bg1

Soalan Lazim

Soalan 1
Siapakah yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan Islam ?

Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami/janda),seorang bujang yang telah berusia melebihi 50 tahun dan individu yang cacat anggota tertentu.

Soalan 2

Bagaimanakah seorang pemohon dapat mengenali Penolong Pendaftar Perkahwinan,Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam(Jurunikah) yang perlu ditemuinya untuk  mendapatkan sokongan (temuduga) untuk bernikah?  

Pemohon hendaklah merujuk ke Pejabat Agama Daerah di mana dia bermastautin.

Soalan 3
Adakah pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia?

Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

Soalan 4
Di manakah pemohon boleh mengambil borang permohonan berkahwin?

Pemohon boleh mengambil borang permohonan berkahwin di Pejabat Agama Daerah di mana dia bermastautin atau di mana-mana Pejabat Agama Daerah dalam  negeri Pulau Pinang tetapi borang itu hanya boleh dikemukakan ke Pejabat Agama Daerah   di mana dia bermastautin

Soalan 5
Bilakah masa yang sesuai untuk seorang pemohon membuat permohonan berkahwin di Pejabat Agama Daerah?

Permohonan tersebut boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tarikh akad nikah dan selewatnya sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan untuk memudahkan proses pengeluaran Kebenaran Berkahwin

Soalan 6
Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan majlis akad nikah di Negeri Pulau Pinang menjalani ujian darah/ HIV ?

Setiap pasangan yang akan melaksanakan majlis akad nikah dalam Negeri Pulau Pinang adalah  DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan  KERAJAAN yang terpilih sahaja.

Soalan 7
Adakah perlu mengemukakan Surat Cerai untuk memohon kebenaran Berkahwin?

Ya,Pemohon yang telah bercerai dan ingin berkahwin,hendaklah mengemukakan Surat Perakuan Percerai

Soalan 8
Bapa tidak dapat dikesan,adakah abang kandung boleh menjadi wali?

Abang kandung tidak boleh menjadi wali.Dalam kes seperti ini,akad nikah hendaklah dilakukan dengan wali Raja.

Soalan 9
Adakah jatuh talak jika isteri dalam keadaan haid,lafaz jelas ?

Talak yang dilafaz suami kepada isteri yang haid adalah sah/jatuh.Talak ketika haid dinamakan talak bidie’,hukumnya haram kerana memanjangkan iddah isteri. 

Soalan 10

Jika nak rujuk kembali dalam masa iddah,bagaimana caranya,samada perlu pergi ke Pejabat Agama Daerah atau cukup setakat 2 orang saksi sahaja?

Pasangan yang ingin rujuk,hendaklah hadir ke Pejabat Agama Daerah supaya rujuk tersebut boleh didaftarkan.Pasangan akan diberikan Surat Perakuan Ruju’ setelah membayar fee tertentu. 

 Soalan 11
Saya berkahwin  mengunakan wali hakim(dakwaan) lain perkataan sendiket,ketika itu bapa saya masih ada ?Adakah sah perkahwinan saya?

Akad nikah yang berlaku hendaklah sempurna rukun dan syaratnya.Salah satu rukun nikah ialah wali.Sekiranya bapa masih ada dan layak menjadi wali,maka bapalah yang menjadi wali.Akad nikah yang berlaku tanpa mendapat kebenaran Pendaftar adalah suatu kesalahan.
Sebenarnya Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang)2004,menyebut Wali Raja” bukan wali hakim.Akad nikah ini jika dibuat oleh wali raja yang tidak dilantik secara betul,maka akad nikah tersebut tidak sah.Hanya wali Raja yang dilantik oleh  Yang di-Pertuan Agong(di Pulau Pinang) sahaja boleh mengakad nikahkan perempuan yang tidak berwali.

Cetak E-mel