Cara Memohon Ujian Saringan HIV

1.

 Dapatkan Borang Laporan Kesihatan Untuk Bakal Pengantin (Borang HIV)  di Klinik Kesihatan Kerajaan berdekatan. Borang adalah percuma.

2.

Ujian Saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja. Senarai Klinik-Klinik Kesihatan yang menjalankan Ujian Saringan HIV boleh diperolehi dari laman web ini atau Pejabat Agama Daerah berdekatan.

 

3.

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menjalani Ujian Saringan HIV.

 

4.

Proses pemeriksaan HIV adalah seperti berikut :-

 
 

i.

Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan , Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang bertugas .

 
 

ii.

Ujian dijalankan dengan mengambil setitik darah bakal pengantin  dan dititiskan ke dalam alat Ujian Pantas HIV (HIV Rapid Test Kit) .

 
 

iii.

Keputusan ujian akan diperolehi dalam jangkamasa 15 hingga   30 minit .

 
 

iv.

Keputusan akan dicatat di dalam Borang HIV dan disampulkan.

 

5.

Kemukakan sampul yang berisi Borang HIV  bersama borang Permohonan Untuk Berkahwin kepada Pejabat Agama Daerah berkenaan.

Cetak Emel