KURSUS IJTIMAK GURU-GURU TAKMIR NEGERI PULAU PINANG
Pada 16 Julai 2008 bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah mengadakan kursus Ijtimak guru-guru Takmir Negeri Pulau Pinang. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Takmir berkenaan dengan persiapan dan cabaran Daie dalam dakwah masa kini. Dialog dan forum yang bertajuk Menjana Ummah Cemerlang juga telah diadakan dan dipengerusikan oleh Us. Abu Bakar Bakilani bin Abu Hassan. Kursus ini telah diadakan dengan jayanya dalam memberi bimbingan kepada guru-guru Takmir dalam mempersiapkan diri menghadapai cabaran.