Umum   |   Perkhidmatan   |   Borang   |   Bahagian   |   Masjid    Pautan   |   Aduan   |   Utama


 

TAKLIMAT PERLAKSANAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPPK) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang ( JHEAIPP ) melalui Bhg. Pendidikan telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA   ( UPKK ) peringkat Negeri Pulau Pinang di Pusat Kegiatan Guru, Padang Menora dekat sini hari ini. Taklimat ini berlangsung daripada 8 sehingga 22 September 2008. Taklimat ini diberi khusus kepada Guru Besar, Ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan, serta Penilai Ujian Bertulis yang dilantik daripada kalangan guru-guru Sekolah Rendah Agama Rakyat ( SRA ) dan Kelas Agama Fardhu Ain ( KAFA ) Negeri Pulau Pinang yang terlibat dengan Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ). Ujian ini akan dijalankan pada 28 sehingga 31 Oktober 2008 iaitu Ujian Lisan dan Amali manakala Ujian Bertulis akan dijalankan pada 3 sehingga 6 November 2008. “Seramai 4614 calon UPKK telah mendaftar akan menduduki ujian tersebut di 127 Pusat Peperiksaan seluruh Pulau Pinang”, demikian menurut Ustaz Madya Bin Madon, Penyelia KAFA Negeri Pulau Pinang. Ujarnya, taklimat ini antara lain bertujuan berkongsi masalah dan berbincang dengan para guru yang hadir khususnya berkenaan orientasi masa hadapan KAFA dan Pendidikan Islam secara amnya. “Pelbagai permasalahan di sampaikan kepada saya dan saya lihat respon yang diberikan guru-guru juga baik terhadap perkembangan UPKK setakat ini”. Jelasnya lagi, berdasarkan pencapaian tahun lepas, Pulau Pinang merupakan Negeri yang mempunyai peratusan pelajar memperolehi 8A tertinggi berbanding dengan Negeri-negeri lain sehingga mendapat Anugerah Pencapaian Terbaik UPKK Peringkat Kebangsaan Tahun 2007 yang disampaikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Datuk Dr. Mashitah Bt. Ibrahim. UPKK ialah satu Ujian ataupun peperiksaan yang diadakan bertujuan menguji sejauhmana kefahaman pelajar mengenai pengetahuan agama yang terkandung di dalam Kurikulum seperti perkara asas Fardhu Ain, contohnya, Wudhu’, Solat, dan sebagainya. Selain itu juga, Bhg. Pendidikan JHEAIPP, khususnya Unit Pengurusan KAFA amat berharap UPKK ini akan dapat dijadikan sebagai platform kepada semua pelajar sekolah peringkat rendah bagi merealisasikan hasrat melahirkan tunas-tunas Modal Insan yang intelek agama.

 

LENSA KAMERA Sekitar Sesi Taklimat dan Simulasi
dalam Kumpulan( SDK )

 

Para Guru sedang Khusyu’ meneliti kertas soalan yang diberikan untuk dibuat  penilaian penambahbaikan pada kertas semakan jawapan. Barisan Guru Penilai yang akan membuat semakan pada kertas jawapan UPKK Matapelajaran Ulum syari’yyah Barisan Guru Penilai yang akan membuat semakan pada kertas jawapan UPKK Matapelajaran Jawi dan Tulisan Khat.

 

Barisan Guru Penilai yang akan membuat semakan pada kertas jawapan UPKK
Matapelajaran Bahasa Arab
Barisan Guru Penilai yang akan membuat semakan pada kertas jawapan UPKK
Matapelajaran Al-Quran
Antara barisan guru yang akan membuat penilaian pada kertas jawapan UPKK