Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

CARTA ALIR PERMOHONAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG DALAM TEMPOH (PKP) TAHUN 1442H/2021M

                                        (SEBERANG PERAI)                                                                                           (DAERAH TIMUR LAUT DAN BARAT DAYA)

carta alir 2 seberang perai carta alir dtl dan dbd

MUAT TURUN BORANG

BORANG PERMOHONAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19 TAHUN 1442H /2021M

BORANG KEBENARAN SEMBELIHAN LUAR IBADAH QURBAN 2021 - MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH KORBAN NEGERI PULAU PINANG DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19 TAHUN 1442H / 2021M

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah mengambil inisiatif menganjurkan kursus tahsin al-Quran secara dalam talian kepada para peserta tilawah serta johan hafazan peringkat negeri.
Program ini julung kali diadakan pada tahun ini, dan dilaksanakan secara mingguan bermula hari sehingga hujung tahun ini. Seramai dua orang pakar dilantik sebagai tenaga pengajar program ini dan akan memberi fokus dalam bidang tajwid, fasahah, suara dan taranum.
Program ini diharapkan dapat menjadi medium latihan yang berterusan kepada para qari, qariah serta huffaz dalam meningatkan kualiti bacaan dan alunan suara.
Di samping itu, ATQA juga menjadi platform sebagai persediaan menghadapi Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang melalui Bahagian Penguatkuasaan telah turut serta dalam Ops Khas Pematuhan SOP Pasaraya/Homestay/Hotel/Kondominium/Apartment anjuran Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (IPD PDRM) Daerah Seberang Perai Utara bersama dengan beberapa agensi iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang diadakan bermula 18 Jun 2021 hingga 20 Jun 2021.
Antara objektif Ops Khas adalah memastikan pematuhan SOP di pelbagai sektor bagi mengawal penularan pandemik Covid-19. Ops Khas ini tertumpu di daerah Seberang Perai Utara melibatkan beberapa kawasan utama iaitu Butterworth, Tasek Gelugor, Mak Mandin dan juga Teluk Air Tawar.
Melalui Ops Khas yang dijalankan, terdapat pelbagai kesalahan yang telah dilakukan seperti tidak mematuhi SOP yang ditetapkan, tiada kebenaran merentas daerah/negeri serta lain-lain kesalahan di bawah peruntukan undang-undang agensi yang berkenaan.
Sejumlah tiga (3) kesalahan telah diambil tindakan oleh Bahagian Penguatkuasaan, JHEAIPP di bawah peruntukan Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang Tahun 1996.

logopenang

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang mengalukan semua untuk menyertai tawaran penulisan Khutbah bagi tahun 2020. Klik berikut untuk keterangan lanjut.

Tarikh tutup pertandingan adalah SEBELUM/ PADA 17 FEBRUARI 2020 - ISNIN (tertakluk kepada pindaan).


 

Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H,  Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Ummah sempena Maulidur Rasul serta Penganugerahan Tokoh dan Anugerah Qudwatur Rasul. Sehubungan dengan itu, semua masyarakat Islam Pulau Pinang dipelawa menghantar pencalonan anugerah bagi kategori-kategori berikut :

  • Tokoh Maulidur Rasul
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Inovasi/Keusahawanan)
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Kemasyarakatan)
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Shabab)
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Saudara Baru)
  • Anugerah Qudwatur Rasul (Pendidikan)

Borang dan syarat-syarat penyertaan / calon boleh didapati pada pautan berikut :

  1. BORANG PENCALONAN ANUGERAH MAULIDUR RASUL SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1441H / 2019M
  2. GARIS PANDUAN PENCALONAN TOKOH DAN ANUGERAH MAULIDUR RASUL 1441H/2019M

Tarikh akhir penyerahan borang adalah pada 25 Oktober 2019 ke alamat berikut , atau melalui email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

JABATAN MUFTI NEGERI PULAU PINANG
TINGKAT 48,
KOMTAR,
10000 PULAU PINANG

borang penyertaan dan hendaklah dikembalikan kepada pihak urusetia pada atau sebelum 13 September 2019 (Jumaat) dan dialamatkan seperti berikut :

Urusetia Festival Nasyid Peringkat Negeri Tahun 1441M/12019M

d/a Jabatan Hal Ehwal Agama lslam10300 Lebuh Pantai, Pulau Pinang (u.p : Bahagian Pendidikan)

1.   SURAT EDARAN 
 2.  SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1441H / 2019M
 3.  BORANG PENYERTAAN FESTIVAL NASYID PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1441H / 2019M
Bil  Nama Perkhidmatan

                           Bilangan Transaksi (2019)

Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
Sept
Okt
Nov
Dis
Jumlah
1 Permohonan Nikah  1172  652  938  970  930  1703  1432  1458 1650  1439  1240  1334 14,889
2 Semakan Cabutan Sijil Nikah  625  507  464  499  408  579  643  554  677  858  783  861  7429
3 Semakan Cabutan Sijil Cerai  61  64  56  44  56  76  70  71  66  64  82  75  780
4 Semakan Cabutan Sijil Rujuk  10  13  10  2  6  7  17  11  26  15  6  7  129

MAJLIS MENGHAFAZ AL QURAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1440H/2019M

Muat turun borang dan syarat permohonan disini.

Majlis Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali Ke-9 tahun 2018M/1439H telah diadakan pada 18 hb Mac 2018 di Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato Seri Utama Dr Abdul Rahman bin Haji Abbas. Pihak Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali ke-9 yang dipengerusikan oleh YB Dato Abdul Malik bin Abul Kassim telah menjemput Al-Fadhil Dato Dr Mohd Izhar Ariff bin Khasimin sebagai penceramah utama pada malam tersebut. Selain daripada itu antara pengisian majlis adalah dengan menjemput Johan Musabaqah Tijaan AnNuur yang dilangsungkan di Doha Qatar iaitu Muhammad Afnan Affendi bin Muhammad Redwan untuk memperdengarkan bacaannya. Para tetamu jemputan juga turut diserikan dengan alunan qasidah dari para pelajar Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang ( KITAB ). Terdapat sepuluh program utama di dalam Sambutan Bulan-bulan Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang Kali ke-9 pada kali ini iaitu Program Jelajah Ibrah Al-Quran , Program Celik Quran, Hafazan dan Talaqi al-Quran, Tahsin dan Tafsir, Bacaan Kitab, Khutbah Medium wahyu Ilahi serta Street Dakwah. Program ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menyemarakkan semangat cintakan al-Quran di kalangan penduduk Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian program ini disambut selama tiga bulan berturut-turut iaitu bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

 

Disediakan oleh :

Ust Fathiah bt Abdul Rahman

PPK Bhg Dakwah JHEAIPP

Program Sumbangan dan Bantuan Banjir kepada staff jabatan yang terlibat dengan banjir telah diadakan pada 11 November 2017 (Sabtu) dengan melibatkan semua sukarela jabatan.

 

Satu taklimat dan ikrar bebas rasuah JHEAIPP telah diadakan pada 31 Oktober 2017 di Auditorium MPSP, Perda. Ikrar ini di saksikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Pulau Pinang bersama Pengarah JHEAIPP, Dato' HAji SAzali Bin Haji Hussein.

ibribr1ibr3

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara diatas.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 09 Oktober 2017 telah memutuskan Pergerakan Kontijen akan diadakan di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada 01 Disember 2017 (Jumaat), jam 7.30 pagi. Majlis ini akan diisi dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selepas itu, kontijen akan beredar ke Dewan Serbaguna, Jawi, Seberang Perai Selatan untuk Majlis Perhimpunan Ummah.

3.    Sehubungan itu, bagi menjayakan majlis ini, Pengerusi Qaryah Masjid, Pengurusi Pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan serta semua Ketua Agensi Swasta dipohon untuk turut sama mengambil bahagian. Penyertaan kontijen akan dinilai dan diberikan Anugerah Kontijen Terbaik. Bersama-sama ini disertakan Borang Penyertaan serta Syarat-syarat Penyertaan sebagai makluman YB. Dato' Seri/YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan.

                                                      -Borang Penyertaan

                                                     - Syarat-syarat Penyertaan

                                                     - Surat Edaran

4.      Pentadbiran ini juga memohon kerjasama YB. Dato' Seri/YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan untuk mengembalikan borang penyertaan yang telah diisi seperti di lampiran 'A' kepada urusetia pergerakan kontijen Sebelum atau pada 10 November 2017 (Jumaat).

 

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan menganjurkan Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1437H/2016M pada 22 November 2017. Sehubungan dengan itu, Kumpulan Nasyid Y.B./Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai Festival Nasyid Peringkat Saringan yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

                      Tarikh               :           21 November 2017 (Selasa)

                      Tempat             :           Dewan Budaya, USM

                      Masa                :           9.00 pagi hingga 5.00 petang

Bersama-sama ini disertakan syarat-syarat permohonan dan borang penyertaan dan hendaklah dikembalikan kepada pihak urusetia pada atau sebelum 06 November 2017 (Isnin) dan di alamatkan seperti berikut :

 - Syarat-syarat permohonan

- Borang permohonan Nasyid

           Urusetia,

           Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang

           Tahun 1439M/2017M,

            d/a Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang,

            10300 Lebuh Pantai, Pulau Pinang.

            (u.p : Bahagian Pendidikan)

 

  Kerjasama Y.B/Y. Bhg. Dato/Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

 

 

Dimaklumkan bahawa Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara (Butterworth) akan berpindah sementara ke KOMPLEKS DARUL HIDAYAH, Permatang Tok Gelam, Seberang Perai Utara Bermula 25 September 2017 (Isnin)

Perubahan Tempat Operasi ini adalah untuk memberi ruang kepada kerja-kerja naiktaraf Pejabat  Agama Daerah yang akan berjalan selama 18 bulan.perpindahanpad

  • KATEGORI ANUGERAH:
     A. ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH
     B. ANUGERAH BAPA MITHALI
     C. ANUGERAH IBU MITHALI
     D. ANUGERAH SAUDARA MITHALI
     E. ANUGERAH PENDAKWAH NEGERI

 

TARIKH TUTUP PENCALONAN : 21 OGOS 2017 (ISNIN)


BORANG PENCALONAN HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KEPADA: 
SETIAUSAHA JAWATANKUASA PEMILIHAN ANUGERAH MAAL HIJRAH 1439H, BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU,JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG LEBOH DOWNING10300 GEORGE TOWN PULAU PINANG


BUTIRAN LANJUT PENCALONAN : SILA RUJUK  GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH MAAL HIJRAH 1439H DAN BORANG PENCALONAN

 

Majlis Penyerahan Sumbangan Ehya' Ramadan Kepada Semua Masjid Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1438H/2017M telah diadakan pada 7 Mei 2017 (Ahad) bertempat di Masjid Jamek Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sungai Dua, Butterworth, SPU. Majlisd isempurnakan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang.

Majlis diadakan pada 5 April 2017 (Rabu) bertempat di Masjid Negeri Pulau Pinang ini dilaksanakan bagi membincangkan isi semasa semasa berkaitan masjid dan kariah dan panel perbincangan iaitu Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang iaitu seramai 13 orang. Seramai 130 peserta dijemput untuk menghadiri majlis ini iaitu Pengerusi Kariah Masjid bagi daerah Timur Laut dan Barat Daya. Antara slot pertama yang dibincangkan ialah konflik ikhtilaf di institusi masjid dan penyelesaian dan slot kedua ialah adab-adab dalam masjid dan hukum yang berkaitan dengannya.

Majlis penyampaian Sijil Persekitaran Berkualiti (5S) kepada 14 buah masjid di Negeri Pulau Pinang  diadakan untuk menyampaikan Sijil Persekitaran Berkualiti (5S) kepada 14 buah masjid di Negeri Pulau Pinang pada 14 April 2017 (Jumaat) yang diadakan di Masjid Negeri. Ucapan penghargaan MPC oleh Ybhg Dato' Mohd Razali bin Hussain iaitu Ketua Pengarah MPC dan YB Dato' Seri Farizan bin Darus iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Tarikh : 2 Mac 2017 (Khamis) Daerah Barat Daya,Timur Laut

6 Mac 2017 (Isnin) Daerah Kepala Batas, Butterworth, SPT, SPS

Waktu : 8.15 pagi – 1.00 tgh hari

Tempat : Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang

            :Dewan Serbaguna Masjid Daerah SPT, bandar Perda

Kursus ini bertujuan memberikan kefahaman yang menyeluruh terhadap peranan dan tugasan siak sebagai salah satu elemen penting dalam pembangunan institusi masjid dan kariah dan 2 orang siak dijemput bagi setiap kariah.   

 

kursus siak kursus siak1 kursus siak2

Majlis Penyerahan Tauliah Pelantikan Pegawai Masjid Sesi Lantikan 2017-2018 Majlis Agama Negeri Pulau Pinang  yang diadakan  pada 7 Januari 2017 di Dewan Sri Pinang telah disempurnakan oleh YDP MAINPP. Seramai 752 pegawai masjid diberi tauliah dalam majlis ini. Majlis dimulai dengan Taklimat Khas Pengurusan Dana Wakaf yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Wakaf, MAINPP dan pengisian ilmiah iaitu Peranan Dan Perkhidmatan Pegawai Masjid Terhadap Masyarakat Dan Hal Ehwal Islam Dalam Insitusi Kariah yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegarah, Bahagian Pendidikan, JHEAIPP. 

Kursus ini diadakan dengan kerjasama antara JHEAIPP dan Yayasan Islam Pulau Pinang bertujuan untuk memberikan pendedahan bagi memantapkan dan memperkasakan kepimpinan kariah-kariah masjid Pulau Pinang. Kursus ini dihadiri seramai 400 orang dimana Imam Utama / Pengerusi Kariah bersama dengan seorang jawatankuasa utama dijemput menghadiri kursus ini. Antara penceramah yang dijemput ialah Tuan Haji Muhammad Anuar bin Abd Hamid (Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang), Tuan Haji Yasim bin Mohamed (Mantan Pengerusi Kariah Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Selangor Darul Ehsan), Encik Mohamad Fuad bin Md.isa (Ketua Jabatan Kutipan dan Pemasaran Zakat Pulau Pinang, MAINPP), Encik Mohamad Salleh bin Abdullah (Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Analisa dan Statistik Zakat Pulau Pinang, MAINPP) dan Y.Bhg Dato' Haji Ahmad Zakituddin bin Abul Rahman (Pengerusi Kariah Masjid At-Taqwa, Taman Bertam Indah, Kepala Batas). Slot bengkel pula dikendalikan oleh Ustaz Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli (Penolong Pengarah Bahagian PMS). Perasmian penutupan dihadiri oleh Y. Bhg Pengarah JHEAIPP dan Yang DiPertua MAINPP.

Kursus Kepimpinan Kariah1 Kursus Kepimpinan Kariah

Muzakarah ini diadakan diadakan pada 5 November 2016 bertempat di Masjid Umar Abdul Aziz, Batu Maung  sempena Konvensyen Al-Islam Rahmatun Lil Alamin Kali Kedua Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1438H/2016M. Muzakarah ini bertujuan menjelaskan peranan masjid sebagai pusat pembangunan ummah & pust pembangunan komuniti sama ada yang islam dan juga bukan islam. Seramai 5 orang wakil  pihak masjid dijemput untuk menghadiri muzakarah ini. Antara ahli panel yang dijemput ialah Xifu Abdul Nasser Abdul Rahman (Pensyarah UIAm), Saudara Zamri Vinoth Abdullah (Protege Dr. Zakir Naik), Ustaz Rosli bin Othman (Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang) dan moderator Ustaz Lukmanul Hakim bin Mokhtar (Pegawai JHEAIPP).

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang melalui Bahagian Pengurusan Masjid Dan Surau dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan MUZAKARAH KEPIMPINAN PENGURUSAN MASJID DAN HAL EHWAL KARIAH (ZON 1 : DAERAH TIMUR LAUT & BARAT DAYA) NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2016  pada 9 Ogos 2016 (Selasa) bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang mulai jam 8.00 am hingga 1.00 pm. Muzakarah ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan kehadiran 100% daripada wakil-wakil masjid bagi dua daerah berkenaan. Panel Muzakarah terdiri daripada Y.Bhg SS Mufti Negeri Pulau Pinang dan barisan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Program Muzakarah ini akan menyusul lagi selepas ini melibatkan empat Daerah di Seberang Perai. Semoga Muzakarah ini dapat memberikan manfaat untuk semua.
 
 
 OBJEKTIF PROGRAM
  1. Sebagai kesinambungan kepada Muzakarah Masjid Sebagai Pusat Pembangunan Ummah dan Syiar Islam yang telah diadakan pada 7 November 2015 bersempena dengan Konvensyen Islam Rahmatan Lil Alamin.
  2. Mewujudkan platform percambahan minda dan idea dalam usaha meningkatkan prestasi masjid sebagai pusat pembangunan ummah dan syiar Islam.
  3. Menyelaras tindakan di peringkat pentadbiran masjid berkenaan dengan isu-isu masjid dan surau yang berbangkit.
  4. Meningkatkan kefahaman pentadbir masjid dan surau bagi menangani isu-isu masjid yang melibatkan hukum-hukum agama dan juga memahami keutamaan mengikut sepatutnya dengan mengambil kira keperluan setempat dan semasa
  5. Merapatkan dan menyatukan saf pihak berautoriti agama dan juga pihak pentadbir masjid / kepimpinan masyakat setempat

Program Penarafan Masjid Kariah yang telah bermula pada tahun 2015 diteruskan pada tahun 2016. Sebanyak 50 buah masjid telah disenaraikan untuk diaudit pada tahun ini.   
    Skop pengauditan penarafan adalah seperti berikut:
    a. Pentadbiran dan pengurusan
    b. Pengurusan Kewangan
    c. Program pengimarahan
    d. Kebersihan.
   Tempoh pengauditan ialah pada bulan Julai 2016 hingga September 2016.


Ke Arah Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S ( Ogos 2016 - Disember 2016) bagi Masjid Daerah Berikut:
    a. Masjid Daerah Seberang Perai Tengah
    b. Masjid Daerah Seberang Perai Selatan
    c. Masjid Daerah Teluk Air Tawar, Butterworth.
    d. Masjid Daerah Barat Daya.

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JHEAIPP telah berjaya melaksanakan Bengkel Membudayakan Kerja Cemerlang Dan Pengurusan Komunikasi Kreatif 2016 pada 1-3 April 2016 di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut Perak Darul Ridzuan dengan kerjasama pihak konsultan yang dilantik, iaitu I Square Training & Consultancy.

        Peserta bengkel ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan seluruh Pejabat Agama Daerah dan juga ibu pejabat yang menggendalikan Pengurusan Nikah, Cerai Dan Ruju' Orang Islam, pengurusan Khidmat Kaunseling dan pengurusan kursus praperkahwinan sebanyak 70 orang peserta.

        Bengkel ini telah dilaksanakan selama 3 hari 2 malam dengan aktiviti-aktiviti yang amat menarik, menguji daya kebijaksanaan, kaedah membentuk budaya cemerlang disulami dengan kemahiran dan kepakaran diri, membangunkan komunikasi diri agar lebih efektif dan berkarisma di mata masyarakat. Antara objektif bengkel ini adalah:

i) Melahirkan kakitangan yang memahami etika komunikasi yang berkarisma.

ii) Membina pengaruh jenama yang kukuh di kalangan masyarakat terhadap kakitangan JHEAIPP.

iii) Membina rasa hormat dan pengaruh positif di kalangan sesama rapkan sekerja.

iv) Melahirkan kesopanan dan akhlak Islam yang menjadi rujukan dan sebutan di kalangan pelanggan JHEAIPP.

        Bengkel ini dipenuhi dengan slot yang dirangka agar lebih bersifat aktif, interaktif, praktikal dan berupaya diaplikasikan oleh peserta di tempat bertugas. Kaedah yang mantap melalui beberapa metodologi seperti perbincangan kumpulan, simulasi, tayangan, latihan praktikal dan refleksi indidvidu.

        Bengkel ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg Dato' Haji Sazali Bin Haji Hussien, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada hari terakhir bagi merasmikan bengkel pada kali ini.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang telah di adakan pada 26-27 Februari 2016 di Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau. Sebanyak 13 orang peserta qari dan qariah yang mengambil bahagian.

SILA KLIK UNTUK MELIHAT SYARAT-SYARAT DAN BORANG PERMOHONAN NASYID 2015

Unit Pembangunan Keluarga, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam JHEAIPP telah berjaya melaksanakan Program Muzakarah Keutuhan Jawatankuasa Pelaksana Kursus Praperkahwinan Islam Negeri Pulau Pinang MBKPI 2016 pada 19-20 Februari 2016 di Copthorne Orchid Hotel Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Para peserta terdiri dari Jawatankuasa Pelaksana Daerah seramai 60 orang dan 4 orang urus setia.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) telah mendapat maklumat dari pihak berkuasa di pintu masuk sempadan Malaysia- Thailand mengenai sampel makanan, kategori ikan dan hasilannya yang mengandungi Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi iaitu produk Chikuwa (seasoned Fish Roll) dan Filament Fish Sticks yang berjenama Pasific Food Processing (PFP). Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dalam memilih produk makanan tersebut agar ianya mendapat pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

filament  chikuwa

 

Bil  Nama Perkhidmatan

                           Bilangan Transaksi (2018)

Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
Sept
Okt
Nov
Dis
Jumlah
1 Permohonan Nikah  745  718  769  811  922  927  952  734  1304  1279  959  1046  9161
2 Semakan Cabutan Sijil Nikah 129   519  471  521  516  621  660  455  626  610  517  576  5128
3 Semakan Cabutan Sijil Cerai 34   41  41  48  41  49  59  51  62  56  42  52  482
4 Semakan Cabutan Sijil Rujuk  1  14  11  3  4  23  6  22  9  9  7  99

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 17 April 2024 

Jumlah pengunjung: 1911290

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2024