Umum   |   Perkhidmatan   |   Borang   |   Bahagian   |   Masjid    Pautan   |   Aduan   |   Utama


 

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Saguhati Raya Aidilfitri Saudara Kita 2008

 

Pada 21 September 2008 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1429H Bertempat di Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Penaga, SPU telah diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Saguhati Raya Aidilfitri Saudara Kita 2008. Majlis tersebut dirasmikan oleh Y.B Dato' Hajah Jahara binti Hamid selaku ADUn Telok Air Tawar merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Darul Hidayah dan majlis juga diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Omar bin Haji Said iaitu wakil daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 150 orang saudara baru telah bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh saudara kita iaitu Ustaz Muhammad Taufiq Chua bin Abdullah. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Tuan Haji Sazali bin Haji Hussein telah memberikan ucapan aluan dan diikuti dengan ucapan daripada Y.B Dato' Hajah Jahara binti Hamid. Selepas majlis diteruskan dengan upacara penyampaian saguhati kepada 150 orang saudara kita dan kemudian diserikan lagi dengan bacaan tahlil oleh Imam Masjid Permatang Tok Gelam, Tuan Haji Nordin. Majlis diakhiri dengan upacara berbuka puasa bersama-sama, solat Maghrib dan Isyak serta terawih. Dibawah adalah foto-foto semasa majlis tersebut berlansung.