KURSUS PENGURUSAN HALAL
Kursus Sehari Pengurusan Halal : " Penyembelihan, Makanan dan Bahan Gunaan Islam Untuk Saudara Kita" telah diadakan pada 10 Mei lalu. Kursus yang berobjektif memberi pendedahan konsep Halal lagi bersih menurut Islam mendapat sambutan yang amat menggalakkan di kalangan Saudara Kita. Sebanyak 70 peserta telah mengikuti kursus sehari ini. Kursus ini dimulakan dengan ceramah berkaitan konsep penyembelihan menurut perspektif Islam telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Mohd Faizal bin Ibrahim. Disamping itu, peserta juga diberi pendedahan mengenai praktikal sembelihan. Sesi petang pula, ceramah mengenai Makanan dan Pemakanan yang dituntut oleh syarak telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Takmir, Ustaz Haji Imran bin Ibrahim. Rata-rata Saudara Kita mendapat manfaat terhadap kursus ini dan melalui pendedahan seperti ini mereka berhasrat untuk membuka outlet makanan Halal di sini.
Lensa kamera sekitar kursus berlansung........


