PEMOHON HENDAKLAH MENYEDIAKAN:
- Gambar berukuran pasport sebanyak satu keping setiap seorang. *(Perempuan mesti bertudung)
- Surat Perakuan Nikah Negeri Pulau Pinang ( asal dan satu salinan )
- Salinan Kad Pengenalan (suami dan isteri).
- Bayaran RM27.00 (untuk dua keping Kad Nikah).
Bagi pemohon yang tinggal / bekerja di luar negeri Pulau Pinang maka salinan-salinan tersebut boleh dihantar kepada :
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Undang-undang Keluarga Islam,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang,
10300 Lebuh Pantai,
Pulau Pinang.
(u.p: Kad Nikah)
Tel: 04-2637200 Samb:840/855
TUNTUTAN KAD NIKAH
Pemohon boleh datang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk menuntut Kad Nikah selepas tempoh dua minggu dari tarikh permohonan.
Sekiranya pemohon tinggal / bekerja di luar negeri Pulau Pinang maka Kad Nikah tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui pos dan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa membuat permohonan.