Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
16 October 2021
05:46
05:56
07:03
01:06
04:23
07:05
08:15
16 October 2021
05:46
05:56
07:03
01:06
04:23
07:05
08:15

LAWATAN RASMI SOLAT JUMAAT TUAN YANG TERUTAMA TUN DATO’ SERI UTAMA AHMAD FUZI BIN HAJI ABDUL RAZAK YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG KE-8

Sejak dilantik sebagai T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 30 April 2021, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menyusun beberapa siri Program Rasmi Solat Jumaat Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bermula bulan Ogos hingga Disember 2021. Tujuan program rasmi Solat Jumaat ini adalah bagi menyampaikan sumbangan kepada pihak masjid oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang selain merapatkan hubungan antara pemimpin utama negeri bersama Jawatankuasa Kariah Masjid & jemaah. Program ini juga turut dilaksanakan oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang terdahulu. Program Solat jumaat T.Y.T ini juga turut dihadiri oleh YB Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, YB. Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri, Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri, YB. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Bandar MBSP, Setiausaha MBPP, Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN setempat, Dato’ Pengarah JHEAIPP, Dato’ Setiausaha MAINPP, Pegawai Daerah, Pegawai-pegawai Tadbir Agama serta lain-lain jemputan.
Masjid-masjid yang telah pun dikunjungi oleh T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang untuk lawatan rasmi Solat Jumaat adalah seperti berikut :
 
1. Masjid Kapitan Keling (20 Ogos 2021)
2. Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua (03 September 2021)
3. Masjid Jamek Padang Benggali (17 September 2021)
4. Masjid Al-Malik Khalid, USM (24 September 2021)
5. Masjid Abdullah Fahim (01 Oktober 2021)
 
Antara pengisian utama sepanjang Lawatan Rasmi Solat Jumaat T.Y.T ialah, Menunaikan Solat Jumaat bersama ahli-ahli kariah dan semua dif-dif kenamaan, menandatangani plak perasmian (bagi masjid yang terlibat), menyampaikan sumbangan kepada pihak kariah masjid yang terkesan akibat pandemik Covid-19, tambahan sumbangan kepada Program Gerobok Rezeki bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan, bantuan Kit Maidaturrahman Ready To Eat dan kemuncaknya menyempurnakan upacara penanaman pokok yang disumbangkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai sebagai tanda kenangan yang turut disaksikan oleh tetamu jemputan dan Jemaah yang hadir. Program Solat Jumaat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ini sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 bagi mengekang wabak Covid-19 dari terus menular

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-2637200 | 04-2502810
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 12 Oktober 2021 

Jumlah pengunjung: 988315

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2021

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.