KHEMAH IBADAH SAUDARA KITA 2009
Khemah Ibadah Saudara Kita 2009 melabuhkan tirainya pada pada 26 april 2009 setelah berkampung selama 3 hari dua malam di Merdeka Beach Resort bermula pada 24 April 2009. Program yang bertujuan memantapkan motivasi diri saudara kita ini dianjurkan oleh Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang dengan kerjasama UWAIS TRAINING & CONSULTANCY.
Seramai 60 orang peserta telah mendaftarkan diri untuk mengikuti program ini. Para peserta didedahkan tentang peri pentingnya meningkatkan motivasi diri bukan sahaja dalam program tetapi juga dalam kehidupan seharian. Disamping itu juga para peserta disajikan dengan modul latihan dalam kumpulan yang banyak memberi kesan kepada rohani dan jasmani. Selain dari modul yang berlaku didalam dewan, para peserta juga dibawa menikmati keindahan alam di sekitar Pantai Merdeka sambil melakukan beberapa tugasan yang diamanahkan oleh pihak Urusetia Program. Program ini berlangsung dengan jayanya di mana rata-rata para peserta berpuas hati dengan perjalanan program yang dianjurkan ini.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Saad.
Lensa kamera sekitar program berlansung.....



