Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta
20 May 2022
05:41
05:51
07:02
01:17
04:40
07:28
08:42
20 May 2022
05:41
05:51
07:02
01:17
04:40
07:28
08:42

Progam Jelajah Al-Qadr TKM 1 di Masjid Padang Benggali

Program Jelajah Al-Qadr TKM 1 siri yang ke-8 telah diadakan dengan jayanya di Masjid Padang Benggali.
Progam dimulakan seawal jam 4.00 pagi dengan ibadah qiamullail yang diketuai oleh Ustaz Sulaiman Acheh. Bacaan al-Qurannya yang lembut dan merdu memberikan nilai tambah dalam qiamullail.
 
Sejurus selesai qiamullail, jemaah menikmati jamuan sahur yang disediakan. Nasi daging Padang Benggali enak sekali.
Tepat jam 5.58 pagi azan Subuh berkumandang dan para jemaah mendirikan solat Subuh secara berjemaah.
Setelah selesai, Imam bertugas berkongsi intipati ayat 1-5 daripada surah al-Muzammil.
 
Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara utama iaitu ucapan daripada Dato' Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.
Majlis disudahi dengan penyampaian bungkusan rezeki kepada 10 orang asnaf daripada kariah Padang Benggali.
 
Turut hadir dalam prorgam ini ialah Dato' Samsudin Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Kharul Azman bin Azizan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid dan Surau, Ustaz Abu Mansur Maturidi bin Mohd Romli, Pegawai Tadbir Agama SPU (Kepala Batas) dan Ustaz Lukamul Hakim bin Mokhtar, Imam Utama Masjid Abdullah Fahim.
 
 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 18 Mei 2022 

Jumlah pengunjung: 1164920

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2022