|
1. |
PENGENALAN |
|
|
1.1. |
Sijil Pengesahan Halal (SPH) keluaran Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang (MAINPP) adalah satu syarat
pengiktirafan yang diadakan secara pentadbiran bagi
menunjukkan kehalalan sesuatu hasil makanan, minuman dan
bahan makanan orang Islam. Ia berasaskan kepada hukum
syarak yang diamalkan di negeri ini. Antara tujuannya
ialah untuk mengatasi masalah yang timbul di kalangan
pengguna-pengguna Islam berkaitan dengan kehalalan
sesuatu makanan, minuman dan bahan gunaan yang
dikeluarkan di dalam atau di luar negara. Ia juga
memudahkan usaha-usaha pengeksportan dan pengimportan
yang memerlukan Sijil Pengesahan Halal (SPH). |
|
|
1.2. |
Pengeluar Sijil Pengesahan Halal (SPH) ini adalah
tertakluk kepada €œGaris Panduan Makanan, Minuman, dan
Bahan Gunaan Orang Islam€ terbitan Majlis Agama Islam
Negeri Pulau Pinang. |
|
|
1.3. |
Semua pengusaha makanan, bahan gunaan dan pihak yang
berkaitan yang dapat memenuhi kriteria-kriteria halal
yang telah ditetapkan dalam garis panduan berkenaan
layak untuk memohon Sijil Pengesahan Halal (SPH). |
|
2. |
SYARAT PERMOHONAN |
|
|
2.1. |
Bahan makanan, minuman atau barangan mestilah halal dari
segi syarak. |
|
|
2.2. |
Pekerja muslim hendaklah 20% daripada keseluruhan
pekerja. |
|
|
2.3. |
Seorang pekerja muslim perlu ditempatkan di bahagian
kemasukan barangan. |
|
|
2.4. |
Kilang/premis barangan berkenaan terletak berjauhan dari
tempat-tempat najis. |
|
3. |
CARA PERMOHONAN |
|
|
3.1. |
Cara permohonan bagi mendapatkan Sijil Pengesahan Halal
(SPH) hendaklah dibuat dengan mengisi borang
€œPermohonan€ yang boleh didapati daripada :
JABATAN AGAMA ISLAM PULAU PINANG
10300 LEBUH PANTAI
PULAU PINANG
(u.p. : Bahagian Penyelidikan) |
|
|
3.2. |
Borang €œPermohonan€ yang telah lengkap diisi hendaklah
dimajukan ke alamat yang sama seperti di atas. |
|
|
3.3. |
Segala maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah sulit
(confidential). |
|
|
3.4. |
Sekiranya memenuhi syarat, surat memohon bayaran
permohonan akan dikeluarkan. |
|
4. |
PEMERIKSAAN |
|
|
4.1. |
Sebelum Sijil Pengesahan Halal (SPH) dikeluarkan, satu
lawatan pemeriksaan ke atas premis memproses barangan
berkenaan akan dilakukan oleh dua orang ahli atau wakil
Jawatankuasa Sembelihan Halal, Haram Negeri Pulau
Pinang. |
|
|
4.2. |
Perbelanjaan untuk lawatan berkenaan seperti bayaran
pengangkutan, tempat tinggal, makan dan
keperluan-keperluan lain yang berkaitan hendaklah
ditanggung sepenuhnya oleh pemohon. Kadar bayaran
adalah berpandukan kepada kelayakan pegawai kerajaan
yang menjalankan tugas rasmi di luar pejabat beserta
dengan bayaran perkhidmatan kepakaran bagi seseorang
pegawai yang terlibat. Semua bayaran berkenaan
hendaklah dijelaskan sebelum lawatan diadakan melalui
bank draf/wang pos/wang kiriman atas nama Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. |
|
|
4.3. |
Bayaran bagi perbelanjaan analisis makmal ke atas sampel
barangan yang diperlukan untuk tujuan pengesahan halal
jika ada, hendaklah ditanggung oleh pihak pemohon.
Jumlah dan cara bayaran untuk tujuan analisis berkenaan
akan ditentukan oleh pihak makmal. |
|
5. |
KELULUSAN |
|
|
5.1. |
Sijil Pengesahan Halal (SPH) akan dikeluarkan setelah
barang dan premis yang berkaitan didapati memenuhi
kehendak peraturan halal mengikut hukum syarak. |
|
|
5.2. |
Hanya pemilik Sijil Pengesahan Halal (SPH) yang sah bagi
sesuatu barangan seperti tertera dalam sijil premis
sahaja dibenarkan menggunakan Logo Halal. |
|
|
5.3. |
Tempoh sah bagi Sijil Pengesahan Halal (SPH) adalah satu
(1) tahun. |
|
6. |
PEMBAHARUAN SIJIL |
|
|
6.1. |
Pembaharuan sijil, hendaklah mengisi borang €œPermohonan€
dan borang berkenaan hendaklah sampai ke Jabatan Agama
Islam Pulau Pinang dua bulan sebelum tamat tempoh. |
|
|
6.2. |
Bagi maksud pembaharuan sijil, pemeriksaan ke kilang
atau premis oleh Jawatankuasa Halal / Haram atau
wakilnya akan dilakukan jika perlu. Segala perbelanjaan
bagi tujuan pemeriksaan ini sama seperti yang tersebut
di bilangan 4.2. |
|
7. |
SYARAT PENGGUNAAN SIJIL PENGESAHAN HALAL (SPH) & LOGO
HALAL |
|
|
7.1. |
Sijil Pengesahan Halal (SPH) dan Logo Halal ini tidak
boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi
kandungannya. |
|
|
7.2. |
Penggunaan Sijil Pengesahan Halal (SPH) ini masih
tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan yang
berkaitan yang diamalkan di negara ini. |
|
|
7.3. |
Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis
dan alamatnya, jenama barang, bahan ramuan dan
pembekal-pembekalnya serta yang berkaitan dengannya,
hendaklah dimaklumkan kepada MAINPP atau JAIPP, secara
bertulis untuk tindakan selanjutnya. |
|
|
7.4. |
Sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan sijil
tersebut adalah tertakluk di bawah tanggungjawab
pemegangnya. Jika berlaku kehilangan atau kerosakan ke
atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara
bertulis dengan segera kepada MAINPP. |
|
|
7.5. |
Sijil Pengesahan Halal (SPH) berkenaan boleh ditarik
balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada bila-bila masa
apabila didapati ianya menyalahi €œGaris Panduan€ yang
telah ditetapkan atau terdapat perkara atau cara
pengendalian yang meragukan dari segi syarak. |