blueredorang
none green blue
Mobile Web Code QR Qr Code W3C RSS Facebook Youtube

Print

Prosedur Permohonan Kahwin Lelaki

Written by Super User on . Posted in article

MAKLUMAT UMUM


Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya diredhai Allah. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, keindahan hidup tidak dapat dikecapi sebaiknya. Kerana itu perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebaliknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.
Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar-Rum: ayat 21 yang bermaksud:
"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."


Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.
Justeru untuk menjaga agar perkahwinan di kalangan umat Islam di Pulau Pinang dilaksanakan mengikut hukum syarak, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah membuat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh individu yang ingin berumahtangga.

JENIS-JENIS PERKAHWINAN YANG DISYARATKAN MENDAPAT KEBENARAN HAKIM SYARIE (MAHKAMAH SYARIAH) TERLEBIH DAHULU

  1. Perkahwinan poligami.
  2. Perkahwinan di bawah umur(bawah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.
  3. Perkahwinan janda berhias dalam perjalanan iddah.
  4. Perkahwinan yang memerlukan wali Raja/Hakim.

PERATURAN AM

  1. Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau  selewat-lewatnya 7  hari sebelum tarikh akad nikah. 
  2. Pemohon dikehendaki menjalani Ujian Saringan HIV di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja.
  3. Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Negeri Pulau Pinang.
  4. Pemohon yang ingin berkahwin lain sama ada kerana bercerai atau kematian pasangan tidak perlu  menghadiri kursus praperkahwinan sekali lagi.
  5. Bayaran bagi satu Majlis Akad Nikah ialah RM120.00 yang perlu dibayar kepada Penolong Pendaftar Nikah (Juru Nikah) selepas Akad Nikah berlangsung.
  6. Pemohon juga boleh membuat permohonan secara online melalui http://emunakahat.penang.gov.my.

PROSEDUR PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN (LELAKI)

  1. Dapatkan Borang 1 ( Permohonan Kebenaran Berkahwin untuk Lelaki) dengan percuma di Pejabat Agama Daerah atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau boleh dimuat turun di dalam laman web jabatan ini.
  2. Permohonan mendapatkan kebenaran kahwin ini juga boleh dipohon melalui online di alamat                             http://emunakahat.penang.gov.my

Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen-dokumen berikut :-

  • Salinan kad pengenalan pemohon, bakal suami dan wali atau pasport (Jika pemohon warganegara asing).
  • Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
  • Borang Ujian Saringan HIV.
  • Surat Perakuan Perceraian( jika pemohon duda).
  • Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam).
  • Kelulusan daripada KAGAT/PDRM ( jika anggota Tentera/Polis).
  • Surat kelulusan berkahwin daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen (bagi bukan warganegara)
  • Pengesahan ketulinan dokumen oleh Kementerian Luar Negara Malaysia (bagi bukan warganegara)
  • Kebenaran Berkahwin Lelaki 
      1. Pastikan borang permohonan disahkan oleh 2 orang Ahli Jawatankuasa Qaryah atau Pegawai Masjid berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. 
      2. Pastikan borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang dilampirkan dibawa pemohon kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ di Pejabat Agama Daerah untuk temuduga dan ditandatangani.  Sila pastikan borang tersebut turut dicop oleh Penolong Pendaftar berkenaan. 
      3. Kemukakan borang permohonan ke Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan bayaran RM5.00 untuk mendapatkan Kebenaran Berkahwin.  Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon. 
      • Surat kelulusan berkahwin  daripada Kedutaan dan Jabatan Imigresen(bagi bukan warganegara).
      • Kebenaran Berkahwin Lelaki.

TATACARA SEMASA DAN SELEPAS AKAD NIKAH

  1. Akad nikah dijalankan di kariah masjid pihak  perempuan bermastautin.
  2. Selepas akad nikah, suami diminta membaca lafaz penerimaan tanggungjawab dan ta’liq serta menandatangani Surat Makluman Akad Nikah (Surat Nikah Sementara) dan Surat Perakuan Nikah.
  3. Surat Makluman Akad Nikah  akan diserahkan kepada suami sejurus selepas akad nikah.
  4. Suami atau isteri boleh mendapatkan Surat Perakuan Nikah (Asal) di Pejabat Agama Daerah berkenaan 5 hari selepas akad nikah dengan bayaran RM10.00.
  5. Surat Perakuan Nikah tidak boleh dilaminate.
  6. Bagi perkahwinan yang dilaksanakan di Luar Negara, pemohon hendaklah memohon untuk mendaftar semula perkahwinan Luar Negara dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemohon balik ke Malaysia dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan.
  7. Suami atau isteri boleh memohon Kad Nikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Sila rujuk  Panduan Permohonan Kad Nikah.
arkib Arkib             penerbitan1 Penerbitan      video Video      
  • MSC
  • My Gov
  • JAKIM
  • Hrmis
  • Laman Web Ketua Setiausaha Negara
  • Blog Pejabat Agama Daerah SPU
  • Blog Masjid Abdullah Fahim
  • Blog Masjid Daerah SPU
  • SPS
  • Portal Penang
  • padtl