Umum   |   Perkhidmatan   |   Borang   |   Bahagian   |   Masjid    Pautan   |   Aduan   |   Utama


 

SEMINAR HALAL:  “HALALAN TOYYIBA”

 

“Jangan hanya mengharapkan orang lain memahami kita tetapi kita juga mesti belajar memahami orang lain. Barulah tercapai kesatuan dalam kepelbagaian”. Itulah harapan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Y.B Tuan Mohammad Fairus bin Khairuddin sempena Majlis Perasmian Seminar Halal: Halalan Toyyiba kepada  115 orang peserta yang terdiri daripada muslim dan non muslim.

*********************************************************************************************

Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah menganjurkan Seminar Halal: Halalan Toyyiba pada 9 September 2008 bertempat  di Kompleks  Masyarakat Penyayang, Gerogetown, Pulau Pinang dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Y.Bhg Tuan Mohammad Fairus Bin Khairuddin. Seminar sehari ini bertujuan;

  1. Mendedahkan maklumat berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan persijilan halal dari segi prosedur persijilan halal mahupun penguatkuasaan
  2. Memberi kefahaman yang baik kepada pengusaha-pengusaha agar dapat mencapai standard piawaian halal yang sebenar
  3. Melahirkan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaya saing di dalam penghasilan produk halal serta menghadapi cabaran globalisasi di Malaysia khasnya dan di mata dunia amnya.

Ia juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana seramai 115 peserta terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam telah menghadirinya. 4 kertas kerja telah dibentangkan iaitu bertajuk ‘ Halal Menurut Perspektif Islam’, ‘Prosedur Pensijilan Halal di Malaysia’, ‘Pensijilan Halal, Pemantauan & Penguatkuasaan’ dan ‘Penyempurnaan Sijil Halal dari Perspektif  Kementerian Kesihatan Malaysia’. Penceramah jemputan pula terdiri daripada Y.Bhg Sahibus Samahah Dato’ Hassan Bin Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tuan Hj Yusof Bin Hj Abu Bakar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Putrajaya (Bekas pegawai di Bahagian Hub Halal JAKIM), Encik Abdul Halim bin Pakri , Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang dan Puan Ku Nafisah binti Ku Ariffin dari Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang. Slot Diskusi ‘Halalan Toyyiba’ diadakan di mana panelnya juga  terdiri daripada kesemua penceramah jemputan yang disebutkan. Disertakan foto-foto semasa seminar berlansung......