Umum   |   Perkhidmatan   |   Borang   |   Bahagian   |   Masjid    Pautan   |   Aduan   |   Utama


 

KURSUS KAUNSELING UNTUK PEGAWAI KHIDMAT NASIHAT
PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 

Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga, Jabatan Hal Ewal Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Kaunseling Untuk Pegawai Khidmat Nasihat Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 13 dan 14 Oktober 2008 bertempat di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan mengenai ciri-ciri personaliti professional seorang perunding cara di samping meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan  perunding cara dalam mengendalikan perkhidmatan runding cara kepada klien.

Peserta kursus  yang hadir ialah seramai 41 orang terdiri daripada Pegawai – pegawai Tadbir Agama Daerah, Pegawai-pegawai Runding cara JAIPP, Penolong – penolong Pendaftar Nikah Negeri Pulau Pinang dan wakil-wakil daripada jabatan kerajaan yang terlibat secara langsung dalam tugas runding cara kekeluargaan di Negeri Pulau Pinang.

Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan oleh 3 orang pemceramah iaitu Tuan Ahmad Irwan bin Ismail (Pegawai Syariah, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri), Dr. Abdul Rashid bin Mohammad ( Pensyarah Kanan Kaunseling, USM) dan Puan Hasniah bt Hassan (Biro Bantuan Guaman)

Tajuk kertas kerja yang dibentang dan diperbincangkan ialah:

  1. Kaunselor Sebagai Pemangkin Masalah Rumahtangga.
  2. Kemahiran Seorang Kaunselor  Keluarga
  3. Keganasan Rumahtangga
  4. Perceraian – Isu, Masalah Dan Cara-Cara  Penyelesaiannya
  5. Pengabaian Perintah Mahkamah”: Kesan dan akibat kepada pasangan

 

Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sazali bin Haji Husein, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.