Bengkel Membudayakan Kerja Cemerlang dan Pengurusan Komunikasi Kreatif 2016

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JHEAIPP telah berjaya melaksanakan Bengkel Membudayakan Kerja Cemerlang Dan Pengurusan Komunikasi Kreatif 2016 pada 1-3 April 2016 di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut Perak Darul Ridzuan dengan kerjasama pihak konsultan yang dilantik, iaitu I Square Training & Consultancy.

        Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan seluruh Pejabat Agama Daerah dan juga ibu pejabat yang menggendalikan Pengurusan Nikah, Cerai Dan Ruju' Orang Islam, pengurusan Khidmat Kaunseling dan pengurusan kursus praperkahwinan sebanyak 70 orang peserta.

        Bengkel ini telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam dengan aktiviti-aktiviti yang amat menarik, menguji daya kebijaksanaan, kaedah membentuk budaya cemerlang disulami dengan kemahiran dan kepakaran diri, membangunkan komunikasi diri agar lebih efektif dan berkarisma di mata masyarakat. Antara objektif bengkel ini adalah:

i) Melahirkan kakitangan yang memahami etika komunikasi yang berkarisma.

ii) Membina pengaruh jenama yang kukuh di kalangan masyarakat terhadap kakitangan JHEAIPP.

iii) Membina rasa hormat dan pengaruh positif di kalangan sesama rapkan sekerja.

iv) Melahirkan kesopanan dan akhlak Islam yang menjadi rujukan dan sebutan di kalangan pelanggan JHEAIPP.

        Bengkel ini dipenuhi dengan slot yang dirangka agar lebih bersifat aktif, interaktif, praktikal dan berupaya diaplikasikan oleh peserta di tempat bertugas. Kaedah yang mantap melalui beberapa metodologi seperti perbincangan kumpulan, simulasi, tayangan, latihan praktikal dan refleksi indidvidu.

        Bengkel ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussien, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada hari terakhir bagi merasmikan bengkel pada kali ini.