|
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL
EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG 1993
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN
AKTIVITI
YANG BERKAITAN DENGAN
PENGAJARAN AGAMA
(NEGERI PULAU PINANG) 1998
__________________
SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN
___________________
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
|
Seksyen |
|
|
1. |
Nama dan mula
berkuatkuasa
|
|
2. |
Tafsiran. |
BAHAGIAN 11
PENUBUHAN JAWATANKUASA
MENGAJAR
DAN MEMBERI SYARAHAN AGAMA
|
3. |
Penubuhan
Jawatankuasa
|
|
4. |
Keahlian
Jawatankuasa
|
|
5. |
Penamatan
perlantikan dan perletakan jawatan
|
|
6. |
Mesyuarat
Jawatankuasa
|
|
7. |
Fungsi Jawatankuasa
|
|
8. |
Elaun Khas |
BAHAGIAN 111
ORANG YANG MENGAJAR
|
9. |
Kelayakan Orang
Yang Mengajar
|
|
10. |
Permohonan Tauliah.
|
|
11. |
Perakuan
|
|
12. |
Keputusan |
|
13. |
Tauliah Orang Yang
Mengajar
|
|
14. |
Syarat-Syarat Orang
Yang Mengajar
|
|
15. |
Senarai Orang Yang
Mengajar |
BAHAGIAN IV
PENGANJUR
|
16. |
Permohonan
Penganjur
|
|
17. |
Syarat-syarat
Penganjur
|
|
18. |
Keputusan
|
|
19. |
Rayuan
|
|
20. |
Kebenaran Menganjur
|
|
21. |
Bentuk Kebenaran
|
|
21A. |
Pembatalan
kebenaran menganjur |
BAHAGIAN V
PERUNTUKAN AM
|
23. |
Mengemukakan
Tauliah
|
|
24. |
Kesahihan kebenaran
|
|
25. |
Pengecualian
|
|
|
Jadual |
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL
EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG
1993
KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN
AKTIVITI YANG BERKAITAN
DENGAN PENGAJARAN AGAMA
(NEGERI PULAU PINANG) 1998
|
|
PADA menjalankan
kuasa yang diberi oleh seksyen 107(j) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Yang di Pertuan Agong atas nasihat
Majlis membuat kaedah-kaedah yang berikut:-
|
|
|
BAHAGIAN I
PERMULAAN |
|
Nama dan mula
berkuatkuasa. |
1. Kaedah-kaedah
ini bolehlah dinamakan Kaedah-kaedah Pentadbiran Aktiviti Yang
Berkaitan Dengan Pengajaran Agama (Negeri Pulau Pinang) 1998 dan
hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.
|
|
Tafsiran. |
2. Dalam
kaedah-kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
-
|
|
|
“JAIPP”
ertinya Jabatan Agama Islam, Negeri Pulau Pinang; |
|
|
“Jawatankuasa”
ertinya Jawatankuasa Mengajar Agama; |
|
|
“MAINPP”
ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
|
|
|
“Mengajar”
ertinya mengajar atau memberi ceramah atau syarahan dengan menyampaikan
cara lisan, tulisan atau isyarat;
|
|
|
“Orang yang
mengajar” ertinya mana-mana orang yang ditauliahkan mengikut kaedah 13; |
|
|
“Penganjur”
ertinya mana-mana orang atau badan-badan kerajaan atau badan-badan
swasta atau badan-badan bukan kerajaan yang berhasrat untuk menganjurkan
pengajaran agama atau ceramah atau syarahan atau yang seumpamanya;
|
|
|
“Senarai orang
yang mengajar” ertinya senarai orang yang mengajar yang diperuntukkan di
bawah kaedah 15. |
|
|
BAHAGIAN 11
|
|
|
PENUBUHAN
JAWATANKUASA MENGAJAR AGAMA
|
|
Penubuhan
Jawatankuasa. |
3. Maka hendaklah
ditubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali sebagai “Jawatankuasa
Mengajar Agama” yang akan menguruskan semua perkara berhubungan dengan
pemberian tauliah kepada mana-mana orang yang mengajar di negeri Pulau
Pinang.
|
|
Keahlian
Jawatankuasa. |
4.(1) Jawatankuasa
hendaklah terdiri daripada-
|
|
(a) |
Mufti, sebagai
Pengerusi.
|
|
(b) |
Sekurang-kurangnya
dua orang, tetapi tidak lebih daripada empat orang ahli yang lain yang
berkemahiran dalam Hukum Syarak.
|
|
|
(2) Ahli-ahli
yang disebutkan di dalam perenggan 4(1)(b) hendaklah dilantik oleh
MAINPP.
|
|
|
(3) Tertakluk
kepada kaedah 5, seseorang ahli Jawatankuasa yang dilantik di bawah
perenggan 4(1)(b) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun
dan dia adalah layak dilantik semula.
|
|
|
(4) MAINPP boleh
melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan jawatan mana-mana ahli
Jawatankuasa yang terhenti memegang jawatan di bawah perenggan 4(1)(b).
|
|
|
(5) Seorang
pegawai dari Unit Dakwah, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang
dilantik oleh MAINPP hendaklah menjadi Setiausaha. |
| |
|
|
|
Penamatan
perlantikan dan
perletakan
jawatan. |
5. (1)
Perlantikan seseorang ahli Jawatankuasa di bawah subkaedah 4(1)(b)
boleh pada bila-bila masa ditamatkan oleh MAINPP tanpa memberi sebarang
sebab mengenainya.
|
|
|
(2) Seseorang
ahli Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) boleh
meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan menghantar notis kepada
Majlis melalui Pengerusi Jawatankuasa.
|
|
|
(3) MAINPP boleh
melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan jawatan mana-mana ahli
Jawatankuasa yang terhenti memegang jawatan di bawah subkaedah (1) dan
(2). |
|
|
(4) Seseorang
yang dilantik di bawah subkaedah (3) hendaklah memegang jawatan hanya
selama baki tempoh jawatan ahli Jawatankuasa yang terhenti memegang
jawatan itu. |
|
Mesyuarat
Jawatankuasa. |
6. (1) Pengerusi
Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan jika
Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir boleh melantik salah seorang
dari mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu. |
|
|
(2) Tiga orang
ahli Jawatankuasa hendaklah membentuk kourum bagi mana-mana mesyuarat
Jawatankuasa.
|
|
|
(3) Semua
keputusan mesyuarat jawatankuasa hendaklah dibuat dalam
mesyuarat dengan secara sebulat suara.
|
|
|
(4) Tertakluk
kepada peruntukan-peruntukan lain dalam kaedah-kaedah ini dan apa-apa
arahan MAINPP, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri. |
|
Fungsi
Jawatankuasa. |
7. Fungsi
Jawatankuasa adalah untuk membuat perakuan kepada MAINPP mengenai
kelayakan mana-mana orang yang memohon untuk diberi tauliah mengajar
agama di Negeri Pulau Pinang dan untuk menjalankan fungsi-fungsi lain
yang berkaitan dengan fungsi tersebut.
|
|
Elaun Khas. |
8. Maka hendaklah
dibayar kepada ahli-ahli Jawatankuasa apa-apa elaun khas mengikut kadar
yang ditetapkan oleh MAINPP.
|
|
|
BAHAGIAN 111
|
|
|
ORANG YANG MENGAJAR
|
|
Kelayakan Orang
Yang Mengajar. |
9. (1) Mana-mana
orang yang memenuhi kelayakan yang berikut adalah layak diberi tauliah
untuk mengajar - |
|
(a) |
seseorang yang
berkelulusan pengajian tinggi Islam daripada Universiti tempatan atau
luar negeri yang diiktiraf oleh MAINPP;
|
|
(b) |
seseorang yang
berkelulusan daripada institusi-institusi pengajian agama tempatan yang
diiktiraf oleh MAINPP; atau
|
|
(c) |
berkemahiran di
dalam Hukum Syarak. |
|
Permohonan Tauliah |
10. (1) Seseorang
yang berhasrat untuk diberi tauliah untuk mengajar hendaklah
membuat permohonan kepada Jawatankuasa dengan menggunakan Borang 1 yang
ditetapkan dalam Jadual.
|
|
|
(2) Setiap
permohonan hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi Jawatankuasa dengan
menyertakan salinan dokumen-dokumen yang perlu.
|
|
Perakuan. |
11. (1) Selepas
sahaja menerima permohonan di bawah kaedah 10 Jawatankuasa hendaklah
mengadakan mesyuarat untuk membincang dan membuat perakuan di atas
permohonan itu.
|
|
|
(2) Jawatankuasa
hendaklah mengemukakan perakuannya kepada MAINPP dalam masa empat
belas (14) hari dari tarikh perakuan itu dibuat.
|
|
Keputusan. |
12. MAINPP
hendaklah memaklumkan keputusannya kepada pemohon dalam masa empat
belas hari (14) dari tarikh keputusan itu dibuat.
|
|
Tauliah Orang Yang
Mengajar. |
13. (1) Tiap-tiap
orang yang diberi tauliah untuk mengajar di bawah kaedah 12
hendaklah memiliki Tauliah Orang Yang Mengajar yang akan dikeluarkan
kepadanya oleh MAINPP.
|
|
|
(2)
Tiap-tiap Tauliah Orang Yang Mengajar hendaklah dikeluarkan
dalam Borang 2 Jadual. |
|
Syarat-syarat Orang
Yang Mengajar. |
14. Setiap orang
yang telah diberi tauliah untuk mengajar di bawah kaedah 13 adalah
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:- |
|
(a) |
menyebarkan fahaman
atau pegangan yang tidak bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah;
|
|
(b) |
tidak menyentuh
apa-apa yang berhubung dengan kebesaran, kemuliaan, kedaulatan dan kuasa
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Raja-Raja sebagai Ketua
Agama Negeri;
|
|
(c) |
tidak menyinggung
perasaan mana-mana kaum agama, adat resam dan budaya penduduk tempatan
yang boleh membawa ketegangan kaum dan agama;
|
|
(d) |
tidak menghina
perkara-perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab; |
|
(e) |
Tidak menyentuh
isu-isu politik kepartian; dan
|
|
(f) |
Tidak menyentuh
secara langsung peribadi orang perseorangan. |
|
Senarai Orang Yang
Menganjur. |
15. (1)
Setiausaha Jawatankuasa hendaklah menyelenggarakan suatu rekod
mengenai pendaftaran semua orang yang diberi tauliah untuk mengajar,
dan rekod itu hendaklah dipanggil “Senarai Orang Yang Mengajar”.
|
|
|
(2)
Senarai orang yang mengajar hendaklah mengandungi
maklumat yang berikut:
|
|
(a) |
nama orang yang
mengajar;
|
|
(b) |
nombor kad
pengenalan;
|
|
(c) |
kelulusan;
|
|
(d) |
alamat surat
menyurat;
|
|
(e) |
tarikh ditauliahkan
sebagai orang yang mengajar;
|
|
(f) |
tarikh-tarikh
pembaharuan pendaftaran; |
| |
|
|
|
(g) |
lain-lain
butir-butir sebagaimana diarahkan oleh MAINPP atau Jawatankuasa dari
semasa ke semasa.
|
|
|
BAHAGIAN 1V
|
|
|
PENGANJUR
|
|
Permohonan
Penganjur |
16. (1) Mana-mana
orang atau badan-badan kerajaan atau badan swasta atau badan bukan
kerajaan yang berhasrat untuk menjadi penganjur, hendaklah membuat
permohonan kepada Pengarah, JAIPP Islam dengan menggunakan Borang 3
dalam Jadual 3.
|
|
Syarat-syarat
Penganjur |
17. Mana-mana
orang yang berhasrat untuk menjadi penganjur hendaklah memastikan dan
memenuhi syarat-syarat berikut:
|
|
(a) |
Orang yang mengajar
memiliki tauliah daripada MAINPP atau daripada mana-mana negeri-negeri
yang diiktiraf MAINPP;
|
|
(b) |
tertakluk di bawah
peraturan-peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa keselamatan;
|
|
(c) |
disertakan dengan
salinan pas lawatan yang sah dan surat kebenaran daripada Jabatan
Kemajuan Islam, Malaysia, sekiranya bukan warganegara Malaysia,; dan
|
|
(d) |
perkara (a) hingga
(e) di bawah kaedah 15. |
| |
|
|
|
Keputusan |
18. Pengarah,
JAIPP hendaklah memberitahu keputusannya kepada pemohon dalam masa
tujuh (7) hari dari tarikh permohonan itu dibuat.
|
|
Rayuan |
19. Rayuan boleh
dibuat kepada MAINPP daripada apa-apa keputusan Pengarah, JAIPP.
|
|
Kebenaran Menganjur |
20. JAIPP hendaklah
mengeluarkan kebenaran menganjur kepada penganjur dalam Borang 3
Jadual. |
|
Bentuk kebenaran |
21. Kebenaran
untuk mengajar di bawah kaedah-keadah ini boleh diberi dalam bentuk
berikut:-
|
|
(a) |
Kebenaran terhad
iaitu kebenaran yang diberi hanya untuk tarikh, masa dan tempat
bagaimana tersebut di dalam permohonan sahaja; dan
|
|
(b) |
Kebenaran tidak
terhad iaitu pemohon dibolehkan mengajar pada bila-bila masa di
mana-mana sahaja di dalam Negeri Pulau Pinang.
|
|
Pembatalan
Kebenaran
menganjur. |
21A. JAIPP boleh
pada bila-bila masa membatalkan surat kebenaran yang dikeluarkan di
bawah kaedah 20 dan penganjur hendaklah menyerahkan kembali surat
kebenaran tersebut kepada JAIPP dengan serta merta.
|
|
Pembatalan tauliah |
22. JAIPP boleh
pada bila-bila masa membatalkan tauliah yang dikeluarkan kepada orang
yang mengajar, sekiranya ia melanggar syarat-syarat yang ditetapkan di
bawah kaedah 14.
|
| |
|
|
|
|
BAHAGIAN V
|
|
|
PERUNTUKAN AM
|
|
Mengemukakan
Tauliah. |
23. Mana-mana
orang yang memiliki tauliah hendaklah mengemukakan tauliahnya jika
dikehendaki oleh JAIPP.
|
|
Kesahihan
kebenaran. |
24. Tiap-tiap
tauliah adalah sah bagi suatu tempoh sehingga dibatalkan.
|
|
Pengecualian. |
25. Walau apapun
peruntukan dalam kaedah-kaedah ini, MAINPP boleh atas budi bicaranya
mengecualikan secara bertulis mana-mana badan atau orang perseorangan
daripada mematuhi kehendak-kehendak peruntukan kaedah-kaedah ini dengan
mengenakan syarat-syarat ke atasnya.
|
JADUAL 1
(Kaedah 9 dan 23)
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL
EHWAL AGAMA ISLAM
(NEGERI PULAU PINANG)
1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM
SYARIE 1997
BORANG 1
(Kaedah 9 dan 23)
BORANG PERMOHONAN UNTUK
DITERIMA MASUK
SEBAGAI PEGUAM SYARIE
|
|
* Permohonan
Baru/Pembaharuan
|
|
|
Kepada Pengerusi
Majlis,
|
|
|
Dengan hormatnya
saya memohon untuk dilantik sebagai Peguam Syarie dan di bawah
ini dikemukakan butir-butir mengenai diri saya.
|
|
|
(Hendaklah diisi
oleh Pemohon dalam HURUF CERAIAN).
|
|
1. |
Nama:
|
|
2. |
Lain-lain Nama
(jika ada)
|
|
3. |
Jantina:
|
|
4. |
Tarikh Lahir:
|
|
5. |
Tempat Lahir:
|
|
6. |
Bujang/Berkahwin/Lain-Lain Taraf:
|
|
7. |
Kewarganegaraan:
|
|
8. |
Agama:
|
|
9. |
No. Kad Pengenalan:
|
|
10. |
Tempat dan Tarikh
Pengeluaran:
|
|
11. |
Alamat urusan
biasa:
|
|
12. |
No. Telefon:
|
|
13. |
Kelayakan dan
Kelulusan:
|
|
|
Saya juga mengaku
bahawa saya -
|
|
(i) |
tidak pernah
disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa
kesalahan jenayah (di bawah mana-mana undang-undang bertulis) yang
menjadikannya tidak layak menjadi seorang Peguam Syarie, khususnya,
tetapi tidak terhad kepada, sesuatu kesalahan berkenaan dengan penipuan
atau kecurangan: atau
|
|
(ii) |
bukan sedang
menjadi bankrap; atau
|
|
(iii) |
tidak pernah
didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang
dinyatakan dalam paragraf (a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l)
subseksyen (6) seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967.
|
| |
|
|
|
|
|
Tarikh:
............................................ |
........................................
Tandatangan |
|
1. |
Tiap-tiap pemohon
hendaklah mengemukakan dua salinan tiap-tiap sijil dan lain-lain dokumen
yang diakui sah dan juga dua salinan bagi tiap surat sokongan.
|
|
2. |
Tiap-tiap salinan
sijil atau dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana orang yang
berikut:-
|
|
(a) |
Peguam Syarie:
|
|
(b) |
Peguambela atau
Peguamcara yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976;
|
|
(c) |
Ahli Dewan-Dewan
Undangan Negeri;
|
|
(d) |
Pegawai Kerajaan
dalam Kumpulan A.
|
| |
|
|
BAGI KEGUNAAN MAJLIS SAHAJA
|
|
Tarikh diterima:
|
|
|
Perakuan
Jawatankuasa Kelayakan:
|
|
|
Tarikh perakuan:
|
|
|
Ditangguhkan kepada
tarikh:
|
|
|
Sebab-Sebab
ditangguhkan:
|
|
|
Keputusan Majlis:
|
|
|
Tarikh keputusan
Majlis:
|
|
|
Ditangguhkan kepada
Tarikh:
|
|
|
Sebab-Sebab
ditangguhkan:
|
|
|
Tarikh pemohon
diberitahu:
|
|
|
Tarikh bayaran fee
sijil diterima:
|
|
|
No. resit:
|
|
|
Keputusan dihantar
kepada pemohon pada:
|
|
|
Resit dihantar
kepada pemohon pada:
|
|
|
Dicatatkan dalam
Daftar Peguam Syarie pada:
|
|
|
No. siri
pendaftaran:
|
JADUAL 2
(KAEDAH 11)
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL
EHWAL AGAMA ISLAM
(NEGERI PULAU PINANG) 1993
KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE
1997
BORANG 2
(KAEDAH 11)
SIJIL PEGUAM SYARIE
|
|
Dengan ini
diperakui bahawa - |
No. siri
pendaftaran:
|
|
|
Nama:
|
|
|
|
No. Kad Pengenalan:
|
|
|
|
Alamat:
|
|
|
|
yang telah mematuhi
kehendak-kehendak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1997 telah
didaftarkan sebagai seorang Peguam Syarie di bawah seksyen 63
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada
|
|
|
|
..........hb.....................................19.........
|
|
|
|
Sijil ini adalah
sah untuk satu tahun mulai dari tarikh pengeluarannya, iaitu, sah
sehingga .............................
|
|
|
|
METERI
|
|
|
|
Tarikh dikeluarkan
M ................................ |
|
|
|
H
|
|
|
|
|
............................................
Yang Di Pertua,
Majlis Agama Islam,
Negeri Pulau
Pinang.
|
|
|
Diperbuat pada |
|
| |
|
|
|
|