KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SAUDARA KITA SIRI II/ 2009
30 dan 31 Mei lalu bertempat di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani Kedah, Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah, JAIPP telah mengadakan Kursus Kefahaman Islam Siri II/2009. Kursus ini bertujuan memberi penjelasan kepada saudara kita berkenaan asas-asas pengetahuan untuk memahami agama Islam. Antara intipati yang dimuatkan di dalam kursus selama dua hari satu malam ini ialah mengenai Konsep Iman, Islam dan Ihsan. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti program ini dan kebanyakan dari mereka adalah saudara kita yang baru memeluk Islam sepanjang tahun 2009. Para peserta disajikan dengan tiga slot ceramah iaitu:
Penceramah |
Tajuk |
Tuan Haji Kamarudin bin Abdullah
Pengerusi IPSI
(Islamic Propagation Society International) |
Apa Ertinya Saya Islam |
Ustaz Khairul Aman bin Bistaman
Bahagian Pendidikan, JAIPP |
Apa Ertinya Iman |
Ustaz Norzli bin Mat
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Masjid & Surau, JAIPP |
Ihsan |
Selain itu, para peserta juga dipecahkan di dalam beberapa kumpulan kecil (LDK) yang bertujuan untuk mengenalpasti sebarang kemusykilan mengenai tajuk ceramah yang disampaikan. Di dalam LDK, sebanyak 5 fasilitator dilantik bagi membimbing para peserta. Antara fasilitator yang dilantik ialah Ustazah Nazirah Nantha Kumari binti Abdullah, Ustaz Muhammad Firdaus bin Abdullah, Puan Sarah Khoo binti Abdullah, Ustazah Shahirah dan diketuai oleh Ustaz Abdul Rashid bin Abd. Jalil (Bahagian Pembangunan Masjid & Surau, JAIPP).
Majlis Perasmian Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Haji Ghazali Bin Haji Saad.
Lensa kamera sepanjang kursus berlangsung....
