ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI PULAU PINANG 1993

 

KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1997

 

 

 

__________________

 

SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN

___________________

 

 

 

BAHAGIAN 1

 

PERMULAAN

 

Seksyen

 

 

1.

Nama dan mula berkuatkuasa

 

2.

Tafsiran.

 

 

BAHAGIAN 11

 

PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE

 

 

3.

Penubuhan Jawatankuasa

 

4.

Keahlian Jawatankuasa

 

5.

Penamatan khidmat dan perletakan jawatan

 

6.

Mesyuarat Jawatankuasa

 

7.

Fungsi Jawatankuasa

 

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN 111

 

PEGUAM SYARIE

 

8.

Kelayakan Peguam Syarie

 

9.

Permohonan

 

10.

Bantahan.

 

11.

Perakuan.

 

12.

Keputusan.

 

13.

Sijil Peguam Syarie.

 

14.

Pengisytiharan oleh mahkamah Tinggi.

 

15.

Daftar Peguam Syarie.

 

 

BAHAGIAN IV

 

PROSIDING TATATERTIB

 

 

16.

Tindakan Tatatertib

 

17.

Aduan terhadap Peguam Syarie.

 

18.

Siasatan

 

19.

Kuasa Majlis mengeluarkan perintah.

 

20.

Permohonan untuk dikeluarkan nama dari Daftar.

 

21.

Permohonan untuk dilantik semula sebagai Peguam Syarie.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN V

 

PERUNTUKAN AM

 

 

22.

Mengemukakan Sijil Peguam Syarie.

 

23.

Pembaharuan.

 

24.

Sekatan.

 

 

Jadual 1

 

 

Jadual 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

NEGERI PULAU PINANG 1993

 

 

 

KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1997

 

 

 

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 63 dan 107 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Yang Di Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Agama Islam Pulau Pinang, membuat Kaedah-Keadah yang berikut:-

 

 

BAHAGIAN 1

 

 

PERMULAAN

 

Nama dan mula berkuatkuasa.

1.  Kaedah-Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1997 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang Di Pertuan Agong melalui Pemberitahuan dalam Warta.

 

Tafsiran.

2.  Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:

 

 

“Daftar Peguam Syarie” ertinya Daftar Peguam Syarie yang disebutkan di dalam kaedah 15;

 

 

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Peguam Syarie yang ditubuhkan di bawah kaedah 3;

 

 

“Peguam Persekutuan” ertinya seseorang pegawai undang-undang dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang dilantik sebagai Peguam Persekutuan; dan

 

 

“Peguam Syarie” ertinya seseorang Peguam Syarie yang dilantik menurut Kaedah-Kaedah ini tetapi tidak termasuk seseorang yang berasaskan jawatannya sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang atau Peguam Persekutuan, adalah menurut kaedah 8(2) di anggap sebagai dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-Kaedah ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN 11

 

 

PENUBUHAN JAWATANKUASA PEGUAM SYARIE

 

Penubuhan Jawatankuasa.

3.  Maka adalah tertubuh satu jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai “Jawatankuasa Peguam Syarie”.

 

Keahlian

Jawatankuasa.

4.(1)  Jawatankuasa hendaklah terdiri dari:

 

(a)

Seorang ahli Majlis, sebagai Pengerusi;

 

(b)

Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, sebagai Setiausaha;

 

(c)

Ketua Pendakwa Syarie;

 

(d)

Mulai daripada___________________ seorang Peguam Syarie sebagai wakil Peguam-Peguam Syarie; dan

 

(e)

Tidak lebih daripada dua orang ahli yang lain yang berkemahiran dalam Hukum Syarak.

 

 

   (2)  Ahli-ahli yang disebutkan di dalam subkaedah (1)(a), (1)(d) dan (1)(e) hendaklah dilantik oleh Majlis.

 

 

  (3) Tertakluk kepada kaedah 5, seseorang ahli Jawatankuasa yang dilantik  di bawah subkaedah (1)(a), (1)(d) atau (1)(e) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan dia adalah layak dilantik semula.

     

 

 

 

Penamatan khidmat dan perletakan

jawatan.

5.(1)  Perlantikan seseorang ahli Jawatankuasa di bawah subkaedah (1)(a), (1)(d) atau (1)(e) boleh pada bila-bila masa ditamatkan oleh Majlis tanpa memberi sebarang sebab mengenainya.

 

 

   (2)  Seseorang ahli Jawatankuasa boleh meletakan jawatan pada bila-bila masa dengan menghantar notis kepada Majlis melalui Pengerusi Jawatankuasa.

 

Mesyuarat Jawatankuasa.

6.(1)  Pengerusi Jawatankuasa hendaklah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa dan jika Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir boleh melantik salah seorang dari mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

 

 

 

 

  (2)   Untuk  menjadikan  korum  bagi  sesuatu  mesyuarat,  seukarang-kurangnya tiga orang ahli perlu hadir.

 

 

   (3)  Keputusan   mesyuarat   jawatankuasa   hendaklah  dibuat  secara bermesyuarat dan hendaklah secara sebulat suara atau lebih suara ahli-ahli yang hadir.

 

 

  (4)  Tertakluk  kepada  Keadah-Keadah  ini dan apa-apa arahan Majlis, Jawatankuasa boleh menetapkan prosedurnya sendiri.

 

 

Fungsi Jawatankuasa.

7.  Fungsi Jawatankuasa adalah:

 

(a)

Untuk membuat perakuan kepada Majlis mengenai kelayakan mana-mana orang yang memohon untuk dilantik sebagai Peguam Syarie oleh Majlis:

 

 

(b)

Untuk membuat perakuan kepada Majlis sama ada nama mana-mana Peguam Syarie itu harus digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie atau mana-mana Peguam Syarie itu digantung dari menjalankan amalan sebagai peguam Syarie atau diberi amaran.

 

(c)

Untuk menjalankan lain-lain fungsi yang bersampingan dengan fungsi-fungsi yang disebutkan di bawah paragraf (a) dan (b).

     

 

 

BAHAGIAN 111

 

 

PEGUAM SYARIE

 

Kelayakan Peguam Syarie.

8.(1)  Tertakluk   kepada   subkaedah   (2),    mana-mana    orang   yang memenuhi syarat-syarat yang berikut adalah layak untuk menjadi Peguam Syarie:

 

(a) (i)

seseorang yang telah mencapai umur 18 tahun dan beragama Islam.

 

(ii)

seseorang yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah yang diiktiraf oleh Majlis dari mana-mana institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan; atau

 

     

 

 

Akta 166.                                  (iii)

seseorang peguambela atau peguamcara yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976; dan

 

(b)(i)

telah mendapat latihan profesional yang diiktiraf oleh Majlis di dalam bidang kehakiman Islam; atau

 

(ii)

berkemahiran dalam Hukum Syarak; dan

 

                                                (c)

berkelakuan baik dan -

 

(i)

tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah (di bawah mana-mana undang-undang  bertulis) yang menjadikannya tidak layak menjadi seorang Peguam Syarie, khususnya, tetapi tidak terhadap kepada, sesuatu kesalahan berkenaan dengan penipuan atau kecurangan: atau

 

(ii)

bukan sedang menjadi bankrap; atau

 

Akta 55/1967.                                   (iii)

tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan dalam paragraf (a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) subseksyen (6) seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967; dan

 

                                               (d)

seorang warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia.

 

 

   (2)  Penasihat  Undang-Undang  Negeri  Pulau  Pinang   dan  tiap-tiap Peguam Persekutuan adalah dianggap sebagai telah dilantik oleh majlis di bawah Kaedah-kaedah ini sebagai peguam Syarie dan boleh, jika tugas rasmi mereka memerlukan, mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah.

 

Permohonan.

9. (1)  Seseorang  yang  berhasrat  supaya  dia  dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah membuat permohonan kepada Majlis dengan menggunakan Borang 1 yang ditetpakan dalam Jadual 1.

 

 

  (2)  Setiap  permohonan  hendaklah  dikemukakan  kepada  Pengerusi, Jawatankuasa Peguam Syarie, dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen yang perlu.

 

 

  (3)  Setiap   permohonan    hendaklah    disokong    oleh    dua    orang penyokong yang mana hendaklah terdiri dari mereka yang berikut:-

 

       

 

 

(a)

Peguam Syarie:

 

(b)

Peguambela atau peguamcara yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976.

 

(c)

Ahli Dewan-Dewan Undangan Negeri:

 

(d)

Ahli Parlimen: atau

 

(e)

Pegawai kerajaan dalam Kumpulan A.

 

 

      (4)  Tiap-tiap pemohon, selepas  permohonannya diserahkan kepada dan diakuterima secara bertulis oleh pengerusi Jawatankuasa, hendaklah menampalkan satu salinan permohonannya di papan notis setiap Mahkamah Syariah di Pulau Pinang selama satu bulan.

 

Bantahan.

10. (1)  Apa-apa  bantahan   mengenai   permohonan   seseorang   untuk dilantik sebagai Peguam Syarie hendaklah dibuat kepada Majlis.

 

 

      (2)  Bantahan  itu  hendaklah  dibuat  secara bertulis dan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi jawatankuasa.

 

Perakuan.

11.  Jawatankuasa hendaklah mengemukakan perakuannya dalam masa empat belas hari selepas perakuan dibuat kepada Majlis.

 

Keputusan.

12.  Majlis hendaklah memberitahu keputusannya kepada pemohon dan kepada Hakim tiap-tiap Mahkamah Syariah di Negeri Pulau Pinang dalam masa empat belas hari selepas keputusan dibuat.

 

Sijil Peguam Syarie.

13. (1)  Kecuali  mereka  yang,  menurut  kaedah 8(2), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-Kaedah ini, tiap-tiap orang yang dilantik menjadi Peguam Syarie hendaklah memiliki Sijil Peguam Syarie yang akan dikeluarkan kepadanya oleh Majlis setelah dia menjelaskan fee yang ditetapkan.

 

 

      (2)  Tiap-tiap  Sijil  Peguam  Syarie  hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Majlis dan hendaklah dalam bentuk mengikut Borang 2 sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 2.

 

Perisytiharan oleh Mahkamah Tinggi.

14. (1)  kecuali mereka yang menurut kaedah 8(3), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie di bawah Kaedah-Kaedah ini, tiap-tiap orang yang telah dilantik oleh Majlis sebagai Peguam Syarie hendaklah, sebelum dia boleh menjalankan amalan sebagai seorang peguam Syarie, memohon supaya atau perisytiharan perlantikannya sebagai Peguam Syarie hendaklah terlebih dahulu dibuat oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

     

 

 

      (2)  Perisytiharan   itu  hendaklah  dilakukan  oleh  Hakim  tersebut di mahkamah terbuka.

 

Daftar Peguam Syarie.

15. (1)  Setiausaha  Jawatankuasa  hendaklah  menyelenggarakan  suatu rekod mengenai pendaftaran semua Peugam Syarie, dan rekod itu hendaklah dipanggil “Daftar Peguam Syarie”.

 

 

      (2)  Daftar  Peugam  Syarie hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

 

(a)

nama Peguam Syarie;

 

(b)

nombor kad pengenalan;

 

(c)

kelulusan;

 

(d)

nama di bawah mana ia menjalankan amalan atau nama firma;

 

(e)

alamat surat menyurat;

 

(f)

tarikh dilantik sebagai Peguam Syarie;

 

(g)

tarikh-tarikh  pembaharuan pendaftaran;

 

(h)

tarikh pengguguran pendaftaran (jika ada);

 

(i)

maklumat mengenai apa-apa tindakan tatatertib (jika ada) ke atas Peguam Syarie;

 

(j)

lain-lain butir-butir sebagaimana diarahkan oleh Majlis atau Jawatankuasa dari semasa ke semasa.

 

     

 

 

BAHAGIAN 1V

 

 

PROSIDING TATATERTIB

 

Tindakan Tatatertib.

16. (1)  Majlis   boleh,   atas   sebab-sebab   yang    wajar,  mengenakan tindakan tatatertib ke atas mana-mana Peguam Syarie mengikut peruntukan Bahagian ini.

 

 

      (2)  Sebab-sebab    yang    wajar    itu   boleh   ditunjukkan   dengan membuktikan bahawa Peguam Syarie itu:

 

 

(a)

telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah (di bawah mana-mana undang-undang bertulis) yang menjadikan ia tidak layak menjadi seorang anggota profesionnya;

 

(b)

telah bersalah atas kelakuan curang pada menjalankan kewajipan profesionalnya atau atas kelakuan curang atau kelakuan yang tak sesuai sebagai seseorang Peguam Syarie;

 

(c)

telah dihukum menjadi bankrap dan telah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c), (f), (h), (k) atau (l) seksyen 33(6) Akta Kebangkrapan 1967;

 

(d)

telah menawarkan atau memberi atau bersetuju memberi suapan kepada mana-mana orang kerana telah mendapatkan pekerjaan bagi dirinya atau bagi mana-mana Peguam Syarie lain dalam  apa-apa urusan undang-undang.

 

(e)

telah secara langsung atau secara tak langsung mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya atau bagi seseorang Peguam Syarie lain melalui atau dengan arahan seseorang yang kepadanya sesuatu saraan kerana mendapatkan pekerjaan itu telah diberi olehnya atau dipersetujui atau dijanjikan untuk diberi sedemikian;

 

(f)

telah menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan undang-undang melalui seorang penarik langganan;

 

(g)

membenarkan mana-mana kerani atau mana-mana orang lain yang takberkuasa mengusaha atau menjalankan urusan undang-undang atas namanya, manakala kerani atau orang lain yang takberkuasa itu tidak berada di bawah kawalan terus dan langsung pengetuanya yang dapat mempastikan supaya ia tidak bertindak tanpa pengawasan yang wajar;

 

(h)

menjalankan dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain yang digunakhidmat olehnya apa-apa tred, perniagaan atau pekerjaan yang pada pendapat Majlis adalah tidak sesuai dengna profesion undang-undang atau ia adalah digunakhidmat dalam mana-mana tred, perniagaan atau pekerjaan itu;

 

(i)

telah melanggar atau mungkir mematuhi mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini jika pada pendapat Majlis pelanggaran atau kemungkiran itu memerlukan tindakan tatatertib.

 

 

Aduan terhadap Peguam Syarie.

17. (1)  Apa-apa aduan mengenai kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat kepada Majlis.

 

 

      (2)  Aduan   itu   hendaklah  dibuat  secara  bertulis  dan  hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie.

 

Siasatan.

18. (1)  Setelah Pengerusi Jawatankuasa menerima sesuatu aduan itu, dia hendaklah menyebabkan suatu mesyuarat jawatankuasa diadakan.

 

 

      (2)  Tiap-tiap   siasatan   oleh  Jawatankuasa  hendaklah  dijalankan secara dan setakat yang difikirkan adil dan munasabah menurut budibicara mutlaknya dengan syarat bahawa sebelum ia menentukan bahawa siasatan hendaklah diadakan, ia hendaklah:

 

 

 

(a)

mengepos atua menyampaikan kepada Peguam Syarie yang berkenaan -

 

 

i)

suatu pernyataan bertulis menyatakan isi aduan itu; dan

 

 

ii)

suatu notis meminta Peguam Syarie yang berkenaan dalam sesuatu masa (tidak kurang daripada empat belas hari) memberi kepada Jswatankuasa apa-apa juga penjelasan bertulis yang hendak diberinya dan memberitahu Jawatankuasa itu sekiranya ia suka supaya didengar oleh jawatankuasa itu; dan

 

 

(b)

membiarkan masa yang idnyatakan dalam notis itu luput dan memberi Peguam Syarie yang berkenaan peluang yang berpatutan untuk didengar jika ia suka dan memberi pertimbangna yang sewajarnya kepada apa-apa penjelasan yang mungkin dibuatnya.

 

 

     (3)  Apabila siasatan telah selesai, Jawatankuasa hendaklah memberi suatu laporan tentang pendapatnya kepada Majlis; dan hendaklah juga membuat perakuannya sama ada Peguam Syarie berkenaan adalah bersalah atau tidak atas kesalahan yang diadukan itu.

 

 

    (4)  Jika  Jawatankuasa  membuat  perakuan  bahawa  Peguam Syarie berkenaan didapati bersalah atas kesalahan yang diadukan itu, Jawatankuasa hendaklah juga membuat perakuan mengenai hukuman yang patut dikenakan ke atas Peguam Syarie tersebut.

 

       

 

 

 

    (5)  Tertakluk   kepada   Kaedah-Kaedah   ini,   Jawatankuasa adalah berkuasa untuk mengawalselia  prosedurnya sendiri berhubungan dengan perjalanan siasatannya ke atas apa-apa aduan.

 

Kuasa Majlis mengeluarkan perintah

19. (1)  Majlis, apabila menerima laporan dan perakuan Jawatankuasa mengikut kaedah 18, hendaklah membuat mana-mana daripada perintah-perintah yang berikut sebagaimana difikirkan adil dan munasabah:

 

 

(a)

membuat perintah supaya nama Peguam Syarie berkenaan digugurkan dariapda Daftar Peguam Syarie;

 

 

(b)

membuat perintah menggantung Peguam Syarie itu daripada menjalankan amalan bagi suatu tempoh yang difikirkan adil dan munasabah;

 

 

(c)

memberi amaran kepada Peguam Syarie itu; atau

 

 

(d)

membuat apa-apa perintah yang lain yang difikirkan adil dan munasabah.

 

 

     (2)  Dalam  membuat  apa-apa perintah di bawah kaedah-Kaedah ini, Majlis boleh, selain daripada fakta-fakta kes itu, mengambil kira kelakuan dan watak orang yang berkenaan itu pada masa yang lalu untuk menentukan apakah perintah yang patut dibuat.

 

Permohonan Untuk dikeluarkan Nama

dari Daftar.

20. (1)  Seseorang   Peguam  Syarie  boleh,  tertakluk  kepada  Kaedah-Kaedah ini, memohon kepada Majlis supaya namanya dikeluarkan dari Daftar Peguam Syarie.

 

 

     (2)  Tiap-tiap  permohonan  itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa serta disokong dengan afidavit.

 

 

     (3)  Jawatankuasa   boleh   atas   sebab   yang    baik    menghendaki permohonan itu supaya mengiklankan tujuannya hendak membuat permohonan itu mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Jawatankuasa.

 

 

     (4)  Permohonan  itu hendaklah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dan Jawatankuasa kemudiannya hendaklah mengemukakan perakuannya kepada Majlis.

 

     

 

 

 

 

 

Permohonan untuk dilantik semua sebagai Peguam Syarie.

21. (1)  Tertakluk    kepada    Kaedah-Kaedah     ini,     atas     perakuan Jawatankuasa, Majlis boleh jika difikirkan adil dan munasabah melantik semula seseorang itu, yang namanya telah dikeluarkan atau digugurkan dari Daftar Peguam Syarie, sebagai Peguam Syarie.

 

 

    (2)  Sesuatu   permohonan   supaya   seseorang   itu  dilantik   semula sebagai Peguam Syarie hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh kaedah-Kaedah ini bagi seseorang yang berhasrat untuk dilantik menjadi Peguam Syarie bagi kali pertamanya; tetapi bagi permohonan yang dibuat di bawah kaedah ini, permohonan itu hendaklah disokong dengan afidavit yang menerangkan  mengapa pemohon ingin dilantik semula untuk menjadi Peguam Syarie.

 

 

    (3) Fee  bagi  setiap  Sijil  Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah kaedah ini ialah tujuh ratus ringgit.

 

 

BAHAGIAN V

 

 

PERUNTUKAN AM

 

Mengemukakan Sijil Peguam Syarie.

22.  Setiap Peguam Syarie hendaklah mengemukakan Sijil Peguam Syarie jika dikehendaki oleh mana-mana Mahkamah Syariah.

 

Pembaharuan.

23. (1)  Tiap-tiap   permohonan   untuk   memperbaharui  Sijil   Peguam Syarie hendaklah dibuat kepada Majlis tidak lewat dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu.

 

 

     (2)  Permohonan  hendaklah  dibuat  dalam  Borang 1  sebagaimana ditetapkan dalam Jadual 1 dan dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Peguam Syarie.

 

 

    (3)  Fee  bagi  setiap  Sijil  Peguam Syarie yang  diperbaharui  adalah seperti berikut:-

 

 

(a)

jika permohonan untuk pembaharuan sijil itu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan oleh subkaedah (1), feenya ialah seratus ringgit.

 

 

(b)

Jika permohonan untuk pembaharuan sijil itu dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh subseksyen (1), feenya adalah seperti berikut:-

     

 

 

(i)

jika permohonan dibuat dalam tempoh kurang dari dua bulan sebelum tamat tempoh sijil itu, feenya ialah dua ratus ringgit:

 

 

 

(ii)

jika permohonan dibuat dalam tempoh satu bulan selepas tamat tempoh sijil, feenya ialah tiga ratus ringgit;

 

 

 

(iii)

jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh paragraf (b)(ii) tetapi dibuat dalam tempoh dua bulan selepas tamat tempoh sijil, feenya ialah empat ratus ringgit; dan

 

 

(iv)

jika permohonan dibuat selepas tempoh yang ditetapkan oleh paragraf (b)(iii) tetapi dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas tamat tempoh sijil, feenya ialah lima ratus ringgit.

 

 

      (4)  Seseorang   Peguam   Syarie   yang  gagal  memperbaharui  Sijil Peguam Syarienya sehinggalah tamat tempoh tiga bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh subkaedah (3)(b)(iv) tidak akan dibenarkan untuk memperbaharui sijilnya dan namanya hendaklah dianggap sebagai telah dikeluarkan oleh Majlis dari Daftar Peguam Syarie; dan jika dia berhasrat supaya dilantik semula sebagai Peguam Syarie, dia hendaklah memohon mengikut sepertimana yang ditetapkan oleh kaedah 21.

 

Sekatan.

24. (1)  Tiada  seorang  pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie melainkan dia adalah, menurut kaedah 8(3), dianggap sebagai telah dilantik menjadi Peguam Syarie oleh Kaedah-Kaedah ini, atau dia telah dilantik dengan sempurnanya sebagai Peguam Syarie mengikut Kaedah-Kaedah ini.

 

 

      (2)  Tiada  seorang  pun boleh menjalankan amalan sebagai Peguam Syarie atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai Peguam Syarie jika suatu perintah penggantungan ke atasnya di bawah kaedah 19(b) masih berkuatkuasa.

 

 

      (3)  Sesiapa yang melanggar subkaedah (1) atau (2) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dengan   penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau dengan kedua-duanya sekali.

 

     

 

 

 

 

 

 

 

 

JADUAL 1

 

 

(Kaedah 9 dan 23)

 

 

ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

  (NEGERI PULAU PINANG) 1993

 

 

KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1997

 

 

BORANG 1

 

 

(Kaedah 9 dan 23)

 

 

 

BORANG PERMOHONAN UNTUK DITERIMA MASUK

SEBAGAI PEGUAM SYARIE

 

 

 

 

* Permohonan Baru/Pembaharuan

 

 

Kepada Pengerusi Majlis,

 

 

Dengan hormatnya saya memohon untuk dilantik sebagai Peguam Syarie dan di bawah ini dikemukakan butir-butir mengenai diri saya.

 

 

(Hendaklah diisi oleh Pemohon dalam HURUF CERAIAN).

 

1.

Nama:

 

2.

Lain-lain Nama (jika ada)

 

3.

Jantina:

 

 

 

 

 

 

 

4.

Tarikh Lahir:

 

5.

Tempat Lahir:

 

6.

Bujang/Berkahwin/Lain-Lain Taraf:

 

7.

Kewarganegaraan:

 

8.

Agama:

 

9.

No. Kad Pengenalan:

 

10.

Tempat dan Tarikh Pengeluaran:

 

11.

Alamat urusan biasa:

 

12.

No. Telefon:

 

13.

Kelayakan dan Kelulusan:

 

 

Saya juga mengaku bahawa saya -

 

(i)

tidak pernah disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan jenayah (di bawah mana-mana undang-undang bertulis) yang menjadikannya tidak layak menjadi seorang Peguam Syarie, khususnya, tetapi tidak terhad kepada, sesuatu kesalahan berkenaan dengan penipuan atau kecurangan: atau

 

(ii)

bukan sedang menjadi bankrap; atau

 

(iii)

tidak pernah didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan dalam paragraf (a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) subseksyen (6) seksyen 33 Akta Kebankrapan 1967.

 

       

 

 

 

 

Tarikh:  ............................................

........................................

Tandatangan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan:

 

 

1.

Tiap-tiap pemohon hendaklah mengemukakan dua salinan tiap-tiap sijil dan lain-lain dokumen yang diakui sah dan juga dua salinan bagi tiap surat sokongan.

 

2.

Tiap-tiap salinan sijil atau dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana orang yang berikut:-

 

(a)

Peguam Syarie:

 

(b)

Peguambela atau Peguamcara yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976;

 

(c)

Ahli Dewan-Dewan Undangan Negeri;

 

(d)

Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan A.

 

     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAGI KEGUNAAN MAJLIS SAHAJA

 

 

 

Tarikh diterima:

 

 

Perakuan Jawatankuasa Kelayakan:

 

 

Tarikh perakuan:

 

 

Ditangguhkan kepada tarikh:

 

 

Sebab-Sebab ditangguhkan:

 

 

Keputusan Majlis:

 

 

Tarikh keputusan Majlis:

 

 

Ditangguhkan kepada Tarikh:

 

 

Sebab-Sebab ditangguhkan:

 

 

Tarikh pemohon diberitahu:

 

 

Tarikh bayaran fee sijil diterima:

 

 

No. resit:

 

 

Keputusan dihantar kepada pemohon pada:

 

 

Resit dihantar kepada pemohon pada:

 

 

Dicatatkan dalam Daftar Peguam Syarie pada:

 

 

No. siri pendaftaran:

 

 

 

 

 

 

 

JADUAL 2

(KAEDAH 11)

 

ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

(NEGERI PULAU PINANG) 1993

 

KAEDAH-KAEDAH PEGUAM SYARIE 1997

 

BORANG 2

(KAEDAH 11)

 

SIJIL PEGUAM SYARIE

 

 

 

Dengan ini diperakui bahawa -

No. siri pendaftaran:

 

 

Nama:

 

 

 

No. Kad Pengenalan:

 

 

 

Alamat:

 

 

 

 

yang telah mematuhi kehendak-kehendak Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1997 telah didaftarkan sebagai seorang Peguam Syarie di bawah seksyen 63 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang pada

 

 

..........hb.....................................19.........

 

 

 

Sijil ini adalah sah untuk satu tahun mulai dari tarikh pengeluarannya, iaitu, sah sehingga .............................

 

 

METERI

 

 

Tarikh dikeluarkan M ................................

          

                             H

 

 

 

 

............................................

Yang Di Pertua,

Majlis Agama Islam,

Negeri Pulau Pinang.

 

 

Diperbuat pada

 

     

 

 

1