Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
16 October 2021
05:46
05:56
07:03
01:06
04:23
07:05
08:15
16 October 2021
05:46
05:56
07:03
01:06
04:23
07:05
08:15

Majlis Perasmian Masjid Dan Solat Jumaat Tuan Yang Terutama Tun Dato` Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 di Masjid Jamek Padang Benggali Butterworth, SPU

Alhamdulillah hujan rahmat dari Yang Maha Esa mengiringi Majlis Perasmian Masjid Dan Solat Jumaat Tuan Yang Terutama Tun Dato` Seri Utama Ahmad Fuzi bin Abdul Razak Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 di Masjid Jamek Padang Benggali Butterworth, SPU pada 17.9.2021 berjalan dengan jayanya. Ini merupakan masjid yang pertama dikunjungi Tuan Yang Terutama Tun dibawah Pentadbiran Pejabat Agama Daerah SPU (Kepala Batas). Majlis ini turut disertai oleh YB. Dato' Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato` Seri Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato' Bandar MBSP, Dato' Pengarah JHEAIPP, Pegawai Daerah SPU, ADUN Bertam, Pegawai-Pegawai Tadbir Agama dan lain-lain kenamaan serta jemputan. Majlis dimulai dengan sambutan kehadiran TYT Tun oleh dif-dif kenamaan. Disusuli dengan TYT Tun menandatangani Buku Pelawat seterusnya bekenan menandatangani plak perasmian Masjid Jamek Padang Benggali. Selepas itu, TYT Tun memasuki perkarangan dewan solat utama mendengar khutbah dan menunaikan solat jumaat bersama para jemaah. Selepas selesai menunaikan solat Jumaat, TYT Tun sudi menyampaikan sumbangan kepada pihak kariah Masjid Jamek Padang Benggali Sebaik sahaja selesai menyampaikan sumbangan, TYT Tun turun ke halaman perkarangan masjid untuk menanam pokok “ Bucida “ sebagai tanda kenangan yang disaksikan tetamu jemputan dan Jemaah yang hadir. TYT Tun meninggalkan majlis jam 2.15 petang. Majlis berjalan lancar dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-2637200 | 04-2502810
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 12 Oktober 2021 

Jumlah pengunjung: 988324

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2021

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.