::

Falsafah Pendidikan

Mengasaskan dan melasanakan satu sistem pendidikan Islam yang dapat membina sebuah masyarakat Islam yang:-

::

Berilmu, beriman, bertakwa dan bersifat dinamis dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup.

:: Menegakkan keadilan mengikut syariat Islam.
:: Mengawal dan membasmi fikiran-fikiran yang menjejaskan kesucian Islam.
:: Bersahsiah mulia dengan mempunyai dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah.
:: Mengusaha dan memajukan pembangunan ekonomi dan sosial serta kesejahteraan umat Islam di Pulau Pinang berlandaskan hukum Syara’

Objektif

::

Mengurus, mentadbir dan melaksanakan dasar dan sistem pendidikan ke atas Sekolah-sekolah Islam bagimelahirkan muslim yang berilmu, beramal dan bertaqwa.

:: Mendidik dan melatih pelajar-pelajar melalui sistem persekolahan agama ke arah membentuk masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah.
:: Menyediakan kemudahan yang berbentuk material dan bukan material kepada institusi-institusi Pendidikan Islam di Pulau Pinang bagi membolehkan Institusi-institusi tersebut beroperasi selaras dengan dasar yang ditetapkan.

Fungsi

::

Pewujudan sistem persekolahan agama di peringkat Tadika, Sekolah Rendah dan Menengah.

::

Perancangan, Penyelidikan dan penyediaan kurikulum yang sesuai bagi memastikan kejayaan sistem persekolahan agama yang diwujudkan.

::

Perancangan, Penyelidikan dan penilaian program pendidikan yang diwujudkan bagi mempastikan keseluruhan sistem persekolahan agama adalah selaras dengan objektif pelajaran kebangsaan.

::

Perancangan latihan, pengurusan dan pengawasan keperluan-keperluan persekolahan agama dari segi kewangan, tenaga pengajar, peralatan persekolahan, dan lain-lain kemudahan/keperluan persekolahan yang berpatutan.

::

Pendaftaran guru-guru dan sekolah-sekolah bagi mempastikan bahawa hanya guru-guru yang berkelayakan dan keadaan sekolah yang sesuai sahaja dibenarkan beroperasi.

::

Perancangan, penyelidikan dan penyelarasan program latihan guru bagi menjamin mutu pendidikan yang disalurkan melalui sistem persekolahan yang diwujudkan sentiasa terpelihara dan memuaskan.

::

Pemeriksaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya taraf pelajaran dan pengajaran sentiasa terpelihara dan memuaskan.

::

Perancangan, Pengendalian dan Penyelarasan peperiksaan Sekolah agama untuk menilai keberkesanan hasil pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

::

Pengurusan pemberian bantuan dari segi kewangan dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh penuntut-penuntut sama ada di dalam atau di luar negeri.

::

Penyelarasan Pengawasan perkembangan dan kemajuan sistem persekolahan agama dari masa ke semasa.

::

Pengurusan semua perkara yang tergolong di bawah pengertian pendidikan.

 

 

Carta Organisasi

 

 

Kakitangan

 

Bil

Nama

Jawatan

Samb.

1.

En. Mohd. Redzuan bin Hj Abdul Wahab

redzuan@penang.gov.my

Pegawai Pendidikan MAINPP

841

2.

En. Mohd Amin bin Ismail

amin@penang.gov.my

Pen. Pegawai (PHEI S41) 825
3.

En. Alias bin Ahmad

Nazir Sekolah-sekolah Islam Negeri Pulau Pinang S22 848
4. En. Hussain bin Zakaria Penyelia Agama 841
5. En. Rossidi bin Yusof Pembantu Tadbir (P/O) N17 841
6. En. Zubir bin Jaafar Pembantu Tadbir (P/O) N17 841
7.

Cik Norhidayah binti Osman

Pembantu Tadbir (P/O) N17

848

8. Puan Marzana binti Othman Pembantu Tadbir (P/O) N17 848
9. Cik Zatil Hani binti Hamad Pembantu Tadbir (P/O) N17 848
10. Cik Fahitah binti Zinon Guru KAFA 841
11. Cik Nurhizan binti Ramli Guru KAFA 841
12. Puan Nurul Nazirah binti Mohd Guru KAFA 841
13. Cik Nurhasni Amalina binti Othman Guru KAFA 841
14.

Puan Roszana binti Mohd. Lazim

Pembantu Tadbir Rendah N11

841

15.

En. Zainal Abidin bin Ibramsah

 

Pembantu Am Pejabat 841

 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, 10300 Leboh Pantai, Pulau Pinang
Telefon : 04-2637200, Fax : 04-2502810

1