ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH

AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989

KAEDAH-KAEDAH SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM(NEGERI PULAU PINANG) 1998

 

 

 

 

SUSUNAN KAEDAH

 

 

BAHAG1AN I

PERMULAAN

 

 

Kaedah

 

 

1.

Nama dan mula berkuatkuasa.

 

2.

Tafsiran.

 

 

 

BAHAGIAN II

PENDAFTARAN  SEKOLAH ISLAM

3.

Permohonan pendaftaran.

 

 

 

 

 

4.

Perakuan pendatftar dan pendaftaran suratcara perlantikan Jemaah Sekolah Islam.

 

5.

Mempamer, ubahsuai, pindaan atau tambahan.

 

6.

Gantian atau kehilangan dll.

 

 

 

 

BAHAGIAN IIIPENGURUSAN SEKOLAH

 

 

7.

Kurikulum.

 

8.

Buku-buku teks.

 

9.

Peperiksaan.

 

10.

Kelulusan akademik guru-guru.

 

 

 

BAHAGIAN IV

JEMAAH  PENGURUSAN

 

 

11.

Keahlian Jemaah.

 

12.

Kelayakan ahli Jemaah.

 

13.

Kekosongan keahlian Jemaah.

 

14.

Perletakan jawatan.

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN V

 

MESYUARAT

 

 

 

 

15.

Mesyuarat Jemaah.

 

16.

Mesyuarat khas Jemaah.

 

17.

Mesyuarat Agong tahunan.

 

18.

Mesyuarat Agong khas.

 

 

 

BAHAGIAN VI

 

AKAUN SEKOLAH ISLAM

 

 

19.

Tanggungjawab Bendahari.

 

20.

Penyelenggaraan buku tunai.

 

21.

Penyediaan penyata kewangan.

 

22.

Tandatangan cek.

 

23.

Semua penerimaan dibankkan.

 

24.

Wang panjar runcit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN VII

 

PELBAGAI

 

 

25.

Penempatan guru dan pegawai.

 

26.

Pewujudan Jawatankuasa.

 

27.

Perbubaran sekolah.

 

28.

Penggantungan sekolah Islam.

 

 

JADUAL.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH

AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989

KAEDAH-KAEDAH SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM(NEGERI PULAU PINANG) 1998

 

 

 

 

Pg. En. 1/89.

PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 28 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1989, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis, membuat kaedah-kaedah yang berikut:

 

 

 

BAHAGIAN IPERMULAAN

 

 

Nama

dan mula berkuatkuasa.

1. Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 1998 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta.

 

Tafsiran.

2. Dalam Kaedah-Kaedah ini melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain:-

 

 

“Enakmen” ertinya Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1989;

 

 

 “Jemaah” ertinya Jemaah Pengurusan yang ditubuhkan dibawah seksyen 5 Enakmen;

 

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang;

 

 

“Jabatan” ertinya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang;

 

 

“Lembaga” ertinya Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam yang ditubuhkan oleh Majlis Raja- Raja;

 

 

“Pendaftar” dan “Timbalan" ertinya Pendaftar dan Timbalan-Timbalan Pendaftar yang dilantik dibawah seksyen 3 Enakmen;

 

 

“Sekolah Islam” ertinya mana-mana Sekolah Agama Islam di dalam negeri dan termasuklah masjid, madrasah, surau, Pusat Islam, balairaya, pondok dan tadika, tetapi tidak termasuk Sekolah Agama Islam yang berada di bawah kawalan Kementerian Pendidikan, di mana dua puluh orang atau lebih ada didaftarkan untuk mempelajari atau akan diajar matapelajaran-matapelajaran yang termasuk mana-mana matapelajaran yang berhubung dengan agama Islam;

 

 

"Wang asrama" ertinya bayaran yuran makan dari pelajar, bayaran yuran khas masuk asrama dari pelajar, bantuan yuran makan dari kerajaan kepada pelajar, faedah bank, sewa asrama dan pelbagai;

 

 

"Wang kerajaan" ertinya bantuan berkapita bagi setiap matapelajaran, yuran peperiksaan, bantuan perpustakaan atau gaji; dan

 

"Wang Suwa'' ertinya pendapatan sewa kantin sekolah, derma-derma kepada sekolah, yuran khas dari pelajar seperti perpustakaan, kertas ujian peperiksaan dan insuran dari pelajar, cagaran kantin harian sekolah, sewa dewan sekolah atau biasiswa dari swasta.

 

 

BAHAGIAN IIPENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM

 

Permohonan pendaftaran.

3. Suatu permohonan untuk pendaftaran sekolah menurut seksyen 12 Enakmen, hendaklah dibuat kepada Pendaftar dalam Borang A atau B Jadual Pertama, mengikut mana yang berkenaan.

 

Perakuan Pendaftar   

dan pendaftaran

Suratcara perlantikan Jemaah Sekolah Islam.

4. (1) Jika permohonan untuk pendaftaran Sekolah Islam diluluskan, Pendaftar hendaklah mendaftarkan sekolah itu dan kemudiannya mengeluarkan suatu Perakuan Pendaftaran dalam Borang C Jadual Pertama.

 

(2) Apabila suatu Perakuan Pendaftaran dikeluarkan, Pendaftar hendaklah pada masa yang sama mendaftarkan Suratcara perlantikan Jemaah Sekolah Islam itu dalam Borang D Jadual Pertama.

 

Mempamer, ubahsuai, pindaan atau

Tambahan.

5.   (1) Perakuan Pendaftaran dan Suratcara Perlantikan hendaklah pada setiap masa diparnerkan di suatu tempat yang mudah dilihat dalarn pejabat pendaftaran sekolah.

 

(2) Tiada ubahsuai, pindaan atau tambahan boleh dibuat pada perakuan pendaftaran atau Suratcara Perlantikan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar.

 

Gantian atau

kehilangan 

dll.

6. Pendaftar boleh, apabila berpuashati atas kehilangan, kerosakan, kecacatan atau apa jua sebab lain, mengeluarkan Perakuan Pendaftaran atau Suratcara Perlantikan gantian setelah dibayar fee, masing-masing  sebanyak RM 50.00.

BAHAGIAN IIIPENGURUSAN SEKOLAH

 

Kurikulum.

7. Jemaah hendaklah menerima pakai kurikulum yang ditetapkan  seperti dalam Borang A Jadual Kedua, kecuali kurikulum Pra Sekolah Islam yang ditetapkan oleh Majlis dari masa ke semasa bergantung kepada keperluan Sekolah Islam itu.

 

Buku-buku teks.

8. Jemaah hendaklah menerima pakai senarai buku-buku teks yang ditetapkan oleh Majlis.

 

Peperiksaan.

9. (1) Pendaftar hendaklah menyebabkan peperiksaan diadakan di semua Sekolah-Sekolah Islam yang diiktiraf oleh Majlis.

 

(2) Peperiksaan hendaklah dibahagikan kepada empat kategori:-

 

(i)                                                                peperiksaan bagi Pra Sekolah Islam dan sijil akan dikeluarkan  seperti  dalam  Borang B Jadual Kedua;

 

(ii)                                                               peperiksaan bagi Sekolah Rendah Agama dan sijil akan dikeluarkan seperti dalam Borang C Jadual Kedua;

 

(c)  peperiksann bagi Menengah Rendah Agama dan sijil akan dikeluarkan seperti dalam Borang D Jadual Kedua; dan

 

(d) peperiksaan bagi Menengah Tinggi Agama dan  sijil akan dikeluarkan seperti dalam Borang E Jadual Kedua.

 

 

Kelulusan akademik

guru-guru.

10. Mana-mana orang yang memenuhi kelayakan yang berikut  adalah layak untuk dilantik sebagai guru di Sekolah Islam-

 

 

(i)                                                                seseorang yang berkelulusan pengajian tinggi Islam daripada universiti tempatan atau luar negeri yang diiktiraf oleh Majlis;

 

 

(b) seseorang yang berkelulusan institusi pengajian agama tempatan yang diiktiraf oleh Majlis;

 

(c) seseorang yang berkelulusan empat thanawi; atau

 

(d) berkemahiran di dalam hukum syarak.

 

 

BAHAGIAN IVJEMAAH PENGURUSAN

 

 

Keahlian Jemaah

11. (1)  Jemaah hendaklah terdiri daripada –

                         

    (a) seorang Pengerusi;

 

(b) seorang Timbalan Pengerusi;

 

 (c) seorang Setiausaha;

 

                         (d) seorang Penolong Setiausaha;

 

 

(e) seorang Bendahari; dan

 

(f) tidak lebih daripada 10 orang ahli biasa.

 

             (2) Jemaah hendaklah dengan persetujuan Pendaftar melantik dua orang Pemeriksa kira-kira.

 

Kelayakan     ahli Jemaah

12. Seseorang adalah berkelayakan menjadi ahli Jemaah, jika –

 

(i)                                                                seorang warganegara Malaysia;

 

(ii)                                                              seorang berbudi pekerti tinggi;

 

(iii)                                                             bukan seorang bankrap; dan

 

(iv)    bukan didapati bersalah pada bila-bila masa untuk suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau atas sesuatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara (samada hukuman penjara sahaja atau sebagai ganti denda) selama tempoh dua tahun atau lebih.

 

Kekosongan keahlian Jemaah.

13. Melainkan jika diperuntukan selainnya dalam Kaedah ini,  Jemaah hendaklah terus wujud sepanjang jangkamasa Pendaftaran Sekolah Islam dan jika berlaku kekosongan atas apa-apa sebab dalam Jemaah itu, Jemaah hendaklah mencadangkan nama pengganti kepada Pendaftar untuk pertimbangan dan perlantikan.

 

Perletakan jawatan

14. (1) Ahli Jemaah boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya sebagai ahli dengan mengemukakan suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada pengerusi itu dengan satu salinannya kepada Pendaftar.

 

 (2) Jemaah boleh mencadangkan seorang lain kepada  Pendaftar untuk mengisi kekosongan jawatan mana-mana ahli Jemaah yang terhenti memegang jawatan di bawah subkaedah (1).

 

 

 

BAHAGIAN VMESYUARAT

 

 

Mesyuarat Jemaah

15. (1) Mesyuarat Jemaah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun.

(2) Pengerusi Jemaah bagi sesuatu Sekolah Islam hendaklah mempengerusikan  setiap mesyuarat Jemaah untuk Sekolah Islam itu, dan   jika Pengerusi tidak hadirTimbalan Pengerusi Jemaah hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu      (3) Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli Jemaah boleh melantik salah seorang daripada yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu.      (4) Lapan orang  ahli Jemaah yang hadir hendaklah membentuk kourum bagi mana-mana mesyuarat Jemaah.       (5) Keputusan mesyuarat Jemaah hendaklah dibuat mengikut undi majoriti ahli-ahli Jemaah itu yang hadir. Sekiranya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau ahli Jawatankuasa Jemaah yang mempengerusikan mesyuarat itu adalah berhak memberi undi pemutus.

 

 

(6) Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa arahan Majlis atau Jabatan, Jawatankuasa Jemaah boleh menetapkan prosedur mesyuaratnya sendiri.         (7) Minit-minit mesynarat Jemaah hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar selepas satu bulan setiap sesuatu mesyuarat di adakan.          (8) Jemaah hendaklah memberi sekurang-kurangnya tujuh hari notis bertulis sebelum mengadakan sesuatu mesyuarat.

 

Mesyuarat

khas Jemaah.           

16. (1) Mesyuarat Khas Jemaah bagi sesuatu Sekolah Islam boleh diadakan pada bila-bila masa apabila berbangkit sesuatu perkara mustahak, dan setiap mesynarat sedemikian hendaklah diadakan hanya untuk membincangkan perkara tertentu sahaja.

        (2) Walau apa pun peruntukan subkaedah (1) satu Mesyuarat Khas Jemaah boleh diadakan di atas permintaan bertulis daripada  satu pertiga dari ahli-ahli Jemaah bagi sesuatu Sekolah Islam itu untuk membincangkan sesuatu perkara mustahak.

          (3) Setiausaha hendaklah memanggil Mesyuarat Khas Jemaah dalam masa tujuh (7) hari selepas menerima permintaan dibawah subkaedah (2).           (4) Subkaedah 15(2) hingga (7) hendaklah terpakai bagi mesyuarat khas yang diadakan dibawah subkaedah (1).

 

Mesyuarat Agong tahunan.

17. (1) Mesyuarat Agong tahunan  sesuatu Sekolah Islam hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun di antara bulan Januari atau Februari.

 

(2) Setiap Mesyuarat Agong tahunan sesuatu Sekolah Islam hendaklah mengandungi agenda yang berikut-

(a)

 

 

(b)

 

 

(c)

bacaan doa;

 

ucapan Pengerusi;

pengesahan minit Mesyuarat Agong Tahunan    yang lalu;

(d)

 

(e)

 

 

 

(f)

 

(g)

 

(h)

perkara berbangkit;pembentangan penyata kewangan Sekolah Islam bagi tahun lalu, dan anggaran pendapatan dan   perbelanjaan bagi tahun semasa;

 

laporan tahunan sekolah;

perbentangan dan kelulusan usul-usul ( Jika ada); dan

hal-hal lain.

 

 

(3) Pengerusi Jemaah Sekolah Islam hendaklah mempengerusikan setiap mesyuarat tahunan, dan jika Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.        (4) Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli Jemaah yang hadir boleh melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.         (5) Satu perempat atau tiga puluh (30) orang daripada jumlah ibubapa atau penjaga, yang anak mereka belajar di Sekolah Islam itu, hendaklah membentuk kourum bagi Mesyuarat Agong tahunan Sekolah Islam itu.

          (6) Keputusan Mesyuarat Agong tahunan sesuatu Sekolah Islarn hendaklah dibuat secara sebulat suara atau lebih suara ahli mesyuarat yang hadir.

 

Mesyuarat Agong khas.

18. (1) Mesyuarat Agong Khas sesuatu Sekolah Islam itu boleh diadakan pada bila-bila masa dengan kehendak ahli Jemaah atau dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga jumlah ibubapa yang  anak mereka belajar di Sekolah Islam itu, untuk membincangkan  sesuatu perkara penting bagi Sekolah Islam itu.

(2) Subkaedah 17(3) hingga (6) hendaklah terpakai bagi Mesyuarat Agong Khas yang diadakan dibawah subkaedah (1).

 

     

 

BAHAGIAN VIAKAUN SEKOLAH ISLAM

 

 

Tanggung-jawab Bendahari           

19. Bendahari adalah bertanggungjawab atas semua urusan kewangan sekolah dan hendaklah-

 (a)

 

 

(b)

 

 

(c)

 

 

(d)

 

 

 

 

(e)

 

 

(f)

memasukkan dengan segera semua wang yang diterima ke dalam akaun bank;

mengeluarkan resit bagi setiap penerimaan wang oleh sekolah;

menyelenggarakan buku-buku akaun mengikut apa-apa arahan Pendaftar dari masa ke semasa.menyediakan suatu penyata tahunan penerimaan wang dan perbelanjaan yang di,buat dan suatu kunci kira-kira bagi tahun terdahulu, dan kemudiannya mengemukakan kepada Jemaah sebelum diauditkan;

mengemukakan kepada Pendaftar penyata akaun tahunan yang telah diauditkan; dan

 

menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan.

 

Penyeleng-garaan buku tunai.

20. Semua penerimaan wang kerajaan, wang asrama,wang Suwa atau lain-lain sumber penerimaan, jika ada, serta perbelanjaan hendaklah diselenggarakan dalam Buku Tunai yang berasingan seperti dalam Borang A Jadual Ketiga.

 

Penyediaan penyata kewangan.           

21. (1) Tahun kewangan hendaklah bermula pada 1 hb. Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun dan Bendahari hendaklah menyediakan suatu Penyata Penerimaan dan Pembayaran dan Lembaran Imbangan masing-masing dalam Borang B dan Borang C Jadual Ketiga.

 

 

 

 

2) Suatu penyata penerimaan wang dan perbelanjaan yang telah diauditkan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar oleh Bendahari sebelum atau pada 31 Mac setiap tahun.

 

 

Tandatangan cek.

22. Bendahari dan Setiausaha atau Pengerusi hendaklah menandatangani semua cek yang amaunnya tidak melebihi RM 500.00 dan bagi cek yang amaunnya melebihi RM 500.00  hendaklah ditandatangani oleh ketiga-tiga sekali.

 

Semua penerimaan dibankkan.

23. Semua penerimaan wang tunai, cek atau seumpamanya hendaklah dimasukkan dalam bank pada hari yang sama kecuali bagi penerimaan selepas waktu urusan bank hendaklah dimasukkan pada hari berikutnya.

 

Wang    panjar runcit.

24. Bendahari boleh memegang simpan wang sebanyak RM 300.00 dalam, sesuatu masa bagi perbelanjaan runcit dengan menyelenggarakan  suatu buku tunai panjar wang runcit dalam  Borang D Jadual Ketiga dan apa-apa tambahan kepada wang tersebut hendaklah dengan kebenaran Pendaftar.

     

                       

 

 

BAHAGIAN VIIPELBAGAI

 

 

Penempatan guru   atau

pegawai.