• faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
28 September 2021
05:49
05:59
07:05
01:12
04:22
07:13
08:22
28 September 2021
05:49
05:59
07:05
01:12
04:22
07:13
08:22

Majlis solat Jumaat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Majlis solat Jumaat Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua, Butterworth, SPU pada 3.9.2021 berjalan lancar.
Majlis ini turut disertai oleh YB. Dato' Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Pegawai Kewangan Negeri, SS Dato' Seri Mufti, Dato' Bandar MBSP, Timbalan Ketua Polis Negeri, Pegawai Daerah SPU, ADUN Sungai Dua dan lain-lain kenamaan serta jemputan.
Majlis dimulai dengan sambutan kehadiran TYT Tun oleh dif-dif kenamaan. Disusuli dengan TYT Tun menandatangani Buku Pelawat. Selepas itu, TYT Tun memasuki perkarangan dewan solat utama mendengar khutbah dan menunaikan solat jumaat bersama para jemaah. Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, TYT Tun sudi menyampaikan sumbangan kepada pihak kariah Masjid Jamek Haji Abdul Rashid.
Sebaik sahaja selesai menyampaikan sumbangan, TYT Tun turun ke halaman belakang masjid untuk menanam pokok tecoma sebagai tanda kenangan yang turut disaksikan tetamu jemputan dan jemaah yang hadir. TYT Tun meninggalkan majlis jam 2.25 petang. Majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-2637200 | 04-2502810
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 22 September 2021 

Jumlah pengunjung: 955655

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2021

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.