|

NEGERI PULAU PINANG
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF PENANG GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
|
Jil.38
Bil. 17 |
18hb Ogos 1994 |
TAMBAHAN
No.1 |
|
PENGISYTIHARAN
No. 268.
Oleh SERI PADUKA BAGINDA YANG
DI PERTUAN AGONG dengan kurnia Allah bagi Negeri-Negeri dan
Wilayah-Wilayah di Malaysia, Kepala Utama Negara.
YANG DI PERTUAN AGONG
BAHAWASANYA
mengikut Seksyen 1 (2) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal
Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 1993 KITA dari masa ke
semasa secara pengisytiharan melalui warta, menguatkuasakan
tarikh kuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Negeri
Pulau Pinang) 1993;
DAN BAHAWASANYA adalah
didapati mustahak iaitu Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Negeri
Pulau Pinang) 1993 dikuatkuasakan tarikh perlaksanaannya pada 1 Jun
1994.
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN,
BETA, TUANKU JA’AFAR IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN, D.K.M.,
D.K., D.M.N., D.K.M.B., (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.J.
(Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K.
(Terengganu), D.K. (Perak), dengan kurnia Allah Yang di Pertuan
Agong bagi Negeri-Negeri dan Wilayah-Wilayah di Malaysia, untuk
menjalankan kuasa yang diberi kepada BETA sebagaimana tersebut di
atas menguatkuasakan tarikh kuatkuasanya perlaksanaan Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 1993 pada 1
Jun 1994.
DIPERBUAT di Istana Negara di
Ibu Negara Persekutuan di Kuala Lumpur pada 16hb. Julai 1994.
(JUPP/AD/05/23.001)
Dengan titah perintah Seri Paduka Baginda,
DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA
|
NEGERI PULAU PINANG
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF PENANG GAZETTE
PUBLISHED BY AUTHORITY
|
Jil.38
Bil. 9 |
28hb April 1994 |
TAMBAHAN No. 6 ENAKMEN |
|
Undang-Undang yang berikut, yang telah diluluskan oleh
Dewan Undangan Negeri, Pulau Pinang, pada hari yang keempat belas dalam bulan
Disember 1993 dan telah diperkenankan oleh Tuan Yang Terutama Yang di Pertua
Negeri pada hari yang ketiga puluh satu dalam bulan Mac 1994, adalah disiarkan
mengikut kuatkuasa syarat-syarat Artikel 26 dalam Perlembagaan Negeri Pulau
Pinang:
The following Enactnebt, passed by the Legislative
Assembly of the State of Penang on the fourteenth day of December 1993, and
assented to by His Excellency the Yang di Pertua Negeri on the thirty first day
of March 1994, is published in accordance with the provision of Article 26 of
the Constitution of the State of Penang: |
|
Enakmen
Bil.
|
Nama |
Muka |
|
7/1993 |
Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993. |
47 |
|
|
Administration of Islamic Religious
Affairs Enactment of the State of Penang 1993. |
|
|
|
|
|
|
BIL. 7 TAHUN 1993 |
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL
AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
1993
|
|
SUSUNAN FASAL |
|
|
BAHAGIAN 1
PERMULAAN
1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula
berkuatkuasa.
2. Tafsiran.
3. Kekecualian prerogatif.
BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
4. Penubuhan Majlis.
5. Jawatankuasa.
6. Keahlian Majlis.
7. Tamat perlantikan.
8. Pembatalan perlantikan.
9. Perlantikan sementara.
10. Lantikan hendaklah diwartakan.
11. Perlantikan Setiausaha.
12. Perlantikan Timbalan Setiausaha
dan Penolong Setiausaha.
13. Kehadiran bukan ahli dalam
mesyuarat.
14. Mempengerusikan mesyuarat.
15. Korum.
16. Perjalanan urusan.
17. Memanggil mesyuarat.
18. Kuasa Yang Di Pertua.
19. Kewajipan dan kuasa Setiausaha.
20. Minit-Minit.
21. Peraturan mesyuarat dan
pengundian.
22. Salinan ketetapan.
23. Yang Di Pertua berada di luar
Pulau Pinang.
24. Bertindak dalam perkara
tergempar.
25. Penurunan kuasa dan tugas-tugas.
26. Rahsia.
27. Penjawat awam.
28. Majlis boleh membuat prosedur
sendiri.
29. Perjanjian-perjanjian dan
hartabenda.
30. Tanggungjawab Majlis untuk
pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.
31. Kuasa menubuhkan perbadanan
perniagaan.
32. Kuasa meminjam.
33. Kuasa Majlis dalam Hal Ehwal
Agama.
|
|
BAHAGIAN III
MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH
34. Perlantikan Mufti.
35. Kuasa Mufti.
36. Fatwa.
37. Bentuk fatwa.
38. Pindaan, ubahsuaian atau
pembatalan fatwa.
39. Jawatankuasa Syariah.
40. Permintaan untuk pendapat oleh
mahkamah.
41. Nas yang akan diikuti.
PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG 1993
BAHAGIAN IV
MAHKAMAH SYARIAH
42. Penubuhan Mahkamah Syariah.
43. Perlantikan Ketua Hakim Syarie.
44. Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah
Rayuan Syariah.
45. Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah.
46. Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah
Syariah.
47. Pendaftar-Pendaftar.
48. Bidang kuasa Mahkamah Tinggi
Syariah.
49. Bidang kuasa Mahkamah Rendah
Syariah.
50. Rayuan ke Mahkamah Tinggi
Syariah.
51. Permohonan untuk kebenaran
merayu.
52. Perakuan-perakuan pewarisan.
53. Bidang kuasa pengawasan dan
penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah.
54. Bidang kuasa Mahkamah Rayuan
Syariah.
55. Bidang kuasa pengawasan dan
penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah.
56. Keanggotaan Mahkamah Rayuan
Syariah.
57. Keputusan bagaimana dibuat.
58. Penerusan prosiding dalam
Mahkamah Rayuan Syariah walaupun ketiadaan Hakim.
59. Hak-hak, kepentingan-kepentingan
atau harta.
60. Peraturan rayuan.
BAHAGIAN V
PENDAKWAAN, PENGUATKUASAAN DAN PERWAKILAN
61. Pendakwa Syarie.
62. Pegawai Penguatkuasa Agama.
63. Peguam Syarie.
BAHAGIAN VI
MASJID DAN TANAH PERKUBURAN
64. Pemegang amanah masjid dan tanah
yang berkaitan.
65. Sekatan membina masjid.
66. Penyelenggaraan masjid dan
kawasannya.
67. Sempadan Qaryah masjid.
68. Perlantikan Pegawai Masjid.
69. Tauliah.
70. Tempoh jawatan Pegawai Masjid.
71. Kawalan dan arahan ke atas
Pegawai Masjid.
72. Penghapusan jawatan Nazir.
73. Jawatankuasa Qaryah.
74. Kecualian.
75. Tanah perkuburan.
BAHAGIAN VII
PUNGUTAN KHAIRAT
76. Pungutan khairat.
BAHAGIAN VIII
MASUK ISLAM
77. Keupayaan masuk Islam.
78. Keperluan-keperluan bagi
kemasukan Islam.
79. Saat masuk Islam.
80. Kemasukan Islam anak-anak.
81. Tugas dan kewajipan orang yang
masuk Islam.
82. Tugas dan kewajipan orang yang
mengislamkan seseorang.
83. Daftar Masuk Islam.
84. Pendaftaran masuk Islam.
85. Sijil masuk Islam.
86. Pengiktirafan sebagai seorang
Islam.
87. Menentukan sama ada orang yang
tiada didaftarkan seorang Islam.
88. Kesalahan memberi maklumat palsu.
89. Pendaftar Masuk Islam.
BAHAGIAN IX
PERKARA-PERKARA KEWANGAN
90. Penubuhan Baitulmal.
91. Deposit.
92. Wakaf dan nazar.
93. Terletakhak.
94. Sekatan-sekatan ke atas pewujudan
amanah khairat.
95. Pendapatan daripada wakaf dan
nazar.
96. Modul wakaf dan nazar am.
97. Pengertian suratcara.
98. Laporan Tahunan.
99. Memeriksa kira-kira.
100. Hartabenda wakaf dan nazar.
101. Anggaran-anggaran.
102. Perbelanjaan Majlis.
103. Bank-Bank.
104. Kuasa Majlis memungut zakat dan
fitrah.
105. Bantahan-bantahan.
BAHAGIAN X
AM
106. Elaun-elaun
107. Kaedah.
108. Pengecualian kaedah dan
perlantikan.
109. Peralihan.
110. Pemansuhan Enakmen 3/1959.
JADUAL PERTAMA
BIL. 7 TAHUN 1993
DIPERKENANKAN,
(TUN DATO’ SERI (DR.) HAJI HAMDAN
BIN
SHEIKH TAHIR),
Yang Di Pertua Negeri
(Mohor Yang di Pertua Negeri)
Suatu Enakmen bagi mengadakan peruntukan bagi Negeri Pulau
Pinang suatu undang-undang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pentadbiran Hal
Ehwal Agama Islam, peraturan dan pengurusan pihak berkuasa Agama Islam, dan
perkara-perkara yang berhubungan dengannya.
[ 31
Mac 1994 ]
M A K A D
E N G A N I N I D I P E R U N D A N G K A N
oleh Kuasa Undangan Negeri Pulau Pinang
seperti berikut:-
BAHAGIAN I
PERMULAAN
|
|
Tajuk ringkas, pemakaian dan mula
berkuatkuasa
|
1. (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993.
(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh
yang ditetapkan oleh Yang Di Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam
warta.
|
|
|
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikh yang
berlainan bagi berkuatkuasanya bahagian-bahagian yang berlainan dalam
Enakmen ini.
|
|
Tafsiran |
2. (1) Dalam Enakmen ini,
melainkan konteksnya menghendaki makna yang berlainan.
|
|
|
“anak Qaryah” ertinya seseorang yang
secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam Qaryah masjid;
|
|
|
“Baitulmal” ertinya Baitulmal Majlis
Agama Islam Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 90.
|
|
|
“Enakmen” ertinya Enakmen
Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993;
|
|
|
“Hakim atau Hakim Syarie” ertinya
Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 45
(1) tetapi tidak termasuk Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di
bawah seksyen 46 (1);
|
|
|
“Imam Rawatib” ertinya Imam yang
dipilih oleh anak Qaryah sesuatu masjid dan disahkan oleh Majlis;
|
|
|
“Jawatankuasa” ertinya sesebuah
Lembaga atau Jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 5;
|
|
|
“Jawatankuasa Qaryah” ertinya
Jawatankuasa Qaryah yang ditubuhkan di bawah seksyen 73 (1);
|
|
|
“Ketua Hakim Syarie” ertinya Ketua
Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 43(1);
|
|
|
“Mahkamah atau Mahkamah Syariah”
ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah
Rayuan Syariah, setakat mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah
seksyen 42;
|
|
|
“Majlis ertinya Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
|
|
|
“Masjid” ertinya satu bangunan yang digunakan bagi maksud
sembahyang Jumaat dan sembahyang lain dan kegiatan-kegiatan lain yang
berkaitan yang diharuskan atau dibenarkan oleh agama Islam dan
termasuklah surau yang disenaraikan dalam rekod Majlis;
|
|
|
“Mufti” ertinya orang yang dilantik menjadi Mufti Negeri
Pulau Pinang mengikut seksyen 34;
|
|
|
‘Pegawai Agama” ertinya pegawai Jabatan Agama Islam Negeri
Pulau Pinang dan termasuklah Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai
Masjid; |
|
|
“Pegawai Mahkamah” termasuklah Ketua
Hakim Syarie., Hakim Syarie termasuk Hakim-Hakim Mahkamah Rendah
Syariah, Ketua Pendaftar, Pendaftar, Penolong Pendaftar, Pegawai Kerani
dan Penghantar Saman;
|
|
|
“Pendakwa Syarie” ertinya pegawai
yang dilantik di bawah seksyen 61 dan termasuklah Ketua Pendakwa Syarie;
|
|
|
“Pegawai Masjid” termasuklah Naqib
Masjid, Imam Rawatib, Imam, Khatib, Pembantu Khatib, Bilal dan Pembantu
Bilal bagi sesuatu masjid;
|
|
|
“Pegawai Penguatkuasa Agama” ertinya
Pegawai yang dilantik di bawah seksyen 62;
|
|
|
“Peguam Syarie” ertinya seseorang
yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 63;
|
|
|
“Pendaftar Masuk Islam” ertinya
pegawai yang dilantik di bawah seksyen 89;
|
|
|
“Qaryah masjid” atau “Qaryah” ertinya kawasan atau sempadan
yang ditentukan di bawah seksyen 67 di mana masjid itu berada;
|
|
|
“Setiausaha” ertinya Setiausaha
Majlis yang dilantik di bawah seksyen 11;
|
|
|
“Seorang Islam” ertinya-
(a) Seseorang yang menganut agama Islam;
(b) Seseorang yang sama ada kedua ibu
bapanya adalah Islam atas salah seorang daripada mereka yang mempunyai
hak penjagaan keatasnya adalah Islam, pada masa kelahirannya;
(c) seseorang yang cara dia dibesarkan
telah dijalankan atas asas bahawa dia orang Islam;
(d) seseorang yang telah memeluk agama
Islam mengikut seksyen 78 atau dengan seksyen 80;
(e) seseorang yang lazimnya dikenali
sebagai seorang Islam; atau
(f) seseorang yang ternyata telah
menyebut dalam keadaan mana dia terikat dengan undang-undang bagi
menyatakan kebenaran bahawa dia adalah seorang Islam, sama ada kenyataan
itu seca lisan atau bertulis.
|
|
Akta 388 |
(2) Semua perkataan, perbahasan, tafsiran dan
rangkaikata yang digunakan di dalam Enakmen ini dan tidak ditafsirkan di
dalam Enakmen ini tetapi ditafsirkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967
hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing setakat
mana yang erti-erti tidak bertentangan dengan Hukum Syara’.
|
|
|
(3) Bagi mengelakkan keraguan berkenaan identiti atau
tafsiran perkataan atau perbahasan yang digunakan dalam Enakmen ini yang
disenaraikan dalam Jadual 1, rujukan boleh dibuat kepada tulisan Arab
bagi perkataan-perkataan itu dan perbahasan yang ditunjukkan
bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
|
|
Kekecualian prerogatif |
3. Melainkan dinyatakan dengan
jelas di dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam
Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak kedaulatan dan
kuasa-kuasa istimewa yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam
Negeri Pulau Pinang, sebagaimana yang ditetapkan dalam Perlembagaan
Negeri Pulau Pinang. |
BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
|
Penubuhan Majlis |
4. (1) Maka hendaklah ditubuhkan satu badan yang
dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang” bagi
menasihati Yang di Pertuan Agong dalam perkara yang berkaitan dengan
agama Islam.
|
|
Enakmen
3/1959 |
(2) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, Majlis
Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai yang wujud menurut kuasa
seksyen 4 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959 hendaklah
disifatkan sebagai Majlis yang disebut di dalam subseksyen (1).
|
|
|
(3) Majlis hendaklah menjadi sebuah pertubuhan
perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai
perbadanan dan meterai itu boleh dari masa ke semasa dipecahkan, diubah,
ditukar dan dibuat baru sebagaimana difikirkan patut oleh Majlis, dan
sehingga diadakan meterai di bawah seksyen ini maka suatu cap yang
mengandungi tulisan “Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang” bolehlah
digunakan sebagai meterai perbadanan.
|
|
|
(4) Majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama
perbadanannya.
|
|
|
(5) Walau apa pun yang terdapat di dalam Enakmen ini,
Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu
wasiat atau sebagai pentadbir harta simati atau sebagai pemegang amanah
mana-mana amanah.
|
|
|
(6) Majlis hendaklah mempunyai kuasa-kuasa yang
selanjutnya dan menjalankan apa-apa tugas yang diberi oleh Enakmen ini
atau mana-mana undang-undang yang lain.
|
|
Jawatankuasa |
5. Majlis boleh melantik beberapa buah Lembaga atau
Jawatankuasa bagi membantunya menjalankan tugas atau menjalankan
kuasanya.
|
|
Keahlian Majlis. |
6. (1) Majlis hendaklah
mengandungi ahli-ahli yang berikut iaitu-
(a) Yang di Pertua;
(b) Timbalan Yang di Pertua;
(c) tidak lebih daripada dua orang
ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang beragama Islam yang
dilantik oleh Yang di Pertuan Agong diatas perakuan Yang di Pertua
Negeri;
(d) tidak lebih daripada dua belas
ahli-ahli yang lain;
(e) lima orang ahli ex-officio yang
hendaklah orang-orang yang pada masa itu memegang jawatan seperti
berikut-
(i) Setiausaha
Kerajaan Negeri;
(ii) Penasihat
Undang-Undang Negeri;
(iii) Pegawai
Kewangan Negeri;
(iv) Mufti; dan
(v) Ketua Hakim
Syarie.
|
|
|
(2) Yang di Pertua, Timbalan Yang di Pertua dan
ahli-ahli yang dilantik di bawah perenggan (d) subseksyen (1) hendaklah
orang Islam dan hendaklah dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga
tahun, sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di Pertuan Agong.
|
|
|
(3) Jika pada sesuatu masa, orang yang memegang jawatan
yang disebut di subperenggan (i), (ii) dan (iii) dalam perenggan (e)
ialah bukan Islam, Yang di Pertuan Agong atas nasihat Majlis Mesyuarat
Kerajaan hendaklah melantik seorang pegawai Islam dari jabatan yang sama
menjadi ahli menggantikan orang tersebut.
|
|
|
(4) Ahli-ahli yang tempoh
jawatannya telah tamat bolehlah dilantik semula..
|
|
|
(5) Tidak boleh dilantik seseorang sebagai ahli Majlis
melainkan ianya seseorang yang berumur lebih daripada dua puluh satu
tahun yang beragama Islam.
|
|
|
(6) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum
berkuatkuasanya seksyen ini adalah Yang Di Pertua, Timbalan Yang di
Pertua dan ahli-ahli yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong hendaklah,
tertakluk kepada Enakmen ini, terus menjadi Yang di Pertua, Timbalan
Yang di Pertua dan ahli-ahli Majlis sehingga tamat tempoh
perlantikannya.
|
|
Tamat perlantikan |
7. Perlantikan ahli-ahli Majlis hendaklah
tamat-
(a) atas kematiannya; atau
(b) jika dia, dengan surat yang
dituju kepada Yang di- Pertuan Agong melalui Yang di Pertua
meletakkan jawatannya;
(c) jika dia tidak ada di
Malaysia tanpa kebenaran bertulis dari Yang di Pertua bagi tempoh
melebihi tiga bulan.
|
|
Pembatalan perlantikan |
8. Yang di Pertuan Agong, atas nasihat Majlis Mesyuarat
Kerajaan boleh membatalkan perlantikan mana-mana ahli-
(a) jika kelakuannya sama ada yang
berkaitan dengan tugasnya sebagai ahli atau sebaliknya telah menjadikan
buruk nama Majlis; atau
(b) jika atas sebab dia telah menjadi
tidak berkeupayaan menjalankan tugasnya dengan sempurna sebagai ahli;
atau
(c) jika dia, tanpa sebarang alasan
seperti pada fikiran Yang di Pertua adalah mencukupi telah tidak hadir
selama tiga kali berturut-turut dalam mesyuarat Majlis.
|
|
Perlantikan sementara |
9. (1) Jika sekiranya sebab ketiadaan sementara ataupun
sebab keuzuran mana-mana ahli Majlis, Yang di Pertuan Agong, atas
nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan boleh melantik seorang bagi sementara
waktu menggantikannya.
|
|
|
(2) Perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah
tamat tujuh hari selepas ahli sebenar memberi notis bertulis kepada Yang
Di Pertua bahawa ia akan meneruskan tugasnya semula.
|
|
|
(3) Satu salinan notis di bawah subseksyen (2)
hendaklah juga diberi kepada ahli sementara itu.
|
|
Lantikan hendaklah diwartakan. |
10. Semua perlantikan dan
pembatalan perlantikan di bawah seksyen 6, 7, 8 dan 9 hendaklah
diberitahu melalui Warta.
|
|
Perlantikan Setiausaha. |
11. (1) Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang
hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.
|
|
|
(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pentadbir
Majlis dan hendaklah bertanggungjawab menjalankan dasar dan keputusan
Majlis.
|
|
|
(3) Setiausaha adalah berhak menghadiri semua
mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam perjalanannya tetapi tidak
berhak mengundi.
|
|
Perlantikan Timbalan Setiausaha dan
Penolong Setiausaha. |
12. (1) Majlis boleh melantik mana-mana pegawai dari
Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sebagai seorang Timbalan Setiausaha dan
beberapa orang Penolong Setiausaha sebagaimana yang difikirkan perlu
oleh Majlis.
|
|
(2) Timbalan Setiausaha hendaklah, tertakluk kepada
arahan dan kawalan Setiausaha, mempunyai segala kuasa dan boleh
menjalankan segala tugas Setiausaha di bawah Enakmen ini dan hendaklah
semasa Setiausaha tidak ada, bertindak sebagai Setiausaha.
|
|
(3) Seseorang Penolong Setiausaha hendaklah tertakluk
kepada arahan dan kawalan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha, membantu
Setiausaha dan Timbalan Setiausaha dalam menjalankan kuasa-kuasa dan
tugas mereka.
|
|
Kehadiran bukan ahli dalam
mesyuarat. |
13. (1) Yang di Pertua boleh menjemput sesiapa yang
bukan ahli Majlis hadir dalam mesyuarat Majlis, jika perkara yang
dibicangkan dalam mesyuarat memerlukan kehadiran orang itu.
|
|
(2) Seseorang yang dijemput hadir di bawah subseksyen
(1) adalah berhak mengambil bahagian dalam perbincangan Majlis, tetapi
tidak berhak mengundi.
|
|
Mempengerusikan mesyuarat. |
14 (1) Yang di Pertua atau jika ketiadaannya, Timbalan
Yang di Pertua hendaklah mempengerusikan mesyuarat Majlis.
|
|
|
(2) Jika kedua-duanya iaitu Yang di Pertua dan
Timbalan Yang di Pertua tidak hadir dalam mesyuarat, ahli-ahli yang
hadir hendaklah memilih seorang dari mereka mempengerusikan mesyuarat.
|
|
Korum |
15 Tiada urusan, kecuali yang berkenaan penangguhan, yang
patut dibuat dalam mesyuarat dan tiada keputusan atau tindakan Majlis
yang dibuat atau dilaksanakan di dalam mesyuarat menjadi sah, kecuali
sekurang-kurangnya satu pertiga ahli-ahli termasuk orang yang
mempengerusikan mesyuarat, hadir dalam mesyuarat itu.
|
|
Perjalanan urusan. |
16. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan
nyata oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam
mesyuarat yang diadakan sebegitu kerap yang tidak melebihi tiga bulan
kalender dari mesyuarat yang lalu dan hendaklah dijalankan dengan
keputusan majoriti ahli-ahli yang hadir dan berhak mengundi.
|
|
|
(2) Ketetapan bertulis melalui pekeliling yang
ditandatangani dan dipersetujui oleh majoriti ahli Majlis hendaklah,
kecuali di dalam hal-hal tertentu atau jenis-jenis tertentu Yang di
Pertuan Agong mengarahkan sebaliknya, mempunyai kesan yang sama seperti
ketetapan yang telah diluluskan di bawah subseksyen (1).
|
|
Memanggil mesyuarat.
|
17. (1) Semua mesyuarat Majlis
hendaklah dipanggil oleh Setiausaha.
|
|
(2) Yang di Pertua boleh pada bila-bila masa
mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat.
|
|
(3) Empat orang ahli Majlis boleh pada bila-bila
masa dengan bertulis menghendaki Setiausaha memanggil mesyuarat Majlid
dengan syarat mereka memberitahu Setiausaha tujuan mesyuarat itu
dipanggil.
|
|
(4) Setiausaha hendaklah memanggil mesyuarat dalam
tempoh empat belas hari dari tarikh terima arahan atau kehendak di bawah
subseksyen (2) atau (3) atau jika Yang di Pertua mengarahkan sedemikian,
serta merta sebaik sahajamenerima arahan atau kehendak tersebut.
|
|
(5) Sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis
hendaklah diberi mengenai mana-mana mesyuarat tetapi Yang di Pertua
bolehlah, jika dia fikir bahawa ada keperluan mendesak untuk memanggil
sesuatu mesyuarat dengan notis yang lebih pendek, mengarah kehendak
notis tujuh hari itu diketepikan.
|
|
(6) Notis mesyuarat boleh dihantar melalui pos kepada
ahli dengan ditujukan kepada alamat tempat tinggalnya yang terakhir
diketahui dan hendaklah dianggap telah diserahkan mengikut perjalanan
biasa pos.
|
|
(7) Tiada notis mesyuarat diperlukan dalam hal ahli
yang sedang berada di luar Malaysia.
|
|
Kuasa Yang di Pertua |
18. Yang di Pertua hendaklah menjalankan kawalan ke atas
segala pertimbangtelitian dan prosiding Majlis dan hendaklah
bertanggungjawab bagi perjalanannya yang sepatutnya dan teratur.
|
|
Kewajipan dan kuasa Setiausaha |
19. Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberi oleh Yang
di Pertua kepadanya, Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua
surat menyurat dan dokumen Jalis dan hendaklah dalam segala segi lain
menjalankan tugas-tugasnya yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh
Enakmen ini atau yang diberikan oleh Yang di Pertua.
|
|
Minit-Minit |
20. (1) Setiausaha hendaklah menyimpan minit segala
mesyuarat Majlis dan pada tiap-tiap mesyuarat, minit mesyuarat yang lalu
hendaklah disahkan tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan. |
|
(2) Kecuali diarahkan sebaliknya oleh Majlis dalam
kes-kes tertentu, minit hendaklah secara ringkas dan hanya mengandungi
keputusan perkara yang mustahak.
|
|
(3) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas
tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah
disembahkan kepada Yang di Pertuan Agong. Jika tatkala draf minit itu
disahkan minit itu dipinda, Yang di Pertuan Agong hendaklah dengan
serta-merta dimaklumkan tentang pindan yang dibuat:
|
|
Dengan syarat bahawa tiada keputusan yang dibuat dalam
mana-mana minit boleh diambil tindakan sehingga Yang di Pertuan Agong
telah menandakan perkenannya secara bertulis.
|
|
Peraturan mesyuarat dan pengundian. |
21. (1) Pengerusi hendaklah menentukan aturan urusan pada
mesyuarat-mesyuarat.
|
|
(2) Pengerusi boleh memutuskan aturan ahli-ahli boleh
berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki
mana-mana ahli berhenti dari berucap di dalam mesyuarat.
|
|
(3) Pengerusi mesyuarat adalah layak mengundi dan jika
dalam satu ketetapan terdapat persamaan undi Pengerusi hendaklah
mempunyai undi pemutus:
|
|
Dengan syarat semua perkara yang menyentuh Hukum Syara’
hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Syariah.
|
|
Salinan ketetapan. |
22. Satu salinan apa-apa ketetapan Majlis yang diperakui
oleh Setiausaha sebagai salinan benar ketetapan itu adalah keterangan
yang mencukupi mengenainya, dan semua mahkamah hendaklah memberi
pengiktirafan kehakiman kepada tandatangan Setiausaha. |
|
|
Yang di Pertua berada di luar Pulau Pinang. |
23. Yang di Pertua, jika dia menjangka akan berada di luar
Negeri Pulau Pinang lebih dari tiga pulah hari, atas sesuatu sebab,
hendaklah memaklumkan kepada Yang di Pertuan Agong yang akan memberi
apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya patut.
|
|
|
Bertindak dalam perkara tergempar.
|
24. (1) Dalam apa-apa perkara tergempar, Yang di Pertua
boleh membuat atau mengarahkan dibuat bagi pihak Majlis apa-apa
perbuatan atau perkara yang boleh dibuat dengan sah melalui ketetapan
Majlis.
|
|
|
|
(2) Jika sesuatu perbuatan atau perkara itu dibuat
mengikut subseksyen (1) suatu mesyuarat Majlis hendaklah diadakan dalam
tempoh seminggu selepas itu bagi maksud meratifikasikan dan mengesahkan
perbuatan atau perkara yang dibuat itu, dan jika Majlis enggan
meratifikasikan dan mengesahkan perbuatan atau perkara yang dibuat itu,
yang di pertuan agong boleh memberi apa-apa arahan di atas perkara itu
sebagaimana yang difikirkannya patut.
|
|
|
Penurunan kuasa dan tugas-tugas. |
25. (1) Majlis boleh, melalui ketetapan dan tertakluk
kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan sebagaimana yang difikirkan
patut oleh Majlis, menurunkan kuasa pada Yang di Pertua atau Timbalan
Yang di Pertua atau Setiausaha atau kepada mana-mana Jawatankuasa Majlis
mengenai perlaksanaan mana-mana tugas dan perjalanan mana-mana kuasanya.
|
|
|
|
(2) Perlaksanaan tugas dan perjalanan kuasa mengikut
penurunan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada
kawalan dan arahan Majlis.
|
|
|
|
(3) Yang di Pertua, Timbalan Yang di Pertua,
Setiausaha atau Jawatankuasa hendaklah memberitahu Majlis semua
perbuatan dan perkara yang dibuat olehnya atau oleh Jawatankuasa itu
mengikut penurunan kuasa di bawah subseksyen (1).
|
|
|
Rahsia. |
26. Prosiding Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada
seorang pun ahli atau penjawatnya boleh mendedahkan atau membukakan
kepada sesiapa, selain dari Yang di Pertuan Agong dan mana-mana ahli
Majlis, sesuatu perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat kecuali dia dibenarkan
dengan nyata berbuat demikian oleh Majlis. |
|
|
Penjawat awam N.M.B. Bab 45. |
27. Ahli, Pegawai atau penjawat Majlis hendaklah dianggap
sebagai penjawat awam bagi maksud Kanun Kesiksaan. |
|
|
|
28. Majlis boleh, tertakluk kepada Enakmen ini menentukan
semua persoalan berkaitan dengan prosedur amalannya sendiri.
|
|
|
Perjanjian-perjanjian dan harta
benda. |
29. Majlis boleh membuat perjanjian dan boleh juga
memperolehi, membeli, mengambil, memegang dan memiliki akan hartabenda
yang boleh dialih dan yang tidak boleh dialih daripada sebarang jenis
dan dengan tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis yang
mengenainya maka bolehlah Majlis menukar, memberi, menyerah dan melepas,
mencagar, menggadai, memberi semula, memindah, membangun, atau dengan
lain-lain cara memisah atau menyelenggarakan sebarang hartabenda yang
boleh dialih atau yang tidak boleh dialih yang terserah milik kepada
Majlis dengan mengikut mana-mana syarat-syarat yang difikirkan patut
oleh Majlis dan sejajar dengan Hukum Syara’.
|
|
|
Tanggungjawab Majlis untuk
pembangunan sosio-ekonomi umat Islam. |
30. (1) Adalah menjadi tanggungjawab Majlis untuk memaju,
menggalak, memudah dan mengusahkan pembangunan ekonomi dan sosial serta
kesejahteraan umat Islam di Negeri Pulau Pinang berlandaskan Hukum
Syara’
|
|
|
(2) Bagi memenuhi maksud subseksyen (1) Jawatankuasa
Syariah yang dilantik di bawah seksyen 39 hendaklah menjadi badan
penasihat Syariah bagi menasihati Majlis dalam menjalankan
urusan-urusannya itu untuk menjamin bahawa mereka tidak memasukkan
unsur-unsur yang bertentangan dengan Hukum Syara’.
|
|
|
(3) Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk maksud
melaksanakan tanggungjawab di bawah subseksyen (1)-
|
|
|
(a) |
melakukan apa-apa kegiatan yang tidak terlibat dengan
unsur-unsur yang bertentangan dengan Hukum Syara’ khususnya dalam
pembangunan perdagangan dan perindustrian di mana perlaksanaannya adalah
menjadi kepadanya suatu keperluan, yang memberi faedah atau kemudahan
kepadanya atau kepada apa-apa yang berkaitan di dalam melaksanakan tugas
tersebut.
|
|
|
(b) |
memajukan perlaksanaan apa-apa kegiatan mana-mana
badan-badan atau orang-orang perseorangan lain dan untuk maksud itu,
menubuhkan atau meluaskan atau memajukan penubuhan atau perluasan
badan-badan lain, melaksanakan mana-mana kegiatan yang samad ada di
pengawasan Majlis atau secara bersendirian, dan memberi bantuan kepada
badan-badan atau kepada badan-badan lain atau orang perseorangan lain
yang jelas kepada Majlis mempunyai kemudahan bagi perlaksanaan mana-mana
kegiatan itu, meliputi bantuan kewangan dengan cara pinjaman modal atau
cara lain;
|
|
|
(c) |
melakukan mana-mana kegiatan bersama dengan badan-badan
atau orang perseorangan lain, termasuklah jabatan-jabatan atau
pihak-pihak berkuasa Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan, atau
sebagai wakil pengurusan atau lain-lain bagi pihak Kerajaan Negeri atau
Kerajaan Persekutuan jika diberi kuasa sedemikian;
|
|
|
(d) |
untuk membeli, menjadi penanggung atau dalam cara lain
memperolehi apa-apa saham dan syer di dalam mana-mana syarikat awam atau
persendirian dan untuk melupuskannya atas terma-terma dan syarat-syarat
sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis;
|
|
|
(e) |
untuk menubuhkan mana-mana skim
pemberian sesuatu pinjaman daripada Baitulmal kepada seseorang individu
Islam, penubuhan itu tertakluk kepada persetujuan Yang di Pertuan Agong;
|
|
|
(f) |
menubuh dan menyelenggarakan pusat-pusat latihan dan
penyelidikan; dan
|
|
|
(g) |
melakukan semua kegiatan yang Majlis mempertimbangkan patut
bagi tujuan mencapai objektif-objektif Majlis tersebut.
|
|
|
Kuasa menubuhkan perbadanan perniagaan. |
31. (1) Majlis boleh, dengan persetujuan Yang di Pertuan
Agong, dari masa ke semasa dengan perintah yang diwartakan, menubhkan
perbadanan perniagaan atas apa-apa nama yang Majlis fikirkan sesuai
untuk dijalankan dan dipertanggungjawabkan, mengawawi dan mengurus
apa-apa projek, rancangan atau usaha yang telah diatur atau yang
diusahakan oleh Majlis di dalam melaksanakan tanggungjawab atau kuasa di
bawah seksyen 30.
|
|
|
(2) Majlis boleh dengan persetujuan Yang di Pertuan
Agong, melalui perintah yang sama atau yang berlainan, membuat
peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perbadanan perniagaan yang
ditubuhkan di bawah subseksyen (1) bagi menetapkan-
|
|
|
(a) tanggungjawab-tanggungjawab, kuasa dan hak-hak
perbadanan perniagaan itu;
(b) sistem pengurusan perbadanan perniagaan; dan
(c) hubungan di antara perbadanan perniagaan itu
dengan Majlis dan hak-haknya dalam mengawasi perbadanan
perniagaan itu.
|
|
|
Kuasa meminjam. |
32. Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis,
Majlis boleh dengan persetujuan Yang di Pertuan Agong dan atas apa-apa
terma-terma dan syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan olehnya,
meminjam beberapa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan perlu bagi
melaksanakan mana-mana tanggungjawab Majlis di bawah Enakmen ini.
|
|
|
Kuasa Majlis dalam Hal Ehwal Agama. |
33. Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di
Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan agama
Islam di Negeri Pulau Pinang kecuali perkara Hukum Syara’ dan yang
berhubung dengan Pentadbiran Keadilan. |
|
|
|
|
BAHAGIAN III
MUFTI DAN JAWATANKUASA SYARIAH
|
Perlantikan Mufti |
34. (1) Yang di Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis
Mesyuarat Kerajaan melantik seorang yang layak dan sesuai menjadi Mufti
bagi Negeri Pulau Pinang.
|
|
Enakmen 3/1959 |
(2) Apabila berkuatkuasa seksyen ini orang yang menjadi
Mufti bagi Negeri Pulau Pinang sebelum sahaja berkuatkuasanya seksyen
ini, yang dilantik di bawah Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1959
hendaklah dianggap sebagai telah dilantik di bawah seksyen ini sebagai
Mufti bagi Negeri Pulau Pinang dan hendaklah terus memegang jawatannya.
|
|
Kuasa Mufti |
35. Mufti hendaklah membantu dan menasihati Yang di
Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara Hukum Syara’ dan dalam
semua perkara tersebut hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di Negeri
Pulau Pinang selepas Yang di Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan
sebaliknya dalam Enakmen ini.
|
|
Fatwa |
36. (1) Tertakluk kepada seksyen 39 (5) Mufti hendaklah,
atas perintah Yang di Pertuan Agong, dan bolehlah, atas kehendaknya
sendiri atau atas permintaan dari mana-mana orang yang dibuat dengan
surat yang ditujukan kepada Mufti, membuat dan menyiarkan dalam
Warta, fatwa atau pendapat atas sesuatu persoalan yang
belum terputus atau yang menimbulkan pertikaian mengenai atau yang
berkaitan dengan Hukum Syara’.
(2) Tiada sesuatu kenyataan yang dibuat oleh Mufti,
boleh dianggap sebagai fatwa, kecuali dan sehingga ia disiarkan dalam
Warta mengikut subseksyen (1).
(3) Sebaik sahaja disiarkan dalam Warta
sesuatu fatwa hendaklah mengikat tiap-tiap orang Islam yang bermastautin
di Negeri Pulau Pinang sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi
kewajipannya mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu melainkan jika dia
dibenarkan oleh Hukum Syara’ tidak mengikut fatwa itu dalam
perkara-perkara amalan, kepercyaan, atau pendapat peribadi.
(4) Sesuatu fatwa bertulis hendaklah diiktiraf oleh
semua mahkamah dalam Negeri Pulau Pinang sebagai autoritatif mengenai
semua perkara yang dinyatakan di dalamnya.
(5) Walau apa jua pun yang terdapat dalam subseksyen
(2), sesuatu kenyataan bertulis yang dibuat oleh Mufti boleh dianggap
sebagai fatwa untuk perbicaraan dalam mana-mana mahkamah.
|
|
Bentuk fatwa |
37. (1) Sesuatu fatwa hendaklah menyebut bahawa ia dibuat
mengikut seksyen 36.
(2) Sesuatu fatwa hendaklah disiarkan dalam Bahasa
Melayu dalam tulisan jawi, tetapi teks fatwa itu dalam tulisan rumi
boleh juga disiarkan.
|
|
Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan
fatwa. |
38. (1) Mufti dengan persetujuan Jawatankuasa Syariah
boleh meminda, mengubahsuaikan atau embatalkan mana-mana fatwa yang
telah dikeluarkan sebelum itu olehnya atau oleh mana-mana Mufti
terdahulu darinya.
(2) Sesuatu pindaan, ubahsuaian atau pembatalan ke atas
sesuatu fatwa hendaklah dianggap menjadi fatwa dan peruntukan-peruntukan
subseksyen-subseksyen (3) dan (4) seksyen 36 dan subseksyen (2) seksyen
(37) hendaklah terpakai baginya.
(3) Pindaan, ubahsuaian atau pembatalan sesuatu fatwa
hendaklah menyebut bahawa ia dibuat menurut subseksyen (1).
|
|
Jawatankuasa Syariah. |
39. (1) Maka hendaklah ada suatu
Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah.
(2) Jawatankuasa Syariah
hendaklah terdiri dari-
|
|
(a) |
Mufti, sebagai Pengerusi; |
|
(b) |
dua orang pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Pulau
Pinang yang mahir dalam Hukum Syara’ yang dilantik oleh Majlis;
|
|
(c) |
dua orang ahli Majlis yang dinamakan
oleh Majlis; dan
|
|
(d) |
sekurang-kurangnya dua orang, tetapi tidak lebih dari lima
orang yang dilantik oleh Majlis, terdiri dari orang yang mahir dalam
Hukum Syara’
|
|
|
(3) Seorang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau
Pinang yang dilantik oleh Majlis hendaklah menjadi Setiausaha.
|
|
Enakmen 3/1959 |
(4) Orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasa seksyen
ini, telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di
bawah seksyen 35 (1) Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1959
hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini dianggap telah dinamakan atau
dilantik menjadi ahli Jawatankuasa Syariah dan hendaklah terus menjadi
ahli sehingga tamat tempoh perlantikan mereka sekarang.
|
|
Permintaan untuk pendapat oleh
mahkamah |
40. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang
berlawanan, Mufti tidaklah boleh disaman untuk memberi pendapat atau
keterangan mengenai Hukum Syara’ di dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau
Mahkamah Syariah, tetapi jika di dalam mahkamah selain daripada Mahkamah
Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syara’ perlu diputuskan, mahkamah itu
boleh meminta pendapat Mufti mengenai persoalan itu, dan Mufti boleh
memperakukan pendapatnya kepada mahkamah yang meminta itu.
|
|
Nas yang akan diikuti. |
41. (1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah
seksyen 36 atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 40, Mufti
hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie.
|
|
|
(2) Jika Mufti berpendapat bahawa dengan mengikut qaul
muktamad dari Mazhab Shafie akan membawa kepada keadaan yang berlawanan
dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad dari
mana-mana Mazhab lain yang sah.
|
|
|
(3) Jika Mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul
muktamad dari mana-mana Mazhab yang sah boleh diikuti tanpa membawa
kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah
memutuskan persoalan itu mengikut hematnya sendiri berlandaskan Al-Quran
tanpa terikat dengan qaul muktamad dari mana-mana Mazhab yang sah itu. |
| |
|
|
BAHAGIAN IV
MAHKAMAH SYARIAH
|
Penubuhan Mahkamah Syariah |
42. (1) Yang di Pertuan Agong, atas nasihat Majlis
boleh, dengan pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan
Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Pulau Pinang pada tempat
yang difikirkannya sesuai.
|
|
|
(2) Yang di Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh,
dengan pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan Mahkamah Tinggi Syariah
bagi Negeri Pulau Pinang.
|
|
|
(3) Yang di Pertuan Agong, atas nasihat Majlis boleh,
dengan pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rayuan
Syariah bagi Negeri Pulau Pinang.
|
|
Perlantikan Ketua Hakim Syarie. |
43. (1) Yang di Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis,
melantik seorang Ketua Hakim Syarie.
|
|
|
(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen
(1) jika-
|
|
|
(a) dia seorang warganegara; dan
|
|
|
(b) dia -
|
|
(i) |
selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum
perlantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada
suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa
yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
|
|
(ii) |
seorang yang arif tentang Hukum Syara’.
|
|
|
(3) Orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya
seksyen ini, memegang jawatan Kadi Besar di bawah subseksyen (1) seksyen
38 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam Tahun 1959 dan melaksanakan
fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen
ini, terus memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia
telah dilantik di bawah subseksyen (1).
|
|
|
(4) Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan
dalam Warta.
|
|
Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah
Rayuan Syariah |
44. (1) Yang di Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis,
melantik, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, tidak lebih daripada
tujuh orang Islam untuk menubuhkan suatu panel tetap hakim dan Ketua
Hakim Syarie hendaklah memilih dua orang daripada kalangan mereka untuk
membentuk korum hakim dalam Mahkamah Rayuan Syariah berkenaan dengan
tiap-tiap pendengaran. |
|
|
(2) Nama ketujuh-tujuh anggota itu hendaklah disiarkan
dalam Warta.
|
|
Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah. |
45. (1) Yang di Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis,
melantik Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah
subseksyen (1) jika -
(a) dia seorang
warganegara; dan
(b) dia -
|
|
(i) |
selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum
perlantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
atau Kadi atau Pendaftar atau Pendakwa Syarie sesuatu Negeri atau pada
suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa
yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
|
|
(ii) |
seorang yang arif tentang Hukum Syara’.
|
|
|
(3) Orang-orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya
seksyen ini, memegang jawatan Kadi di bawah subseksyen (1) seksyen 38
Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1959 dan melaksanakan
fungsi-fungsi kehakiman hendaklah apabila mula berkuatkuasanya seksyen
ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah
seolah-olah mereka telah dilantik di bawah subseksyen (1).
|
|
|
(4) Semua perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah
disiarkan dalam Warta.
|
|
Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah
Syariah. |
46. (1) Yang di Pertuan Agong boleh, atas syor Ketua
Hakim Syarie, melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am
Perse4kutuan atau Negeri Pulau Pinang, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah
Syariah.
|
|
|
(2) Semua perlantikan di bawah subseksyen (1)
hendaklah disiarkan dalam Warta.
|
|
Pendaftar-Pendaftar |
47. Yang di Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim
Syarie,. melantik, daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am
Persekutuan atau Negeri Pulau Pinang, seorang Ketua Pendaftar Mahkamah
Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong-Penolong
Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.
|
|
Bidang kuasa Mahkamah Tinggi
Syariah. |
48. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai
bidang kuasa di seluruh Negeri Pulau Pinang dan hendaklah diketuai oleh
seorang Hakim Syarie.
|
|
(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-
|
|
(a) |
dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah
Enakmen ini, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang
menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang
sedang berkuatkuasa, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang
diperuntukkan baginya; |
|
(b) |
dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang Islam dan
yang berhubungan dengan-
|
|
(i) |
pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran
perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau
apa-apa perkara yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami
isteri;
|
|
(ii) |
apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit
daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam subperenggan (i);
|
|
(iii) |
nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan
atau jagaan (hadhanah) budak-budak;
|
|
(iv) |
pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;
|
|
(v) |
wasiat atau alang semasa marad-al-maut seseorang si mati
Islam;
|
|
(vi) |
alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa
alasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang boleh seseorang Islam;
|
|
(vii) |
wakaf atau nazar; |
|
(viii) |
pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak
berwasiat.
|
|
(ix) |
penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta
pusaka seseorang simati Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya
orang-orang itu masing-masing berha; atau
|
|
(x) |
perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa
diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
|
|
Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah |
49. (1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Pulau Pinang dan hendaklah
diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah-
|
|
(a) |
dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa
kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen ini atau
mana-mana undang-undang bertulis lain yang menentapkan
kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya
hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen ini atau mana-mana
undang-undang bertulis itu tidak melebihi dua ribu ringgit, atau
pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh
mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan baginya;
|
|
(b) |
dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk
mendengar dan memutuskannya, yang amaun atau nilai hal perkara yang
dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau tidak
dapat dianggarkan dengan wang.
|
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah. |
50. (1) Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah
daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah-
|
|
(a) |
dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau
oleh orang yang telah disabitkan, dan rayuan itu boleh sama ada terhadap
pembebasan, sabitan atau hukuman atau mana-mana daripadanya;
|
|
(b) |
dalam bidang kuasa malnya-
|
|
(i) |
oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu,
jika amaun yang dituntut itu tidak kurang daripada satu ribu ringgit;
|
|
(ii) |
dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai
taraf diri, oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu;
|
|
|
tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang
telah dibuat dengan persetujuan; dan
|
|
(c) |
dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah
memberikan kebenaran untuk merayu.
|
|
|
(2) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah
boleh-
|
|
(a) |
dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan
menghukum pihak yang merayu, memerintahkan Mahkamah perbicaraan
memanggil pembelaan atau membuat siasatan lanjut, menambah atau meminda
bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula, atau meminda, atau
mengakaskan apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan;
|
|
(b) |
dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah
keputusan Mahkamah perbicaraan, menjalankan mana-mana kuasa yang boleh
dijalankan oleh Mahkamah perbicaraan, membuat apa-apa perintah yang
sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau memerintahkan
perbicaraan semula.
|
|
Permohonan untuk kebenaran merayu |
51. (1) Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk
merayu di bawah perenggan (c) subseksyen (1) seksyen 50 hendaklah dibuat
kepada Mahkamah Tinggi Syariah mengikut apa-apa keadaan hendaklah dalam
tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau
keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam
keadaan apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak
dengan menjalankan usaha yang manasabah boleh mengetahuinya, dalam
tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah, atau
keputusan itu sampai kepada pengetahuannya.
|
|
|
(2) Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana
permohonan bagi kebenaran untuk merayu, boleh atas alasan khas
melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh.
|
|
Perakuan-perakuan pewarisan |
52. Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang
berhubungan dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang
si mati Islam, mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada
Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu Mahkamah Rendah Syariah, adalah
mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-orang yang berhak kepada
bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya
orang-orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah bolehlah, atas
permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari,
atau wakilnya dan setelah dibayar olehnya fee yang ditetapkan,
memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai
orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan
mengenai bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian-bahagian
yang padanya mereka masing-masingnya berhak.
|
|
Bidang kuasa pengawasan dan
penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah. |
53. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai
bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah
Syariah dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan,
sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak
atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa
perkara atau prosiding, samada ada mal atau jenayah, dalam mana-mana
Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod
mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi
keadilan.
|
|
|
(2) Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rekod di
bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah
mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung
sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
|
|
Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah |
54. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai
bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap
apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam
menjalankan bidang kuasa asalnya.
|
|
|
(2) Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan
Mahkamah Rendah Syariah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah,
Mahkamah Rayuan Syariah boleh atas permohonan mana-mana pihak memberikan
kebenaran bagi pemutusan olehnya sendiri apa-apa persoalan undang-undang
berkepentingan awam yang telah timbul dalam perjalanan rayuan itu dan
yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah menyentuh keputusan
rayuan itu.
|
|
|
(3) Apabila kebenaran telah diberikan oleh Mahkamah
Rayuan Syariah, ia hendaklah mendengar dan memutuskan persoalan yang
dibenarkan dirujukkan bagi keputusannya dan membuat apa-apa perintah
yang boleh dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah, dan sebagaimana yang
difikirkannya adil bagi pemberesan rayuan itu.
|
|
Bidang kuasa pengawasan dan
penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah. |
55. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai
bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah
dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama
ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau
orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa
perkara atau prosiding samada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi
Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh
memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
|
|
|
(2) Bilamana Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di
bawah subseksyen (1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah
mengenai perkara atau prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya daripada Mahkamah
Rayuan Syariah. |
|
Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah |
56. (1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah
hendaklah didengar dan dibereskan oleh seorang pengerusi dan mana-mana
dua orang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Hakim Syarie.
|
|
|
(2) Walau apa pun seksyen 44 Enakmen ini, Ketua Hakim
Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk
menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding
yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat wajar berbuat
demikian.
|
|
|
(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi
tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, dan sekiranya dia tidak
dapat berbuat demikian, Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim yang
paling kanan di antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi
pengerusi.
|
|
Keputusan bagaimana dibuat |
57. Rayuan hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti
anggota Mahkamah Rayuan Syariah.
|
|
Penerusan Prosiding dalam Mahkamah
Rayuan Syariah walaupun ketiadaan
Hakim. |
58. (1) Jika dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam
suatu rayuan atau pada bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman
mana-mana Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu
tidak dapat, kerana sakit atau sebab-sebab lain, untuk hadir dan
menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsinya sebagai
Hakim mahkamah itu, maka, jika kedua pihak bersetuju pendengaran itu
hendaklah diteruskan dan penghakiman atau penghakiman yang ditangguh,
mengikut mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua orang Hakim
mahkamah yang ada itu, dan bagi maksud-maksud rayuan itu, mahakamah hendaklah dianggap telah
dianggotai dengan sempurnanya. |
|
|
(2) Dalama mana-mana kes seperti yang tersebut di dalam
subseksyen (1) jika tiada keputusan sebulat suara, rayuan itu hendaklah
didengar semula.
|
|
|
(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak
memberi persetujuan mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak
dapat, kerana sakit atau apa-apa sebab lain, untuk hadir dan
menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan fungsi mereka
sebagai Hakim-Hakim mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar semula.
|
|
Hak-hak kepentingan-kepentingan atau
harta.
|
59. Tiada sesuatu keputusan Mahkamah Rendah Syariah,
Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah boleh prejudis atau
melibatkan hak-hak, kepentingan atau harta-harta mana-mana orang bukan
Islam. |
|
Peraturan Rayuan |
60. Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah tentang
prosidur bagi rayuan-rayuan dan permohonan bagi kebenaran merayu. |
| |
|
|
|
BAHAGIAN V
PENDAKWAAN, PENGUATKUASAAN DAN PERWAKILAN
|
Pendakwa Syarie |
61. (1) Yang di Pertuan Agong bolehlah atas nasihat
Majlis melantik seorang yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah menjadi Ketua Pendakwa Syarie.
|
|
|
(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang
boleh dijalankan mengikut budibicaranya untuk memulakan, menjalankan
atau tidak meneruskan mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di
dalam Mahkamah Syariah.
|
|
|
(3) Majlis atas nasihat Ketua Pendakwa Syariah boleh
maltnik orang-orang yang sesuai dan layak dari kalangan anggota
perkhidmatan awam am Persekutuan atau Negeri Pulau Pinang menjadi
Pendakwa-Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am
dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau
mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan
oleh Ketua Pendakwa Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis
kecuali mana-mana hak atau kuasa yang disebutkan dengan nyata yang mesti
dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.
|
|
Pegawai Penguatkuasa Agama |
62. (1) Yang di Pertuan Agong bolehlah atas nasihat
Majlis melantik seorang daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am
Persekutuan atau Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan untuk dilantik
sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menjadi Ketua Pegawai Penguatkuasa
Agama.
|
|
|
(2) Majlis atas nasihat Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama
boleh melantik Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk membantu dalam
penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini atau di bawah
mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang menentapkan
kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.
|
|
Peguam Syarie |
63. (1) Majlis boleh melantik mana-mana Pegawai
Undang-Undang Kerajaan Pe3rsekutuan dan mana-mana Pengamal Undang-Undang
yang memiliki sijil yang sah dikeluarkan di bawah Akta Profesion
Undang-Undang, 1976, atau mana-mana orang yang berkelayakan, menjadi
Peguam Syarie untuk hadir dan mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana
mahkamah.
|
|
|
(2) Perlantikan sebagai Peguam Syarie hendaklah
ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis.
|
|
|
(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam
mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada
Peguam Syarie berhak hadir dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak
mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya. |
BAHAGIAN VI
MASJID DAN TANAH PERKUBURAN
|
Pemegang amanah masjid dan tanah
yang berkaitan. |
64. Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam
mana-mana suratcara bertulis, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah
bagi kesemua masjid-masjid di dalam Negeri Pulau Pinang; dan tiap-tiap
masjid berserta tanah yang diatasnya terdiri masjid itu atau mana-mana
tanah yang berhubungan dengan dan digunakan bagi maksud masjid itu,
selain daripada tanah kerajaan, hendaklah sebaik sahaja didaftarkan di
bawah undang-undang bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah,
dan tanpa apa-apa pemindahhakan, terletakhak pada Majlis bagi
maksud-maksud Enakmen ini.
|
|
Sekatan membina masjid. |
65. (1) Tiada seseorang boleh, tanpa kebenaran bertulis
daripada Majlis, mendirikan apa-apa bangunan yang hendak digunakan
sebagai masjid, atau selainnya menggunakan mana-mana bangunan untuk
tujuan-tujuan sesuatu masjid, atau menyebabkan atau membenarkan
mana-mana bangunan digunakan sebagai masjid.
|
|
|
(2) Majlis tidak boleh memberi kebenarannya di bawah
subseksyen (1), melainkan jika tapak bangunan bagi masjid yang
dicadangkan itu telah dijadikan wakaf yang berkekalan.
|
|
|
(3) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen
(1), adalah bersalah atas suatu kesalahan dan apabila disabitkan
hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan
bangunan itu hendaklah dilakukan sebagaimana diperintahkan oleh
Mahkamah.
|
|
Penyelengga-raan Masjid dan
kawasan-nya |
66. (1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid
dalam Negeri Pulau Pinang adalah disenggarakan dalam keadaan pembaikan
yang sepatutnya dan bahawa kawasannya disenggarakan dalam keadaan
kebersihan yang sepatutnya; dan Majlis boleh memperdapatkan dan
menggunakan atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan wang khusus
bagi maksud pembaikan dan penyenggaraan itu atau bolehlah membayar kos
pembaikan dan penyenggaraan daripada Baitulmal |
|
|
(2) Pengerusi Jawatankuasa Qaryah hendaklah dengan
segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan
pembaikan bagi masjid di bawah jagaannya dan hendaklah memeriksa atau
mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai wakil untuk dan bagi pihak
Majlis.
|
|
|
(3) Tiada perubahan material kepada struktur masjid
boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.
|
|
|
(4) Majlis bolehlah memberi arahan yang manasabah kepada
Jawatankuasa Qaryah untuk memelihara kepentingan Qaryah dan masjid.
|
|
Sempadan Qaryah Masjid.
|
67. Majlis boleh pada bila-bila masa menentukan meminda
atau mengubah kawasan atau sempadan mana-mana Qaryah masjid.
|
|
Perlantikan Pegawai Masjid. |
68. (1) Bagi tiap-tiap masjid, Majlis bolehlah melantik
beberapa orang pegawai masjid sebagaimana yang Majlis fikirkan perlu.
|
|
N.M.B. Bab 45.
|
(2) Tiap-tiap pegawai masjid hendaklah disifatkan
sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun Kesiksaan. |
|
|
(3) Apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, tiap-tiap
orang yang sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini, telah
menjadi pegawai masjid suatu masjid yang dilantik di bawah Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam 1959 hendaklah disifatkan sebagai telah dilantik
sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai pegawai masjid masjid itu dan
hendaklah, tertakluk kepada seksyen 70, terus memegang jawatan sebagai
yang demikian.
|
|
Tauliah |
69. (1) Tiap-tiap orang yang dilantik menjadi pegawai
masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik di bawah
seksyen 68, hendaklah diberi tauliah oleh Majlis.
|
|
|
(2) Tiap-tiap pegawai masjid hendaklah mempunyai
kuasa-kuasa dan tugas-tugas yang dinyatakan dalam tauliah mereka
masing-masing.
|
|
Tempoh jawatan Pegawai Masjid |
70. (1) Tiap-tiap pegawai masjid hendaklah memegang
jawatan dengan persetujuan daripada Majlis dan boleh ditamatkan melalui
suatu notis daripada Majlis tetapi tiada pegawai masjid boleh terus
menjawat jawatan itu apabila telah mencapai umur enam puluh lima tahun,
dengan syarat Majlis boleh melanjutkan tempoh jawatan seseorang pegawai
masjid yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.
|
|
|
(2) Adalah menjadi kewajipan Setiausaha untuk membawa
kepada pengetahuan Majlis apa-apa kelakukan keji mana-mana pegawai
masjid, sama ada berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai yang demikian
atau selainnya, dan membuat apa-apa syor yang manasabah.
|
|
Kawalan dan arahan keatas Pegawai
Masjid |
71. Dalam perlaksanaan tugas-tugas mereka Imam Rawatib,
Imam, Khatib, Pembantu Khatib, Bilal dan Pembantu Bilal hendaklah
tertakluk kepada kawalan dan arahan Jawatankuasa Qaryah.
|
|
Penghapusan jawatan Nazir
|
72. Apabila berkuatkuasa seksyen 68 jawatan Nazir Masjid
tidak lagi wujud.
|
|
Jawatankuasa Qaryah. |
73. (1) Masjid boleh menubuhkan Jawatankuasa Qaryah bagi
tiap-tiap Qaryah masjid di dalam Negeri ini.
|
|
|
(2) Jawatankuasa Qaryah, bersama-sama dengan pegawai
masjid hendaklah-
|
|
(a) |
bertanggungjawab bagi pengelolaan
sempurna dan keadaan baik bagi masjid, surau dan semua tanah perkuburan
Islam dalam Qaryahnya;
|
|
(b) |
bertanggungjawab bagi kelakukan anak Qaryah dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam; dan
|
|
(c) |
memberi maklumat wajar dan segera kepada Majlid tentang
semua perkara yang berbangkit dalam Qaryah itu yang menghendaki
perhatian Majlis.
|
|
Kecualian |
74. Majlis boleh dengan pemberitahuan dalam Warta,
mengecualikan mana-mana masjid daripada semua atau mana-mana peruntukan
Bahagian ini.
|
|
Tanah perkuburan |
75. (1) Tiada seorang pun boleh tanpa kebenaran bertulis
daripada Majlis menggunakan mana-mana tanah sebagai tanah perkuburan.
(2) Majlis tidak boleh memberi kebenaran bawah subseksyen
(1) kecuali tapak bagi tanah perkuburan yang dicadangkan itu, telah
dijadikan wakaf yang berkekalan. |
| |
|
|
BAHAGIAN
VII
PUNGUTAN KHAIRAT
|
Pungutan khairat |
76. (1) Majlis bolehlah memungut, atau memberikan surat
kebenaran dengan terma-terma yang difikirkannya patut kepada mana-mana
orang atau kumpulan orang, membenarkan orang atau kumpulan orang itu
memungut wang atau sumbangan-sumbangan lain
|
|
|
(2) Maka hendaklah disifatkan sebagai suatu terma
tiap-tiap surat kebenaran itu bahawa penerima kebenaran itu dan
tiap-triap orang lain yang dibenarkan melaluinya untuk memungut wang
atau sumbangan lain hendaklah-
|
|
(a)
|
mengeluarkan berkenaan dengan
tiap-tiap jumlah wang yang dipungut sedemikian suatu resit mengikut
nombor siri di dalam borang yang ditetapkan;
|
|
(b) |
menyimpan akaun-akaun yang benar dan
lengkap bagi semua wang yang dipungut sedemikian dan tentang
pelupusannya dengan semua baucer yang sepatutnya;
|
|
(c) |
mengemukakan apabila dituntut
potongan resit dan semua akaun dan baucer-baucer itu bagi pemeriksaan
dan pengauditan oleh Majlis;
|
|
(d) |
menggunakan dan melupuskan semua
jumlah wang yang dipungut sedemikian mengikut terma-terma surat
kebenaran itu atau jika tiada cara melupuskan wang itu dibenarkan dengan
nyata olehnya membayar dan mengakaunkannya kepada Baitulmal.
|
|
(3) |
Wang yang dipungut mengikut
seksyen ini bolehlah digunakan bagi apa-apa tujuan yang dinyatakan oleh
Majlis, jika dan jika tiada maksud yang dinyatakan sedemikian itu,
hendaklah dimasukkan dan menjadi sebahagian daripada Baitulmal.
|
|
(4) |
Tiada seorang pun boleh membuat atau mengambil bahagian
di dalam apa-apa pungutan wang bagi apa-apa maksud seperti yang disebut
terdahulu itu melainkan dengan kuasa nyata daripada Majlis atau menurut
kuasa surat kebenaran daripada Majlis.
|
| |
|
|
BAHAGIAN VII
MASUK ISLAM
|
Keupayaan masuk Islam |
77. Bagi maksud Bahagian ini,
seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna
akal dan-
|
|
(a) |
telah mencapai umur lapan belas
tahun; atau
|
|
(b) |
jika dia belum mencapai umur lapan
belas tahun, ibu bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukkannya.
|
|
Keperluan-keperluan bagi kemasukan
Islam.
|
78. (1) Kehendak-kehendak yang
berikut hendaklah dipatuhi bagi kemasukan sah seorang itu ke dalam agama
Islam. |
|
(a) |
orang itu mestilah mengucapkan dua
kalimah syahadah dalam bahasa Arab secara yang semunasabahnya jelas; |
|
(b) |
pada masa mengucap dua kalimah
syahadah itu, orang itu mestilah sedar bahawa ia bermakna :Aku naik
saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi
Muhammad s.a.w. ialah Pesuruh Allah”; dan
|
|
(c) |
pengucapan itu mestilah dibuat
dengan kerelaan hati orang itu sendiri.
|
|
|
(2) Seseorang yang tiada boleh
bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak perenggan (a) subseksyen
(1), mengucapkan dua kalimah syahadah dengan cara isyarat yang
menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (b) subseksyen itu.
|
|
Saat masuk Islam. |
79. Seseorang itu masuk Islam dan
menjadi seorang Islam sebaik-baik sahaja dia habis mengucap dua kalimah
syahadah dengan syarat bahawa kehendak-kehendak seksyen 78 adalah
dipenuhi.
|
|
Kemasukan Islam anak-anak |
80. Jika pada saat masuk Islam,
seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak yang
belum mencapai umur lapan belas tahun dan anak itu telah diperintahkan
oleh mahkamah, selain daripada Mahkamah Syariah, diletakkan di bawah
penjagaannya dan orang itu memutuskan bahawa anak itu dimasukkan ke
dalam Islam, anak tersebut menjadi masuk Islam pada masa penjagaan itu
diberi atau pada masa orang itu masuk Islam, yang mana terkemudian.
|
|
Tugas dan kewajipan orang yang masuk
Islam. |
81. Dari saat kemasukkannya,
seseorang yang masuk Islam itu menjadi tertakluk kepada tugas-tugas dan
kewajipan-kewajipan yang sama seperti mana-mana orang Islam yang lain.
|
|
Tugas dan kewajipan orang yang
mengislamkan seseorang.
|
82. Mana-mana orang yang mengislamkan seseorang lain masuk
agama Islam hendaklah dengan serta merts memberitahu hal itu kepada
Majlis dengan memberi segala butir-butir perlu. |
|
Daftar Masuk Islam. |
83. Pendaftar Masuk Islam, hendaklah menyelenggarakan
suatu Daftar Masuk Islam dalam borang yang ditetapkan untuk pendaftaran
orang-orang yang masuk Islam.
|
|
Pendaftaran masuk Islam.
|
84. (1) Seorang yang masuk Islam
boleh memohon kepada Pendaftar Masuk Islam, dalam borang yang telah
ditetapkan untuk pendaftaran masuk Islam. |
|
|
(2) Jika Pendaftar Masuk Islam
berpuas hati bahawa kehendak-kehendak seksyen 77 dan 78 telah dipenuhi
oleh orang itu, Pendaftar masuk Islam hendaklah mendaftar kemasukan
orang itu dengan memasukkan ke dalam Daftar Masuk Islam nama orang itu
dan butir-butir lain sebagaimana yang dikehendaki dalam Daftar Masuk
Islam.
|
|
|
(3) Jika Pendaftar Masuk Islam
berpuas hati bahawa seksyen 80 terpakai yang seseorang masuk Islam itu
telah diberi penjagaan anak yang pada kemasukkannya ke dalam Islam itu
adalah berumur kurang dari lapan belas tahun, Pendaftar Masuk Islam
hendaklah atas permohonan orang yang masuk Islam itu, mendaftarkan juga
kemasukan setiap kanak-kanak itu di dalam Daftar Masuk Islam.
|
|
|
(4) Pendaftar Masuk Islam
hendaklah juga menentukan tarikh kemasukan dan mencatatkan tarikh dalam
Daftar Masuk Islam.
|
|
|
(5) Bagi maksud memuaskan hatinya
atas fakta dan tarikh kemasukan dan lain-lain butiran termasuk umur,
dsb, di dalam Daftar Masuk Islam, Pendaftar Masuk Islam hendaklah
membuat siasatan dan mendapatkan keterangan sebagaimana yang dia
fikirkan mustahak.
|
|
|
(6) Jika Pendaftar tidak berpuas
hati bahawa kehendak seksyen 78 telah dipenuhi berkenaan dengan pemohon
bagi kemasukkan Islam, dia boleh membenarkan pemohon mengucapkan dua
kalimah syahadah di hadapannya atau di hadapan mana-mana pegawainya
mengikut kehendak-kehendak seksyen itu.
|
|
Sijil masuk Islam. |
85. (1) Pendaftar Masuk Islam
hendaklah menyerahkan kepada tiap-tiap orang yang kemasukannya ke agama
Islam telah pun didaftarkan, suatu sijil Masuk Islam di dalam borang
yangh ditetapkan.
|
|
|
(2) Sijil Masuk Islam untuk
kanak-kanak yang masuk Islam hendaklah diberikan kepada ibu atau bapanya
yang telah masuk Islam. |
|
|
(3) Sijil Masuk Islam hendaklah
dianggap menjadi bukti konklusif akan fakta yang terkandung di dalamnya.
|
|
|
(4) Pendaftar Masuk Islam
hendaklah menyerahkan satu salinan Sijil Masuk Islam kepada Pejabat
Pendaftaran Negara bagi tujuan pendaftaran penukaran nama.
|
|
Pengiktirafan sebagai seorang Islam. |
86. (1) Seseorang yang telah masuk
Islam dan telah didaftarkan dalam Daftar Masuk Islam hendaklah, bagi
semua maksud, termasuklah bagi maksud mana-mana Undang-Undang
Persekutuan atau Undang-Undang Negeri diperlakukan sebagai seorang
Islam.
|
|
|
(2) Seseorang yang talah masuk
Islam dan telah didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang mana-mana
negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Pulau Pinang dan bagi
maksud-maksud menguatkuasakan peruntukan mana-mana undang-undang di
Negeri Pulau Pinang diperlakukan sebagai seorang Islam.
|
|
Menentukan samada orang yang tiada
didaftarkan seorang Islam. |
87. Jika apa-apa soalan timbul
dalam Negeri Pulau Pinang samada seorang itu adalah seorang yang masuk
Islam, dan orang itu tidak didaftarkan dalam Daftar Masuk Islam atau di
bawah mana-mana undang-undang mana-mana negeri sebagai orang yang masuk
Islam, soalan itu hendaklah diputuskan berdasarkan merit kes itu
mengikut seksyen 78, 79 dan 80.
|
|
Kesalahan memberi maklumat palsu. |
88. Mana-mana orang yang pada masa
memohon untuk didaftarkan di bawah seksyen 84 atau sebagai jawatan
kepada sebarang permintaan untuk maklumat atau keterangan yang dibuat
oleh Pendaftar Masuk Islam di bawah seksyen itu, dengan sengaja memberi
kepada Pendaftar Masuk Islam sebarang maklumat atau keterangan palsu
atau yang mengelirukan, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan hendaklah dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu
ringgit atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau
kedua-duanya.
|
|
Pendaftar Masuk Islam. |
89. Majlis boleh melantik mana-mana
pegawai Agama menjadi Pendaftar Masuk Islam bagi maksud Bahagian ini. |
BAHAGIAN IX
PERKARA-PERKARA KEWANGAN
|
Penubuhan Baitulmal. |
90. (1) Maka hendaklah ditubuhkan Baitulmal Majlis Agama
Islam Negeri Pulau Pinang.
|
|
|
(2) Kecuali dinyatakan sebaliknya di bawah mana-mana
peruntukan Enakmen ini, Baitulmal hendaklah mengandungi semua wang dan
hartabenda, yang boleh dialih atau tak alih, yang mengikut Hukum Syara’
atau menurut mana-mana peruntukan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang
diperbuat di bawahnya, terakru atau disumbangkan oleh mana-mana orang
kepada Baitulmal.
|
|
|
(3) Kesermua zakat atau fitrah yang dipungut menurut
Bahagian ini hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal dan hendaklah disimpan
di dalam akaun yang berasingan di dalam Baitulmal.
|
|
|
(4) Semua wang dan hartabenda di dalam Baitulmal
hendaklah terletakhak kepada Majlis yang hendaklah mentadbirkan semua
wang dan hartabenda itu mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah
Enakmen ini.
|
|
|
Dengan syarat bahawa mana-mana pelaburan aset dan
kumpulan-kumpulan wang yang terletakhak pada Majlis bolehlah dijual,
dihasilkan dan dilupuskan dan hasil-hasil daripadanya bolehlah
dilaburkan dari masa ke semasa di dalam mana-mana pelaburan yang
dibenarkan oleh mana-mana undang-undang bertulis yang sedang
berkuatkuasa bagi pelaburan wang amanah.
|
|
Deposit. |
91. Majlis boleh menerima deposit ke dalam Baitulmal
daripada individu-individu, badan-badan atau organisasi-organisasi atas
terma-terma dan syarat-syarat tentang bayaran balik dan pelaburannya dan
keuntungan-keuntungan yang dibayar atasnya atau selainnya, sebagaimana
yang dipersetujui di antara Majlis dan pendeposit.
|
|
Wakaf dan nazar. |
92. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan
yang terkandung di dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang
mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah
menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi kesemua wakaf samada wakaf am
atau wakaf khas, bagi kesemua nazar am dan kesemua amanah daripada
segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan
memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum
Syara’, setakat mana-mana hartabenda yang tersentuh olehnya dan terletak
di dalam negeri ini, dan jika pemberi harta itu atau orang lain yang
mewujudkan amanah, wakaf atau nazar am itu berdomisil di dalam negeri
ini, setakat semua hartabenda yang tersentuh olehnya dimana-mana jua
harta itu terletak.
|
|
|
(2) Selepas sahaja berkuatkuasa Enakmen ini, seseorang
Islam yang mati di dalam keadaan bahawa mengikut Hukum Syara’
hartabendanya terletakhak atau menjadi terkena bayar kepada Baitulmal,
hartabenda orang itu hendaklah terletakhak dan dibayar kepada Majlis dan
hendaklah menjadi sebahagian daripada Baitulmal.
|
|
Terletakhak. |
93. (1) Semua hartabenda yang tertakluk kepada peruntukan
seksyen 92 dan terletak di dalam negeri ini, hendaklah tanpa apa-apa
pemindahakan, penyerahahhakan atau pemindahmilikan jua pun, dan, dalam
hal harta tak alih, sebaik sahaja didaftar di bawah undang-undang
bertulis yang relevan yang berhubungan dengan tanah, terletakhak pada
Majlis, bagi maksud-maksud amanah, wakaf atau nazar am yang menyentuh
hartabenda itu.
|
|
|
(2) Majlis hendaklah mengambil
segala langkah yang perlu supaya terletakhak kepadanya sendiri bagi
maksud-maksud yang serupa mana-mana hartabenda sedemikian yang terletak
di luar negeri ini.
|
|
Sekatan-sekatan ke atas pewujudan
amanah khairat. |
94. (1) Samada atau tidak dibuat
secara wasiat atau alang semasa marad-almaut, tiada wakaf atau nazar
yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Enakmen ini dan melibatkan
lebih daripada satu pertiga daripada hartabenda orang yang membuatnya
boleh menjadi sah berkenaan dengan bahagian yang melebihi satu pertiga
itu.
|
|
|
(2) Tiap-tiap wakaf khas atau
nazar yang dibuat selepas mula berkuatkuasanya Enakmen ini adalah batal
dan tidak sah melainakn jika-
|
|
|
(a) Majlis dengan nyata mengizinkan dan
mengesahkannya; atau
|
|
|
(b) Ia telah
dibuat semasa pembuatnya sakit tenat dan kemudian meninggal dunia akibat
sakit itu dan telah dibuat secara bertulis melalui suratcara yang
disempurnakan olehnya dan disaksikan oleh dua orang Islam yang telah
baligh, yang seorang daripada mereka hendaklah seorang Penghulu atau
Pegawai Masjid atau seorang Ketua Kampung yang tinggal di dalam Qariah
masjid yang sama dengan pembuat wasiat itu;
Dengan syarat jika tidak ada
Penghulu, Pegawai Masjid atau Ketua Kampung, seorang Islam yang telah
baligh yang lain yang tidak akan mendapat faedah dari pesaka pembuat itu
jika dia mati dengan tidak meninggalkan wasiat, hendaklah menjadi
seorang saksi yang layak. |
|
|
(3) Seksyen ini tidaklah
berkuatkuasa menjadikan sah mana-mana wasiat, alang marad-al-maut, wakaf
atau nazar yang tidak sah di bawah mana undang-undang bertulis. |
|
Pendapatan daripada wakaf dan nazar |
95 (1) Pendapatan daripada
sesuatu wakaf khas, jika diterima oleh Majlis, hendaklah digunakan
olehnya mengikut peruntukan-peruntukan yang sah bagi wakaf khas itu.
|
|
|
(2) Pendapatan daripada tiap-tiap
wakaf lain dan tiap-tiap nazar am hendaklah dibayar kepada dan menjadi
sebahagian daripada Baitulmal.
|
|
Modal wakaf dan nazar am. |
96. (1) Tertakluk kepada
peruntukan subseksyen (2) dan (3) harta dan aset modal yang tersentuh
oleh mana-mana wakaf atau nazar am yang sah tidak boleh menjadi
sebahagian daripada Baitulmal, tetapi hendaklah digunakan menurut wakaf
atau nazar am itu dan dipegang sebagai kumpulan-kumpulan wang yang
berasingan.
|
|
|
(2) Jika, oleh sebab lampau masa
atau perubahan hal keadaan, maka tidak mungkin lagi dan dijalankan
secara berfaedah peruntukan-peruntukan tepat bagi mana-mana wakaf atau
nazar am, Majlis hendaklah menyediakan suatu skim bagi menggunakan harta
dan aset yang tersentuh olehnya dengan cara yang sehampir mungkin sama
dengan yang dikehendaki oleh terma-terma wakaf atau nazar am itu, dan
hendaklah menggunakannya dengan sewajarnya:
|
|
|
Dengan syarat bahawa Majlis boleh
mengarahkan supaya harta dan aset itu ditambahkan kepada dan menjadi
sebahagian daripada Baitulmal.
|
|
|
(3) Jika terma-terma mana-mana
wakaf atau nazar am itu tidak menyatakan cara penggunaan harta dan aset
modal yang tersentuh olehnya, atau ada ketentuan tentang cara bagaimana
ia hendak digunakannya, Majlis boleh mengarahkan supaya cara penggunaan
harta dan aset modal itu ditambah kepada dan menjadi sebahagian daripada
Baitulmal.
|
|
|
(4) Segala suratcara yang
mewujudkan, yang menjadi keterangan atau yang mewujudkan, yang menjadi
keterangan atau yang menyentuh mana-mana wakaf atau nazar am beserta
dengan mana-mana dokumen hakmilik atau cagaran lain yang berhubungan
dengannya, hendaklah dipegang dan disimpan oleh Majlis.
|
|
Pengertian suratcara. |
97. Jika pada pendapat Majlis makna
atau natijah suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh
mana-mana wakaf atau nazar adalah samar-samar atau tidak berketentuan,
Majlis bolehlah merujukkan perkara itu kepada Jawatankuasa Syariah bagi
pendapatnya tentang makna atau natijah itu, dan
hendaklah bertindak menurut apa-apa pendapat yang diberikan oleh
Jawatankuasa itu. |
|
Laporan tahunan |
98. Majlis hendaklah menyebabkan supaya akaun-akaun
Baitulmal yang lengkap dan betul disimpan dan hendaklah dengan seberapa
segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun
mengeluar dan menyiarkan di dalam Warta suatu laporan
berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Majlis bagi tahun terdahulu,
bersama-sama dengan satu kunci kira-kira Baitulmal sebagaimana pada 31
haribulan Disember, suatu akaun pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun
itu dan satu senarai hartabenda-hartabenda dan pelaburan-pelaburan
Baitulmal yang menunjukkan kosnya, jika dibeli, dan nilai yang
dianggarkan pada 31 haribulan Disember.
|
|
Memeriksa kira-kira. |
99. Kunci kira-kira, akaun pendapatan dan akaun
perbelanjaan tahunan dan senarai pelaburan-pelaburan yang tersebut itu
hendaklah sebelum dikeluarkannya, diaudit dan diakui betul oleh Ketua
Audit Negara atau seorang pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua
Audit Negara. Satu salinan surat akuan juruaudit itu hendaklah
dikembarkan kepada semua salinan-salinan laporan dan akauan yang
dikeluarkan itu.
|
|
Hartabenda wakaf dan zakat. |
100. Dengan seberapa segera yang mungkin selepas daripada
31 haribulan Disember tiap-tiap tahun Majlis hendaklah menyedia,
mengeluar dan menyiarkan di dalam Warta satu senarai semua
hartabenda-hartabenda, pelaburan-pelaburan dan aset yang terletakhak
kepada Majlis tertakluk kepada mana-mana amanah, wakaf atau nazar, dan
yang tidak menjadi sebahagian daripada Baitulmal.
|
|
Anggaran-anggaran |
101. (1) Majlis hendaklah menyediakan dan mengemukakan
kepada Pihak Berkuasa Negeri tidak lewat daripada 31 haribulan Oktober
dalam tiap-tiap tahun, anggaran-anggaran kesemua pendapatan dan
perbelanjaan Majlis, termasuk di dalamnya anggaran-anggaran segala
hartabenda yang boleh diterima dan boleh dilupuskan dalam bentuk
matabenda bagi tahun yang akan datang.
|
|
|
(2) Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan
anggaran-anggaran perbelanjaan tambahan berkenaan dengan tahun semasa,
atau, pada bila-bila masa sebelum 31 haribulan Mac dalam mana-mana
tahun, berkenaan dengan tahun yang lalu, dan anggaran itu boleh
diluluskan atau dipindakan, dan hendaklah disiarkan, mengikut cara yang
serupa.
|
|
|
(3) Tiada wang boleh dibelanjakan, atau hartabenda
dilupuskan dalam bentuk matabenda kecuali mengikut anggaran-anggaran
seperti yang disebut terdahulu itu dan atas baucer yang ditandatangani
oleh Yang di-Pertua.
|
|
Perbelanjaan Majlis. |
102. Semua kos-kos bayaran-bayaran dan
perbelanjaan-perbelanjaan mentadbirkan hartabenda dan aset yang
terletakhak kepada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan
mana-mana hartabenda yang tak alih, saraan dan elaun-elaun semua
perkhidmatan Majlis, dan fee dan elaun yang kena dibayar kepada
mana-mana perkhidmatannya sebagaimana yang demikian, hendaklah dibayar
daripada hartabenda dan aset Baitulmal.
|
|
Bank-bank. |
103, (1) Majlis hendaklah melantik mana-mana bank yang
sesuai dan bolehlah mengendalikan akaun atau akaun-akaun yang difikirkan
patut.
|
|
|
(2) Pembayaran-pembayaran oleh Majlis bagi amaun-amaun
yang melebihi dua ratus ringgit hendaklah diperbuat dengan cek. Semua
wang-wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke
dalam suatu akaun bank Majlis.
|
|
|
(3) Cek-cek yang dikeluarkan daripada mana-mana bank
Majlis hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha atau Yang di-Pertua atau
mana-mana atau Majlis yang diberi kuasa oleh Majlis.
|
|
Kuasa Majlis memungut zakat dan
fitrah. |
104. (1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa memungut bagi
pihak Yang di-Pertuan Agong, zakat dan fitrah yang kena dibayar di dalam
negeri ini mengikut Hukum Syara’:
|
|
|
Dengan syarat bahawa kuasa itu tidak boleh dijalankan
oleh Majlis sehingga suatu ketetapan membuat demikian itu telah
diluluskan oleh Majlis dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
|
|
|
(2) Manakala ketetapan yang tersebut di dalam subseksyen
(1) seksyen ini disiarkan di dalam Warta dan dengan tertakluk
kepada peruntukian-peruntukan Hukum Syara’, hendaklah menjadi wajib ke
atas sekalian orang-orang Islam di dalam negeri ini membayar zakat dan
fitrah.
|
|
Bantahan-bantahan. |
105. Mana-mana orang bolehlah membuat bantahan kepada
Majlis terhadap mana-mana tuntutan bayaran zakat dan fitrah ke atasnya.
Majlis hendaklah menimbang bantahan itu dan boleh memerintahkan bahawa
orang itu hendaklah membayar amaun zakat dan fitrah yang dituntutkan ke
atasnya, atau sekadar yang kurang amaunnya bagaimana yang difikirkan
patut oleh Majlis atau boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak
dikehendaki daripada membayar zakat dan fitrah atau salah satunya di
dalam sesuatu tahun atau beberapa tahun. Keputusan Majlis terhadap
bantahan itu hendaklah muktamad dan tidaklah boleh disoal lagi di dalam
mana-mana mahkamah. |
BAHAGIAN X
AM
|
Elaun-elaun.. |
106. Ahli-ahli Majlis yang dilantik di bawah seksyen 6
Enakmen ini dan ahli-ahli Jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik di
bawah Enakmen ini bolehlah dibayar elaun-elaun khas mengikut kadar yang
ditetapkan oleh Majlis.
|
|
Kaedah. |
107. Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Majlis,
melalui pemberitahuan di dalam Warta, membuat kaedah-kaedah bagi
melaksanakan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi
tanpa menjejaskan keluasan yang terdahulu, kaedah-kaedah itu boleh
memperuntukkan bagi-
|
|
|
(a) |
prosedur Majlis, bentuk dan cara
penyempurnaan suratcara-suratcara oleh Majlis dan perlantikan
pegawai-pegawai Majlis;
|
|
|
(b) |
fee-fee yang kena dibayar berkenaan
dengan apa-apa tindakan atau perkara yang dibuat di bawah atau mengikut
Enakmen ini dan cara memungut dan melupuskan fee-fee itu;
|
|
|
(c) |
perlantikan Jawatankuasa-jawatankuasa
Majlis, dan kuasanya, kewajipan-kewajipan dan prosedurnya;
|
|
|
(d) |
Borang-borang, daftar-daftar,
buku-buku akaun, laporan-laporan akaun-akaun, anggaran dan
dokumen-dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa
tindakan atau perkara yang dibuat di bawah atau mengikut Enakmen ini;
|
|
|
(e) |
pengelolaan mana-mana kutipan khairat
dan pelupusan hasil-nya;
|
|
|
(f) |
pengelolaan mana-mana masjid atau
surau atau tanah perkuburan dan semua perkara yang berkaitan dengannya;
|
|
|
(g) |
kuasa-kuasa dan tugas-tugas Pegawai
Masjid;
|
|
|
(h) |
penentuan dan penyiaran
sempadan-sempadan Qaryah Masjid;
|
|
|
(i) |
jagaan dan pengajaran orang masuk
Islam dan cara pendaftarannya; |
|
|
(i) |
pentadbiran aktiviti-aktiviti yang
berkaitan dengan pengajaran agama;
|
|
|
(k) |
pentadbiran rumah-rumah kebajikan yang
diluluskan oleh Majlis; |
|
|
(l) |
pengawasan dan kawalan anak-anak
yatim dan orang-orang tua;
|
|
|
(m) |
kelayakan bagi Peguam Syarie; |
|
|
(n) |
pemungutan, pentadbiran dan
pembahagian semua hartabenda Baitulmal;
|
|
|
(o) |
menjalankan semua perkara yang
berhubung dengan pungutan, pentadbiran dan pembahagi; dan |
|
|
(p) |
prosedur perlantikan ahli-ahli
Jawatankuasa Qaryah dan kewajipan-kewajipannya.
|
|
Pengecualian kaedah dan perlantikan. |
108. Semua kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah notis,
borang, surat kebenaran dan perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di
bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang
dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuatkuasa, setakat ianya
tidak bertentangan dengan atau digantikan dengan peruntukan-peruntukan
Enakmen ini, sehingga dibatal atau diganti oleh kaedah-kaedah,
perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau
perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan-peruntukan
Enakmen ini.
|
|
Peralihan.
Enakmen 3/1959. |
109. Apabila mula berkuatkuasa Enakmen ini, semua kuasa
Mahkamah Kadi Besar atau Mahkamah Kadi yang ditubuhkan di bawah seksyen
39 Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam 1959, hendaklah diambil alih
atau dijalankan oleh mahkamah yang ditubuhkan di bawah seksyen 42
Enakmen ini dan mana-mana sebutan mengenai Mahkamah Kadi atau Mahkamah
Kadi Besar hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai mahkamah yang
ditubuhkan di bawah seksyen 42 (1) dan (2) Enakmen ini.
|
|
Pemansuhan Enakmen 3/1959. |
110. Keseluruhan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam
1959 kecuali seksyen-seksyen 38, 44, 45, 48 sehingga seksyen 87 dan
Bahagian IX adalah dengan ini dimansuhkan. |
|
JADUAL I
[Seksyen 2(3)]
Bentuk skrip bahasa arab bagi perkataan dan
ungkapan tertentu.
Fatwa
Hadith
Hukum Syara’
Qaryah
Mufti
Muslim
Nas
Naqib
Qaul Muktamad
Quran
Rawatib
Syariah
Tauliah
Wakaf
Diluluskan di dalam Dewan Undang Negeri pada
14 Disember 1993.
[PSUK/PP/007.5 Jld. III]
| |
TAN LEE LEE
Setiausaha,
Dewan Undangan Negeri,
Pulau Pinang. |
|
|