Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
20 May 2022
05:41
05:51
07:02
01:17
04:40
07:28
08:42
20 May 2022
05:41
05:51
07:02
01:17
04:40
07:28
08:42

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗜𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗴𝘂𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟮

 
Pada tarikh 23 April 2022 (Sabtu) jam 6.00 petang, telah berlangsung Majlis Iftar Perdana dan Penyampaian Saguhati Saudara Kita Tahun 2022 bertempat di Dewan an-Nur, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.
 
Program dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Hanif bin Omar@Wahab, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Dakwah, JHEAIPP merangkap Pemangku Pengarah JHEAIPP.
 
Majlis disempurnakan dengan Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg Dato' Ir. Hj Shamsudin bin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).
Agenda program diteruskan dengan Penyampaian Saguhati Raya kepada 10 wakil Saudara Kita dari beberapa negara sebagai simbolik.
Seterusnya, para Fasilitator menerima Sijil Tauliah Khidmat Nasihat Pemurnian Akidah dan Istitabah sebelum Penyerahan Kunci Rumah Warden KDH oleh Syarikat Perfect One Enterprise diberikan kepada Y.Bhg Tuan Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kompleks Darul Hidayah.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato' Kamarudin bin Abdullah, Presidin IPSI, Alfadhil Ustaz Norzli bin Mat, Pegawai Tadbir Agama Daerah SPU (Butterworth) , barisan urus setia serta tetamu-tetamu jemputan yang telah hadir dan bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Program yang diurus setiakan oleh Bahagian Dakwah, JHEAIPP ini telah dihadiri lebih 250 orang di kalangan saudara kita, dengan 22 orang dari mereka telah mengikuti kursus BAFA di sebelah pagi.
 
Menyerikan acara, Persembahan Nasyid, Selawat, Bacaan Tahlil dan Doa Berbuka Puasa telah dikendalikan oleh barisan tenaga pengajar Saudara Kita dengan jayanya.
Program diakhiri dengan Majlis Iftar dan Solat Maghrib berjemaah.
Diharapkan acara tahunan yang merupakan usaha dakwah bil hal ini dapat menarik lebih ramai mad'u untuk kembali pada fitrah. Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.
 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 18 Mei 2022 

Jumlah pengunjung: 1164959

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2022