Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
20 May 2022
05:41
05:51
07:02
01:17
04:40
07:28
08:42
20 May 2022
05:41
05:51
07:02
01:17
04:40
07:28
08:42

Program Jelajah Al Qadr di Masjid Kubang Semang

Yang Berhormat Dato Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah menghadiri Program Jelajah Al Qadr di Masjid Kubang Semang, anjuran Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Jawatankuasa Masjid Kubang Semang.
 
Program ini turut dihadiri oleh Ybhg Dato' Haji Samsudin Bin Bakar, Setiausaha MAINPP, Ybhg Al Fadhil Ustaz Haji Rosidi Bin Hussain, Pengurus Besar Waqaf Pulau Pinang,Ybhg Al Fadhil Ustaz Ayob Bin Yaacob Penolong Pengarah Bahagian Undang Undang Keluarga Islam JHEAIPP dan lain-lain kenamaan serta jemputan.
Program dimulakan seawal jam 4.00 pagi dengan pelaksanaan Qiyamullail yang dipimpin oleh Ybhg Al Fadhil Ustaz Badri Nizar, Imam Masjid Kubang Semang.
Selesai Qiyamullail, program diteruskan dengan jamuan sahur bersama YB Dato TKM1.
 
Seterusnya, solat subuh berjemaah dan bacaan ayat suci Al Quran surah Al Qadr dengan tafsiran ringkas dipimpin oleh Ybhg Al Fadhil Ustaz Ahmad Rafaie Bin Abdul Rashid.
Program diteruskan lagi dengan sesi ucapan aluan oleh Encik Hakim, Setiausaha Masjid Kubang Semang dan disusuli dengan menjemput TKM1 bagi menyampaikan ucapan.
Selepas selesai ucapan, program diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan asnaf oleh YB TKM1 kepada 10 orang penerima dari kalangan asnaf yang memerlukan.
YB TKM1 juga turut menyampaikan sumbangan berjumlah rm7500 dan plag program kepada Haji Jauzi, Pemangku Pengerusi , Masjid Kubang Semang.
Sebagai meraikan kehadiran TKM1 ke Masjid Kubang Semang, Pihak Masjid menyampaikan hadiah cenderhati berbentuk plag kenangan kepada TKM1.
YB TKM1 dan dif kehormat meninggalkan majlis tepat jam 7.40 pagi .
 
Majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 18 Mei 2022 

Jumlah pengunjung: 1164969

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2022