Umum   |   Perkhidmatan   |   Borang   |   Bahagian   |   Masjid    Pautan   |   Aduan   |   Utama


 

SEMINAR KELUARGA CEMERLANG

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang melalui Bahagian Undang-undang Keluarga Islam telah menganjurkan Seminar Keluarga Cemerlang pada 4 November 2008 (Selasa) bertempat di Auditorium A, KOMTAR, Georgetown Pulau Pinang. Objektif Seminar ialah sebagaimana berikut:

  1. Memberi pendedahan mengenai kepimpinan keluarga bagi membentuk peribadi mulia.
  2. Mendedahkan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dalam pembinaan keluarga yang cemerlang.
  3. Memberi tip-tip menarik dalam usaha membentuk keluarga cemerlang dan anak-anak terbilang.

Dua kertas kerja telah dibentangkan oleh dua orang penceramah iaitu:

  Tajuk : “Suami dan isteri: Antara Hak dan Tanggungjawab”
   Oleh             : Y. Bhg. Us. Mohd Hafiz bin Mahyuddin


  Tajuk      : “Peliharalah Dirimu dan Ahli Keluargamu dari Api Neraka: Satu  Penjelasan”
   Oleh           : Y. Bhg. Tuan Sheikh Yusoff bin Ahmad

 

Selain itu, seminar ini  juga  diserikan lagi dengan Forum Kekeluargaan bertajuk “Antara Ibu dan Isteri, Dilema Suami Masa Kini”. Ahli panelnya ialah Us. Mohd Hafiz bin Mahyuddin dan Tuan Syeikh Yusoff bin Ahmad. Seminar ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai di mana peserta yang hadir berjumlah lebih kurang 230 orang dan ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Sazali bin Haji Hussein, Pengarah JHEAIPP sebagai wakil kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang.

 

Renungan : “ Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”.