Bil. 2 Tahun 1985

ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(NEGERI PULAU PINANG) 1985
(PINDAAN TAHUN 1993)

 

SUSUNAN FASAL

 

 BAHAGIAN I

 

PERMULAAN

 

Fasal

1.

Tajuk ringkas, pemakaian, dan mula berkuatkuasa.

2.

Tafsiran

3.

Keucalian prerogatif

4.

Pemakaian

5.

Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam

6.

Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.

BAHAGIAN II

 

 

PERKAHWINAN

7.

orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.

8.

Umur minimum untuk perkahwinan.

9.

Pertalian yang melarang perkahwinan.

10.

Orang-orang dari agama lain.

11.

Perkahwinan taksah.

12.

Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan.

13.

Persetujuan dikehendaki.

14.

Perkahwinan seseorang perempuan.

15.

Pertunangan.

16.

Permohonan untuk kebenaran berkahwin.

17.

Mengeluarkan kebenaran berkahwin.

18.

Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar’iah.

19.

Kebenaran perlu sebelum akadnikah.

20.

Tempat perkahwinan.

21.

Mas kahwin dan pemberian.

22.

Catatan dalam Daftar Perkahwinan.

23.

Poligami.

24.

Akadnikah perkahwinan  di Kedutaan-kedutaan, dsb., Malaysia di luar negeri.

 

 BAHAGIAN III

 

 

PENDAFTARAN PERKAHWINAN

 

25.

Pendaftaran.

26.

Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta’liq.

27.

Melaporkan perkahwinan yang taksah atua tak legal.

28.

Perlantikan Ketua Pendaftar, Pendaftar, Timbalan, dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam.

29.

Buku dan Daftar hendaklah disimpan mengenai semua perkahwinan.

30.

Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.

31.

Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang.

32.

Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.

33.

Pendaftaran sukarela perkahwinan-perkahwinan orang Islam yang diakadnikahkan dahulunya di bawah mana-mana undang-undang.

BAHAGIAN IV

PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

35.

Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan.

36.

Pelanggaran terhadap seksyen 32.

37.

Gangguan terhadap perkahwinan.

38.

Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan.

39.

Akadnikah perkahwinan yang tidak dibenarkan.

40.

Kesalahan-kesalahan berhubungan dengna akadnikah perkahwinan.

41.

Kebenaran untuk mendakwa.

42.

Membetulkan kesilapan.

43.

Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan.

44.

Bukti.

BAHAGIAN V

PEMBUBARAN PERKAHWINAN

45.

Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.

46.

Pertukaran agama.

47.

Perceraian dengan talaq atau dengan perintah.

48.

Timbangtara oleh Hakam.

49.

Perceraian khul’ atau cerai tebus talaq.

50.

Perceraian di bawah ta’liq atau janji.

51.

Hidup semula suami atau ruju’.

52.

Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.

52A

Li’an

53.

Perceraian atas anggapan mati.

54.

Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan.

55.

Perintah perceraian tidak boleh didaftarkan melainkan perintah telah dibuat.

55A

Perceraian di luar Mahkamah

56.

Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.

57.

Hak terhadap maskahwin, dsb., tidak akan tersentuh.

58.

Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.

 BAHAGIAN VI 

NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN

59.

Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri, dan efek nusyuz.

60.

Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi seseorang tertentu.

61.

Pentaksiran nafkah.

62.

Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.

63.

Mengkompaun nafkah.

64.

Lamanya tempoh perintah nafkah.

65.

Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

66.

Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah.

68.

Nafkah bagi kena dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak boelh dipindahkan hak miliknya.

69.

Menuntut tunggakan nafkah.

70.

Nafkah sementara.

71.

Hak tempat tinggal.

72.

Kewajipan menanggung nafkah anak.

73.

Kuasa Mahkamah memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak.

74.

Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak.

75.

Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atua nafkah seseorang anak.

76.

Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau nafkah seseorang anak.

77.

menuntut tunggakan nafkah seseorang anak.

78.

Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.

79.

Llamanya tempoh perintah bagi nafkah anak.

80.

Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sahtaraf.

BAHAGIAN VII

PENJAGAAN

81.

Orang-orang yang berhak menjaga kanan-kanak.

82.

Kelayakana-kelayakan yang perlu untuk penjagaan.

83.

Bagaimana hak penjagaan hilang.

84.

Lamanya penjagaan.

85.

Penjagaan anak-anak tak sahtaraf.

86.

Kuasa Mahkamah membuat perintah mengenai penjagaan.

87.

Perintah tertakluk kepada syarat-syarat.

88.

Orang-orang yang berhak kepada penjagaan.

89.

Kuasa ke atas harta takalih dan harta alih.

90.

Perlantikan penjaga-penjaga oleh Mahkamah.

91.

Perlantikan ibu sebagai penjaga melalui wasiat.

92.

Penjaga bersama dengan ibu.

93.

Perubahan kuasa penjaga harta.

94.

Pemecatan penjaga.

95.

Cagaran hendaklah diberi.

96.

Had kuasa penjaga yang dilantik oleh Mahkamah.

97.

Penjaga tidak boleh memberi akuan penyelesaian mengenai harta modal.

98.

Penjaga boleh menanggung kanak-kanak dari pendapatan.

99.

perintah khas mengenai harta kecil.

100.

Permohonan untuk mendapatkan pendapat, dsb.

101.

Perintah larangan oleh Mahkamah.

102.

Penjaga bagi anak yatim.

103.

Dipotong

104.

Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang nasihat pegawai-pegawai kebajikan, dsb.

105.

Kuasa Mahkamah untuk menghalang anak dibawa keluar dari Malaysia.

106.

Kuasa bagi Mahkamah membatalkan dan menahan perpindahan-perpindahan yang dimaksud untuk mengecewakan tuntutan-tuntutan nafkah.

107.

Tegahan terhadap gangguan.

BAHAGIAN VIII

PELBAGAI

108.

Pengiktirafan perkahwinan orang Islam yang dilakukana luar Negeri Pulau Pinang.

109.

Pengiktirafan perkahwinan-perkahwinan yang dilakukan di Kedutaan-Kedutaan dsb., di Negeri Pulau Pinang.

110.

Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.

111.

Kelahiran lebih empat tahun selepas pembubaran perkahwinan.

112.

Kelahiran selepas pengakuan bahawa ‘iddah telah tamat.

113.

Persetubuhan syubah.

114.

Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah.

115.

Anggapan dari pengakuan  boleh disangkalkan.

116.

Pengakuan oleh perempuan yang sedang dalam ‘iddah.

117.

Mengakui seorang lain sebagai ibu atau bapa.

118.

pengakuan lain daripada sebagai anak, ibu, atau bapa

119.

Pengakuan tidak boleh dibatalkan.

120.

Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung.

121.

Rayuan.

122.

Dipotong

BAHAGIAN IX

PENALTI

123.

Poligami tanpa kebenaran Mahkamah.

124.

Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah.

125.

Tidak membuat laporan.

126.

Meninggal langsung isteri.

127.

Menaniaya isteri.

128.

Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri.

129.

Isteri tidak menurut perintah.

130.

Jadi murtad untuk membatalkan perkahwinan.

131.

Persetubuhan luarnikah antara orang-orang bercerai.

132.

Dengan sengaja cuai mematuhi perintah.

133.

Percubaan dan syubahat.

BAHAGIAN  X

AM

134.

Kuasa bagi membuat kaedah-kaedah.

135.

Pemansuhan peruntukan-peruntukan yang tertentu dalam Penang Enakmen 3/59.

 

JADUAL

 Bil. 2 TAHUN 1985 

DIPERKENANKAN,

(TUN DATUK DR. HAJI AWANG BIN HASSANp,

Yang di-Pertua Negeri

(Mohor Yang di-Pertua Negeri)

 

Suatu Enakmen bagi mengkanunkan peruntukan-peruntukan tertentuk Undang-undang Keluarga Islam megenai perkahwinan, perceraian, nafkah, penjagaan, dan lain-lain perkara berkaitan dengan kehidupan keluarga

 

[4hb. Jun 1985] 

 

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Majlis Undangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut:

 

BAHAGIAN I 

 

PERMULAAN

Tajuk ringkas, dan

mula berkuatkuasa.

1.  (1)  Enakmen  ini  bolehlah dinamakan  Enakmen   Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 1985.

 

     (2)  Enakmen  ini  hendaklah  mula  berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

 

2.  (1)  Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang berlainan -

 

      “anak dara”  ertinya    seorang   perempuan   yang   belum   pernah bersetubuh, sama ada sudah berkahwin atau belum;

 

     “balu” ertinya perempuan yang suaminya telah mati;

 

     “bermastautin” ertinya tinggal tetap atau pada kelazimannya tinggal dalam sesuatu kawasan yang tertentu;

 

     “darar syarie”  ertinya  bahaya  yang   menyentuh   isteri   mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran, maruah atau hartabenda mengikut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syara’;

 

     “duda” ertinya lelaki yang isterinya telah mati;

Enakmen Penang

No. 3/59.

 

     “Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ 1959;

     “wali Raja’  ertinya  wali  yang  ditauliahkan  oleh Yang di Pertuan Agong, dalam hal Wilayah  Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, atau oleh Raja, dalam hal sesuatu negeri lain, untuk mengahwinkan perempuan tidak mempunyai wali dari nasab.

 

 

23/67

     (2)  Semua    perkataan   dan   ungkapan   yang   digunakan   dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Pentafsiran 1967 hendaklah mempunyai erit yang diberi kepadanya masing-masing oleh Enakmen itu.

 

    (3)  Bagi  mengelakkan  keraguan  tentang  identiti  atau  pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenarikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada bentuk skrip bahasa Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bertentangan dengannya dalam Jadual itu.

 

    (4)  Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa meminda, memotong daripada, atau menambah kepada, Jadual itu.

Kecualian prerogatif.

3.  Tiada  apa-apa   jua   yang  terkandung  dalam  Enakmen  ini  boleh mengurangkan atau menyentuh hak-hak prerogatif dan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Ugama Islam dalam Negeri Pulau Pinang, sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri.

Pemakaian.

4.  Kecuali    sebagaimana   diperuntukkan   dengan   nyata   selainnya, Enakmen ini terpakai  bagi semua orang Islam yang tinggal dalam Negeri Pulau Pinang dan bagi semua orang Islam yang bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang tetapi tinggal di luar Negeri Pulau Pinang.

Kriterium bagi memutuskan sama ada seseorang itu orang Islam.

5.  Jika bagi maksud-maksud Enakmen ini timbul apa-apa soal tentang sama ada seseorang itu orang Islam, soal itu hendaklah diputuskan mengikut kriterium reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan, atau kemungkiran orang itu.

Perkahwinan yang masih berterusan hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini dan boleh dibubarkan hanya di bawah Enakmen ini.

6.  (1)  Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh menyentuh sahnya sesuatu perkahwinan Islam yang telah diakadnikahkan di bawah mana-mana jua undang-undang di mana-mana jua pun sebelum tarikh yang ditetapkan.

    (2)  Perkahwinan   sedemikian,   jika   sah  di bawah undang-undang yang di bawahnya ia telah diakadnikahkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini.

    (3)  Tiap-tiap  perkahwinan sedemikian, melainkan jika tidak diakui di bawah undang-undang yang di bawahnya ianya telah diakadnikah-kan, hendaklah berterusan sehingga dibubarkan -

(a)

dengan kematian salah seorang daripada pihak-piahk yang berkahwin itu;

(b)

dengan apa-apa talaq sebagaimana yang dilafazkan di bawah Enakmen ini;

(c)

Dengan perintah Mahkamah yang layak berbidangkuasa; atau

(d)

dengan penetapan pembatalan yang dibuat oleh Majkamah yang layak berbidangkuasa.

     

 

BAHAGIAN II

 

PERKAHWINAN

Orang-orang yang boleh mengakadnikahkan perkahwinan.

7.  (1)  Sesuatu   perkahwinan   di  Negeri   Pulau   Pinang   hendaklah mengikut peruntukan Enakmen ini dan hendaklah diakadnikahkan mengikut Hukum Syara’ oleh -

(a)

wakil di hadapan Pendaftar;

(b)

wakil wali di hadapan dan dengan kebenaran Pendaftar; atau

(c)

Pendaftar sebagai wakil wali.

 

    (2)  Jika   sesuatu  perkahwinan  itu  melibatkan  seorang perempuan yang tiada mempunyai wali dari nasab, mengikut Hukum Syara’, perkahwinan itu hendaklah diakadnikahkan hanya oleh wali Raja.

Umur minimum untuk perkahwinan.

8.  Tiada  sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syar’iah telah membeir kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.

Pertalian yang melarang perkahwinan.

9.  (1)  Tiada seseorang lelaki atua perempuan, mengikut mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab nasab, berkahwin dengan -

(a)

ibunya atau bapanya;

(b)

neneknya hingga ke atas sama ada dari sebelah bapa atau dari sebelah ibu;

(c)

anak perempuannya atau anak lelakinya dan cucu perempuannya atau cucu lelakinya hingga ke bawah.

(d)

saudara perempuan atau saudara lelaki seibu sebapa, saudara perempuan atau sudara lelaki sebapa, dan saudara perempuan atau saudara lelaki seibu;

(e)

anak perempuan atau anak lelaki kepada saudara lelaki atau saudara perempuan hingga ke bawah;

(f)

emak saudara atau bapa saudara sebelah bapanya hingga ke atas;

(g)

emak saudara atau bapa saudara sebelah ibunya hingga ke atas;

 

    (2)  Tiada  seseorang  lelaki atau  perempuan,  mengikut  mana  yang berkenaan, boleh, oleh sebab pertalian kahwin, berkahwin dengan -

(a)

ibu mertuanya atau bapa amertuanya hingga ke atas;

(b)

emak tirinya atau bapa tirinya, iaitu isteri bapanya atau suami ibunya;

(c)

nenak tirinya, iaitu isteri atau suami kepada nenak lelakinya, atau nenek perempuannya, sama ada dari sebelah bapa atau sebelah ibu;

(d)

menantunya;

(e)

anak perempuan atau anak lelaki tirinya hingga ke bawah.

 

    (3)  Tiada  seseorang  lelaki  atau  perempuan,  mengikut  mana yang berkenaan, boleh, oleh sebab sesusuan, berkahwin dengan seseorang perempuan atau lelaki yang ada hubungan dengannya melalui penyusuan di mana, jika hubungna itu adalah melalui kelahiran dan bukan melalui penyusuan, perempuan atau lelaki itu tetap dilarang berkahwin dengannya oleh sebab nasab atau pertalian kahwin.

 

    (4)  Tiada  seseorang  lelaki  boleh  mempunyai  dua isteri pada satu masa jika isteri-isteri itu adalah bertalian antara satu sama lain melalui nasab, pertalian kahwin, atau susuan dan pertalian itu adalah dari jenis yang, jika salah seorang daripada mereka adalah seorang lelaki, menjadikan perkahwinan antara mereka tetap tidak sah di sisi Hukum Syara’

Orang-orang dari

agama lain.

10.  (1)  Tiada   seseorang  lelaki  boleh  berkahwin  dengan  seseorang bukan Islam kecuali seorang Kitabiyah.

 

     (2)  Tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang bukan Islam.

Perkahwinan tak sah.

11.  Sesuatu   perkahwinan   adalah   tidak   sah  melainkan jika cukup semua syarat yang perlu, menurut Hukum Syara’, untuk menjadikan-nya sah.

Perkahwinan yang tidak boleh didaftarkan.

12.  Sesuatu perkahwinan yang bersalahan dengan Enakmen ini tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

Persetujuan dikehendaki.

13.  Sesuatu   perkahwinan   adalah   tidak   diakui   dan   tidak   boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua belah pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada -

(a)

wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syara’; atau 

(b)

Hakim Syari’ah yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syari’ah itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syara’’ persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syara’.

Perkahwinan seseorang perempuan.

 

14.  (1)  Tiada seorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

     (2)  Jika perempuan itu adalah seorang janda -

(a)

tertakluk kepada perenggan (c), dia tidak boleh, pada bila-bila masa sebelum tamat tempoh ‘iddahnya yang dikira mengikut Hukum Syara’, berkahwin dengan seseorang melainkan kepada lelaki yang akhir dia telah bercerai.

(b)

dia tidak boleh berkahwin melainkan dia telah mengemukakan -

(i)

suatu surat perakuan cerai yang sah yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang pada masa itu berkuatkuasa; atau 

(ii)

suatu salinan yang diperakui bagi catatan yang berkaitan dengan perceraiannya dalam daftar perceraian yang berkenaan;

(iii)

suatu perakuan, yang boleh diberi atas permohonannya selepas penyiasatan yang wajar oleh Hakim Syar’iah yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana permohonan itu dibuat, yang bermaksud bahawa dia adalah seorang janda;

(c)

jika perceraian itu adalah dengan ba-in kubra, iaitu tiga talaq, dia tidak boleh berkahwin semula dengan suaminya yang dahulu itu melainkan dia telah berkahwin dengan sah dengan seorang lain dan dia telah disetubuhi oleh seorang lain itu dalam perkahwinan itu dan perkahwinan itu dibubarkan kemuidannya dengan sah dan setelah habis iddahnya.

 

     (3)  Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebleum dia tleah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa ‘iddah perceraian biasa, berkahwin dengna seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, keucali dengna kebenaran Hakim Syari’ah yang mempunyai bidangkuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin.

 

    (4)  Jika perempuan itu adlah seorang balu -

Pertunangan.

15.  Jika   seseorang   telah   mengikat    suatu    kontrak    pertunangan mengikut Hukum Syara’, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan bnerkahwin dengan pihak yang satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, mak pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilaianya dan membayar apa-apa wang yang telah dibleanjakan dnegan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah.

 

PERMULAAN KEPADA PERKAHWINAN 

Permohonan untuk kebenaran berkahwin.

16.  (1)  Apabila   dikehendaki    untuk    mengakadnikahkan    sesuatu perkahwinan dalam Negeri Pulau Pinang, tiap-tiap satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu hendaklah memohon dalam bornag yang ditetapkan untuk kebenaran berkahwin kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana pihak perempuan itu bermastautin.

 

     (2)  Jika  pihak  lelaki bermastautin di kariah masjid yang berlainan dari kariah masjid pihak perempuan, atau bermastautin di mana-mana Negeri, permohonannya hendaklah mengandungi atau disertai dengan kenyataan Pendaftar bagi kariah masjidnya atau oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu, mengikut mana yang berkenaan, yang bermaksud bahawa sejauh yang dapat dipastikannya perkara-perkar ayang disebut dalam permohonan itu adalah benar.

 

    (3)  Permohonan    tiap-tiap   satu    pihak   hendaklah   disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang dicadangkan bagi perkahwinan itu, tetapi Pendaftar boleh membenarkan masa yang lebih singkat dalam mana-mana kes tertentu.

 

    (4)  Permohonan   kedua-dua   pihak   hendaklah  dianggap   sebagai suatu permohonan bersama.

Mengeluarkan kebenaran berkahwin.

17.  Tertakluk  kepada  seksyen  18,   Pendaftar,  apabila  berpuas  hati tentang kebenaran perkakra-perkara yang disebut dalam permohonan itu, tentang sahnya perkahwinan yang dicadnagkan itu, dan, jika pihak lelaki itu sudah berkahwin, bahawa kebenaran yang dikehendkai oleh seksyen 23 telah diberi, hendaklah pada bila-bila masa selepas permohonan itu dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohonan kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar’iah.

18.  (1)  Dalam mana-mana kes beirkut, iaitu -

(a)

jika salah satu pihak kepada perkahwinan yang dicadangkan itu adalah di bawah umur yang dinyatkaan dlaam seksyen 8; atau

(b)

jika pihak perempuan adalah seorang janda yang tersebit oleh seksyen 14(3); atau

(c)

jika pihak perempuan tidak mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syara’,

 

maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 17, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syar’iah yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

 

     (2)  Hakim Skyar’iah apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 8, atau kebenaran bagi maksud-maksud seksyen 14(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu diakadnikahkan oelh wali Raja bagi maksud-maksud seksyen 13(b), mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fee yang ditetpakan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.

Kebenaran perlu sebelum akadnikah.

19.  Tiada   sesuatu   perkahwinan   boleh   diakadnikahkan  melainkan suatu kebenaran berkahwin  telah diberi -

(a)

oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syar’iah di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam negeri Pulau Pinang; atau

(b)

oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu Negeir, jika perkahwinan itu melibatkan seornag perempuan yang bermastautin di Negeri itu.

Tempat perkahwinan.

20.  (1)  Tiada   sesuatu   perkahwinan  boleh  diakadnikahkan  kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syar’iah yang memberi kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberi kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Pulau Pinang atau dalam mana-mana Negeri.

 

      (2)  Kebenaran   di  bawah   subseksyen (1)   bolehlah   dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberi di bawah seksyen 17 dan 18.

 

     (3)  Walau     apa    pun    peruntukan    subseksyen    (1),    sesuatu perkahwinan itu bolehlah diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain daripada kariah masjid di mana pihak permepuan bermastautin jika -

(a)

dalam hal di mana permepuan itu bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu telah diberi di bawah seksyen 17 atau 18 dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi di bawah subseksyen (1); atau.

(b)

dalam hal di mana perempuan itu bermastautin dalam sesuatu Negeri, kebenaran berkahwin mengenai perkahwinan itu dan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan dalam kariah masjid yang lain itu telah diberi oleh pihak berkuasa yang hak bagi Negeri itu.

Mas kahwin dan pemberian.

21.  (1)  Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atua wakilnya di hadpaan orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.

 

     (2)  Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan -

(a)

nilai dan butir-butir lain mas kahwin;

(b)

nilai dan butir-butir lain pemberian;

(c)

nilai dna butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya, yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan

(d)

butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.

Catatan dalam Daftar Perkahwinan.

22.  (1)  Selepas  sahaja  akadnikah  sesuatu  perkahiwnan   dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta’liq yang ditetapkan atau ta’liq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Perkahwinan.

 

    (2)  Catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan oleh dua ornag saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.

 

      (3)  Catatan   itu   hendaklah   kemudiannya   ditandatangani   oleh Pendaftar itu.

Poligami.

23.  (1)  Tiada  seseorang  lelaki  boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa dia  masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syar’iah, dan jika dia berkahwin sedemikian tanpa kebenaran tersebut maka perkahwinan itu tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini.

 

    (2)  Subseksyen  (1)  terpakai bagi perkahwinan dalam Negeri Pulau Pinang seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Negeri Pulau Pinang dan perkahwinan di laur Negeri Pulau Pinang seseorang lelaki yang bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang.

 

    (3)  Permohonan  untuk  kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetpakan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tnaggungan kewangannya yang boleh ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap pihak yang dicadangkan itu.

 

    (4)  Apabila  menerima   permohonan   itu,    Mahkamah   hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuasa hati -

(a)

bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b)

bahawa pemohon mempunyai kemanpuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara’, semua isteri dan orang tnaggungannya, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c)

bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syara’;

(d)

bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syar’i kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; dan

(e)

bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara langsung atau secara tak langsung taraf kehidupan yang tleah dinikmati dan dijangka dengan munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-isteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada sekiranya perkahwinan itu tidak berlaku.

 

    (5)  Satu  salinan  permohonan  di bawah  subseksyen (3) dan akuan berkanun yang dikehendaki oleh sub-seksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

 

    (6)  Mana-mana  pihak  yang  terkilan  atau  tidak  puas  hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sijil.

 

    (7)  Seseorang  yang  berkahwin  bersalahan  dengan subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah masa kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boelh dituntut sebagai hutang.

 

    (8)  Acara  bagi  akadnikah  dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen ini.

Akadnikah perkahwinan Kedutaan, dsb., Malaysia di luar Negeri.

24.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2),  perkahwinan boleh diakad-nikahkan mengikut Hukum Syara’ oleh Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 28(2) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap perngakadnikahan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, atau Pejabat Konsul itu.

 

    (2)  Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuashati -

(a)

bahawa satu atau kedua-dua pihak  kepada perkahwinan itu adalah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

(b)

bahawa jika salah satu pihak bukan pemastautin Negeri Pulau Pinang, perkahwinan yang dicadangkan itu, jika diakadnikahkan, akan dikira sebagai sah di tempat di mana pihak itu bermastautin.

 

    (3)  Acara  bagi  akadnikah  dan  pendaftaran perkahwinan di bawah seksyen ini hendaklah serupa dalam serba perkara dengan dipakai bagi perkahwinan-perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Negeri Pulau Pinang.

 

BAHAGIAN III 

 

PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Pendaftaran.

25.  Perkahwinan  selepas  tarikh  yang ditetapkan tiap-tiap orang yang bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang dna perkahwinan tiap-tiap orang yang tinggal di luar negeri tetapi bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang hendaklah didaftarkan mengikut Enakmen ini.

Surat perakuan nikah dan surat perakuan ta’liq.

26.  (1)  Selepas   mendaftarkan   sesuatu   perkahwinan   dan   selepas dibayar kepadanya fee yang ditetapkan, pendaftar hendaklah mengeluarkan suatu surat perakuan nikah dalam borang yang ditetapkan kepada kedua-dua pihak bagi perkahwinan itu.

 

    (2)  Pendaftar  hendaklah  juga, selepas dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan suatu surat perakuan ta’liq dalam borang yang ditetapkan kepada tiap-tiap satu pihak bagi perkahwinan itu.

Melaporkan perkahwinan yang tak sah atau tak legal.

27.  Adalah  menjadi  kewajipan   tiap-tiap  orang    untuk  melaporkan kepada pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana dia berpendapat bahawa sesuatu perkahwinan adalah taksah atau bahawa sesuatu perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Enakmen ini.

Perlantikan Ketua Pendaftar, Timbalan, dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, perceraian dan Rujuk’ Orang Islam.

 

 

28.  (1)  Yang di-Pertuan  Agong  boleh  melantik mana-mana pegawai awam yang berkelayakan untuk menjadi Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini yang mana adalah berkuasa menjalankan penyeliaan dan kawalan ke atas Pendaftar-Pendaftar dan pendaftaran perkahwinan, perceraian, dan ruju’ di bawah Enakmen ini.

    (2)  Yang  di-Pertuan  Agong  boleh  melantik  beberapa orang yang berkelayakan sebagaimana yang perlu, untuk menjadi Pendaftar, Timbalan Pendaftar, atau Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam bagi mana-mana kariah masjid dalam Negeri Pulau Pinang sebagaimaan ditentukan dalam perlantikan itu.

    (3)  Yang  di-Pertuan  Agong  boleh,  melalui  pemberitahuan dalam Warta, melantik mana-mana anggota staf diplomatik Malaysia di mana-mana negara untuk menjadi Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ Orang Islam bagi maksud-maksud Enakmen ini di negara itu.

N.M.B.
Bab 45.

    (4)  Tiap-tiap  orang  yang  dilantik  di bawah  subseksyen  (1) yang bukan pegawaiawam hendaklah disifatkan sebagai pegawai awam bagi maksud-maksud Kanun Keseksaan.

Butku dan Daftar hendaklah disimpan  mengenai semua perkahwinan.

29.  Tiap-tiap     Pendaftar    hendaklah    menyimpan    suatu     Daftar Perkahwinan dan buku-buku sebagaimana yang ditetapkan  oleh Enakmen ini atau oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini, dan tiap-tiap perkahwinan yang diakadnikahkan dalam Negeri Pulau Pinang hendaklah didaftarkan dengan sewajarnya oelh Pendaftar dan Daftar Perkahwinannya.

Salinan-salinan catatan hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.

30.  (1)  Tiap-tiap  Pendaftar  hendaklah, d engan seberapa segera yang praktik selepas akhir tiap-tiap satu bulan, menyerahkan kepada Ketua Pendaftar suatu salinan tiap-tiap catatan yang diperakui benar dan ditandatangani olehnya yang tleah dibuat dalam Daftar Perkahwinan.

 

    (2)  Semua  salinan  itu  hendaklah  disimpan  oleh  Ketua Pendaftar mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan dan hendaklah menjadi Daftar Perkahwinan Ketua Pendaftar.

Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang.

31.  (1)  Jika  seseorang yang bermastautin dalam Negeri Pulau Pinang telah berkahwinan di luar negeri dengan sah mengikut Hukum Syara’, bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 24, maka orang itu hendaklah, dalam masa enam bulan selepas tarikh perkahwinan itu, hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, dan Ruju’ Orang Islam yang berhampiran sekali atau yang terdapat dengan paling  senang di laur negeri untuk mendaftar perkahwinan  itu, dan perkahwinan itu, setelah didaftarkan, hendaklah disifatkan sebagai didaftar di bawah Enakmen ini.

 

    (2)  Jika  sebelum  tamat   tempoh  enam  bulan  itu  salah  satu  atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu dijangkakan akan kembali ke Negeri Pulau Pinang dan perkahwinan itu belum  didafatrkan di luar negeri, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa enam bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Negeri Pulau Pinang dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapan mana-mana Pendaftar dalam Negeri Pulau Pinang dan -

(a)

mengemukakan kepada Pendaftar itu surat perakuan nikah atau apa-apa keterangan, sama ada lisan atau bertulis, yang boleh memuaskan hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku;

(b)

memberi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar untuk pendaftaran sewajarnya perkahwinan itu; dan

(c)

memohon dalam orang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu didaftarkan dan menandatangani akuan di dalamnya.

 

    (3)  Pendaftar  boleh  mengecualikan  satu  daripada pihak-pihak itu daripada hadir jika dia berpuas hati bahawa ada sebab-sebab yang baik dan cukup bagi pihak itu tidak hadir dalam hal yang demikian catatan dalam Daftar Perkahwinan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang sebab pihak itu tidak hadir.

 

    (4)  Selepas  sahaja   pendaftaran   sesuatu   perkahwinan   di bawah seksyen ini, satu salinan sah catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri, dan satu lagi salinan saha yang diperakui hendkalah dihantar, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, sebagaimana yang ditetapkan, kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah menyebabkan semua salinan-salinan yang diperakui itu dijilid bersama untuk menjadi Daftar Perkahwinan Orang Islam Luar Negeri.

 

    (5)  Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam tempoh yang idnyatakan dalam subseksyen (1), perkahwinan itu boleh, atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan kemudian setelah dibayar apa-apa penalti yang ditetapkan.

Daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang.

32.  Tiada seseorang, lain daripada mereka yang di bawah Enakmen ini boleh -

(a)

menyimpan apa-apa buku yang mana adalah atau yang berupa sebagai suatu daftar yang disimpan mengikut Enakmen  ini; atau

(b)

mengeluarkan kepada seseorang apa-apa dokumen yang mana adalah atau yang serupa sebagai suatu salinan surat perakuan bagi perkahwinan atau perakuan perkahwinan yang didaftarkan oleh Pendaftar.

Pendaftaran sukarela perkahwinan orang Islam yang diakad-nikahkan dahulunya di bawah mana-mana undang-undang.

33.  (1) Walau  apa  pun  peruntukan seksyen 6 dan seksyen 31, pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan mengikut Hukum Syara’ yang diakadnikahkan di bawah mana-mana undang-undang sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan boleh, jika perkahwinan itu belum didaftarkan, memohon pada bila-bila masa kepada Pendaftar dalam borang yang ditetapkan untuk didaftarkan perkahwinan itu.

 

     (2)  Pendaftar boleh menghendaki pihak-pihak kepada perkahwinan itu hadir di hadapannya dan mengemukakan apa-apa keterangan yang dikehendakinya mengenai perkahwinan itu, sama ada lisan atau  bertulis, dan memberi apa-apa butir lain sebagaimana yang dikdhendaki olehnya.

 

    (3)  Pendaftar    boleh,    setelah    puas    hati    tentang    kebenaran pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam permohonan itu, mendaftarkan perkahwinana itu dengan mencatatkan butir-butir mengenainya dalam Daftar Perkahwinan yang ditetapkan bagi maksud ini.   

 

     (4)  Catatan  perkahwinan dalam Daftar Perkahwinan itu hendaklah ditandatangani oleh Pendaftar yang membuat catatan itu dan oleh kedua-dua belah pihak kepada perkahwinan itu, jika dapat hadir, jika tidak, oleh mana-mana satu pihak yang hadir di hadapan Pendaftar.

 

    (5)  Selepas perkahwinan itu didaftarkan, satu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar dan dimeterai dengan meterai jawatannya hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri dan satu salinan ketiga hendaklah dihantar kepada Ketua Pendaftar.

 

    (6)  Pendaftar  tidak  boleh  mendaftarkan  sesuatu  perkahwinan  di bawah seksyen ini jika berpuas hati bahawa perkahwinan itu adalah tidak diakaui di bawah Enakmen ini.

Efek pendaftaran di sisi undang-undang.

34.  Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan diakui atau tidak diakui sesuatu perkahwinan semata-mata oleh sebab ianya telah didaftarkan atau tidak didaftarkan, yang mana, sebaliknya, adalah tidak diakui atau diakui.

 

BAHAGIAN IV 

 

PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN
PERHUBUNGANDENGAN AKADNIKAH
DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN

Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa yang ditetapkan.

35.  Jika   seseorang   yang   dikehendaki   oleh   seksyen  31  hadir  di hadapan seorang Pendaftar tidak berbuat demikian dalam masa yang ditetapkan, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bualn atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Pelanggaran terhadap seksyen 32.

36.  Seseorang  yang  melanggar  seksyen  32  adalah  melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-dua denda dan penjara itu; dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudiannya hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Gangguan terhadap perkahwinan.

37.  Kecuali jika dibenarkan oleh Hukum Syara’, seseorang yang menggunakan apa-apa kekerasan atau ugutan -

(a)

untuk memaksa seseorang berkahwin bertentangan dengan kemahuannya; atau

(b)

untuk menahan seseorang lelaki yang telah mencapai umur lapan belas tahun atau seseorang perempuan yang tleah mencapai umur enam belas tahun dari berkahwin dengan sahnya.

 

dalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Akuan atau

pernyataan palsu

untuk mendapatkan perkahwinan.

39.  Seseorang  yang  mengakadnikahkan  atau  berbuat  sesuatu   yang berupa sebagai mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan manakala dia tidak diberikuasa di bawah Enakmen ini, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara itu.

Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akadnikah perkahwinan.

40.  (1)  Seseorang  yang dengan diketahuinya mengakadnikahkan atau berbuat sesuatu yang berupa sebagai mengakadnikahkan atau menjalankan upacara sesuatu perkahwinan -

(a)

tanpa ada kebenaran berkahwinan sebagiamana dikehendaki oleh seksyen 19; atau

(b)

di hadapan selain dari di hadapan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang boleh dipercayai di samping orang yang mengakadnikahkan perkahwinan itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

 

    (2)  Seseorang  yang  berkahwin  atau  berbuat  sesuatu  yang berupa sebagai akadnikah atau yang menjalani sesuatu cara akadnikah dengan sesiapa jua berlawanan dengan mana-mana peruntukan Bahagian II adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu.

Kebenaran untuk mendapat dakwa.

41.  Tiada  apa-apa  dakwaan  atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 35 hingga 40 boleh dibawa kecuali dengna kebenaran bertulis dari Mufti.

Membetulkan kesilapan.

42.  (1)  Jika  Pendaftar  berpuas  hati  melalui   akuan   berkanun  atau selainnya bahawa sesuatu catatan berhubungan dengan sesuatu perkahwinan adalah silap pada bentuk atau isinya, dia boleh, di hadapan orang-orang yang bernikah itu, atau, jika mereka tidak ada, di hadapan dua orang saksi yang boleh dipercayai, membetulkan kesilapan itu dengan memotong catatan itu dan membuat catatan yang betul dan dia hendaklah selepas itu mengarahkan supaya catatna dalam Daftar Perkahwinan tempatan dibetulkanmengikut cara yang sama.

 

    (2)  Pendaftar     hendaklah    menandatangani    dan   mentarikhkan pembetulan yang dibuat dalam surat perkauan nikah itu dan dalam Daftar Perkahwinan tempatan itu.

 

    (3)  Tiap-tiap    catatan    yang   dibuat   di   bawah   subseksyen  (1) hendaklah diakusaksi oleh saksi-saksi yang di hadapannya catatan itu telah dibuat.

 

    (4)  Suatu   salinan   pembetulan  itu  yang  diperakui  hendaklah di- hantar dengan segera kepada Ketua Pendaftar supaya suatu pembetulan yang serupa dibuat dalam Daftar Perkahwinannya.

Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan.

43.  (1)  Tiap-tiap  Daftar  Perkahwinan  dan indeks perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini hendkalah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana ornag setelah dibayar fee yang ditetapkan.

 

    (2)  Ketua    Pendaftar    atau   Pendaftar,    mengikut    mana    yang berkenaan, hendaklah, setelah dibayar fee yang ditetapkan, memberi sura t salinan catitan dalam Daftar Perkahwinan dan indeks, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatan Ketua Pendaftar atua Pendaftar itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada seseorang yang menghendakinya.

Bukti.

44.  Tiap-tiap Daftar Perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini dan sesuatu salinan apa-apa catatan di dalamnya, yang diperkaui dengan tandatangan dan meterai jawatannya sebagai suatu salinan atau cabutan yang benar, adalah menjadi keterangan prima facie dalam semua mahkamah dan tribunal dalam mengenai tarikh-tarikh dan perbuatan-perbuatan yang terkandung atau dinyakan dalam Daftar Perkahwinan, salinan atau cabutan itu.

 

BAHAGIAN V

 

PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Takat kuasa untuk membuat sesuatu perintah.

45.  Kecuali  sebagaimana  selainnya  dengan  nyata,  tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talaq kecuali -

(a)

jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini; 

(b)

jika perkahwinan itu tleah dilangsungkan mengikut Hukum Sara’, dan

(c)

jika pemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Pulau Pinang.

Pertukaran agama.

46.  (1)  Jika  salah  satu pihak kepada sesuatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan lain daripada Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

 

    (2)  Jika  salah  satu pihak kepada sesuatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuatkuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

Perceraian dengan talaq atau dengan perintah.

47.  (1)  Seseorang  suami atau  seseorang  isteri  yang hendak bercerai hendaklah menyerahkan suatu permohonan untuk perceraian kepada Mahkamah dalam borang yang ditetapkan, disertai dengan suatu akuan berkanun mengandungi -

(a)

butir-butir mengenai perkahwinana itu dan nama, umur dan jantina anak-anak, jika ada, hasil dari perkahwinan itu;

(b)

butir-butir mengenai fakta-fakta yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah di bawah seksyen 45;

(c)

butir-butir mengenai apa-apa prosiding yang dahulu mengenai hal-ehwal suami isteri antara pihak-pihak itu,  termasuk tempat prosiding itu;

(d)

suatu pernyataan tentang sebab-sebab hendak bercerai;

                   

(e)

suatu pernyataan tentang sama ada apa-apa, dan, jika ada, apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencapai perdamaian;

(f)

syarat apa-apa perjanjian berkenaan dengan nafkah dan tempat kediaman bagi isteri dan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, peruntukan bagi pemeliharaan dan penjagaan anak-anak dari perkahwinan itu, jika ada, dan pembahagian apa-apa aset yang diperolehi melalaui usaha bersama pihak-pihak itu, jika ada, atau, jika tiada sesuatu persetujuan tersebut telah tercapai, cadangan pemohon mengenai hal-hal itu; dan

(g)

butir-butir mengenai perintah yang diminta.

 

     (2)  Selepas   menerima   sesuatu   permohonan   untuk   perceraian, Mahkamah hendaklah menyebabkan satu saman diserahkan kepada pihak yang satu lagi itu bersama dengan satu salinan permohonan itu dan akuan berkanun yang dibuat oelh pemohon, dan saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang satu lagi itu hadir di hadapan Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah menyiasat sama ada pihak yang satu lagi itu bersetuju atau tidak terhadap perceraian itu.

 

    (3)  Jika  pihak  yang  satu  lagi itu bersetuju terhadap perceraian itu dan Mahkamah berpuas hati selepas penyiasatan yang wajar bahawa perkahwinan itu telah pecahbelah dengan tak dapat dipulihkan, maka Mahkamah hendaklah menasihatkan suami supaya melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah.

 

    (4)  Mahkamah  hendaklah  merekodkan  hal   satu   talaq   itu,   dan hendaklah menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

 

    (5)  Jika pihak yang satu lagi itu tidak bersetuju terhadap perceraian itu atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian antara pihak-pihak itu, Mahkamah hendaklah dengan seberapa segera yang boleh melantik suatu jawatankuasa pendamai terdiri daripada seorang Pegawai Ugama sebagai Pengerusi dan dua orang lain, seorang untuk bertindak bagi pihak suami dan seorang lagi bagi isteri, dan merujukkan kes itu kepada jawatankuasa itu.

 

    (6)  Pada    melantik    dua   orang   itu   di bawah   subseksyen   (5), Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada suadara-saudara karib pihak-pihak itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

 

    (7)  Mahkamah  boleh memberi arahan-arahan kepada jawatankuasa pendamai itu tentang hal menjalankan perdamaian itu dan ia hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu.

 

    (8)  Jika jawatankuasa itu tidak dapat bersetuju atau jika Mahkamah tidak berpuas hati tentang cara menjalankan perdamaian iatu, Mahkamah boleh memecat jawatankuasa itu dan melantik jawatankuasa lain bagi menggantikannya.

 

    (9)  Jawatankuasa  itu  hendaklah  berusaha   mencapai   perdamaian dalam tempoh enam bulan dari tarikh ia dibentuk atau dalam tempoh yang lebih lama mengikut sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.

 

    (10)  Jawatankuasa  itu  hendaklah  meminta  pihak-pihak  itu  hadir dan hendaklah membeir tiap-tiap seorang dari mereka peluang untuk didengar dan boleh mendengar mana-mana orang lain dan membuat apa-apa penyiasatan yang difikirkannya patut dan boleh, jika ia fikirkan perlu, menangguhkan prosidingnya dari semasa ke semasa.

 

    (11)  Jika    jawatankuasa    pendamai    itu   tidak   dapat   mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, jawatankuasa itu hendaklah mengeluarkan suatu perkauan tentang hal yang demikian itu dan boleh melampirkan pada perakuan itu apa-apa syor yang difikirkannya patut berkenaan dengan nafkah dan penjagaan anak-anak belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada, berkenaan dengan pembahagian harta, dan berkenaan dengan hal-hal lain berhubungan dengan perkahwinan itu.

 

    (12)  Tiada  seseorang peguambela dan peguamcara boleh hadir atau bertindak bagi mana-mana pihak dalam sesuatu prosiding di hadapan sesuatu jawatankuasa pendamai dan tiada sesuatu pihak boleh diwakili oleh sesiapa jua, selain dari seorang ahli keluarganya yang karib, tanpa kebenaran jawatankuasa pendamai itu.

 

    (13)  Jika  jawatankuasa  itu melaporkan kepada Mahkamah bahawa perdamaian telah tercapai dan pihak-pihak itu telah hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menolak permohonan untuk perceraian itu.

 

    (14)  Jika  jawatankuasa  mengemukakan  kepada  Mahkamah  suatu perakuan bahawa ia tidak dapat mencapai perdamaian dan tidak dapat memujuk pihak-pihak itu supaya hidup semula bersama sebagai suami isteri, Mahkamah hendaklah menasihatkan suami yang berkenaan itu melafazkan satu talaq di hadapan Mahkamah, dan jika Mahkamah tidak dapat mendapatkan suami itu hadir di hadapan Mahkamah untuk melafazkan satu talaq, maka Mahkamah hendaklah merujuk kes itu kepada Hakam untuk tindakan menurut seksyen 48.

 

    (15)  Kehendak   subseksyen   (5)  tentang   rujukan   kepada   suatu jawatankuasa pendamai tidak terpakai dalam sesuatu kes -

(a)

di mana pemohon mengatakan bahawa di a telah ditinggal langsung oleh pihak yang satu lagi itu dan tidak thau di mana pihak yang satu lagi itu berada;

(b)

di mana pihak yang satu lagi itu bermastautin di luar Malaysia Barat dan ianya tidak mungkin masuk ke dalam bidangkuasa Mahkamah yang berkenaan itu dalam masa enam bulan selepas tarikh permohonan itu;

c)

di mana pihak yang satu lagi itu sedang di penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

d)

di mana pemohon mengatakan bahawa pihak yang satu lagi itu sedang mengidap penyakit otak yang tak boleh sembuh; atau

e)

di mana Mahkamaha bepruas hati bahawa ada hal keadaan yang luar biasa yang menyebabkan rujukan kepada suatu jawatankuasa pendamai tidak praktik.

 

    (16)  Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam sub-seksyen (17), sesuatu talaq yang dilafazkan oleh suami atau sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah tidak boleh berkuatkuasa sehingga tamat tempoh ‘iddah.

 

    (17)  Jika isteri hamil pada masa talaq itu dilafazkan atua pada masa perintah itu dibuat, talaq atau perintah itu tidak boleh berkuatkuasa sehingga berakhir kehamilan itu.

Timbangtara oleh Hakam.

48.  (1)   Jika  Mahkamah  berpuas  hati  bahawa perkelahiran (shiqaq) sentiasa berlaku antara pihak-pihak kepada suatu perkahwinan, Mahkamah boleh melantik, mengikut Hukum Syara’, dua orang penimbangtara atau Hakam untuk bertindak bagi pihak suami dan isteri yang berkenaan itu masing-masing.

 

    (2)  Pada   melantik   Hakam   di bawah   subseksyen (1) Mahkamah hendaklah, jika boleh, memberi keutamaan kepada saudar-saudara karib pihak-pihak yang berkenaan itu yang tahu akan hal keadaan kes itu.

 

    (3)  Mahkamah   boleh   memberi   arahan-arahan    kepada   Hakam tentang hal menjalankan penimbangtaraan dan mereka hendaklah menjalankannya mengikut arahan-arahan itu dan hukum Syara’.

 

    (4)  Jika  Hakam  tidak  dapat  bersetuju,  atau jika Mahkamah tidak puas hati dengan cara mereka menjalankan penimbangtaraan itu, Mahkamah boleh memecat mereka dan melantik Hakam lain bagi menggantikan mereka.

 

    (5)  Hakam  hendaklah  berusaha  untuk  mendapatkan  kuasa penuh daripada prinsipal mereka masing-masing dan boleh, jika kuasa mereka membenarkan, melafazkan sedemikian oleh Mahkamah, dan jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah merekodkan lafaz satu satu talaq itu, dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

 

    (6)  Jika  Hakam  berpendapat bahawa pihak-pihak itu patut bercerai tetapi tidak dapat memerintahkan penceraian oleh kerana sesuatu sebab, Mahkamah hendaklah melantik Hakam lain dan hendaklah memberi kepada mereka kuasa untuk memerintahkan percerian dan hendaklah, jika mereka berbuat demikian, merkeodkan perintah itu dna menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Perceraian khul’ atau cerai tebus talaq.

49.  (1)  Jika    suami    tidak    bersetuju   menjatuhkan   talaq   dengan kerelalannya sendiri, tetapi pihak-pihak itu bersetuju bercerai dengan cara penebusan atua cerai tebus talaq, Mahkamah hendaklah, selepas jumlah bayaran tebus talaq dipersetujui oleh pihak-pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan perceraian dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah ba-in sughara atua tidak boleh diruju’kan.

 

    (2)  Mahkamah  hendaklah  merekodkan cerai tebus talaq itu dengan sewajarnya  dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

 

    (3)  Jika  jumlah  bayaran  tebus  talaq tidak dipersetujui oleh pihak-pihak itu,  Mahkamah boleh mentaksirkan jumlah itu mengikut Hukum Syarak’ dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan sumber kewangan pihak-pihak itu.

 

    (4)  Jika  suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau tidak hadir di hadapan Mahkamah sebagaimana diarahkan, atau jika Mahkamah berpendapat bahawa ada kemungkinan yang munasabah bagi suatu pendamaian, Mahkamah hendaklah - melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Perceraian di bawah ta’liq atau janji

50.  (1)  Seseorang  perempuan  yang   bersuami   boleh,   jika   berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.

 

    (2)  Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa perceraian itu adalah  sah mengikut Hukum Syara’, hendaklah mengesahkan dan merekodkan  perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju’.

51.  (1)  Dalam seksyen ini “talaq raj’i” ertinya perceraian dengan satu atau dua talaq yang tidak diikuti dengan habis ‘iddah, dan “bersekedudukan semula” ertinya hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tak boleh diruju’kan.

 

    (2)  Jika, selepas sesuatu talaq raj’i, persekedudukan semula berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklah melaporkan hal persekedudukan semula itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana mereka bermastautin.

 

    (3)  Pendaftar  hendaklah  membuat  apa-apa penyiasatan yang perlu dan, jika berpuas hati bahawa persekedudukan semula telah berlaku mengikut Hukum Syara’, hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian, jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya surat-surat perakuan cerai yang berkaitan dan hendaklah mengeluarkan kepada mereka surat perakuan  perakuan persekedudukan semula dalam borang yang ditetapkan.

 

    (4)  Pendaftaran  hendaklah  juga  menyerahkan  satu  salinan   surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suaut endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya.

Perceraian di bawah ta’liq atau janji

50. (1)  Seseorang   perempuan  yang  bersuami   boleh,    jika   berhak mendapat perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang dibuat selepas berkahwin, memohon kepada Mahkamah untuk menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.

 

    (2)  Mahkamah  hendaklah memeriksa permohonan itu dan membuat suatu penyiasatan mengenai sahnya perceraian itu dan, jika berpuas hati bahawa  perceraian itu adalah sah mengikut Hukum Syara’, hendaklah mengesahkan dan merekodkan perceraian itu dan menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

Hidup semula sebagai suami isteri atau ruju’.

51.  (1)  Dalam seksyen ini “talaq raj’i” ertinya perceraian dengan satu atau dua talaq yang tidak diikuti dengan habis ‘iddah, dan “bersekedudukan semula” ertinya hidup semula sebagai suami isteri dalam tempoh sebelum perceraian menjadi tak boleh diruju’kan.

 

    (2)  Jika, selepas sesuatu talaq raj’i, persekedudukan semula berlaku dengan persetujuan bersama, pihak-pihak itu hendaklaha melaporkan hal persededudukan semula itu dan butir-butir lain yang berkaitan kepada Pendaftar bagi kariah masjid di mana mereka bermastautin.

 

    (3)  Pendaftar  hendaklah  membuat  apa-apa penyiasatan yang perlu dan, jika berpuas hati bahawa persekedudukan smeula telah berlaku mengikut Hukum Syara’, hendaklah mendaftarkan persededudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian, jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya, dan hendaklah meminta pihak-pihak itu menyerahkan kepadanya surat-surat perakuan cerai yang berkaitan dan hendaklah mengeluarkan kepada mereka surat perakuan persekedudukan semula dalam borang yang ditetapkan.

 

    (4)  Pendaftaran  hendaklah  juga  menyerahkan  satu  salinan   surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan semula iaitu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya.

 

    (5)  Mana-mana   pihak   kepada   suatu   perkahwinan   yang   tidak melaporkan hal persekedudukan semula sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara itu.

 

    (6)  Jika   perceraian   itu   tidak   didaftarkan   oleh  Pendaftar  yang kepadanya laporan di bawah subseksyen (2) itu dibuat, dia hendaklah merekodkan dalam surat-surat perakuan cerai nombor siri dan butir-butir surat perakuan persekedudukan semula dan hendaklah menghantar surat-surat perakuan cerai itu kepada Pendaftar yang telah mengeluarkannya bersama dengan satu salinan surat perakuan persekedudukan semula itu, dan Pendaftar yang satu lagi itu hendaklah selepas itu mendaftarkan persekedudukan semula itu dengan membuat suatu endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian  itu dalam Daftar Perceraian dan hendaklah menyerahkan salinan surat perakuan persekedudukan semula itu kepada Ketua Pendaftar yang mana hendaklah mendaftarkan persekedudukan  semula itu dengan membuat endorsmen pada catatan berhubungan dengan perceraian itu dalam Daftar Perceraian yang disimpan olehnya.

 

    (7)  Jika  talaq  raj’i telah berlaku tanpa diketahui oleh isteri, suami tidak boleh menghendaki atau meminta isteri supaya bersekedudukan semula dengannya tanpa menzahirkan kepadanya hal perceraian itu.

 

    (8)  Jika  selepas  talaq  raj’i  suami melafazkan ruju’ dan isteri telah bersetuju terhadap ruju’ itu, isteri boleh, atas permohonan suami, diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, melainkan jika isteri itu menunjukkan sebab-sebab yang baik mengikut Hukum Syara’ sebaliknya, dan, jika demikian halnya, Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatnakuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

 

    (9)  Jika selepas talaq raj’i suami melafazkan ruju’ tetapi telah tidak bersetuju terhadap ruju’ itu kerana sebab-sebab yang dibenarkan oleh Hukum Syara’, dia tidak boleh diperintah oleh Mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 47 dan seksyen itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau

untuk fasakh

52. (1)  Seseorang perempuan yang berkahwin  mengikut Hukum Syara’ adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu -

(a)

bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

(b)

Bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

c)

bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga thaun atau lebih;

d)

bahawa suami telah tidak menunaikan, tnapa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

e)

bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

f)

bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahaun atau sedang mengidap penyakit kusta atua vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boelh berjangkit;

g)

bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum ia mencapai umur enam belas tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

h)

bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain -

i)

lazim menyakiti atau menjadikan  kehidupannnya menderita  disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau

ii)

berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syara’; atau

iii)

cuba memaksa isteri hidup secar alucah; atau

iv)

melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau

v)

menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau

vi)

jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteir yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syara’;

i)

bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteir masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya;

j)

bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atua lain-lain hal keadaan yang diakui oelh Hukum Syara’;

31/52                                          k)

bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan membeir izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidka layak untuk berkahwin;

l)

apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atua bagi fasakh di bawah Hukum Syara’;

 

    (2)  Tiada   sesuatu    perintah  boleh    dibuat   atas    alasan   dalam perenggan (c) dalam subseksyen (1) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

 

    (3)  Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (c) dalam subseksyen (1) Mahkamah  hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh enam bulan dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

 

    (4)  Tiada  sesuatu  perintah  boleh  dibuat  atas  mana-mana   alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercayai dengan  munasabah bahawa isteri tidak akan menolak perkahwinan itu, dan bahawa adalah tidak adil kepada suami jika dibuat perintah itu.

Anggapan mati

 

61/57

53.  (1)  Jika  suami  seseorang  perempuan telah mati, dipercayai telah mati, atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran mengenainya selama tempoh tujuh tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara’ sebagai telah mati, tetapi perakuan kematian di bawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 tidak dapat diperolehi, Mahkamah boleh, atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa penyiasatan yang wajar, mengeluarkan, dalam borang yang ditetapkan, suatu perakuan menganggap suami itu telah mati, dan kemudian daripada itu perempuan itu adalah bebas berkahwin semula mengikut Enakmen ini.

 

    (2)  Suatu   perakuan   yang   dikeluarkan  di bawah  subseksyen (1), hendaklah disifatkan sebagai perkauan kematian suami itu dalam erti seksyen 14(4) (b).

 

    (3)  Dalam   hal   keadaan   yang   disebut    dalam    subseksyen (1), seseorang perempuan adalah tidak berhak berkahwin  semula tanpa suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) walau pun Mahkamah Tinggi mungkin  telah memberi kebenaran menganggap suami itu telah mati.

 

    (4)  Perakuan yang dikeluarkan  di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan seolah-olah perakuan itu telah mewujudkan perceraian.

Penyenggaraan Daftar Perceraian dan Pembatalan.

54.  (1)  Tiap-tiap  Pendaftar  dan  juga  Ketua   Pendaftar,   hendaklah masing-masing menyenggara suatu Daftar Perceraian dan Pembatalan dan hendaklah serta-merta mencatatkan di dalamnya butir-butir yang ditetapkan mengenai semua perintah perceraian dan pembatalan yang dihantar kepadanya di bawah subseksyen (2) dan mengenai semua perintah perceraian dan pembatalan yang dipohon di bawah subseksyen (3) untuk didaftarkan.

 

    (2)  Tiap-tiap  Mahkamah  yang  memberi  dan  merekodkan sesuatu perintah perceraian atau pembatalan atau yang membenar dan merekodkan sesuatu talaq atau apa-apa lain bentuk perceraian hendaklah serta-merta menghantar satu salinan rekod itu yang diperakui kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan.

 

    (3)  Jika  sesuatu  perkahwinan  yang  diakadnikahkan dalam Negeri Pulau Pinang adalah dibubarkan atau dibatalkan dengan suatu perintah Mahkamah yang layak berbidangkuasa di luar Negeri Pulau Pinang, salah satu daripada pihak-pihak itu boleh memohon kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar untuk didaftarkan perintah itu, dan Pendaftar untuk didaftarkan perintah itu, dan Pendaftar yang berkenaan itu dan Ketua Pendaftar hendaklah mendaftarkan perintah itu apabila berpuas hati bahawa perintah itu adalah satu perintah yang patut diiktiraf sebagai sah bagi maksud-maksud undang-undang dalam Negeri Pulau Pinang.

 

    (4)  Jika   sesuatu  lafaz  talaq  di hadapan  Mahkamah  atau  sesuatu perintah perceraian atau pembatalan, di mana jua telah diberi, telah membubarkan sesuatu perkahwinan yang telah diakadnikahkan dalam Negeri Pulau Pinang dan telah didaftarkan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa sebelum Enakmen ini, Pendaftar yang berkenaan dan Ketua Pendaftar hendaklah, apabila mendaftarkan talaq atau perintah aitu, mengarahkan supaya catatan mengenai perkahwinan itu dalam Daftar Perkahwinan ditandakan dengan perkataan “Dibubarkan” dan dengan rujukan  mengenai perbicaraan dalam mana talaq itu telah dilafazkan atau perintah itu telah dibuat.

 

    (5)  Apabila mendaftarkan sesuatu talaq atau perintah percerian atau pembatalan itu dan apabila dibayar kepadanya fee yang ditetapkan, Ketua Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat perakuan cerai dan pembatalan dalam borang yang ditetapkan kepada  kedua-dua pihak itu.

Perintah Perceraian tidak boleh didaftarkan melainkan.  Perintah mengenai nafkah, penjagaan, dsb., telah dibuat.

55.  Tiada  apa-apa  lafaz  atau  perintah  perceraian   atau   pembatalan boleh didaftarkan melainkan jika Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa Mahkamah telah membuat perintah atau perintah-perintah muktamad mengenai penjagaan dan nafkah anak-anak tanggungan mengenai nafkah dan tempat kediaman isteri yang diceraikan, dan mengenai bayaran mut’ah kepadanya.

Mut’ah atau pemberian saguhati kepada perempuan yang diceraikan tanpa sebab yang patut.

56.  Selain  dari haknya untuk memohon nafkah, seseorang perempuan yang telah diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon mut’ah atau pemberian saguhati kepada Mahkamah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak itu dan apabila berpuas hati bahawa perempuan itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami membayar sejumlah wang yang wajar dan patut mengikut Hukum Syara’.

Hak terhadap Mas kahwin, dsb., tidak akan tersentuh.

57.  Tiada  apa-apa  jua  yang  terkandung  dalam  Enakmen  ini  boleh menyentuh apa-apa hak yang mungkin ada pada seseorang isteri di bawah Hukum Syara’ terhadap maskahwinnya dan pemberian kepada-nya atau apa-apa bahagian daripadanya apabila perkahwinannya dibubarkan.

Kuasa Mahkamah memerintah pembahagian harta sepencarian.

58.  (1)  Mahkamah  adalah   mempunyai  kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

 

    (2)  Pada   menjalankan   kuasa   yang  diberi  oleh  subseksyen  (1), Mahkamah hendaklah mengambil kira tentang -

(a)

takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;

(b)

apa-apa hutang yang terkutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

(c)

keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

 

     (3)  Mahkamah  adalah  mempunyai  kuasa,  apabila  membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

 

    (4)  Pada   menjalankan   kuasa   yang  diberi  oleh  subseksyen  (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada -

(a)

takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga:

(b)

keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,

 

dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimanapun, pihak yang telah memperolehi aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

 

    (5)  Bagi  maksud  seksyen  ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh piak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.

 

BAHAGIAN VI

 

NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN.

Kuasa Mahkamah memerintah nafkah

bagi isteri, dan

efek nusyuz

 

59. (1)  Tertakluk     kepada      Hukum Syara’,      Mahkamah      boleh

memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya.

    (2)  Tertakluk  kepada  Hukum  Syara’  dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atua perintah sah suaminya, iaitu, antara lain -

(a)

apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;

(b)

apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertetangan dengan kemahuan suaminya;

(c)

apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain,

 

tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syara’.

 

    (3)  Selepas  sahaja  isteri  itu  bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.

Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi seseorang tertentu.

60.  Mahkamah    boleh    memerintahkan    mana-mana    orang    yang bertanggungan tentang hal itu mengikut Hukum Syara’, supaya membayar nafkah kepada seorang lain jika dia tak aupaya, sepenuhnya atau sebahagiannya, dari mencari kehidupan oleh sebab kerosakan otak atau jasmani atau tidak sihat dan Mahkamah berpuas hati bahawa memandangkan kepada kemampuan orang yang pertama tersebut itu adalah munasabah memerintahkan sedemikian.

Pentadsiran nafkah.

 

61.  Pada  menentukan  jumlah  sesuatu  nafkah  yang  hendak dibayar, Mahkamah hendaklah mengasaskan pentaksirannya terutama sekali atas kemampuan dan keperluan pihak-pihak itu, dengan mengira kadar nafkah itu berbanding dengan pendapatan seorang yang terhadpanya perintah itu dibuat.

Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.

62.  Mahkamah   boleh,  apabila  menentukan  nafkah,  memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

Mengkompaun nafkah.

63.  Sesuatu  perjanjian  untuk  membayar,  dengan wang atau lain-lain harta, wang pokok bagi menjelaskan segala tuntutan nafkah masa hadapan tidak boleh berkuatkuasa sehingga ia telah diluluskan, dengan atau tanpa syarat-syarat, oleh Mahkamah, tetapi apabila diluluskan sedemikian, hendaklah menjadi suatu pembelaan yang memadai terhadap apa-apa tuntutan nafkah.

Lamanya tempoh perintah nafkah.

64.  Kecuali jika sesuatu perintah  nafkah  dinyatakan  sebagai  selama sesuatu tempoh yang lebih singkat atau telah dibatalkan, dan tertakluk kepada seksyen 65, sesuaut perintah nafkah hendaklah tamat apabila mati orang yang kena membayar nafkah itu atau apabila mati orang yang berhak menerima nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, mengikut mana yang lebih awal.

Hak terhadap nafkah atau pemberian selepas perceraian.

65.  (1)  Hak  bagi seseorang isteri yang telah bercerai untuk menerima nafkah daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perintah Mahkamah hendaklah terhenti apabila tamat tempoh ‘iddah atau apabila isteri itu hidup dalam perzinaan dengan seseorang lain 

 

    (2)  Hak  bagi  seseorang  isteri  yang telah bercerai untuk menerima pemberian daripada suaminya yang dahulu di bawah sesuatu perjanjian hendaklah terhenti apabila isteri itu berkahwin atau hidup dalam perzinaan dengan seseorang lain, melainkan jika perjanjian itu memperuntukkan selainnya.

Kuasa Mahkamah untuk mengubah perintah nafkah.

66.  Mahkamah  boleh  pada  bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah nafkah yang masih berkuatkuasa, sama ada bercagar atau tak bercagar, atas permohonan orang yang berhak menerima atau yang kena membayar nafkah itu menurut perintah yang telah dibuat itu, jika Mahkamah berpuas hati, bahawa perintah itu telah diasaskan atas sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.

Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah.

67.  Tertakluk   kepada  seksyen  63,  Mahkamah  boleh  pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteir, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu perubahan  matan telah berlaku tentang hal keadaan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu.

Nafkah yang kena

dibayar di bawah perintah Mahkamah tidak boleh dipindahkan hak miliknya

68.  Nafkah  yang  kena  dibayar  kepada  seseorang  di bawah  sesuatu perintah Mahkamah tidak boleh diserahhak atau dipindah milik atau kena ditahan, diasingkan, atau dikenakan lewi untuk, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan.

Menuntut tunggakan nafkah

69.  (1)  Tunggakan  nafkah  yang  tak bercagar, sama ada kena dibayar menurut perjanjian atau di bawah sesuatu perintah Mahkamah, boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada pihak yang mungkir itu dan, jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum suatu perintah penerimaan dibuat terhadap pihak yang mungkir itu, tunggakan itu boleh dibuktikan dalam kebankrapannya dan,  jika tunggakan itu terkumpul kena dibayar sebelum dia mati, tunggakan itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar dari harta pesakanya.

 

    (2)  Tunggakan   nafkah   yang   tak  bercagar  yang  terkumpul kena dibayar sebelum orang yang berhak kepadanya itu mati boleh dituntut sebagai suatu hutang sebagai suatu hutang oleh wakil diri di sisi undang-undang orang itu.

Nafkah sementara

70.  (1)  Jika  Mahkamah  berpuas  hati  bahawa terdapat alasan-alasan untuk membayar nafkah, Mahkamah boleh membuat suatu perintah terhadap suami bagi membayar nafkah sementara yang akan berkuatkuasa dengan serta-merta dan terus berkuatkuasa sehingga perintah Mahkamah dibuat ata permohonan untuk nafkah.

 

    (2)  Suami  boleh melaraskan nafkah sementara yang dibayar dengan amaun yang diperintah supaya dibayar untuk nafkah di bawah perintah Mahkamah, dengan syarat bahawa amaun yang diterima oleh isteri, setelah ditolak apa-apa potongan, adalah cukup untuk keperluan asasnya.

Hak tempat tinggal

71.  (1)  Seseorang  perempuan  yang  diceraikan adalah berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal semasa dia berkahwin selagi suami tidak mendapatkan tempat tinggal lain yang sesuai untuk isteri.

 

    (2)  Hak tempat tinggal yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) akan terhenti -

(a)

jika tempoh ‘iddah telah tamat; atau

(b)

jika tempoh penjagaan anak telah tamat; atau

(c)

jika perempuan itu telah berkahwin semula,

 

dan sesudah itu suami boleh memohon kepada Mahkamah supaya dikembalikan rumah itu kepadanya.

Kewajipan

menanggung

nafkah anak

72.  (1)  Kecuali   jika    sesuatu   perjanjain   atau    sesuatu    perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandangkan kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.

 

    (2)  Kecuali   seperti   tersebut   di atas,   adalah  menjadi  kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syara’ supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana  bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.

Kuasa Mahkamah

memerintahkan nafkah bagi kanak-kanak.

73.  (1)  Mahkamah    boleh    pada   bila-bila    masa    memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya -

(a)

jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;

(b)

jika dia telah meninggal langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;

(c)

dalam masa menanti keputusan sesuatu prosiding hal-ehwal suami isteri; atau

(d)

apabila membuat atau selepas daripada membuat suatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

 

    (2)  Mahkamah adalah juga berkuasa memerintahkan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syara’ supaya membayar atau memberi sumbangan terhadap nafkah seseorang anak jika Mahkamah berpuas hati bahawa memandang kepada kemampuannya adalah munasabah bagi Mahkamah memerintahkan sedemikian.

 

    (3)  Sesuatu   perintah   di bawah   subseksyen   (1) atau   (2)   boleh mengarahkan supaya pembayaran dibuat kepada orang yang menjaga atau memelihara dan mengawal anak itu atau kepada pemegang-pemegang amanah bagi anak itu.

Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak.

74.  (1)  Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau sebahagian daripadanya meletak hak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

 

    (2)  Kemungkiran   mematuhi   perintah   menghendaki   orang  yang bertanggungan membayar nafkah itu meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah bagi maksud subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.

Kuasa bagi Mahkamah

mengubah perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak.

75.  Mahkamah    boleh,   atas    permohonan    seseorang     yang   ada mempunyai kepentingan, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah, atau boleh pada bila-bila masa membatalkan, sesuatu perintah mengenai penjagaan atau nafkah seseorang anak, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah itu telah diasaskan atau sesuatu salah pernyataan atau kesilapan fakta atau jika sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan.

Kuasa bagi Mahkamah mengubah perjanjian penjagaan atau nafkah seseorang anak.

76.  Mahkamah  boleh  pada  bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian berhubung dengan penjagaan atau nafkaha seseorang anak, sama ada perjanjian itu dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, walau apa pun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu, jika Mahkamah berpuas hati bahawa adalah munasabah dan untuk kebajikan anak itu berbuat demikian.

Menuntut tungakan nafkah seseorang anak.

77.  Seksyen 69 hendaklah dipakai, dengan pindaan yang sesuai, bagi perintah-perintah mengenai pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak.

Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.

78.  (1)  Jika  seseorang  lelaki  telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah anak-anak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan kanak-kanak itu.

 

    (2)  Kewajipan  yang  ditanggungkan oleh subseksyen (1) hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa pergi oleh bapa atau ibunya.

 

    (3)  Apa-apa  wang  yang  dibelanjakan  oleh  seseorang lelaki  pada menanggung nafakah seseorang kanak-kanak sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (1) boleh dituntut sebagai suatu hutan daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.

Lamanya tempoh perintah bagi nafkah

79.  Kecuali:

anak.

(a)

jika sesuatu perintah mengenai nafkah seseorang anak dinyatakan sebagai selama tempoh yang lebih singkat; atau

 

(b)

jika sesuatu perintah itu telah dibatalkan; atau

 

(c)

jika sesuatu perintah itu dibuat untuk -

 

(i)

seseorang anak perempuan yang belum berkahwin atau yang, oleh sebab sesuatu hilangupaya dari segi otak atau jasnami, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya;

 

(ii)

seorang anak lelaki yang, oleh sebab sesuatu hilangupayanya dari segi  otak atau jasmani, tidak berkebolehan menanggung nafkah dirinya.

 

perintah nafkah hendaklaha tamat apabila anak itu mencapai umur lapan belas tahun, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan oleh anak itu atau oleh seorang lain, melanjutkan perintah nafkah itu supaya meliputi apa-apa tempoh tambahan yang difikirkannya munasabah, bagi membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan lanjut atau lebih tinggi 

Kewajipan menanggung nafkah anak-anak tak sah taraf.

80.  (1)  Jika seseorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah seseorang anaknya yang tak sahtaraf yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, melainkan seorang anak yang dilahirkan akibat rogol, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan apa-apa elaun bulanan yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah.

               

1