KURSUS PEMANTAPAN & PEMERKASAAN KEPIMPINAN KARIAH

Kursus ini diadakan dengan kerjasama antara JHEAIPP dan Yayasan Islam Pulau Pinang bertujuan untuk memberikan pendedahan bagi memantapkan dan memperkasakan kepimpinan kariah-kariah masjid Pulau Pinang. Kursus ini dihadiri seramai 400 orang dimana Imam Utama / Pengerusi Kariah bersama dengan seorang jawatankuasa utama dijemput menghadiri kursus ini. Antara penceramah yang dijemput ialah Tuan Haji Muhammad Anuar bin Abd Hamid (Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang), Tuan Haji Yasim bin Mohamed (Mantan Pengerusi Kariah Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Selangor Darul Ehsan), Encik Mohamad Fuad bin Md.isa (Ketua Jabatan Kutipan dan Pemasaran Zakat Pulau Pinang, MAINPP), Encik Mohamad Salleh bin Abdullah (Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Analisa dan Statistik Zakat Pulau Pinang, MAINPP) dan Y.Bhg Dato' Haji Ahmad Zakituddin bin Abul Rahman (Pengerusi Kariah Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas). Slot bengkel pula dikendalikan oleh Ustaz Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli (Penolong Pengarah Bahagian PMS). Perasmian penutupan dihadiri oleh Y. Bhg Pengarah JHEAIPP dan Yang DiPertua MAINPP.

Kursus Kepimpinan Kariah1 Kursus Kepimpinan Kariah