1. |
Dapatkan borang berikut di Pejabat Agama Daerah :- |
|
i. Borang 1 – Permohonan Berkahwin Untuk lelaki - RM1.00 |
|
ii Borang 2 – Permohonan Berkahwin Untuk perempuan - RM1.00 |
2. |
Isikan dengan lengkap borang tersebut dan pastikan perkara-perkara berikut:- |
|
i. |
Borang ditandatangani oleh pemohon. |
|
ii. |
Borang ditandatangani oleh wali ( bagi perempuan). |
3. |
Permohonan mesti disertakan dokumen-dokumen berikut:- |
|
a. |
Warganegara Malaysia |
|
|
i. |
Borang Permohonan Untuk Berkahwin |
|
|
ii. |
Salinan Kad Pengenalan |
|
|
iii. |
Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan |
|
|
iv. |
Laporan Ujian Saringan HIV |
|
|
v. |
Surat Perakuan Cerai( jika pemohon duda atau janda) |
|
|
vi. |
Salinan kenyataan Islam ( jika pemohon memeluk Islam) |
|
|
vii. |
Kelulusan daripada KAGAT ( jika anggota tentera). |
|
|
viii. |
Kelulusan daripada PDRM (jika anggota Polis). |
|
|
ix. |
Borang wakalah wali ( jika perempuan yang walinya tidak berkeupayaan hadir untuk mengakadnikah). |
|
|
x. |
Salinan Surat Kematian(jika suami/isteri meninggal dunia). |
|
|
xi. |
Perintah Mahkamah mengenai kebenaran berpoligami
( jika pemohon mahu berpoligami). |
|
b. |
Bukan Warganegara. |
|
|
i. |
Borang Permohonan Untuk Berkahwin |
|
|
|
- Borang 1 (warna putih) - untuk lelaki |
|
|
|
- Borang 2 ( warna kuning) - untuk perempuan |
|
|
ii. |
Laporan Ujian Saringan HIV |
|
|
iii. |
Salinan dokumen perjalanan yang sah. |
|
|
iv. |
Surat Perakuan Cerai ( jika pemohon duda atau janda) |
|
|
v. |
Kenyataan Islam (bagi pemohon yang memeluk Islam) |
|
|
vi. |
Kebenaran atau kelulusan berkahwin ( daripada konsulat atau kedutaan). |
|
|
vii. |
Kebenaran Perkahwinan dari Jabatan Imigresen. |
4. |
Borang permohonan mestilah disahkan oleh 2 orang Pegawai Masjid atau Jawatankuasa Qaryah berserta cop rasmi qaryah untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. |
5. |
Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dibawa kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan masing-masing untuk ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop dengan cop Penolong Pendaftar berkenaan. |
6. |
Borang permohonan dihantar oleh pemohon ke Pejabat Agama Daerah berkaitan dengan disertakan bayaran RM5.00 untuk mendaftar Kebenaran Berkahwin. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon. |
|
(Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh akad nikah). |
7. |
Pemohon mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin (Borang 4) dalam tempoh 24 jam di Pejabat Agama Daerah berkenaan untuk diserahkan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan berkenaan. |
8. |
Majlis Akadnikah dilangsungkan pada tarikh yang ditetapkan di tempat pemastautinan perempuan. |
9. |
Selepas Akadnikah, suami diminta membaca ta’liq dan menandatangani Surat Makluman Akad Nikah dan Surat Perakuan Nikah serta menjelaskan bayaran RM120.00 iaitu saksi 2 orang sebanyak RM20.00 dan saguhati Penolong Pendaftar sebanyak RM100.00. |
10. |
Selepas itu pengantin akan diberi Surat Makluman Akad Nikah dan dikehendaki membuat pendaftaran perkahwinan di Pejabat Agama Daerah berkaitan. |
11. |
Pemohon dikehendaki membuat pendaftaran perkahwinan di Pejabat Agama Daerah berkenaan dalam tempoh 14 hari selepas majlis Akad dengan melaksanakan perkara-perkara berikut:- |
|
i. |
Mengisi borang 6 ( Pendaftaran Perkahwinan). Bayaran RM1.00 |
|
ii. |
Menjelaskan yuran pendaftaran RM10.00 ( Sila pastikan resit rasmi diterima). |
12. |
Pemohon mendapatkan Surat Akuan Nikah di Pejabat Agama Daerah berkaitan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran dilakukan. |