BENGKEL SEMAKAN KAEDAH-KAEDAH DAN PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004 DAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
(NEGERI PULAU PINANG) 2004
Peserta Bengkel terdiri daripada 20 orang peserta dan diketuai oleh Pengarah JAIPP iaitu Tuan Haji Sazali bin Haji Hussein , Ketua-ketua Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai-pegawai Tadbir Agama Daerah, wakil Pusat Urus Zakat, wakil Majlis Agama Islam P.Pinang dan juga kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama yang berkaitan secara langsung dengan kaedah dan peraturan yang disemak.
Kaedah-kaedah dan peraturan yang disemak itu ialah :-
- Kaedah-Kaedah Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid (Negeri Pulau Pinang) 1997
- Kaedah-Kaedah Jagaan dan Pengajaran Orang Masuk Islam dan Cara Pendaftarannya(Negeri Pulau Pinang) 1999.
- Kaedah-Kaedah Pengelolaan Mana-mana Kutipan Khairat dan Pelupusan Hasilnya (Negeri Pulau Pinang) 1999.
- Kaedah-Kaedah Pentadbiran Aktiviti-Aktiviti yang Berkaitan dengan Pengajaran Agama(Negeri Pulau Pinang)1999.
- Kaedah-Kaedah Pengawalan Sekolah Islam (Negeri Pulau Pinang) 2001.
- Kaedah-Kaedah Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju’ Negeri Pulau Pinang(Borang dan Fi) 2000.
- Peraturan-Peraturan Pungutan Zakat dan Fitrah Negeri Pulau Pinang,1979.
Kaedah dan peraturan ini disemak semula ekoran daripada pewartaan 5 enakmen baru dan telah pun dikuatkuasakan di Negeri Pulau Pinang iaitu:
- Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
- Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
- Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004
- Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004
- Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 2004
Penguat kuasaan enakmen-enakmen tersebut di atas mempengaruhi kaedah-kaedah yang tergubal di bawah enakmen terdahulu dan memerlukan pindaan dan semakan semula supaya selari dengannya. Draf kaedah dan peraturan yang dihasilkan daripada semakan semula yang dibuat akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang Syarak yang akan diadakan dalam tempoh terdekat.