PENCALONAN TOKOH DAN ANUGERAH MAULIDUR RASUL 1441H/2019M

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H,  Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Ummah sempena Maulidur Rasul serta Penganugerahan Tokoh dan Anugerah Qudwatur Rasul. Sehubungan dengan itu, semua masyarakat Islam Pulau Pinang dipelawa menghantar pencalonan anugerah bagi kategori-kategori berikut :

  • Tokoh Maulidur Rasul
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Inovasi/Keusahawanan)
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Kemasyarakatan)
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Shabab)
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Saudara Baru)
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Pendidikan)

Borang dan syarat-syarat penyertaan / calon boleh didapati pada pautan berikut :

  1. BORANG PENCALONAN ANUGERAH MAULIDUR RASUL SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1441H / 2019M
  2. GARIS PANDUAN PENCALONAN TOKOH DAN ANUGERAH MAULIDUR RASUL 1441H/2019M

Tarikh akhir penyerahan borang adalah pada 25 Oktober 2019 ke alamat berikut , atau melalui email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 48,
KOMTAR,
10000 PULAU PINANG

Print Email