Seramai 98 orang Guru Besar dan Penolong Kanan telah mengikuti dengan jayanya Kursus Pengurusan Sekolah Bagi Guru Besar Sekolah Agama Rakyat seluruh Pulau Pinang pada 24 dan 25 Jun lalu di Pendang Lake Resort, Kedah.
Sepanjang kursus selama dua hari itu mereka telah didedahkan dengan keadah pengurusan sekolah yang sistematik dan berkesan. Tiga kertas kerja telah dibentang dalam kursus tersebut. Ustaz Khairul Aman Bistaman membentang kertas kerja mengenai Pengurusan Sekolah, diikuti dengan pembentang kertas kerja mengenai Pengurusan Kewangan oleh Ustaz Mohd. Redzuan Abd.Wahab dan kertas kerja mengenai Pengurusan Kurikulum oleh Haji Abd.Wahab Abd.Rauf.
Tujuan kursus tersebut ialah untuk memantapkan pengurusan sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini yang sebahagian besarnya belum mencapai satu tahap yang memuaskan. Tinjauan di kalangan para peserta kursus didapati semuanya berpuas hati dengan semua kertas kerja yang dibentang oleh pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan JHEAPP itu, dan mereka berazam untuk meningkatkan keberkesanan tugas masing-masing dan memperkasakan pengurusan sekolah mereka dari masa ke semasa.
Sebahagian daripada peserta kursus terdiri daripada guru-guru yang baharu dilantik memegang tugas Guru Besar, bagi menggantikan guru besar yang telah mencapai usia emas. Mereka sebenarnya tiada pengalaman dan kurang ilmu tentang pengurusan sekolah. Mereka rata-rata menyatakan rasa syukur kerana diberi peluang mengikuti kursus yang amat bermakna ini. Dilihat daripada reaksi dan respon mereka sepanjang kursus ini, mereka berazam meningkatkan mutu kerja dan menjadikan sekolah mereka jauh lebih baik daripada sebelumnya.
Turut mengisi atur cara kursus tersebut ialah Forum Khas yang diadakan pada sebelah malamnya. Tiga orang ahli panel yang terdiri daripada guru-guru besar yang berpengalaman dan berketrampilan diundang menyampaikan hujah masing-masing dalam membicarakan tajuk “ Guru Besar Pemangkin Kemajuan Sekolah”. Mereka ialah Ustazah Senayah Shafie dari Balik Pulau, Puan Nor Akmar Ismail dari Bukit Mertajam dan Ustaz Hasbollah Hj.Wahab dari Kepala Batas. Forum tersebut dipengerusikan oleh Hj.Ab.Wahab Ab.Rauf, Nazir Sekolah-Sekolah Islam Pulau Pinang.
Tujuan kursus tersebut ialah untuk memantapkan pengurusan sekolah-sekolah agama rakyat di negeri ini yang sebahagian besarnya belum mencapai satu tahap yang memuaskan. Tinjauan di kalangan para peserta kursus didapati semuanya berpuas hati dengan semua kertas kerja yang dibentang oleh pegawai-pegawai Bahagian Pendidikan JHEAPP itu, dan mereka berazam untuk meningkatkan keberkesanan tugas masing-masing dan memperkasakan pengurusan sekolah mereka dari masa ke semasa.
Sebahagian daripada peserta kursus terdiri daripada guru-guru yang baharu dilantik memegang tugas Guru Besar, bagi menggantikan guru besar yang telah mencapai usia emas. Mereka sebenarnya tiada pengalaman dan kurang ilmu tentang pengurusan sekolah. Mereka rata-rata menyatakan rasa syukur kerana diberi peluang mengikuti kursus yang amat bermakna ini. Dilihat daripada reaksi dan respon mereka sepanjang kursus ini, mereka berazam meningkatkan mutu kerja dan menjadikan sekolah mereka jauh lebih baik daripada sebelumnya.
Turut mengisi atur cara kursus tersebut ialah Forum Khas yang diadakan pada sebelah malamnya. Tiga orang ahli panel yang terdiri daripada guru-guru besar yang berpengalaman dan berketrampilan diundang menyampaikan hujah masing-masing dalam membicarakan tajuk “ Guru Besar Pemangkin Kemajuan Sekolah”. Mereka ialah Ustazah Senayah Shafie dari Balik Pulau, Puan Nor Akmar Ismail dari Bukit Mertajam dan Ustaz Hasbollah Hj.Wahab dari Kepala Batas. Forum tersebut dipengerusikan oleh Hj.Ab.Wahab Ab.Rauf, Nazir Sekolah-Sekolah Islam Pulau Pinang. Album gambar....
|