Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

MUZAKARAH KEPIMPINAN PENGURUSAN MASJID DAN HAL EHWAL KARIAH (ZON 1 : DAERAH TIMUR LAUT & BARAT DAYA) NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2016

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang melalui Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan MUZAKARAH KEPIMPINAN PENGURUSAN MASJID DAN HAL EHWAL KARIAH (ZON 1 : DAERAH TIMUR LAUT & BARAT DAYA) NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2016  pada 9 Ogos 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang mulai jam 8.00 am hingga 1.00 pm. Muzakarah ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran 100% daripada wakil-wakil masjid bagi dua daerah berkenaan. Panel Muzakarah terdiri daripada Y.Bhg SS Mufti Negeri Pulau Pinang dan barisan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Program Muzakarah ini akan menyusul lagi selepas ini melibatkan empat Daerah di Seberang Perai. Semoga Muzakarah ini dapat memberikan manfaat untuk semua.
 
 
 OBJEKTIF PROGRAM
  1. Sebagai kesinambungan kepada Muzakarah Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Ummah dan Syiar Islam yang telah diadakan pada 7 November 2015 bersempena dengan Konvensyen Islam Rahmatan Lil Alamin.
  2. Mewujudkan platform percambahan minda dan idea dalam usaha meningkatkan prestasi masjid sebagai pusat pembangunan ummah dan syiar Islam.
  3. Menyelaras tindakan di peringkat pentadbiran masjid berkenaan dengan isu-isu masjid dan surau yang berbangkit.
  4. Meningkatkan kefahaman pentadbir masjid dan surau bagi menangani isu-isu masjid yang melibatkan hukum-hukum agama dan juga memahami keutamaan mengikut sepatutnya dengan mengambil kira keperluan setempat dan semasa
  5. Merapatkan dan menyatukan saf pihak berautoriti agama dan juga pihak pentadbir masjid / kepimpinan masyakat setempat

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 17 April 2024 

Jumlah pengunjung: 1910478

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2024