Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

MAJLIS PERGERAKAN KONTIJEN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 1439H/2017M

 

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara diatas.

2.      Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 09 Oktober 2017 telah memutuskan Pergerakan Kontijen akan diadakan di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada 01 Disember 2017 (Jumaat), jam 7.30 pagi. Majlis ini akan diisi dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selepas itu, kontijen akan beredar ke Dewan Serbaguna, Jawi, Seberang Perai Selatan untuk Majlis Perhimpunan Ummah.

3.    Sehubungan itu, bagi menjayakan majlis ini, Pengerusi Qaryah Masjid, Pengurusi Pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan serta semua Ketua Agensi Swasta dipohon untuk turut sama mengambil bahagian. Penyertaan kontijen akan dinilai dan diberikan Anugerah Kontijen Terbaik. Bersama-sama ini disertakan Borang Penyertaan serta Syarat-syarat Penyertaan sebagai makluman YB. Dato' Seri/YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan.

                                                      -Borang Penyertaan

                                                     - Syarat-syarat Penyertaan

                                                     - Surat Edaran

4.      Pentadbiran ini juga memohon kerjasama YB. Dato' Seri/YB. Dato'/YBhg. Dato'/Tuan/Puan untuk mengembalikan borang penyertaan yang telah diisi seperti di lampiran 'A' kepada urusetia pergerakan kontijen Sebelum atau pada 10 November 2017 (Jumaat).

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 17 April 2024 

Jumlah pengunjung: 1913929

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2024