahati apa-apa kesalahan boleh, jika perbuatan yang disubahati itu dilakukan menurut penyubahatan itu, dihukum dengan hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Tanggungan penyubahat jika perbuat-an yang berlainan di lakukan.

46.           Jika sesuatu perbuatan disubahati dan sesuatu perbuatan yang berlainan dilakukan, penyubahat itu bertanggungan bagi perbuatan yang dilakukan mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama seolah-olah dia telah menyubahati perbuatan yang dilakukan jika perbuatan yang dilakukan  -

 

(a)

adalah akibat barangkali daripada penyubahatan itu, dan,

 

(b)

telah dilakukan dengan pengaruh hasutan itu, atau dengan bantuan atau kerana menurut pakatan jahat yang mewujudkan penyubahatan itu.

Percubaan.

47.  ( 1 )   Mana-mana orang yang cuba -

 

(a)

melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan Hukum Syara' ; atau

 

(b)

menyebabkan kesalahan itu dilakukan, dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu boleh , jika tiada peruntukan nyata dibuat dalam Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

 

         ( 2 )  Apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan sebagai hukuman bagi suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau untuk menyebabkan suatu kesalahan dilakukan tidak boleh melebihi satu perdua daripada tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukan bagi kesalahan itu.

 

BAHAGIAN VII

KECUALI AM

Perbuatan hakim apabila bertindak secara kehakiman.

48.         Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seorang Hakim apabila bertindak secara kehakiman pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya, atau yang dia dengan suci hati percaya telah diberikan kepadanya, oleh undang-undang.

Perbuatan yang dilakukan menurut penghaki-man atau perintah Mahkamah.

49.         Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan menurut , atau yang diwajarkan oleh, penghakiman atau perintah Mahkamah, jika dilakukan semasa penghakiman atau perintah itu masih berkuatkuasa, walaupun Mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat penghakiman atau perintah itu jika orang yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati bahawa Mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk membuat penghakiman atau perintah itu.

Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang.

50.      Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai justifikasi di sisi undan-undang , atau yang oleh sebab kesilapan fakta yang bukan kesilapan undang-undang dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai justifikasi di sisi undang-undang untuk melakukan yang demikian.

Perbuatan kanak-kanak yang belum  baligh.

51.      Tidaklak menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum baligh.

Perbuatan yang tak sempurna akal.

52.   ( 1 )  Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh sese- orang  yang pada masa melakukan perbuatan itu, oleh sebab ketaksempurnaan akalnya, tak berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu, atau bahawa apa yang dilakukannya adalah salah atau berlawanan dengan undang-undang.

 

        ( 2 )  Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatan atau ketinggalan yang diadukan itu dan -

 

(a)

keadaan mabuk adalah sedemikian rupa sehingga   dia   tidak   tahu   bahawa perbuatan atau ketinggalan itu adalah salah  atau  dia  tidak  tahu  apa  yang dilakukannya, dan

 

(b)

keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat atau kecuian seorang yang lain, maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tak sempurna akal.

 

 

          ( 3 )  dalam seksyen ini, "mabuk" hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh dadah.

Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan.

53.     ( 1 )  Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga menyebabkan orang itu, bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga.

 

          ( 2 )  Kecualian di bawah subseksyen  ( 1 )  tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya, dengan kerelaannya sendiri,  dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu.

 

BAHAGIAN  VIII

PERKARA AM

Penetapan pusat pemulihan atau rumah diluluskan.

54.     Majlis boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat atau institusi,  menjadi  pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan bagi maksud Enakmen ini.

Kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan orang yang  disabotlam ke pusat pemulihan diluluskan

55.  (1)   Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II di bawah seksyen 7, 8,9 atau 31, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang sedemikian dikomitkan ke pusat pemulihan diluluskan untuk menjalani apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dieknakan sekali dengan kaunseling atau pemulihan, tempohnya tidaklah boleh melebihi tiga tahun secara agregat.

Kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan orang yang  disabotlam ke pusat pemulihan diluluskan

55.  (1)   Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Bahagian II di bawah seksyen 7, 8,9 atau 31, Mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang sedemikian dikomitkan ke pusat pemulihan diluluskan untuk menjalani apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dieknakan sekali dengan kaunseling atau pemulihan, tempohnya tidaklah boleh melebihi tiga tahun secara agregat.

Kuasa mahkamah untuk mengkomitkan pesalah perempuan ke rumah diluluskan.

56.     Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang perempuan atas suatu kesalahan di bawah bahagian IV, Mahkamah itu boleh , sebagai ganti atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintah orang perempuan sedemikian dikomitkan ke suatu rumah diluluskan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, tetapi jika apa-apa tempoh pemenjaraan dikenakan sekali dengan komital itu, tempohnya tidaklah boleh melebihi tiga tahun secara agregat .

Pemansu-han.

57.        ( 1 ).  Bahagian IX Enakmen hendaklah terhenti terpakai bagi negeri Pulau Pinang dan setakat itu hendaklah disifatkan telah dimansuhkan.

 

             ( 2 ).  Walaupun Bahagian  IX Enakmen dimansuhkan ( " Bahagian termansuh" ) segala prosiding di bawah Bahagian termansuh itu, termasuk apa-apa rayuan daripada apa-apa rayuan daripada apa-apa keputusan  mana-mana Mahkamah di bawah Bahagian termansuh itu, hendaklah diteruskan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.

 

JADUAL

(Subseksyen 2 ( 3 ) )

TULISAN DALAM BAHASA ARAB BAGI

PERKATAAN DAN UNGKAPAN TERTENTU.

 

 

'aqidah

 

 

baligh

 

 

Hadith

 

 

li'an

 

 

mahram

 

 

musahaqah

 

 

qamariah

 

 

qazaf

 

 

takfir

 

 

zina

 

HURAIAN

 

Rang Undang-Undang ini bertujuan mengadakan peruntukan bagi kesalahan-kesalahan terhadap rukun agama Islam oleh orang yang menganut agama Islam di Negeri Pulau Pinang. Beberapa kesalahan yang dimasukkan ke dalam Rang Undang-Undang ini diperuntukan sekarang dalam Bahagian  IX Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1959, ( kemudian daripada ini disebut sebagai  " Enakmen 1959). Walau bagaimanapun , peruntukan-peruntukan itu telah disemak dan diperbaiki, termasuklah dengan mengenakan penalti yang lebih berat untuk mencerminkan keseriusan kesalahan-kesalahan itu.

2.      Bahagian I memperkatakan  perkara-perkara permulaan. Fasal  1 ( 2 ), memperuntukan secara jelas bahawa Enakmen yang dicadangkan  oleh Rang Undang-Undang ini terpakai bagi orang yang menganut agama Islam sahaja.

3.     Bahagian  II mengandungi kesalahan-kesalahan yang berhubungan dengan aqidah. Fasal 3 menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang memuja alam semulajadi atau melakukan apa-apa perbuatan yang menunjukan pemujaan atau rasa hormat kepada mana-mana orang, binatang , tempat atau benda dengan apa-apa cara yang menyalahi Hukum Syara'. Fasal 4 merupakan kesalahan mengenai ajaran dan amalan menyeleweng. Kesalahan lain yang diperuntukan di awah bahagian ini ialah kesalahan mengembangkan doktrin agama selain daripada agama Islam di kalangan orang beragama Islam ( fasal 5 ) dan kesalahan mengistiharkan diri sendiri atau orang lain sebagai rasul atau nabi, Imam Mahdi atau wali ( fasal  6 ).

4.       Bahagian  III mengandungi kesalahan-kesalahan berhubungan dengan kesucian agama Islam .   Antara  kesalahan  yang  diperuntukan  di bawah  bahagian  ini  dan  yang  tidak diperuntukkan di bawah Enakmen 1959 ialah kesalahan menghina atau menyebabkan   dipandang hina agama Islam  ( fasal 7 ), kesalahan mengingkari perintah Mahkamah ( fasal 10 ) dan kesalahan berjudi  ( fasal 18 ). Kesalahan-kesalahan yang diperuntukan dalam Enakmen 1959 dan yang peruntukan mengenainya telah diperbaiki ialah kesalahan mempersendakan ayat Quran atau Hadith  ( fasal 8 ), kesalahan bertindak dengan menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama ( fasal 9 ), kesalahan mengajar  agama tanpa tauliah  ( fasal 11) , kesalahan memberikan, mengembangkan  atau  menyebarkan  pendapat  yang  bertentangan  dengan  fatwa (fasal 12), kesalahan mencetak, mengeluarkan, dsb. penerbitan agama yang bertentangan dengan Hukum Syarak  (fasal 13),  kesalahan tidak menunaikan sembahyang Jumaat ( fasal 14 ), kesalahan tidak menghormati  Ramadhan  ( fasal 15 ) , kesalahan  tidak  membayar  zakat  atau fitrah  ( fasal 16 ), kesalahan menghasut supaya mengabaikan kewajipan agama ( fasal 17 ) dan kesalahan meminum minuman yang memabukan ( fasal 19 ).

5.       Bahagian IV  mengandungi  kesalahan-kesalahan  berhubungan  dengan  kesusilaan. Selain  daripada  kesalahan  persetubuhan  luar  nikah  ( fasal 23)  dan  khalwat   ( fasal 27 ), semua kesalahan  yang lain  di bawah  Bahagian  ini  tidak  diperuntukan di bawah Enakmen 1959.   Kesalahan  itu  ialah kesalahan sumbang mahram  ( fasal 20 ),  kesalahan  melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah ( fasal 24 ), kesalahan liwat (fasal 25), kesalahan Musahaqah (fasal 26), kesalahan orang lelaki berlagak  sebagai orang perempuan  ( fasal 28 ) dan kesalahan bertindak atau berkelakuan tidak sopan di tempat awam ( fasal 29 ).

6.       Bahagian V mengandungi kesalahan-kesalahan pelbagai. Kesalahan-kesalahan yang diperuntukan ialah kesalahan memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu untuk digunakan dalam prosiding kehakiman ( fasal 30),  kesalahan menganggap orang Islam sebagai bukan Islam  ( fasal 31 ), kesalahan memusnahkan atau mencemarkan masjid, dsb. (fasal 32 ), kesalahan menggalakan maksiat  ( fasal 35 ), kesalahan memujuk lari orang perempuan bersuami ( fasal 36 ), kesalahan  menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri  ( fasal 37 ), kesalahan menggalakan perceraian  atau pengabaian tanggungjawab  ( fasal 38 ), kesalahan memujuk lari orang perempuan ( fasal 39) , kesalahan menjual atau memberikan kanak-kanak kepada orang bukan Islam ( fasal 40 ), kesalahan qazaf  ( fasal 41 ) dan kesalahan menyalahgunakan tanda halal ( fasal  42 ), Kesalahan memungut zakat atau fitrah  tanpa  kuasa ( fasal 33 ), dan membayar zakat atau fitrah secara tak sah  ( fasal 34 ) merupakan peruntukan yang sedia ada dalam Enakmen 1959.

7.      Bahagian VI mengandungi peruntukan mengenai penyubahatan dan percubaan yang adalah lebih terperinci daripada peruntukan dalam Enakmen 1959.

8.     Bahagian VII mengandungi kecualian am. Antara kecualian am bagi kesalahan-kesalahan yang diperuntukan di bawah Enakmen yang dicadangkan ialah perbuatan Hakim apabila bertindak  secara kehakiman ( fasal 48 ), perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah Mahkamah ( fasal 49 ), perbuatan yang dilakukan oleh orang yang mempunyai justifikasi di sisi undang-undang  ( fasal 50), perbuatan kanak-kanak yang belum baligh ( fasal 51 ), perbuatan orang yang tak sempurna akal  ( fasal 52 ) dan perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan  ( fasal 53 ).

9.      Bahagian VIII mengandungi perkara-perkara am. fasal 54 memberikan Majlis kuasa untuk menetapkan pusat pemulihan atau rumah diluluskan . Fasal 55 dan 56 memberi Mahkamah kuasa untuk mengkomitkan orang yang disabitkan atas kesalahan tertentu ke pusat pemulihan diluluskan atau rumah diluluskan. Fasal 57 mengadakan peruntukan bagi pemberhentian pemakaian Bahagian IX Enakmen 1959.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.

 

1