Pada 12 Oktober 2008 bersamaan 12 Syawal 1429H telah diadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Saudara Kita 2008 di rumah Transit Darul Hidayah Penaga, Seberang Perai Utara. Majlis yang bermula pada pukul 11.00 pagi tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Majlis dimulakan dengan hafazan Al-Quran oleh Adik Muhammad Sharan Raj. Seramai 300 orang saudara baru telah bersama-sama memeriahkan Majlis tersebut. Majlis itu juga diserikan dengan persembahan Nasyid dari Sekolah Permatang Tok Jaya, Penaga. Saudara kita juga turut sama membuat persembahan dalam majlis tersebut.
Lensa kamera sekita Majlis Ramah Mesra Aidilfirtri Saudara Kita 2008 berlansung...........

