BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

 

 ust maizura halal

PUAN MAIZURA BINTI SHAMSUDDIN

KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL

halal

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

Bahagian Pengurusan Halal merupakan salah satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Bahagian Pengurusan Halal bertanggungjawab menguruskan hal ehwal halal di peringkat negeri Pulau Pinang antaranya menguruskan permohonan Pensijilan Halal Malaysia, memantau premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia, membantu KPDNHEP dalam menguatkuasakan Akta Perihal Dagangan 2011, mempromosikan pensijilan Halal Malaysia serta menjadi wadah penyampai berkaitan kepentingan halal kepada masyarakat umum.

Bahagian Pengurusan Halal terdiri daripada 3 unit berfungsi iaitu:

  • Unit Pentadbiran & Pensijilan
  • Unit Audit Pematuhan
  • Unit Pemantauan & Penguatkuasaan

Bahagian Pengurusan Halal terletak di: Tingkat 44, KOMTAR 10000 Pulau Pinang.

AKTIVITI

1.Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pensijilan Halal Malaysia Negeri Pulau Pinang.

2.Mengurusetiakan Mesyuarat Kluster Pengupayaan Sains dan Teknologi (Majlis Syura).

3.Menganjurkan program pemantapan Pensijilan Halal Malaysia kepada pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Negeri Pulau Pinang.

4.Menganjurkan program kesedaran halal kepada syarikat, pemain industri dan orang awam.

5.Menganjurkan Kursus Tauliah Penyembelih.

6.Menganjurkan taklimat sembelihan korban dan memantau pelaksanaan aktiviti ibadah korban.

7.Menyertai pameran tahunan berkaitan halal seperti PIHEC (Penang International Halal Expo & Conference), MIHAS (Malaysia International Halal Showcase), HALFEST (Halal Fiesta Malaysia) dan lain-lain.

8.Memberikan latihan secara dalaman (in-house training) berkenaan pematuhan halal kepada syarikat-syarikat.

location Lokasi : Tingkat 44 KOMTAR