KURSUS TAHSIN AL-QURAN DAN PENYAMPAIAN KHUTBAH BERKUALITI
ZON PULAU DAN SEBERANG
Kursus Tahsin Al-Quran dan penyampaian khutbah berkualiti zon Pulau dan Seberang telah diadakan pada 17 Julai dan 29 Julai 2008 bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negeri bagi zon Pulau dan Dewan kuliah 1, ILP Kepala Batas bagi zon Seberang.
Peserta didedahkan dengan hukum Tajwid berkaitan hukum Mad dan hukum nun sakinah . Dijelaskan juga kesalahan-kesalahan dalam bacaan semasa solat yang selalu berulang. Akhir sesi diadakan bengkel bagi menguji bacaan Imam yang dibuat secara talaqi musyafahah dan dibetulkan oleh fasilitator seorang demi seorang.
Pada petangnya pula diadakan ceramah Penyampaian Khutbah Berkualiti oleh Ustaz Haji Rosli bin Othman. Dalam kursus ini peserta didedahkan peserta didedahkan dengan kaedah penyampaian khutbah yang menepati syarak dan aspek penyampaian isi kandungan khutbah yang berkesan dan mencapai tujuan serta meningkatkan keyakinan dan keterampilan imam dalam penyampaian khutbah. Akhir sesi, soaljawab dibuka bagi merungkai segala permasalahan berkaitan penyampaian khutbah.
Foto-foto menarik semasa kursus tersebut berlansung.....

