
Dengan nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. Alhamdulillah setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya jua maka Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang telah dapat mengadakan laman webnya sendiri.
Memang menjadi inspirasi
JHEAIPP untuk terus melonjak kehadapan bagi memenuhi objektif dan fungsinya
sebagai badan pentadbiran Islam tertinggi di negeri ini. Justeru itu, JHEAIPP
tidak ketinggalan menyebarkan maklumat dan memberi perkhidmatan kepada
masyarakat global melalui kemudahan ICT
Di dalam laman web ini JHEAIPP
telah memuatkan secara ringkas maklumat-maklumat dan bentuk perkhidmatan yang
disediakan oleh JHEAIPP untuk membantu orang ramai berurusan dan mendapat maklum
balas secara ‘online’ tanpa mengira masa dan tempat.
Semoga laman ini dapat
dimanfaatkan sebaiknya oleh semua warga internet, khususnya klien Jabatan ini
dalam usaha kita memartabatkan Islam di mata “ummah”.
InsyaAllah, JAIPP akan
sentiasa berusaha melaksanakan yang terbaik untuk kepentingan masyarakat Islam
di negeri ini. Untuk itu, pihak JHEAIPP mengalu-alukan sebarang komen dan
pandangan membina yang diutarakan daripada semua pihak dalam usaha memperbaiki
dan mempertingkatkan lagi pentadbiran Islam di negeri ini. Sama-samalah kita
berusaha ke arah kecemerlangan Islam.
Sekian, wassalam.
HAJI SAZALI BIN HAJI HUSSEIN
Pengarah,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang.
|