|

ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH
SYARIAH
(NEGERI PULAU PINANG) 1996
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN 1
BAB 1
PERMULAAN
| |
1. Tajuk ringkas dan mula
berkuatkuasa. |
| |
2. Pemakaian. |
| |
3. Tafsiran. |
| |
4. Anggapan. |
BAB 1
QARINAH
| |
5. Keterangan boleh
diberi mengenai nyataan yang menjadi soal dan Qarinah. |
| |
6. Nyataan yang
menjadi sebahagian utusan. |
| |
7. Nyataan
yang menjadi punca, sebab atau natijah bagi nyataan yang menjadi soal. |
| |
8. Sebab,
persediaan dan kelakuan yang dahulu atau selepas. |
| ` |
9. Nyataan
yang perlu, menghuraikan atau mengemukakan nyataan yang ada hubungan. |
| |
10. Apa-apa yang
dikatakan atau dilakukan oleh seseorang yang berpakat jahat
berkenaan dengan rancangan bersama. |
| |
11. Bila nyataan
boleh menjadi qarinah. |
| |
12. Dalam guaman
menuntut gantirugi nyataan yang membolehkan Mahkamah
menentukan kadar gantirugi adalah qarinah. |
| |
13. Qarinah
apabila hak atau urf dipersoalkan. |
| |
14. Nyataan yang
menunjukkan wujudnya keadaan fikiran atau keadaan tubuh
atau
perasaan tubuh. |
| |
15. Nyataan
berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak
sengaja atau
dengan sengaja. |
| |
16. Bilakah
wujudnya perjalanan urusan menjadi qarinah. |
IQRAR
| |
17. Takrif Iqrar. |
| |
18. Syarat Iqrar. |
| |
19. Iqrar ketika
marad al-maut. |
| |
|
KENYATAAN OLEH ORANG
YANG TIDAK BOLEH DIPANGGIL
SEBAGAI SAKSI
| |
20. Hal-hal dalam
mana kenyataan yang berkaitan oleh orang yang telah mati atau
yang tidak
dijumpai dan sebagainya adalah qarinah. |
| |
21. Perkaitan keterangan
yang tertentu bagi membuktikan dalam perbicaraan
yang
terkemudian tentang kebenaran kenyataan yang disebut di dalamnya. |
| |
|
| |
|
KENYATAAN YANG DIBUAT
DALAM KEADAAN KHAS
| |
22. Bila catatan dalam
buku kira-kira berkaitan. |
| |
23. Perkaitan catatan di
dalam rekod awam pada menjalankan kewajipan. |
| |
24. Perkaitan kenyataan di
dalam peta, carta dan pelan. |
| |
25. Perkaitan kenyataan
tentang nyataan awam yang terkandung di dalam
sesuatu Akta,
Ordinan atau pemberitahu. |
SEBANYAK MANA KENYATAAN
DIKEHENDAKI DIBUKTIKAN
| |
27. Apa keterangan
dikehendaki diberi apabila kenyataan ialah sebahagian
daripada percakapan, suratan, buku atau siri surat
atau kertas. |
KEPUTUSAN MAHKAMAH KEADILAN
BILA BERKAITAN
| |
28. Keputusan dahulu
adalah berkaitan bagi menahan guaman atau perbicaraan
yang kedua. |
| |
29. Perkaitan sesuatu
keputusan dalam bidang kuasa pengesahan wasiat dan sebagainya. |
| |
30. Perkaitan dan natijah
keputusan perintah atau dikri lain daripada yang tersebut
di dalam
seksyen 29. |
| |
31. Bila keputusan dan
sebagainya selain daripada yang tersebut dalam seksyen
28 hingga 30
berkaitan. |
| |
32. Fraud atau pakatan bagi
mendapatkan keputusan atau ketiadaan kelayakan
Mahkamah
boleh dibuktikan. |
PENDAPAT ORANG LAIN BILA
BERKAITAN
| |
33. Pendapat Pakar. |
| |
34. Nyataan mengenai
pendapat pakar. |
| |
35. Bila pendapat tentang
tulisan tangan berkaitan. |
| |
36.
Bila pendapat tentang adanya hak atau urf berkaitan. |
| |
37. Bila pendapat tentang
amalan dan kepercayaan dan sebagainya berkaitan. |
| |
38. Bila pendapat atas
pertalian adalah qarinah. |
| |
39. Bila alasan pendapat
berkaitan. |
WATAK BILA BERKAITAN
| |
40. Dalam kes Mal, watak
bagi membuktikan kelakuan yang ditohmahkan
tidak
berkaitan. |
| |
41. Dalam kes jenayah
watak yang dahulunya baik adalah berkaitan. |
| |
42. Watak yang dahulunya
tidak baik tidaklah berkaitan kecuali bagi menjawab. |
BAHAGIAN 2
MENGENAI BUKTI
BAB 3
NYATAAN YANG TIDAK PERLU
DIBUKTIKAN
| |
43. Nyataan yang diberi
pengiktirafan kehakiman tidak perlu dibuktikan. |
| |
44. Nyataan yang Mahkamah
mesti memberi pengiktirafan kehakiman. |
| |
45. Nyataan yang diakui
tidak perlu dibuktikan. |
BAB 4
KETERANGAN LISAN
| |
46. Membuktikan nyataan
dengan keterangan lisan. |
| |
47. Keterangan lisan
mestilah secara terus. |
| |
|
BAB 5
KETERANGAN SURATAN
| |
48. Membuktikan kandungan
suratan. |
| |
49. Keterangan asal. |
| |
50. Keterangan tak asal. |
| |
51. Membuktikan suratan
dengan keterangan asal. |
| |
52. Bila keterangan tak
asal bagi suratan boleh diberi. |
| |
53. Kaedah tentang notis
supaya mengemukakan. |
| |
54. Membuktikan
tandatangan dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah
menandatangani atau menulis suratan yang dikemukakan. |
| |
55. Pengakuan tentang
tulisan, tandatangan atau meteri. |
| |
56. Membuktikan suratan. |
SURATAN AWAM
| |
57. Suratan Awam. |
| |
58. Suratan sendirian. |
| |
59. Salinan yang diperakui
bagi suratan awam. |
| |
60. Membuktikan suratan
dengan mengemukakan salinan yang diperakui. |
| |
61. Bukti suratan resmi. |
ANGGAPAN TENTANG SURATAN
| |
62. Anggapan tentang
salinan yang diperakui. |
| |
63. Anggapan tentang
suratan yang dikemukakan sebagai rekod keterangan. |
| |
64. Anggapan tentang
warta, akhbar dan suratan lain. |
| |
65. Anggapan tentang peta atau pelan
yang dibuat dengan kuasa Kerajaan. |
| |
66. Anggapan tentang
undang-undang dan siaran keputusan. |
| |
67. Anggapan tentang surat
kuasa wakil. |
| |
68. Anggapan tentang
salinan yang diperakui bagi rekod kehakiman negara asing. |
| |
69. Anggapan tentang buku,
peta dan rajah. |
| |
70. Anggapan tentang
perutusan telegraf. |
| |
71. Anggapan tentang
penyempurnaan dan sebagainya mengenai suratan yang
tidak
dikemukakan. |
| |
|
BAHAGIAN 3
PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6
BEBAN MEMBUKTI
| |
72. Beban memberi
keterangan. |
| |
73. Beban membukti. |
| |
74. Atas siapakah beban
membukti. |
| |
75. Beban membuktikaan
nyataan tertentu. |
| |
76. Beban
membuktikan nyataan yang dikehendaki supaya keterangan boleh diterima. |
| |
77. Beban
membuktikan bahawa kes orang yang dituduh adalah termasuk
di dalam
kecualian. |
| |
78. Beban
membuktikan nyataan yang diketahui secara khas. |
| |
79. Beban
membuktikan kematian orang yang diketahui hidup dalam masa 30
tahun
dahulunya. |
| |
80. Beban
membuktikan masih hidup orang yang tiada apa-apa khabar telah
didengar selama 4 tahun. |
| |
81. Beban
membuktikan tentang keupayaan. |
| |
82. Mahkamah
boleh menganggap sesuatu nyataan sebagai ada. |
| |
|
BAB 7
SAKSI
| |
83. Siapa yang boleh
memberi keterangan sebagai saksi. |
| |
84. Saksi bisu. |
| |
85. Keterangan suami,
isteri, ibubapa dan anak sebagai saksi. |
| |
86. Bilangan saksi. |
| |
87. Cara memberi
keterangan. |
| |
88. Keterangan seorang
saksi dan sumpah. |
| |
|
BAB 8
PEMERIKSAAN SAKSI
| |
89. Bila saksi perlu
diperiksa. |
| |
90. Jenis pemeriksaan. |
| |
91. Pemeriksaan rahsia. |
| |
92. Bilangan pemeriksa
saksi. |
| |
93. Pemeriksaan terbuka. |
| |
94. Pemeriksaan terbuka
adalah menjadi sebahagian dari keterangan. |
| |
95. Bila saksi tidak perlu
diperiksa. |
| |
96. Penafian ke atas
saksi. |
| |
97. Apabila pemeriksa
saksi berbeda pendapat. |
| |
98. Saksi ghaib. |
| |
99. Bila saksi diminta
bersumpah. |
| |
|
BAB 9
PERUNTUKAN AM
| |
100.
Rujukan muktamad. |
| |
101.
Pemberhentian pemakaian. |
| |
|
NEGERI PULAU PINANG
ENAKMEN BIL. 5 TAHUN 1997
DIPERKENANKAN
TUN DATO' SERI (DR.) HAJI
HAMDAN BIN SHEIKH TAHIR
YANG DI PERTUA NEGERI
| |
Suatu Enakmen bagi mentakrifkan undang-undang keterangan untuk
Mahkamah Syariah. |
| |
[12 Mac 1997] |
| |
MAKA INIlLAH DIPERUNDANGKAN oleh
Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut: |
BAHAGIAN 1
KERELEVANAN
BAB 1
PERMULAAN
|
Tajuk ringkas dan mula
berkuatkuasa. |
1. |
Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen keterangan
Mahkamah Syariah Pulau Pinang 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada
tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan
dalam WARTA. |
|
Pemakaian. |
2. |
Enakmen ini
hendaklah dipakai mengikut Hukum Syarak bagi segala perbicaraan
Kehakiman di dalam atau di hadapan mana-mana Mahkamah syariah. |
|
Tafsiran. |
3. |
Dalam Enakmen ini melainkan jika kandungan ayatnya
mengkehendaki makna yang lain; |
|
|
|
"baligh" ialah seorang yang cukup umur mengikut
Hukum Syarak; |
|
|
|
"dibuktikan"; sesuatu nyataan adalah "dibuktikan"
apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah
percaya nyataan itu wujud atau berpendapat wujudnya nyataan itu
adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras, dalam hal keadaan
yang berkenaan itu seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu
adalah wujud; |
| |
|
|
|
|
|
"dibuktikan sebaliknya", sesuatu nyataan adalah
dikatakan dibuktikan sebaliknya apabila, setelah menimbangkan
perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya nyataan itu tidak wujud
atau berpendapat tidak wujudnya nyataan itu adalah sebegitu mungkin
bahawa seseorang yang waras dalam hal keadaan yang berkenaan itu
seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu adalah tidak wujud; |
| |
|
|
|
|
|
"Hukum Syarak" ertinya Undang-Undang Islam dalam
mana-mana Mazhab yang sah; |
| |
|
|
|
|
|
"Keterangan" adalah termasuk - |
| |
|
|
|
|
|
(a) segala kenyataan yang dibenarkan atau
dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubung
dengan perkara-perkara nyataan yang disiasat. |
| |
|
|
|
|
|
Kenyataan-kenyataan itu adalah disebut keterangan
lisan; |
| |
|
|
|
|
|
(b) segala suratan yang dikemukakan untuk
diperiksa oleh Mahkamah. |
| |
|
|
|
|
|
Suratan itu adalah disebut keterangan suratan. |
| |
|
|
|
|
|
"Mahkamah" ertinya Mahkamah yang ditubuhkan menurut
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang 1993. |
| |
|
|
|
|
|
"Nyataan" ertinya dan termasuklah - |
| |
|
|
|
|
|
(a) sesuatu, keadaan sesuatu atau hubungan
sesuatu yang boleh ddiketahui dengan pancaindera; |
| |
|
|
|
|
|
(b) apa-apa keadaan fikiran yang disedari
oleh seseorang; |
| |
|
|
|
|
|
MISALAN |
| |
|
|
|
|
|
(a) Bahawa ada benda tertentu teratur
mengikut suatu susunan tertentu dalam suatu tempat tertentu adalah suatu
nyataan. |
| |
|
|
|
|
|
(b) Bahawa seseorang telah mendengar atau
melihat sesuatu adalah suatu nyataan. |
| |
|
|
|
|
|
(c) Bahawa seseorang telah menyebut perkataan
tertentu adalah suatu nyataan. |
| |
|
|
|
|
|
(d) Bahawa seseorang telah berpegang kepada
suatu berpendapat tertentu, ada mempunyai suatu niat tertentu, berindak
dengan sucihati atau dengan tipuan atau menggunakan sesuatu perkataan
tertentu pengertian khusus, atau sedar pada suatu masa yang tertentu
akan sesuatu perasaan khusus adalah suatu nyataan. |
| |
|
|
|
|
|
(e) Bahawa seseorang yang mempunyai suatu
nama baik tertentu adalah suatu nyataan. |
| |
|
|
|
|
|
"Nyataan yang menjadi soal" ertinya mana-mana
nyataan dari mana dengan sendirinya atau berhubung dengan lain-lain
nyataan, wujud atau tidak wujud, jenis atau luasnya apa-apa hak, atau
tanggungan yang ditegaskan atau dinafikan dalam sesuatu guaman atau
perbicaraan, semestinya ternyata; |
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
A dituduh berkhalwat dengan B. |
| |
|
|
|
|
|
Di dalam perbicaraannya, nyataan-nyataan yang
berikut boleh menjadi soal. |
|
|
|
Bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam
bilik tertutup. |
| |
|
|
|
|
|
Bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam
kenderaan yang berhenti yang terletak di tempat gelap. |
| |
|
|
|
|
|
"Qarinah" ertinya nyataan yang ada hubungan dengan
nyataan yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam Hukum syarak
atau yang dihuraikan dalam Enakmen ini; |
| |
|
|
|
|
|
"Suratan" ertinya apa-apa yang dinyatakan atau
diterangkan atas apa-apa benda dengan cara menggunakan huruf, angka atau
tanda atau sesuatu atau lebih dari sesuatu cara itu yang bertujuan
digunakan atau yang mungki digunakan untuk merekodkan hal itu; |
|
|
|
MISALAN |
| |
|
|
|
|
|
Tulisan ialah suratan. |
| |
|
|
|
|
|
Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf
ialah suratan. |
| |
|
|
|
|
|
Peta atau pelan ialah suratan. |
| |
|
|
|
|
|
Ukiran atas logam atau batu atau kayu ialah
suratan. |
| |
|
|
|
|
|
"tidak dibuktikan"; sesuatu nyataan adalah
dikatakan "tidak dibuktikan" apabila nyataan itu tidak "dibuktikan" atau
tidak "dibuktikan sebaliknya" mengikut Enakmen ini. |
| |
|
|
|
Anggapan. |
|
4. (1) Apabila diperuntukan oleh
Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap suatu nyataan sebagai
wujud, Mahkamah boleh mensifatkan nyataan itu sebagai dibuktikan
melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya, atau boleh meminta
buktinya. |
| |
|
|
|
|
|
(2) Apabila diarahkan oleh
Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu nyataan sebagai
wujud Mahkamah hendaklah mensifatkan nyataan itu sebagai dibuktikan
melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya. |
|
|
BAB 11
QARINAH
|
|
Keterangan boleh diberi mengenai kenyataan yang menjadi soal dan
Qarinah. |
5. Keterangan boleh diberi dalam mana-mana
guaman atau perbicaraan mengenai wujud atau tidak wujudnya tiap-tiap
nyataan yang menjadi soal dan mengenai nyataan lain yang ditetapkan
kemudian daripada ini sebagai qarinah dan tidak mengenai mana-mana
nyataan lain. |
|
|
Huraian
- Seksyen ini tidak membolehkan sesiapa memberi keterangan
mengenai sesuatu nyataan yang ia tidak berhak membuktikan menurut
undang-undang berhubung dengan acara mal. |
|
|
MISALAN |
|
|
A dituduh memukul B
isterinya dengan tongkat dengan niat hendak menyiksanya. |
|
|
Dalam perbicaraaan A nyataan yang berikut adalah
menjadi soal: |
|
|
A memukul B dengan tongkat itu. |
|
|
A menyakiti B dengan pukulan itu dengan niat hendak
menyiksa B. |
|
Nyataan yang menjadi
sebahagian urusan. |
6. Walaupun nyataan tidak menjadi soal tetapi
jika ia mempunyai hubungan dengan suatu nyataan yang menjadi soal hingga
menjadi sebahagian daripada urusan itu juga maka nyataan itu adalah
qarinah. |
|
|
MISALAN |
|
|
A dituduh memukul isterinya B. |
|
|
Apa-apa yang diperkatakan atau dibuat oleh A atau B
atau orang yang berhampiran pada masa B dipukul itu atau sejurus sebelum
atau kemudian daripadanya adalah menjadi qarinah sebagai sebahagian
urusan. |
|
Nyataan yang menjadi
punca, sebab atau natijah bagi nyataan yang menjadi soal. |
7. Nyataan yang menjadi punca, sebab atau
natijah, sama ada secara langsung atau tidak, bagi nyataan yang ada
hubungan atau yang menjadi soal, atau nyataan yang menjadi keadaan
sesuatu dalam mana nyataan itu berlaku, atau yang memberi peluang untuk
nyataan itu dilaku atau diuruskan, adalah qarinah. |
|
Sebab, persediaan dan
kelakuan yang dahulu atau selepas. |
8. (1) Sesuatu nyataan yang menunjuk
atau menjadikan sesuatu sebab atau persediaan bagi sesuatu nyataan yang
menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan adalah qarinah. |
|
|
(2) Kelakuan sesuatu pihak
atau kelakuan seseorang wakil bagi mana-mana pihak dalam sesuatu guaman
atau perbicaraan berkenaan dengan guaman atau perbicaraan itu atau
berkenaan dengan sesuatu nyataan yang menjadi soal dalamnya atau yang
ada hubungan dengannya, dan kelakuan seseorang yang kesalahan
terhadapnya menjadi perkara perbicaraan, adalah qarinah jika kelakuan
itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh sesuatu nyataan yang menjadi soal
atau nyataan yang ada hubungan dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu
atau selepasnya. |
|
|
Huraian 1
- Perkataan "kelakuan" dalam seksyen ini tidak termasuk kenyataan
melainkan jika kenyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan lain
daripada kenyataan tetapi huraian ini tidak akan menyentuh perkaitan
kenyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Enakmen ini. |
|
|
Huraian 2
- Apabila
kelakuan seseorang ada hubungan apa-apa kenyataan yang dibuat kepadanya
atau di hadapan dan dalam pendengarannya yang menyentuh kelakuannya itu
adalah qarinah. |
|
|
MISALAN |
|
|
(A) Soalnya ialah sama ada sesuatu
suratan adalah wasiat A. |
|
|
Nyataan bahawa tidak lama sebelum tarikh wasiat
yang dikatakan itu, A telah menyiasat berkenaan dengan perkara yang
tersebut dalam wasiat itu, bahawa ia telaah berunding dengan peguam
berkenaan dengan hal membuat wasiat itu, dan bahawa ia telah mengarahkan
deraf bagi wasiat lain disediakan yang mana ia tidak mempersetujui
adalah qarinah. |
|
|
(b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan
sesuatu jenayah. |
|
|
Nyataan bahawa A telah melarikan diri selepas
menerima sepucuk surat yang memberi amaran kepadanya bahawa siasatan
sedang dijalankan bagi mencari penjenayah itu dan kandungan surat
itu adalah qarinah. |
|
|
(c) A dituduh melakukan sesuatu jenayah. |
|
|
Nyataan bahawa selepas dilakukan jenayah itu dia
melarikan diri, atau telah mencuba menyembunyikan benda yang telah atau
mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu adalah qarinah. |
|
Nyataan
yang perlu menghuraikan atau mengemuka-kan nyataan yang ada
hubungan. |
9. Nyataan yang perlu untuk menghuraikan atau
mengemukakan sesuatu yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan,
atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu fahaman yang dibayangkan
oleh sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan
atau yang menentukan pengenalan sesuatu atau seseorang yang
pengenalannya ada hubungan atau yang menetapkan masa atau tempat di mana
sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan yang ada hubungan telah
berlaku, atau yang menunjukkan hubungan pihak yang olehnya sesuatu
nyataan itu perlu bagi maksud itu. |
|
|
(a) Soalnya ialah sama ada sesuatu suratan
tertentu adalah wasiat A. |
|
|
Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh
wasiat itu boleh menjadi qarinah. |
|
|
(b) A dituduh melakukan sesuatu jenayah. |
|
|
Nyataan bahawa tidak lama selepas sahaja jenayah
itu dilakukan, A telah melarikan diri dari rumahnya adalah qarinah di
bawah seksyen 8 sebagai kelakuan kemudian yang melibatkan nyataan yang
menjadi soal. |
|
|
Nyataan bahawa pada waktu ia meninggalkan rumahnya
itu ia ada mempunyai urusan yang tiba-tiba dan segera di tempat ia pergi
itu adalah qarinah sebagai mungkin menghuraikan nyataan bahawa ia telah
meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba. |
|
Apa-Apa yang dikatakan
atau dilakukan oleh seseorang yang berpakat jahat berkenaan dengan
rancangan bersama. |
10. Jika ada alasan yang munasabah bagi
mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berpakat bersama hendak
melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah yang boleh diambil
tindakan, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh
seseorang daripada mereka berkenaan dengan niat bersama mereka selepas
masa bila niat itu mula-mula timbul daripada seseorang daripada mereka,
adalah qarinah terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berpakat
sedemikian, serta juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang
itu telah menjadi satu pihak dalamnya. |
|
Bila nyataan boleh
menjadi qarinah. |
11. Nyataan boleh menjadi qarinah; |
|
|
(a) jika ianya tidak sesuai dengan sesuatu
nyataan yang menjadi soal atau yang ada hubungan. |
|
|
(b) jika dengan sendirinya atau berhubung
dengan nyataan lain, ianya menyebabkan kemungkinan wujudnya atau tidak
wujudnya sesuatu nyataan yang menjadi soal atau yang ada hubungan. |
|
|
MISALAN |
|
|
(a) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan
suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu. |
|
|
Nyataan bahawa pada hari itu A berada di Perlis
adalah qarinah. |
|
|
Nyataan bahawa pada waktu yang hampir jenayah itu
dilakukan, A berada di tempat jauh dari tempat jenayah itu dilakukan,
yang mana menjadikan tidak mungkin sekali, walaupun tidak mustahil,
bahawa ia telah melakukannya adalah qarinah. |
|
|
(b) Soalnya ialah sama ada A telah melakukan
sesuatu jenayah. |
|
|
Hal keadaannya adalah sedemikian bahawa jenayah itu
tentu sekali telah diakukan oleh salah seorang dari A, B, C dan D.
Tiap-tiap nyataan yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak boleh
dilakukan oleh sesiapa lain dan bahawa ia tidak dilakukan oleh sama ada
B, C atau D adalah qarinah. |
|
Dalam guaman menuntut
gantirugi nyataan yang memboleh-kan Mahkamah menentukan kadar gantirugi
adalah qarinah. |
12. Dalam guaman menuntut gantirugi, apa-apa
nyataan yang membolehkan Mahkamah menentukan kadar gantirugi yang patut
diberi adalah qarinah. |
|
Qarinah apabila hak atau Urf dipersoalkan. |
13. Jika soalnya ialah tentang wujudnya
sesuatu hak atau Urf maka nyataan yang berikut adalah qarinah - |
|
|
(a) Apa-apa urusan dengannya hak atau Urf
yang berkenaan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf,
ditegaskan atau dinafikan atau yang tidak bersesuaian dengan adanya hak
atau Urf itu; |
|
|
(b) Hal-hal tertentu alam mana hak atau Urf
itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau dalam mana penggunaan
hak atau Urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan. |
|
Nyataan yang menunjukkan wujudnya keadaan fikiran atau keadaan tubuh
atau perasaan tubuh. |
14. Nyataan yang menunjukkan wujudnya sesuatu
keadaan fikiran, seperti niat, pengetahuan, sucihati, kecuaian,
kegopohan, niat jahat, atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau
menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh,
adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan fikiran atau tubuh atau
perasaan tubuh itu menjadi soal atau ada hubungan |
|
|
Huraian 1
- Sesuatu nyataan yang berhubung sebagai menunjukkan wujudnya
suatu keadaan fikiran yang berkaitan mestilah menunjukkan bahawa keadaan
fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubung dengan perkara
tertentu yang berkenan itu. |
|
|
Huraian 2 -
Tetapi jika dalam pembicaraan seseorang yang dituduh atas sesuatu
kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu oleh orang yang dituduh
itu menjadi qarinah dalam erti seksyen ini, maka sabitan dahulu orang
itu hendaklah juga menjadi suatu qarinah. |
|
|
MISALAN |
|
|
(a) Soalnya ialah sama ada telah melakukan
keaniayaan terhadap isterinya B. |
|
|
Perasaan mereka terhadap satu sama lain yang
dizahirkan tidak beberapa laa sebelum atau selepas keaniayaan yang
dikatakan itu adalah qarinah. |
|
|
(b) A dibicarakan kerana sesuatu jenayah. |
|
|
Nyataan bahawa ia telah berkata sesuatu menunjukkan
niat hendak melakukan jenayah tertentu itu adalah qarinah. |
|
|
Nyataan bahawa ia telah berkata sesuatu yang
menunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu bukan
qarinah. |
|
Nyataan berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak
sengaja atau dengan sengaja. |
15. Apabila ada soal sama ada sesuatu
perbuatan telah dialkukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau
dilakukan dengan sesuatu pengetahuan atau niat yang khusus, maka nyataan
bahawa perbuatan itu adalah satu daripada siri kejadian seumpamanya
dalam tiap-tiap satunya orang yang melakukan perbuatan itu ada terlibat
adalah qarinah. |
|
|
MISALAN |
|
|
A telah ditugaskan menerima fitrah sebagai amil
dari orangramai. Adalah menjadi kewajipan A membuat catatan di
dalam sebuah buku bagi menunjukkan banyaknya wang yang telah
diterimanya. Ia membuat suatu catatan menunjukkan bahawa suatu
masa tertentu ia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima
olehnya. |
|
|
Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah
dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja. Nyataan bahawa catatan lain
yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu dan dalam tiap-tiap
kes adalah menguntungkannya adalah qarinah. |
|
Bilakah wujudnya
perjalanan urusan menjadi qarinah. |
16. Apabila ada soal sama ada suatu perbuatan
tertentu telah dilakukan, wujudnya apa-apa perjalanan berkaitan dengan
urusan yang menurutnya perbuatan itu mungkin telah dilakukan, adalah
suatu qarinah. |
|
|
MISALAN |
|
|
(a) Soalnya ialah sama ada suatu surat
tertentu telah dikirimkan. |
|
|
Nyataan bahawa telah menjadi perjalanan urusan
biasa bagi segala surat diletakkan di suatu tempat di bawa ke pejabat
pos, adalah qarinah. |
|
|
(b) Soalnya ialah sama ada suatu surat
tertentu telah sampai kepada A. |
|
|
Nyataan bahawa ia telah diposkan dalam masa yang
sepatutnya dan telah tidak dikembalikan melalui Bahagian Surat Kiriman
Mati adalah qarinah. |
|
|
IQRAR |
|
Takrif Iqrar. |
17. (1) Iqrar ialah kenyataan seseorang
tentang sesuatu hak orang lain ke atasnya yang dibuat secara lisan,
tulisan atau isyarat dan yang dibuat oleh mana-mana orang dan di dalam
mana-mana keadaan yang disebutkan kemudian. |
|
|
(2) Iqrar yang dibuat di luar Mahkamah hanya
boleh diterima jika dibuat di hadapan dua orang saksi adil. |
|
|
|
|
|
(3) Iqrar wakil dalam perbicaraan bagi pihak
orang yang memberi wakil yang dibuat di hadapan hakim adalah layak
diterima. |
|
Syarat Iqrar. |
18. (1) Pembuat Iqrar hendaklah seorang
yang akil baligh. |
|
|
(2)
Kecuali diperuntukan sebaliknya Iqrar berikut adalah tidak layak
diterima - |
|
|
(a)
Iqrar seorang kanak-kanak |
|
|
(b)
Iqrar seorang gila dan seorang yang terencat akal (ma'tuh) |
|
|
(c)
Iqrar wali atau wasi bagi orang jagaan atau tanggungan mereka. |
|
|
(3)
Iqrar seorang kanak-kanak Mumaiyiz yang telah diberi kebenaran oleh wali
atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan urusan dengan
orangramai hendaklah dianggap sebagai Iqrar seorang dewasa untuk maksud
seksyen ini dan Iqrar itu hendaklah diterima sebagai sah. |
|
|
Huraian
- Iqrar oleh
kanak-kanak tersebut yang telah diberi kebenaran untuk menjalankan
perniagaan dan berurusan dengan orangramai hendaklah dianggap seorang
dewasa dalam hal berkaitan dengan perniagaan dan urusan seperti hutang,
amanah, 'ariyah, mudharabah, ghash dan sebagainya,akan tetapi tidak
diterima di dalam urusan seperti mahr, jinayat (kesalahan yang boleh
didenda) dan kifalah (keselamatan). |
|
|
(4) Pihak yang mendapat faedah dari Iqrar
tidaklah disyaratkan seorang yang aqil dan baligh. |
|
|
Huraian
- Jika seseorang pembuat Iqrar berkata sesuatu benda atau harta
itu adalah bagi faedah seseorang kanak-kanak kecil yang belum mumaiyiz.
Iqrarnya itu adalah layak diterima dan pembuat Iqrar itu adalah terikat
dengan iqrarnya. |
|
|
(5) Sesuatu Iqrar hendaklah dibuat dengan
rela hati tanpa paksaan. |
|
|
|
|
|
(6) Pembuat Iqrar hendaklah terdiri dari
orang yang tidak ditahan dari menguruskan hartanya (Mahjur 'alaih). |
|
|
(7) Iqrar yang dibuat dalam keadaan mabuk
tidak boleh diterima dalam kes-kes yang boleh dikenakan hukuman hudud. |
|
Iqrar ketika marad al-maut. |
19. Iqrar seseorang yang berada dalam keadaan
marad al-maut mengenai hak orang lain ke atasnya bolehlah diterima
mengikut Hukum Syarak. |
|
|
KENYATAAN OLEH ORANG-ORANG |
|
|
YANG TIDAK BOLEH DIPANGGIL |
|
|
SEBAGAI SAKSI |
|
Hal-hal dalam mana kenyataan yang berkaitan oleh orang yang
telah mati atau yang tidak dijumpai, dsb. adalah qarinah. |
20. (1) Kenyataan bertulis, atau lisan,
mengenai nyataan yang berkaitan yang dibuat oleh seorang yang telah mati
atau yang telah tidak dapat dijumpai atau yang telah menjadi tidak
berdaya memberi keterangan atau yang kehadirannya tidak boleh didapatkan
tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak
berpatutan, memandang kepada keadaan hal itu adalah sendirinya qarinah
dalam hal-hal berikut - |
|
|
(a) apabila kenyataan itu dibuat oleh
seseorang tentang sebab kematiannya atau tentang apa-apa jua hal
kejadian yang telah menyebabkan kematiannya, jika sebab kematian orang
itu dipersoalkan. |
|
|
|
|
|
Sesuatu
kenyataan tersebut adalah berkaitan sama ada orang yang membuatnya padaa
waktu kenyataan itu dibuat telah menjangkakan atau tidak menjangkakan ia
akan mati, dan walau apa jua jenis perbicaraan dalam mana sebab
kematiannya adalah dipersoalkan; |
|
|
|
|
|
(b) apabila kenyataan itu telah dibuat oleh
orang itu dalam perjalanan biasa urusan, dan khususnya apabila kenyataan
itu mengandungi sesuatu catatan atau peringatan yang telah dibuat
olehnya dalam buku yang diselenggarakan dalam perjalanan biasa urusan
atau pada menjalankan kewajipan profesional; atau mengandungi akuan
terima yang ditulis atau ditandatangani olehnya mengenai wang, barang
cagaran atau harta dari apa-apa jenis atau mengandungi sesuatu suratan
yang digunakan di dalam perniagaan, yang ditulis atau ditandatangani
olehnya, atau mengandungi tarikh bagi sesuatu surat atau lain-lain
suratan yang biasanya diberikan tarikh, ditulis atau ditandatangani
olehnya; |
|
|
|
|
|
(c) apabila kenyataan itu menentang
kepentingan kewangan atau kepentingan hak kepunyaan orang yang
membuatnya, atau apabila jika benar kenyataan itu akan mendedahkan atau
tentu telah mendedahkan orang itu kepada suatu jenayah atau kepada suatu
guaman kerana gantirugi; |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(d) apabila kenyataan itu memberi pendapat
seseorang yang tertentu itu tentang wujudnya sesuatu hak awam atau Urf
atau sesuatu perkara yang mempunyai kepentingan am dan tentang wujudnya
itu, di mana jika ia wujud orang itu mungkin telah sedar, dan apabila
kenyataan itu dibuat sebelum timbul apa-apa perbalahan tentang hak, urf
atau perkara itu; |
|
|
|
|
|
(e) apabila kenyataan itu berhubung dengan
wujud sesuatu pertalian darah, pertalian perkahwinan atau pertalian anak
susuan antara orang-orang di mana orang-orang yang membuat kenyataan itu
ada jalan yang istimewa bagi mengetahui pertalian trsebut apabila
kenyataan itu dibuat sebelum soal yang menjadi pertikaian itu
berbangkit; |
|
|
|
|
|
(f) apabila kenyataan itu berhubung dengan
wujudnya pertalian darah, pertalian perkahwinan atau pertalian susuan
antara orang yang mati dan kenyataan itu dibuat dalam apa-apa wasiat
atau surat ikatan berhubung dengan hal ehwal keluarga mana-mana orang
yang telah mati itu, atau dalam sesuatu salsilah keluarga atau di atas
sesuatu batu nisan, potret keluarga atau lain-lain benda di mana
kenyataan itu biasanya dibuat, dan apabila kenyataan itu dibuat
sebelum soal yang menjadi pertikaian itu berbangkit; |
|
|
|
|
|
(g) apabila kenyataan itu terkandung dalam
sesuatu surat ikatan atau lain-lain suratan yang berhubung dengan
apa-apa urusan seperti tersebut dalam seksyen 13(a); |
|
|
|
|
|
(h) apabila kenyataan itu telah dibuat oleh
beberapa orang dan menyatakan perasaan atau sangkaan mereka berkaitan
dengan perkara yang berkenaan itu. |
|
|
MISALAN |
|
|
(a) Soalnya ialah tentang tarikh A
dilahirkan. |
|
|
|
|
|
Suatu catatan dalam buku harian seorang doktor yang
telah mati, iaitu buku harian yang lazim diselenggarakan dalam
perjalanan urusan, menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu ia telah
merawat ibu A melahirkan seorang anak lelaki, adalah qarinah. |
|
|
|
|
|
(b) Soalnya ialah sama ada A berada di Kuala
Lumpur pada suatu hari tertentu. |
|
|
|
|
|
Suatu kenyataan dalam buku harian seorang peguam
yang telah mati, iaitu buku harian yang lazim diselenggarakan dalam
perjalanan urusan, menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu peguam itu
telah ada bersama A pada suatu tempat yang disebutkan di Kuala Lumpur
bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan yang tertentu adalah
qarinah. |
|
|
|
|
|
(c) Soalnya ialah sama ada A dan B telah
berkahwin dengan sah di sisi undang-undang. |
|
|
|
|
|
Kenyataan seorang Kadi yang telah meninggal dunia
bahawa ia telah mengahwinkan mereka dalam hal keadaan yang boleh
menjadikan upacara itu tidak sah adalah qarinah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(d) Soalnya ialah sama ada A
seorang yang tidak dapat dijumpai telah menulis suatu surat pada suatu
hari tertentu. |
|
|
|
|
|
Nyataan bahawa suatu surat yang ditulis olehnya
bertarikh pada hari itu adalah qarinah. |
|
|
|
|
|
(e) Soalnya ialah sama ada A, yang telah mati
adalah bapa B. |
|
|
|
|
|
Suatu kenyataan oleh A bahawa B adalah anaknya
adalah qarinah. |
|
|
|
|
|
(f) Soalnya ialah, bilakkah A dilahirkan. |
|
|
|
|
|
Suatu surat daripada bapa A kepada seorang
sahabatnya memberitahu kelahiran A pada suatu hari tertentu, adalah
qarinah. |
|
|
|
|
|
(g) Soalnya ialah sama ada dan bilakah A danB
berkahwin. |
|
|
|
|
|
Suatu catatan dalam sebuah buku peringatan oleh C,
iaitu bapa B yang telah mati, berkenaan dengan perkahwinan anaknya
dengan A pada suatu tarikh tertentu adalah qarinah. |
|
|
|
|
|
(2) Keterangan mengenai kenyataan itu tidaak
boleh diterima di dalam kes hudud dan qisas. |
|
|
|
|
|
(3) Keterangan mengenai kenyataan itu
hendaklah diberi oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki atau
seorang lelaki dan dua orang perempuan. |
|
|
|
|
|
(4) Keterangan mengenai kenyataan itu tidak
boleh diterima di dalam kes-kes berikut: |
|
|
|
|
|
(a) apabila orang yang membuaat kenyataan itu
melarang kenyataan itu diberi sebagai keterangan. |
|
|
|
|
|
(b) apabila orang yang membuat kenyataan itu
hilang kelayakannya untuk memberi keterangan. |
|
|
|
|
|
(c) apabila orang yang membuat kenyataan itu
enggan memberi keterangan dengan alasan dia tidak ada keterangan hendak
diberikan berkaitan dengan hal yang dipertikaikan atau dia tidak membuat
kenyataan itu atau dia telah membuat kesilapan berhubung dengan
kenyataannya. |
|
|
|
|
Perkaitan keterangan yang tertentu bagi membuktikan dalam pembicaraan
yang terkemudian tentang kebenaran nyataan yang tersebut di
dalamnya. |
21. Keterangan yang diberi oleh seseorang
saksi dalam suatu perbicaraan kehakiman, di hadapan seseorang yang
dibenarkan oleh undang-undang mengambil keterangan itu adalah
berkaitan dalam suatu perbicaraan kehakiman yang kemudian atau pada
suatu peringkat yang terkemudian dalam perbicaraan kehakiman itu juga
bagi maksud membuktikan kebenaran nyataan yang dinyatakan olehnya,
apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak
berdaya memberi keterangan atau dihalang memberi keterangan oleh pihak
lawannya, ataupun kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan
atau perbelanjaan yang, pada pandapat Mahkamah, tidak berpatutan,
memandang kepada keadaan hal itu, |
|
|
Dengan Syarat - |
|
|
|
|
|
(a) bahawa perbicaraan itu adalah di antara
pihak yang berkenaan itu juga atau wakilnya yang ada kepentingan; |
|
|
|
|
|
(b) bahawa pihak lawan di dalam perbicaraan
yang pertama itu telah berhak dan berpeluang untuk memeriksa balas; |
|
|
|
|
|
(c) bahawa masalah yang menjadi soal itu
adalah pada isinya sama di dalam pembicaraan yang pertama dengan yang
kedua itu. |
|
|
|
|
|
Huraian
- Sesuatu pembicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai
satu perbicaraan di antara pendakwa dengan orang yang dituduh dalam erti
seksyen ini. |
|
|
|
|
|
KENYATAAN YANG DIBUAT DALAM |
|
|
KEADAAN KHAS |
|
|
|
|
|
22. Catatan dalam buku kira-kira yang
biasanya diselenggarakan dalam perjalanan berkaitan dengan uruasan
adalah berkaitan apabila catatan itu berkenaan dengan perkara yang kena
siasat oleh Mhkamah, akan tetapi catatan itu sahaja tidaklah menjadi
keterangan yang cukup bagi mengenakan apa-apa tanggungan atas seseorang. |
|
|
|
|
|
23. Sesuatu catatan di dalam mana-mana
daftar, rekod atau lain-lain buku awam atau rasmi yang menyatakan
sesuatu nyataan yang menjadi soal atau nyataan berkaitan yang dibuat
oleh seseorang penjawat awam pada menjalankan tugas kewajipan rasminya
atau oleh mana-mana orang lain pada menjalankan sesuatu kewajipan yang
disuruh dengan khasnya oleh undang-undang bagi negara di mana daftar,
rekod atau buku itu diselenggarakan, adalah sendirinya suatu nyataan
berkaitan. |
|
|
|
|
|
24. Kenyataan mengenai nyataan yang menjadi
soal atau nyataan yang berkaitan yang berkaitan yang dibuat di dalam
peta atau carta yang disiarkan pada amnya ditawarkan untuk dijual kepada
awam, atau di dalam peta atau di dalam pelan yang dibuat dengan kuasa
kerajaan mengenai perkara pada biasanya ditunjuk atau dinyatakan di
dalam peta, carta, atau pelan itu adalah sendirinya nyataan yang
berkaitan. |
|
|
|
|
Perkaitan kenyataan
tentang nyataan awam yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau
pemberitahu. |
25. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu
pendapat tentang adanya sesuatu nyataan mengenai perkara awam, apa-apa
kenyataan mengenai nyataan itu yang dibuat di dalam sesuatu sebutan
permulaan yang terkandung di dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen,
atau di dalam pemberitahu Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan
Negeri yang tersiar di dalam Warta Kerajaan Persekutuan atau Negeri,
adalah nyataan berkaitan. |
|
|
|
|
Perkaitan nyataan
tentang mana-mana undang-undang yang terkandung di dalam buku
undang-undang. |
26. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu
pendapat tentang sesuatu undang-undang bagi sesebuah negara apa-apa
kenyataan mengenai undang-undang itu yang ada terkandung di dalam
sesebuah buku yang dicetak atau diterbitkan dengan kuasa kerajaan negara
itu, dan sebagaai mengandungi apa-apa undang-undang itu dan apa-apa
laporan mengenai sesuatu keputusan Mahkamah negara itu yang ada
terkandung di dalam sesebuah buku yang berupa laporan mengenai keputusan
itu, adalah berkaitan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa keterangan
dikehendaki diberi apabila kenyataan ialah sebahagian daripada
percakapan, suratan, buku atau siri surat atau kertas. |
SEBANYAK MANA KENYATAAN
DIKEHENDAKI DIBUKTIKAN
27. Apabila sesuatu kenyataan yang keterangan
mengenainya ada diberi ialah sebashagian daripada suatu kenyataan yang
lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian
daripada suatu suratan yang terasing atau ada terkandung dalam suratan
yang menjadi sebahagian daripada sebuah buku atau sebahagian daripada
siri surat atau kertas yang berhubung, maka keterangan hendaklah diberi
mengenaai hanya sekian banyak sahaja daripada kenyataan, percakapan,
suratan, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang
difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam kes berkenaan itu untuk memahami
dengan sepenuhnya tentang jenis dan natijah kenyataan itu dan juga
tentang keadaan dalam mana kenyataan itu telah dibuat. |
|
|
|
|
|
KEPUTUSAN MAHKAMAH |
|
|
KEADILAN BILA BERKAITAN |
|
|
|
|
Keputusan dahulu
adalah berkaitan bagi menahan guaman atau perbicaraan yang kedua. |
28. Adanya sesuatu keputusan, perintah atau
dikri yang pada sisi undang-undang menahan mana-mana Mahkamah daripada
mengambil ketahui tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan
sesuatu perbicaraan adalah suatu nyataan yang berkaitan apabila soalnya
ialah sama ada Mahkamah itu patut mengambil ketahui tentang guaman itu
ataupun patut mengadakan perbicaraan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkaitan sesuatu
keputusan dalam bidangkuasa pengesahan wasiat dan sebagainya. |
29. (1) Sesuatu keputusan, perintah
atau dikri yang muktamad daripada Mahkamah yang layak menjalankan bidang
kuasanya berkenaan dengan warisan, wasiat, atau hal ehwal perkahwinan,
yang memberi keada atau melucutkan daripada seseorang sesuatu taraf di
sisi undang-undang atau yang menetapkan seseorang berhak kepada taraf
itu, atau berhak kepada sesuatu benda adalah berkaitan apabila adanya
taraf di sisi undang-undang itu atau adanya hak seseorang kepada
sesuatunya itu adalah berkaitan. |
|
|
|
|
|
(2) Keputusan, perintah atau dikri itu adalah
bukti muktamad. |
|
|
|
|
|
(a) bahawa sesuatu taraf di sisi undang-undang
yang diberinya berada pada waktu keputusan, perintah atau
dikri itu mula berkuatkuasa; |
|
|
|
|
|
(b) bahawa sesuatu taraf di sisi undang-undang yang seseorang
ditetapkannya sebagai berhak berada bagi orang itu pada waktu ianya
ditetapkan berada bagi orang itu oleh keputusan, perintah atau dikri
itu; |
|
|
|
|
|
(c)
bahawa sesuatu taraf di sisi undang-undang yang dilucutkannya daripada
seseorang terhenti pada waktu ianya ditetapkan telah terhenti atau akan
tetapkan terhenti oleh keputusan, perintah atau dikri itu; dan |
|
|
|
|
|
(d)
bahawa sesuatu yang seseorang ditetapkan sebagai berhak adalah harta
orang itu pada waktu ianya ditetapkan telah menjadi atau akan tetap
menjadi harta orang itu oleh keputusan, perintah atau dikri itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkaitan dan natijah
keputusan, perintah atau dikri lain daripada yang tersebut dalam seksyen
29. |
30. Keputusan, perintah atau dikri yang lain
daripada yang tersebut dalam seksyen 29 Enakmen ini adalah berkaitan
jika ianya berkenaan dengan perkara awam yang berkaitan dengan sesuatu
siasatan, akan tetapi keputusan, perintah atau dikri itu tidaklah bukti
muktamad mengenai apa yang dinyatakannya itu. |
|
|
|
|
Bila keputusan dan
sebagainya lain daripada yang tersebut dalam seksyen 28 hingga 30
berkaitan. |
31. Keputusan, perintah atau dikri yang lain,
daripada yang tersebut dalam seksyen 28, 29 dan 30 Enakmen ini tidaklah
berkaitan melainkan jika adanya keputusan, perintah atau dikri itu
adalah suatu nyataan yang menjadi soal atau berkaitan menurut peruntukan
lain dalam Enakmen ini. |
|
|
|
|
Fraud atau pakatan
bagi mendapatkan keputusan atau ketiadaan kelayakan Mahkamah boleh
dibuktikan. |
32. Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau
lain-lain pembicaraan boleh menunjukkan bahawa sesuatu keputusan,
perintah atau dikri yang berkaitan di bawah seksyen 28, 29 dan 30
dalam Akta ini dan yang telah dibuktikan oleh pihak lawan, telah dibuat
oleh Mahkamah yang tidak layak membuatnya ataupun telah didapati dengan
fraud atau pakatan. |
|
|
|
|
|
PENDAPAT
ORANG LAIN BILA BERKAITAN |
|
|
|
|
Pendapat Pakar. |
33. (1) Apabila Mahkamah perlu membuat
sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara
asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang pengenalan atau
ketulinan tulisan tangan atau cap jari atau tentang bentuk menentukan
nasab, maka pendapat atas perkara itu dari pakar dalam undang-undang
negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal pengenalan atau
ketulinan tulisan tanganatau cap jari atau tentang bentuk menentukan
nasab adalah qarinah. |
|
|
|
|
|
(2)
Orang yang seumpama itu adalah dinamakan pakar. |
|
|
|
|
|
(3)
Seboleh-bolehnya dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk
memberi keterangan tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar maka
keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika pendapat dua orang
pakar bertentangan maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk
memberi keterangan. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
(a)
Soalnya ialah sama ada sesuatu suratan telah ditulis oleh A, suatu
suratan lain yang dibuktikan atau diakui telah ditulis oleh A adalah
dikemukakan. |
|
|
|
|
|
Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua suratan
itu telah ditulis oleh satu orang sahaja atau oleh berlainan orang
adalah qarinah. |
|
|
|
|
Nyataan mengenai
pendapat pakar. |
34. Nyataan yang tidak berkaitan dengan jalan
lain adalah berkaitan jika ianya menyokong atau tidak bersesuaian dengan
pendapat pakar bila pendapat itu adalah berkaitan. |
|
|
|
|
Bila pendapat tentang
tulisan tangan berkaitan. |
35. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu
pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani
sesuatu suratan, maka pendapat seseorang yang biasa dengan tulisan
tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani suratan
itu, bahawa suratan itu telah ditulis atau tidak ditulis atau
ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu nyataan yang berkaitan. |
|
|
|
|
|
Huraian
- Seseorang adalah dikatakan biasa dengan tulisan tangan seseorang
lain apabila ia telah melihat orang itu menulis, atau apabila ia telah
menerima suratan yang ditulis oleh orang itu bagi menjawab surataan yang
telah ditulis sama ada olehnya sendiri atau dengan kuasanya, dialamatkan
kepada orang itu, atau apabila dalam perjalanan urusan biasanya suratan
yang ditulis oleh orang itu lazimnya dihantar kepadanya. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
Soalnya sama ada suatu yang tertentu adalah dengan
tulisan tangan A seorang suami kepada isterinya. Keterangan diberi
oleh B Setiausahanya yang selalu membaca tulisan A. |
|
|
Keterangan oleh B itu adalah berkaitan sungguh pun
B tidak melihat A menulis surat itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila
pendapat tentang adanya hak atau urf berkaitan. |
36. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu
pendapat tentang adanya apa-apa urf atau hak am maka pendapat tentang
adanyaurf atau hak itu dari orang yang mungkin tahu mengenai adanya urf
atau hak itu, sekiranya ada, adalah berkaitan. |
|
|
|
|
|
Huraian
- Perkataan urf atau hak am adalah termasuk urf atau hak bersama
antara sebahagian besar golongan masyarakat tertentu. |
|
|
|
|
Bila pendapat tentang
amalan dan kepercayaan dan sebagainya berkaitan. |
37. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu
pendapat tentang -
a)
amalan dan kepercayaan sesuatu kumpulan orang atau keluarga:
b)
penubuhan dan pengelolaan sesuatu yayasan Agama atau khairat; atau
c)
erti perkataan atau istilah yang digunakan dalam daerah tertentu atau
oleh golongan orang tertentu; |
|
|
|
|
|
maka pendapat orang yang ada mempunyai cara-cara
yang istimewa bagi mengetahuinya adalah nyataan berkaitan. |
|
|
|
|
Bila pendapat atas
pertalian adalah qarinah. |
38. (1) Apabila Mahkamah perlu membuat
sesuatu pendapat tentang pertalian seseorang dengan seorang lain, maka
pendapat seseorang tentang adanya pertalian itu seperti yang ternyata
melalui kelakuannya iaitu sama ada seseorang itu sebagai keluarga atau
tidak dengan cara istimewa bagi mengetahui perkara itu, ialah suatu
qarinah. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
(a) Soalnya ialah sama ada A dan B telah
berkahwin.
|
|
|
Nyataan bahawa mereka telah biasanya diterima dan
disifatkan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri adalah qarinah. |
|
|
|
|
|
(b) Soalnya ialah sama ada A adalah anak B
yang sah. |
|
|
|
|
|
Nyataan bahawa A telah sentiasa disifatkan
sedemikian itu oleh keluarganya adalah qarinah. |
|
|
|
|
|
39. Apabila pendapat seseorang yang masih
hidup adalah berkaitan, maka alasan pendapat itu adalah juga berkaitan. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
Seseorang pakar boleh menceritakan ujian yang telah
dijalankan olehnya bagi maksud merumuskan pendapatnya. |
|
|
|
|
|
WATAK BILA
BERKAITAN |
|
|
|
|
|
40. Dalam kes mal nyataan bahawa watak
seseorang yang berkenaan adalah sebegitu rupa hingga boleh menyebabkan
munasabah atau tidak munasabah apa-apa kelakuan yang ditohmahkan atasnya
tidaklah berkaitan, kecuali setakat mana watak itu terzahir dari nyataan
yang berkaitan dengan jalan lain. |
|
|
|
|
|
41. Dalam perbicaraan jenayah nyataan bahawa
orang yang dituduh itu adalah seorang yang berwatak baik adalah
berkaitan. |
|
|
|
|
Watak yang dahulunya tidak baik tidaklah berkaitan kecuali
bagi menjawab. |
42. Dalam pembicaraan jenayah nyataan bahawa
orang yang dituduh itu mempunyai watak yang tidak baik tidaklah
berkaitan, melainkan jika keterangan telah diberi bahawa ia mempunyai
watak yang baik, dan dalam hal yang demikian nyataan itu adalah
berkaitan. |
|
|
|
|
|
Huraian 1
- Seksyen ini tidak dipakai bagi kes di mana watak tidak baik
seseorang adalah dengan sendirinya suatu nyataan yang menjadi soal. |
|
|
|
|
|
Huraian 2
- Sesuatu sabitan yang dahulu adalah berkaitan sebagai keterangan
mengenai watak yang tidak baik. |
|
|
|
|
|
|
|
|
BAHAGIAN
2 |
|
|
MENGENAI
BUKTI |
|
|
BAB 3 |
|
|
|
|
|
NYATAAN YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN |
|
|
|
|
Nyataan yang diberi
pengiktirafan kehakiman tidak perlu dibuktikan. |
43. Tiadalah apa jua nyataan yang Mahkamah
akan memberi Pengiktirafan Kehakiman perlu dibuktikan. |
|
|
|
|
Nyataan yang Mahkamah
mesti memberi Pengiktirafan Kehakiman. |
44. Mahkamah hendaklah memberi Pengiktirafan
Kehakiman mengenai nyataan yang berikut atau mana-mana bahagiannya - |
|
|
|
|
|
(a) semua undang-undang atau peraturan yang
sekarang ini berkuatkuasa sebagai undang-undang atau yang hingga
sekarang ini berkuatkuasa atau kemudian daripada ini akan berkuatkuasa
di mana-mana tempat di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; |
|
|
|
|
|
(b) undang-undang Angkatan Tentera bagi
Tentera Laut, Tentera Darat dan tentera Udara; |
|
|
|
|
|
(c) perjalanan mesyuarat Parlimen, Majlis
Mesyuarat Perundangan dan Majlis Mesyuarat Negeri; |
|
|
|
|
|
(d) Pemasyhuran Yang di Pertuan Agong dan
Pemasyhuran Sultan mana-mana negeri di dalam Malaysia dan perlantikan
Yang di-Pertua Negeri; |
|
|
|
|
|
(e) segala meteri bagi semua Mahkamah dalam
Persekutuan atau dalam mana-mana bahagiannya dan meteri-meteri notari
awam, dan segala meteri yang seseorang diberi kuasa menggunanya oleh
undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu di dalam
Persekutuan; |
|
|
|
|
|
(f) pemegangan jawatan, nama, gelaran, tugas
dan tandatangan orang-orang yang pada masa itu memenuhi mana-mana
jawatan awam di dalam mana-mana bahagian Persekutuan, jika nyataan
mengenai perlantikannya kepada jawatan itu diberitahu di dalam Warta
Kerajaanatau Warta Negeri; |
|
|
|
|
|
(g) perjalanan biasa keadaan tabii, bahagian
waktu semula jadi, atau rekaan, bahagian dunia mengikut ilmu alam makna
perkataan Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab dan hariraya, puasa dan
hari kelepasan awam yang diberitahu di dalam Warta Kerajaan Persekutuan
atau Negeri; |
|
|
|
|
|
(h) nama ahli dan pegawai Mahkamah Syariah
dan Mahkamah Awam serta timbalan, pegawai bawahan dan penolong mereka
dan juga nama semua pegawai yang bekerja pada melaksanakan perintah
Mahkamah, dan nama semua peguambela dan peguamcara dan peguam
Syarii' dan lain-lain orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk
hadir atau bertugas di hadapannya; |
|
|
|
|
|
(i) kaedah jalan di darat atau di laut atau
udara; |
|
|
|
|
|
|
|
|
(j) segala hal-hal lain yang mahkamah diarah
oleh mana-mana undang-undang bertulis supaya mengiktirafkannya. |
|
|
|
|
|
(2) Dalam segala hal ini, dan juga mengenai
segala perkara berkenaan dengan seni, sains, sastera atau sejarah awam,
Mahkamah bolehlah mendapatkan bantuan dari buku atau suratan rujukan
yang sesuai. |
|
|
|
|
|
(3) Jika Mahkamah diminta oleh sesiapa supaya
memberi pengiktirafan kehakiman berkenaan dengan apa-apa nyataan maka
Mahkamah boleh menolak daripada berbuat demikian itu melainkan dan
sehingga orang itu menunjukkan buku atau suratan sebagaimana yang
difikirkan perlu bagi membolehkan Mahkamah berbuat demikian itu. |
|
|
|
|
|
(4) Bagi maksud peruntukan seksyen kecil
(1)(d) Sultan termasuk Raja dan Yang di-Pertuan Besar. |
|
|
|
|
Nyataan yang diakui
tidak perlu dibuktikan. |
45. (1) Tertakluk kepada seksyen 17(2
tidaklah perlu dibuktikan dalam mana-mana perbicaraan apa jua nyataan
yang pihak atau wakil mereka dalam perbicaraan itu bersetuju hendak
mengaku apabila diadakan perbicaraan itu atau yang sebelum diadakan
pembicaraan itu, mereka bersetuju hendaak mengaku dengan sesuatu surat
yang ditandatangani oleh mereka, atau yang menurut sesuatu kaedah guaman
yang berkuatkuasa pada masa itu mereka adalah disifatkan telah mengaku
melalui surat guaman mereka. |
|
|
|
|
|
(2) Mahkamah boleh, menurut budibicaranya,
menghendaki supaya nyataan yang diakui itu dibuktikan dengan jalan lain
daripada pengakuan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 4 |
|
|
KETERANGAN LISAN |
|
|
|
|
Membukti-kan nyataan
dengan keterangan lisan. |
46. Segala nyataan, kecuali kandungan surat,
bolehlah dibuktikan dengan keterangan lisan. |
|
|
|
|
Keterangan lisan
mestilah secara terus. |
47. (1) Keterangan lisan mestilah dalam
segala hal apa pun diberi secara terus- |
|
|
|
|
|
(a) jika ia berkenaan dengan sesuatu nyataan
yang boleh dilihat, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan ia
telah melihat nyataan itu; |
|
|
|
|
|
(b) jika ia berkenaan dengan sesuatu nyataan
yang boleh didengar, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan
ia telah mendengar nyataan itu; |
|
|
|
|
|
(c) jika ia berkenaan dengan sesuatu nyataan
yang boleh difahami melalui sesuatu pancaindera lain atau dengan apa-apa
cara lain, maka ia mestilah keterangan saksi yang menyatakan ia telah
memahami nyataan itu dengan pancaindera itu atau dengan cara itu; |
|
|
|
|
|
(d) jika ia berkenaan dengan sesuatu pendapat
atau dengan alasan bagi memegang pendapat itu, maka ia mestilah
keterangan orang yang memegang pendapat itu atau alasan itu. |
|
|
|
|
|
(2) Pendapat pakar yang dinyatakan di dalam
buku ilmiah yang biasanya ada dijual dan alasan bagi memegang pendapat
itu bolehlah dibuktikan dengan menunjukkan buku ilmiah itu. |
|
|
|
|
|
(3) Jika keterangan lisan menyatakan
kewujudan sesuatu benda atau keadaan sesuatu benda, yang lain daripada
suratan, maka Mahkamah boleh, jika difikirkan patut, menghendaki benda
itu dikemukakan untuk pemeriksaannya. |
|
|
|
|
|
BAB 5 |
|
|
KETERANGAN SURATAN |
|
|
|
|
Membukti-kan kandungan
suratan. |
48. Kandungan suratan boleh dibuktikan sama
ada dengan keterangan asal atau dengan keterangan tak asal. |
|
|
|
|
|
49. Keterangan asal ertinya suratan asal yang
dikemukakan untuk pemeriksaan Mahkamah. |
|
|
|
|
|
Huraian 1
- Jika sesuatu
suratan disempurnakan dengan beberapa naskah, maka tiap-tiap satu naskah
itu adalah keterangan asal bagi suratan itu. |
|
|
|
|
|
Jika sesuatu suratan disempurnakan dengan naskah
bertimbal dan tiap-tiap satu naskah bertimbal itu disempurnakan oleh
satu atau setengah pihak sahaja, maka tiap-tiap satu naskah bertimbal
itu adalah keterangan asal terhadap pihak yang menyempurnakannya itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Huraian 2
- Jika
beberapa suratan adalah semuanya dibuat dengan satu proses yang seragam
seperti dalaam hal cetakan, litograf atau gambarfoto tiap-tiap satunya
adalah keterangan asal mengenai kandungan yang lainnya itu, akan tetapi
jika suratan itu adalah semuanya salinan daripada satu naskah asal maka
suratan itu tidaklah menjadi keterangan asal mengenai kandungan naskah
asal. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
Seseorang adalah dibuktikan sebagai telah ada di
dalam miliknya beberapa pelekat, kesemuanya dicetak pada satu masa
daripada satu naskah asal. Mana-mana satu daripada pelekat itu
adalah keterangan asal mengenai kandungan mana-mana satu yang lain itu,
akan tetapi tiadalah satu pun daripadanya menjadi keterangan asal
mengenai kandungan naskah itu. |
|
|
|
|
Keterangan tak asal. |
50. Keterangan tak asal adalah termasuk
- |
|
|
(a) salinan yang diperakui menurut peruntukan
yang terkandung kemudian daripada ini; |
|
|
|
|
|
(b) salinan yang dibuat daripada naskah asal
dengan jalan proses mesin, yang sendirinya adalah mempastikan tepatnya
salinan itu, dan juga salinan yang dibandingkan dengan salinan itu; |
|
|
|
|
|
(c) salinan yang dibuat daripada atau yang
dibandingkan dengan naskah asal; |
|
|
|
|
|
(d) naskah bertimbal suratan terhadap pihak
yang tidak menyempurnakannya; |
|
|
|
|
|
(e) keterangan lisan mengenai kandungan
sesuatu suratan, yang diberi oleh seseorang yang telah melihat sendiri
suratan itu. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
(a) Sesuatu gambarfoto bagi naskah asal
adalah keterangan tak asal mengenai kandungannya, walaupun gambarfoto
dan naskah asal itu tidak dibandingkan jika sekiranya dibuktikan bahawa
benda yang telah digambarfoto itu adalah naskah asal. |
|
|
|
|
|
(b) Sesuatu salinan yang telah dibandingkan
dengan salinan surat yang telah dibuat dengan mesin menyalin adalah
keterangan tak asal mengenai kandungan surat itu jika sekiranya
dibuktikan bahawa salinan yang dibuat daripada mesin menyalin itu telah
dibuat dengan naskah asal. |
|
|
|
|
|
(c) Sesuatu salinan yang disalin daripada
salinan dan yang kemudiannya dibandingkan dengan naskah asal adalah
keterangan tak asal; akan tetapi salinan yang tidak dibandingkan dengan
naskah asal itu bukanlah keterangan tak asal mengenai naskah asalnya
walaupun salinan yang daripadanya ia telah dibuat telah dibandingkan
dengan naskah asal. |
|
|
|
|
Membukti-kan suratan
dengan keterangan asal. |
51. Suratan mestilah dibuktikan dengan
keterangan asal kecuali dalam hal-hal yang tersebut kemudian daripada
ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila keterangan tak
asal bagi suratan boleh diberi. |
52. Keterangan tak asal boleh diberi mengenai
kewujudan, keadaan atau kandungan sesuatu suratan yang boleh diterima
sebagai keterangan dalam hal yang berikut - |
|
|
|
|
|
(a) apabila naskah asalnya ditunjukkan
sebagai ada di dalam milik atau di bawah kuasa - |
|
|
|
|
|
i. orang yang terhadapnya suratan
itu hendak dibuktikan; atau |
|
|
|
|
|
ii. seseorang yang ada di luar kuasa
atau yang tidak tertakluk kepada perintah Mahkamah; atau |
|
|
|
|
|
iii. seseorang yang terpaksa di sisi
undang-undang supaya mengemukakannya; |
|
|
|
|
|
dan setelah diberi notis yang tersebut dalam
seksyen 54 Enakmen ini orang itu tidak mengemukakannya. |
|
|
|
|
|
(b) apabila kewujudan, keadaan atau kandungan
naskah asalnya telah dibuktikan sebagai telah diakui dengan bertulis
oleh orang yang terhadapnya ia dibuktikan atau oleh wakilnya yang diakui
dengan bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang berugama
Islam; |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
(c) apabila naskah asalnya telah musnah atau
hilang atau apabila pihak yang membawa keterangan mengenai kandungannya
tidak boleh mengemukakannya dalam masa yang berpatutan kerana apa-apa
jua sebab yang tidak terbit daripada kemungkinan atau kecuaiannya
sendiri; |
|
|
|
|
|
(d) apabila naskah asalnya berkeadaan yang ia
tidak boleh dialeh dengaan mudah; |
|
|
|
|
|
(e) apabila naskah asalnya adalah suatu
suratan awam dalam erti seksyen 57 Enakmen ini; |
|
|
|
|
|
(f) apabila naskah asalnya adalah suatu
suratan, salinannya yang diperakuinya dibenarkan diberi dalam keterangan
oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang
berkuatkuasa pada masa itu di dalam Persekutuan, atau mana-mana
bahagiannya; |
|
|
|
|
|
(g) apabila naskah asalnya mengandungi
berbagai akuan kira-kira atau suratan lain yang tidak boleh diperiksa
dengan mudah di Mahkamah dan nyataan yang hendak dibuktikan itu ialah
pendapatnya secara am mengenai kesemuanya itu. |
|
|
|
|
|
Dalam hal (a), (c) dan (d) apa-apa keterangan tak
asal mengenai kandungan suratan itu boleh diterima. |
|
|
|
|
|
Dalam hal (b), pengakuan bertulis di hadapan Hakim
atau Pesuruhjaya Sumpah yang berugama Islam itu bolehlah diterima. |
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hal (c) atau (f) hanya salinan suratan itu
yang diperakui boleh diterima. |
|
|
|
|
|
Dalam hal (g) keterangan boleh diberi tentang
pendapat secara am atas suratan itu oleh orang yang telah memeriksanya
dan yang mahir dalaam pemeriksaan suratan seperti itu. |
|
|
|
|
Kaedah tentang notis
supaya mengemuka-kan. |
53. Keterangan tak asal mengenai kandungan
suratan yang tersebut dalam perenggan (a) seksyen 52 Enakmen ini tidak
boleh diberi melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi
keterangan tak asal itu telah terlebih dahulu memberi kepada pihak yang
ada memiliki atau ada di bawah kuasanya suratan itu, atau kepada
peguamcaranya, suatu notis yang ditetapkan oleh undang-undang supaya
mengemukakannya, dan jika sekiranya tiada notis yang ditetapkan oleh
undang-undang, maka notis itu hendaklah sebagaimana yang difikirkan
munasabah oleh Mahkamah menurut keadaan hal itu; |
|
|
|
|
|
Dengan syarat bahawa notis yang seumpama itu
tidaklah dikehendaki bagi menjadikan keterangan tak asal boleh diterima
dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang
Mahkamah berpendapat notis itu tidak dikehendaki - |
|
|
|
|
|
(a) apabila suratan yang hendak dibuktikan
itu adalah sendirinya suatu notis; |
|
|
|
|
|
(b) apabila daripada keadaan kes itu pihak
lawan tentu sekali tahu yang ia akan dikehendaki mengemukakannya; |
|
|
|
|
|
(c) apabila jelas atau apabila dibuktikan
bahawa pihak lawan telah dapat memiliki naskah asalnya dengan jalan
tipuan atau kekerasan; |
|
|
|
|
|
(d) apabila pihak lawan atau wakilnya ada
mempunyai naskah dalam Mahkamah; |
|
|
|
|
|
(e) apabila pihak lawan atau wakilnya telah
mengaku suratan itu telah hilang; |
|
|
|
|
|
(f) apabila orang yang memiliki suratan itu
berada di luar kuasa atau tidak tertakluk kepada perintah Mahkamah. |
|
|
|
|
Membukti-kan tandatangan dan tulisan-tangan orang yang dikata- kan telah
menanda-tangani atau menulis suratan yang dikemukakan |
54. Jika sesuatu suratan dikatakan telah
ditandatangani atau telah ditulis kesemuanya atau sebahagiannya oleh
seseorang maka tandatangan atau tulisan tangan itu sebanyak mana yang
ada dalam suratan itu yang dikatakan dengan tulisan tangan orang itu
mestilah dibuktikan sebagai tulisan tangannya. |
|
|
|
|
Pengakuan tentang
tulisan, tandatangan atau meteri. |
55. (1) Pengakuan tentang tulisan,
tandatangan atau meteri hendaklah diterima sebagai pengakuan orang yang
menulis atau yang melaksanakan suratan itu. |
|
|
|
|
|
(2) Sesuatu pengakuan
melalui suratan yang ditulis atau yang disebabkan ditulis oleh seseorang
di bawah tandatangan atau meterinya dan diserahkan kepada orang lain
hendaklah diterima sebagai Iqrar. |
|
|
|
|
Membukti-kan suratan. |
56. (1) Jika seseorang menafikan
tulisan atau penyempurnaan atau tanggungan yang diwujudkan di
dalam sesuatu suratan, tulisan dan penyempurnaan suratan tersebut
hendaklah dibuktikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada
suratan itu. |
|
|
|
|
|
(2) Jika saksi kepada suratan itu tidak boleh
didapati, tulisan dan penyempurnaan suratan itu hendaklah dibuktikan
oleh dua orang saksi yang mengenali tulisan dan tandatangan orang yang
menulis dan menyempurnakan suratan itu. |
|
|
|
|
|
(3) Jika saksi kepada suratan itu atau orang
yang disebut di dalam seksyen kecil (2) menyaksikan tulisan dan
tandatangan itu, orang yang menyempurnakan suratan tersebut hendaklah
terikat dengan tanggungan yang diwujudkan. |
|
|
|
|
|
(4) Jika saksi kepada suratan itu atau orang
yang disebut di dalam seksyen kecil (2) tidak menyaksikan tulisan dan
tandatangan suratan itu sepenuhnya, tulisan dan tandatangan suratan itu
hendaklah diperakui sah oleh seboleh-bolehnya dua orang pakar. |
|
|
|
|
|
(5) Jika pakar memperakukan sah tulisan dan
tandatangan suratan itu, orang yang menyempurnakan suratan itu hendaklah
terikat dengan tanggungan yang diwujudkan. |
|
|
|
|
|
(6) Jika suratan tidak boleh dibuktikan
dengan cara yang tersebut di atas, orang yang menafikan tulisan itu dan
penyempurnaan suratan itu hendaklah apabila diminta oleh pihak yang
menuntut mengangkat sumpah dan jika dia tidak mahu bersumpah, sumpah itu
dikembalikan kepada pihak yang menuntut dan selepas sumpah itu dibuat
sabitlah tuntutannya. |
|
|
|
|
|
SURATAN AWAM |
|
|
|
|
Suratan awam. |
57. Suratan yang berikut adalah suratan awam
- |
|
|
|
|
|
(a) Suratan yang mengandungi tindakan atau
rekod tindakan - |
|
|
(i)
kuasa pemerintah;
(ii)
badan resmi dan badan pengadilan;
dan
(iii)
pegawai awam dari bahagian perundangan, kehakiman dan
pemerintah, sama ada bagi Persekutuan, atau bagi mana-mana
negeri di dalam Persekutuan atau negari di luar Malaysia,
dan
(b) rekod awam yang disimpan di Malaysia
mengenai suratan sendirian.
|
|
|
|
|
Suratan sendirian. |
58. Segala suratan selain dari yang disebut
di dalam seksyen 57 adalah suratan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salinan yang diperakui
bagi suratan awam. |
59. Tiap-tiap pegawai awam yang ada di
dalam simpanannya sesuatu suratan awam yang seseorang ada hak memeriksa
hendaklah memberikan kepada orang itu atas permintaannya salinan suratan
itu apabila dibayar bayarannya yang sah di sisi undang-undang, beserta
dengan suatu perakuan yang ditulis di kaki salinan itu bahawa ianya
salinan yang benar bagi suratan itu atau bagi sebahagiannya, dan
perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu
dengan nama dan jawatan resminya, dan hendaklah dimeterikan jika pegawai
itu dibenarkan oleh undang-undang menggunakan sesuatu meteri, dan
salinan yang diperakui demikian itu adalah dipanggil salinan yang
diperakui. |
|
|
|
|
|
Huraian
- Seseorang pegawai, yang diberi kuasa mengeluarkan salinan yang
tersebut itu pada menjelaskan kewajipan resminya yang biasa, adalah
disifatkan sebagai ada di dalam simpanannya suratan yang tersebut itu
dalam erti seksyen ini. |
|
|
|
|
Membukti-kan suratan
dengan mengemuka-kan salinan yang diperakui. |
60. Salinan yang diperakui seumpamanya itu
yang disebut dalam sksyen 59 bolehlah dikemukakan sebagai bukti mengenai
kandungan suratan awam atau mana-mana bahagian. |
|
|
|
|
Bukti suratan resmi. |
61. (1) Suratan awam yang berikut
bolehlah dibuktikan - |
|
|
|
|
|
(a) tindakan, perintah atau pemberitahuan
Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri di dalam Persekutuan
dalam mana-mana jabatannya - |
|
|
|
|
|
(i) dengan jalan rekod rekod bagi
jabatan itu, yang diperakui oleh ketua bagi jabatan masing-masing; atau |
|
|
|
|
|
(ii) oleh seseorang Menteri
sekiranya bagi Kerajaan Persekutuan dan Menteri Besar, Ketua Menteri
atau Menteri Kerajaan Negeri jika ada atau Setiausaha Negeri sekiranya
bagi Kerajaan Negeri; atau |
|
|
|
|
|
(iii) dengan jalan apa-apa suratan yang
berupa sebagai dicetak dengan kuasa kerajaan yang berkenaan itu. |
|
|
|
|
|
(b) Perjalanan mesyuarat Parlimen, Majlis
Mesyuarat Perundangan dan Dewan-Dewan Perundangan Negeri - |
|
|
|
|
|
dengan jalan minit mesyuarat badan itu, atau dengan
jalan Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang diterbitkan,
atau, dengan jalan salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa
Kerajaan yang berkenaan; |
|
|
|
|
|
(c) perjalanan mesyuarat sesuatu badan
perbandaran atau lembaga bandaran di dalam Malaysia - |
|
|
|
|
|
dengan suatu salinan minit mesyuaratnya yang
diperakui oleh penyimpnnya yang sah di sisi undang-undang, atau dengan
jalan sesuatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa
badan yang tersebut itu; |
|
|
|
|
|
(d) tindakan pemerintah atau perjalanan
mesyuarat badan perundangan sesebuah negara asing - |
|
|
|
|
|
dengan jalan warta yang disiarkan dengan kuasanya
atau yang biasanya diterima di dalam negara itu sebagai yang demikian
itu, atau dengan jalan suatu salinan yang diperakui yang mengandungi
meteri negara itu atau meteri Rajanya, |
|
|
atau, |
|
|
dengan jalan sesuatu pengiktirafan atasnya dalam
sesuatu Ordinan atau Akta Awam Malaysia. |
|
|
|
|
|
(e) suratan awam dari apa-apa jenis lain di
dalam sesebuah negara asing - |
|
|
|
|
|
dengan jalan naskah asalnya, atau, dengan jalan
suatu salinannya yang diperakui oleh penyimpannya yang sah di sisi
undang-undang beserta dengan suatu perakuan yang mengandungi meteri
seseorang pegawai bahagian konsul Persekutuan yang menyatakan bahawa
salinan itu adalah diperakui dengan sempurnanya oleh pegawai yang ada
naskah asalnya itu di bawah jagaannya yang sah di sisi undang-undang dan
apabila jenis suratan itu dibuktikan mengikut undang-undang negara
asing. |
|
|
|
|
|
ANGGAPAN TENTANG SURATAN |
|
|
|
|
Anggapan tentang
salinan yang diperakui. |
62. (1) Mahkamah hendaklah menganggap
sebagai tulen tiap-tiap suratan yang berupa sebagai suatu perakuan,
salinan yang diperakui atau lain-lain suratan, yang ditetapkan oleh
undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai sesuatu nyataan
yang tertentu dan yang berupa sebagai diperakui oleh mana-mana pegawai
Kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa memperakuinya: |
|
|
|
|
|
Dengan syarat bahawa suratan itu adalah pada
asasnya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan secara yang
diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu. |
|
|
|
|
|
(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa
mana-mana pegawai yang olehnya sesuatu suratan itu berupa sebagai
ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa ia
menandatangani, jawatan resmi yang ia nyatakan di dalam suratan itu. |
|
|
|
|
Anggapan tentang
suratan yang dikemukakan sebagai rekod keterangan. |
63. Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana
Mahkamah sesuatu suratan yang berupa sebagai suatu rekod atau peringatan
mengenai keterangan atau mengenai sebahagian yang telah diberi oleh
seorang saksi di dalam sesuatu perbicaraan kehakiman atau di hadapan
seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi mengambil
keterangan itu atau yang berupa sebagai suatu iqrar oleh seseorang
banduan atau seseorang yang dituduh, yang telah diambil mengikut
undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang
Hakim Syariah, Hakim, Hakim Mahkamah Sesyen, atau Majistret atau
oleh seseorang pegawai sebagaimana yang tersebut di atas, maka Mahkamah
hendaklah menganggap; |
|
|
|
|
|
(a) bahawa suratan itu adalah tulen; |
|
|
|
|
|
(b) bahawa apa-apa kenyataan yang berupa
sebagai dibuat oleh orang yang menandatanganinya tentang keadaan dalam
mana keterangan, kenyataan atau pengakuan sumpah itu telah diambil,
adalah benar; |
|
|
dan |
|
|
(c) bahawa keterangan, kenyataan atau iqrar
itu telah diambil dengan sempurnanya. |
|
|
|
|
Anggapan tentang
warta,akhbar dan suratan lain. |
64. Mahkamah hendaklah menganggap sebagai
tulen tiap-tiap suratan yang berupa sebagai Warta Kerajaan Malaysia atau
Warta Kerajaan Negeri, atau sebagai sebuah akhbar jurnal atau majalah
dan tiap-tiap suratan yang berupa sebagai suratan yang diarah oleh
mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh sesiapa jua, jika suratan
itu disimpan pada asasnya secara yang dikehendaki oleh undang-undang dan
dikeluarkan daripada simpanan yang sepatutnya. |
|
|
|
|
Anggapan tentang peta
atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan. |
65. Mahkamah hendaklah menganggap bahawa peta
atau pelan yang berupa sebagai dibuat dengan kuasa Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan mana-mana negeri dalam Persekutuan telah dibuat demikian
itu adalah betul. |
|
|
|
|
Anggapan tentang
undang-undang dan siaran keputusan. |
66. Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan
setiap buku yang berupa -
(a) sebagai dicetak atau diterbitkan di bawah
kuasa Kerajaan mana-mana negara dan sebagai mengandungi apa-apa jua
undang-undang negara itu; atau
(b) sebagai mengandungi laporan keputusan
Mahkamah negara itu. |
|
|
|
|
Anggapan tentang surat
kuasa wakil. |
67. Mahkamah hendaklah menganggap bahawa
tiap-tiap suratan yang berupa sebagai surat kuasa wakil, dan sebagai
telah disempurnakan di hadapan serta disahkan oleh seseorang penyaksi
awam atau Pesuruhjaya Sumpah, atau mana-mana Mahkamah, Hakim Mahkamah
syariah, Majistret atau pegawai bahagian konsul Persekutuan telah
disempurnakan serta disahkan dengan demikian itu. |
|
|
|
|
Anggapan tentang
salinan yang diperakui bagi rekod kehakiman negara asing. |
68. Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu
suratan yang berupa sebagai salinan yang diperakui dari sesuatu rekod
kehakiman mana-mana negara luar Malaysia adalah tulen dan betul jika
suratan itu berupa sebagaai diperakui dengan apa-apa cara yang disahkan
oleh wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai
cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi memperakui salinan
rekod kehakiman. |
|
|
|
|
Anggapan tentang buku-peta dan rajah. |
69. Mahkamah boleh menganggap bahawa
mana-mana buku yang dirujuk untuk mendapat maklumat mengenai Hukum
Syarak atau apa-apa perkara yang ada kepentingan awam atau kepentingan
am, dan bahawwa mana-mana peta atau rajah yang disiarkan yang kenyataan
di dalamnya itu adalah nyataan yang berkaitan dengan yang dikemukakan
untuk pemeriksaannya,, telah ditulis dan diterbitkan oleh orang dan pada
masa dan ditempat yang ianya dinyatakan telah ditulis atau disiarkan. |
|
|
|
|
Anggapan tentang
perutusan telegraf. |
70. Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu
perutusan yang dihantar dari sesebuah pejabat telegraf kepada
orang yang perutusan itu dialamatkan adalah bersamaan dengan perutusan
yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya perutusan
itu berupa sebagai dihantar, akan tetapi Mahkamah tidak boleh membuat
apa-apa anggapan tentang siapakah yang telah menyerahkan perutusan itu
untuk dihantar. |
|
|
|
|
Anggapan tentang
penyempur-naan, dsb. mengenai suratan yang tidakdi-kemukakan. |
71. Mahkamah hendaklah menganggap bahawa
suratan yang telah diminta dan tidak dikemukakan setelah notis supaya
mengemukakannya diberi di bawah seksyen 53 Enakmen ini, telah disaksi,
disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh
undang-undang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
BAHAGAIAN 3 |
|
|
PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN |
|
|
BAB 6 |
|
|
BEBAN MEMBUKTI |
|
|
|
|
Beban memberi
keterangan. |
72. Beban memberi keterangan (Baiyyinah)
terletak ke atas pihak yang mendakwa (alMudda'ii) dan sumpah atas yang
engkar (a) Mudda'a'alaih). |
|
|
|
|
Beban membukti. |
73. (1) Sesiapa berkehendak Mahkamah
membuat hukuman tentang apa-apa jua hak atau tanggungan di sisi
undang-undang dengan bergantung atas adanya nyataan yang ditegakkan
olehnya, mestilah membuktikan bahawa nyataan itu ada. |
|
|
|
|
|
(2) Apabila seseorang terpaksa membuktikan
ada sesuatu nyataan, maka adalah dikatakan bahawa beban membuktikan
adalah terletak atas orang itu. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
A pihak pendakwa berkehendak Mahkamah memberi
hukuman supaya B dihukum kerana jenayah yang A kata telah dilakukan oleh
B. |
|
|
|
|
|
Pihak Pendakwa mestilah membuktikan bahawa B telah
melakukan jenayah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Atas siapakah beban
membuktikan. |
74. Beban membuktikan di dalam sesuatu guaman
atau perbicaraan adalah terletak atas orang yang akan tidak berjaya
sekiranya tiada apa-apa keterangan jua pun diberi oleh mana-mana pihak. |
|
|
|
|
Beban membuktikan
nyataan tertentu. |
75. Beban membuktikan sesuatu nyataan yang
tertentu adalah terletak atas orang yang berkehendakkan Mahkamah
mempercayai adanya nyataan itu, melainkan jika ada diperuntukan oleh
mana-mana undang-undang bahawa bukti mengenai nyataan itu hendaklah
terletak atas mana-mana orang tertentu. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
A berkehendakkan Mahkamah mempercayai bahawa pada
masa yang berkenaan itu ia berada di suatu tempat lain. Ia
mestilah membuktikannya. |
|
|
|
|
Beban membuktikan
nyataan yang dikehendaki supaya keterangan boleh diterima. |
76. Beban membuktikan sesuatu nyataan yang
perlu dibuktikan membolehkan seseorang memberi keterangan mengenai
sesuatu nyataan lain adalah terletak atas orang yang hendak memberi
keterangan itu. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
(a) A hendak membuktikan suatu akuan yang
dibuat oleh B semasa marad al-maut. A mestilah membuktikan
marad al-maut dan kematian B. |
|
|
|
|
|
(b) A hendak membuktikan dengan jalan
keterangan tak asal tentang kandungan suatu suratan yang telah hilang. |
|
|
|
|
|
A mestilah membuktikan bahawa suratan itu telah
hilang. |
|
|
|
|
Beban membuktikan
bahawa kes orang yang dituduh adalah termasuk di dalam kecualian. |
77. Apabila seseorang dituduh atas sesuatu
kesalahan, maka beban membuktikan adanya hal keadaan yang membawa kes
itu termasuk di dalam kecualian am di dalam mana-mana undang-undang atau
di dalam mana-mana kecualian khas atau syarat yang terkandung dalam
mana-mana bahagian undang-undang itu adalah terletak atasnya, dan
Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan yang tersebut itu sebagai
tidak ada. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
(a) A dituduh bersekedudukan dengan B.
Pendakwa membawa keterangan bahawa A telah pun menceraikan B isterinya.
A mendakwa bahawa ia terpaksa menceraikan
isterinya.
Beban membuktikan bahawa ia dipaksa itu terletak
atasnya.
|
|
|
|
|
|
(b) C dituduh melakukan persetubuhan secara
haram dengan D. C mendakwa bahawa ia telah bernikah dengaan D di
negara asing.
Beban membukti pernikahan itu terletak ke atasnya. |
|
|
|
|
Beban membuktikan
nyataan yang diketahui secara khas. |
78. Apabila sesuatu nyataan adalah khasnya
diketahui oleh seseorang maka beban bagi membuktikan nyataan itu
terletak atasnya. |
|
|
|
|
|
MISALAN |
|
|
|
|
|
Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan
dengan sesuatu niat yang lain daripada niat yang boleh difaham daripada
hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu adalah
terletak atasnya. |
|
|
|
|
Beban membuktikan
kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa 30 tahun dahulunya. |
79. Tertakluk kepada mana-mana peruntukan
undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang
masih hidup atau telah mati dan keterangan ada ditunjukkan bahawa orang
itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun dahulunya, maka beban
membuktikan bahawa ia telah mati adalah terletak atas orang yang
mendakwa demikian itu. |
|
|
|
|
Beban membuktikan
masih hidup orang yang tiada apa-apa khabar telah didengar selama empat
tahun. |
80. Tertakluk kepada Hukum Syarak dan
mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah
sama ada seseorang masih hidup atau telah mati dan ada dibuktikan bahawa
tiada apa-apa khabar telah didengar empat tahun dari masa ia hilang oleh
orang-orang sepatutnya mendengar khabarnya sekiranya ia masih hidup,
makka beban membuktikan bahawa ia masih hidup adalah terpindah kepada
orang yang mendakwa demikian itu. |
|
|
|
|
Beban membuktikan
tentang kepunyaan. |
81. Apabila soalnya ialah sama ada seseorang
tuanpunya bagi apa-apa benda yang ditunjukkkan sebagai ada di dalam
miliknya, maka beban membuktikan bahawa ia bukanlah tuanpunyanya adalah
terletak atas orang yang membuat pengakuan bahawa ia bukanlah
tuanpunyanya. |
|
|
|
|
Mahkamah boleh
menganggap sesuatu nyataan sebagai ada. |
82. Mahkamah bolehlah menganggap ada apa-apa
nyataan yang difikirkan telah berlaku, setelah menimbangkan peristiwa
tabii yang biasanya berlaku, kelakuan manusia, dan urusan awam dan
peribadi dalam perhubungannya dengan nyataan bagi sesuatu hal yang
tertentu. |
|
|
|
|
|
Huraian 1
- Perjalanan kehakiman dan pentadbiran telah dilaksanakan mengikut
peraturan. |
|
|
|
|
|
Huraian 2
- Perjalanan biasa di dalam sesuatu urusan telah dibukti. |
|
|
|
|
|
BAB 7 |
|
|
SAKSI |
|
|
|
|
Siapa yang boleh
memberi keterangan sebagai saksi. |
83. (1) Tertakluk kepada Hukum Syarak
dan peruntukan seksyen ini semua orang Islam adalah layak memberi
keterangan sebagai saksi (shahadah) dengan syarat mereka hendaklah
sempurna akal, baligh, adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak
menimbulkan tohmah. |
|
|
|
|
|
(2) Seorang yang bukan Islam layak memberi
keterangan sebagai saksi ke atas seorang Islam jika keterangan itu boleh
diterima mengikut Hukum syarak. |
|
|
|
|
|
Huraian: |
|
|
(a) Keterangan seorang pakar bukan Islam
terhadap seorang Islam adalah layak diterima jika perlu. |
|
|
|
|
|
(b) Seorang yang bukan Islam adalah layak
memberi keterangan ke atas seorang bukan Islam yang lain. |
|
|
|
|
|
(3) Seorang yang tidak bersifat adil yang
mana keburukannya mengatasi kebaikannya atau sentiasa bercakap dusta
atau rosak akhlaknya adalah tidak layak memberi keterangan. |
|
|
|
|
|
(4) Apabila orang itu orang bukan Islam ia
mestilah boleh dipercayai mengikut agamanya. |
|
|
|
|
|
(5) Seorang kanak-kanak yang belum baligh
atau seorang yang baligh tetapi terganggu atau tercacat akal fikirannya
adalah tidak layak memberi keterangan. |
|
|
|
|
|
Huraian
- Keterangan kanak-kanak dalam kes kecederaan yang dilakukan oleh
setengah kanak-kanak, ke atas yang lain selama mana mereka tidak
berselisih faham dan masih berada di tempat kejadian itu adalah layak
diterima. |
|
|
|
|
|
(6) Seorang yang dikenali dengan lemah
ingatan atau pelupa atau salah ingatan adalah tidak layak memberi
keterangan. |
|
|
|
|
|
(7) Seorang yang diragui kerana hubungan baik
yang mempunyai kepentingan dengan pihak yang berkaitan adalah tidak
layak memberi keterangan bagi pihak itu. |
|
|
|
|
|
(8) Seorang yang diragui kerana hubungan
buruk dengan pihak yang berkaitan adalah tidak layak memberi keterangan
terhadap pihak itu. |
|
|
|
|
|
Huraian
- "Adil" ertinya seorang Islam yang termaklum menunaikan kewajipan
agama dan menjauhi daripada dosa-dosa besar, dengan syarat bahawa jika
saksi itu seorang bukan Islam dia hendaklah boleh dipercayai mengikut
agamanya atau kepercayaannya. |
|
|
|
|
Saksi bisu. |
84. (1) Seorang saksi yang bisu boleh
memberi keterangan dengan apa-apa cara yang boleh difahami seperti
dengan tulisan atau isyarat. |
|
|
|
|
|
(2) Tulisan hendaklah ditulis dan isyarat
hendaklah dilakukan di dalam Mahkamah. |
|
|
|
|
Keterangan suami,
isteri, ibubapa dan anak sebagai saksi. |
85. (1) Keterangan seorang suami
terhadap isterinya dan keterangan isterinya terhadap suaminya boleh
diterima. |
|
|
|
|
|
(2) Keterangan seorang anak terhadap
ibubapanya atau keterangan ibubapanya terhadap anaknya boleh diterima. |
|
|
|
|
|
(3) Keterangan seorang suami bagi isterinya
dan keterangan isteri bagi suaminya tidak boleh diterima. |
|
|
|
|
|
(4) Keterangan ibubapa bagi anaknya dan
keterangan anaknya bagi ibubapanya tidak boleh diterima. |
|
|
|
|
Bilangan saksi. |
86. (1) Keterangan dalam kes zina yang
membawa kepada hukuman hudud tidak boleh diterima kecuali ia disaksikan
oleh empat orang lelaki. |
|
|
|
|
|
(2) Dakwaan seorang yang dikenali seorang
kaya bahawa dia telah menjadi papa tidak boleh diterima kecuali ianya
'disokong' oleh tiga orang saksi lelaki. |
|
|
|
|
|
Huraian
- Pengakuan telah menjadi papa dalam pungutan zakat dan telah
menjadi papa yang menggugurkan beban pembayaran hutang dan nafkah kaum
kerabat dan isteri tidak boleh diterima kecuali disaksikan oleh tiga
orang lelaki. |
|
|
|
|
|
(3) Dalam perkara melihat anak bulan
keterangan seorang lelaki yang adil adalah layak diterima. |
|
|
|
|
|
(4) Keterangan seorang lelaki dalam keadaan
yang berikut:- |
|
|
|
|
|
(a) keterangan seorang guru dalam kes
kanak-kanak sekolah; |
|
|
|
|
|
(b) Keterangan pakar dalam menilai barang
rosak; |
|
|
|
|
|
| |