|
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL
AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG 1993
KAEDAH JAGAAN DAN PENGAJARAN
ORANG MASUK ISLAM
DAN CARA PENDAFTARANNYA
(NEGERI PULAU PINANG) 1998
____________
SUSUNAN KAEDAH
____________
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Kaedah
1. Nama
dan mula berkuatkuasa
2.
Tafsiran
BAHAGIAN II
PENDAFTARAN
3.
Permohonan
4.
Penerangan oleh Pendaftar
5. Orang
yang didaftarkan hendaklah menghadiri bengkel, dsb.
6. Sijil
Masuk Islam.
7.
Daftar Masuk Islam.
BAHAGIAN III
KEBAJIKAN
8.
Saguhati
9.
Tempat tinggal.
BAHAGIAN IV
PERUNTUKAN AM
10.
Surat Menyurat dengan Majlis
JADUAL
Borang-borang
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL
AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG 1993
KAEDAH JAGAAN DAN PENGAJARAN
ORANG MASUK ISLAM
DAN CARA PENDAFTARANNYA
(NEGERI PULAU PINANG) 1998
|
|
Pada
menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 107 (i) Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Yang Di
Pertuan Agong, atas nasihat Majlis membuat kaedah yang berikut:- |
BAHAGIAN I
PERMULAAN
|
Nama
dan mula berkuatkuasa. |
1.
Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah Jagaan dan Pengajaran Masuk
Islam dan Cara Pendaftarannya (Negeri Pulau Pinang) 1998 dan
hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh disiarkan dalam Warta. |
|
Tafsiran. |
2. Dalam kaedah ini, melainkan konteksnya menghendaki
makna yang berlainan - |
|
|
“Daftar Masuk Islam”
ertinya Daftar Masuk Islam yang diselenggarakan oleh Pendaftar Masuk
Islam di bawah seksyen 82; |
|
|
“Enakmen” ertinya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993; |
|
|
“Hukum Syarak” ertinya Undang-undang Islam dalam
mana-mana mazhab yang sah menurut Jawatankuasa Syariah; |
|
|
“Majlis “ ertinya Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4; |
|
|
“Orang yang telah masuk Islam”
ertinya mana-mana orang yang telah masuk Islam di bawah seksyen 84; |
|
|
“Pendaftar Masuk Islam”
ertinya pegawai-pegawai yang dilantik di bawah seksyen 89; |
BAHAGIAN II
PENDAFTARAN
|
Permohonan. |
3.
(1) Permohonan untuk pendaftaran masuk Islam di bawah Seksyen 84
hendaklah mengikut Borang 1 di dalam Jadual. |
|
|
(2) Setiap permohonan untuk pendaftaran masuk Islam
hendaklah dialamatkan atau diserahkan kepada Pendaftar Masuk Islam
dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang perlu. |
|
Penerangan
oleh Pendaftar. |
4.
(1) Pendaftar hendaklah memberi penerangan ringkas seperti berikut
kepada mana-mana orang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 84 - |
|
|
(a) Pengertian Dua Kalimah Syahadah;
|
|
|
(b) Konsep Iman dan Islam; dan
|
|
|
(c) Kesyumulan Islam.
|
|
|
(2) Suatu surat perakuan sementara masuk Islam hendaklah dikeluarkan
oleh Pendaftar mengikut Borang 2 dalam Jadual. |
|
Orang yang didaftarkan
hendaklah menghadiri
bengkel, dsb. |
5.
(1) Mana-mana orang yang didaftarkan di bawah seksyen 84 hendaklah - |
|
|
(a) menghadiri Bengkel Bimbingan Asas Fardhu Ain
pada waktu-waktu pejabat selama 3 hari di Jabatan Agama Islam, Negeri
Pulau Pinang atau di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis; dan |
|
|
(b) menghadiri mana-mana kelas Fardhu Ain selama 2
minggu hingga 1 bulan di mana-mana tempat yang ditetapkan oleh Majlis. |
|
|
(2) Mana-mana orang yang telah menghadiri mana-mana kelas Fardhu Ain di
bawah perenggan 5 (1) (b) hendaklah ditemuduga bagi memastikan tahap
kefahaman Islam orang tersebut dan soalan-soalan yang perlu dikemukakan
ialah - |
|
|
(a) pengertian Iman dan Islam;
|
|
|
(b) rukum Iman dan Islam; |
|
|
(c) pengertian Air, Najis dan Istinjak;
|
|
|
(d) pengertian wudhu’ dan rukun-rukunnya;
|
|
|
(e) pengertian mandi wajib;
|
|
|
(f) pengertian sembahyang dan Rukun-rukunnya; dan
|
|
|
(g) pengertian hukum dan pembahagiannya. |
|
Sijil Masuk
Islam. |
6.
(1) Mana-mana orang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 84
hendaklah memiliki Sijil Masuk Islam yang akan dikeluarkan kepadanya
satu (1) bulan selepas ia didaftarkan bagi menggantikan Surat Perakuan
Sementara dengan syarat ia telah lulus temuduga di bawah subkaedah 5(2). |
|
|
(2) Tiap-tiap sijil Masuk Islam hendaklah dikeluarkan mengikut Borang 3
dalam Jadual. |
|
Daftar Masuk
Islam. |
7.
Daftar Masuk Islam hendaklah diselenggarakan mengikut Borang 4 dalam
Jadual. |
BAHAGIAN III
KEBAJIKAN
|
Saguhati. |
Mana-mana orang yang telah didaftarkan masuk Islam layak untuk
mendapatkan bantuan-bantuan seperti yang ditetapkan oleh Majlis seperti
berikut:- |
|
|
|
(i) Saguhati memeluk agama Islam iaitu -
|
|
|
|
(a) Saguhati memeluk Agama Islam (tiga kali);
|
|
|
|
(b) Saguhati berkhatan;
|
|
|
(c) Saguhati berkahwin;
|
|
|
(d) Saguhati peralatan ibadah;
|
|
|
(e) Saguhati urusan pengebumian mayat; dan
|
|
|
(f) Saguhati yang meliputi
apa-apa pemberian yang difikirkan perlu
oleh Majlis. |
|
|
|
ii. Biasiswa pengajian iaitu -
|
|
|
|
(a) pengajian pondok.
|
|
|
|
(b) pengajian di Institut Dakwah Islamiah Perkim ;
|
|
|
|
(c) biasiswa di Institut Pengajian Tinggi; dan
|
|
|
|
(d) apa-apa bantuan pengajian yang difikirkan perlu oleh Majlis;
|
|
Tempat tinggal. |
|
9.
(1) Mana-mana orang yang telah didaftarkan di bawah seksyen 84 yang
bermasalah boleh memohon kepada Majlis untuk ditempatkan di mana-mana
tempat yang diiktiraf oleh Majlis. |
|
|
|
(2) Setiap permohonan hendaklah dialamatkan kepada Yang Di Pertua
Majlis Agama Islam, Negeri Pulau Pinang dengan menyertakan apa-apa
alasan dan dokumen-dokumen yang perlu. |
BAHAGIAN IV
PERUNTUKAN AM
|
Surat menyurat dengan
Majlis. |
|
10. Semua surat menyurat kepada Majlis hendaklah
dialamatkan kepada:-
Setiausaha,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang,
Lebuh Downing,
10300 Pulau Pinang.
|
|