Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
27 November 2021
05:49
05:59
07:10
01:08
04:30
07:03
08:17
27 November 2021
05:49
05:59
07:10
01:08
04:30
07:03
08:17

Majlis Kesyukuran (Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat) T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Pada 28 Oktober 2021 (Khamis), selepas solat Maghrib, Majlis Kesyukuran (Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat) T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Masjid Albukhary, Bandar Sri Pinang, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
 
T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang telah hadir bersama Y.A.Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Noor pada jam 6.50 petang disambut oleh Y.B. Timbalan Ketua Menteri 1, Y.B. Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penasihat Undang-Undang Negeri, Sahibus Samahah Mufti, Pengarah JHEAIPP, Ketua-Ketua Jabatan dan Jawatankuasa Kariah serta dif-dif jemputan yang lain.
Seusai solat Maghrib, Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat telah diketuai oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Mufti.
 
Selingan tazkirah ringkas disampaikan oleh Us Lukmanul Hakim bin Mokhtar, PTA Daerah Kepala Batas.
T.Y.T. Yang Dipertua Negeri turut berkenan menandatangani buku pelawat masjid selepas solat Isyak. Sekalian tetamu dan jemaah yang hadir mendoakan agar T.Y.T. dilimpahi keberkatan usia dan kesihatan yang terbaik sepanjang lantikan sebagai T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-2637200 | 04-2502810
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 25 November 2021 

Jumlah pengunjung: 1062148

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2021

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.