Portal Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

  • faq
  • hubungi
  • maklumbalas
  • peta

MAJLIS PENGHARGAAN KECEMERLANGAN UPKK, SMA, STA DAN STAM TAHUN 2023 SEKOLAH-SEKOLAH ISLAM PULAU PINANG

Majlis menghargai kecemerlangan Sekolah-sekolah Islam Pulau Pinang yang terlibat dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Tinggi Agama (STA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah diadakan pada 1 Zulkaedah 1445 bersamaan 10 Mei 2024 di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang.
Sekolah dan calon terbaik telah diumumkan oleh YB. Dato' Dr. Mohamad bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Tuan Haji Mahamad Aziz bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAINPP dan YBrs. Encik Mohd Hanif bin Omar@Wahab, pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
Sekolah terbaik mengikut kategori adalah seperti berikut:
- UPKK kategori KAFA Gred A: Sekolah Rendah Islam Syeikh Abdullah Fahim dengan GPS 1.28
- UPKK kategori KAFA Gred B: Sekolah Agama Rakyat Ad-Diniah dengan GPS 1.14
- UPKK kategori KAFA Gred C: KAFA Surau Al-Mashoor Batu Uban dengan GPS 1.17
- UPKK kategori SRAR Gred A: Sekolah Rendah Islam Al-Ikram dengan GPS 1.2
- UPKK kategori SRAR Gred B: Sekolah Rendah Islam Al Masriya dengan GPS 1.17
- UPKK kategori SRAR Gred C: Sekolah Rendah Agama Ibrah dengan GPS 1.05.
- SMA: Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau dengan peratusan lulus 96.5%.
- STA: Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah Bukit Mertajam dengan peratusan lulus 100%.
- STAM: SABK Faqiyah Daimiah, Permatang Pauh dengan peratusan kelulusan 100%.
Pelajar terbaik mengikut kategori adalah seperti berikut:
- UPKK Lelaki: Muhammad Ammar Sufyan bin Mohd Saeran dari KAFA Integrasi Darul Quran dengan peratus markah keseluruhan 97.75%.
- UPKK Perempuan: Nisa' Safiyyah binti Muhd Hanis dari KAFA Sek. Keb. Desa Murni dengan peratus markah keseluruhan 98.63%.
- SMA: Durani Akhtar binti Ahmad Shukri dari Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau.
- STA: Muhammad Hanif Ieman bin Hanifia dari SABK Faqiyah Daimiah, Permatang Pauh.
- STAM: Muhammad Hanif Ieman bin Hanifia dari SABK Faqiyah Daimiah, Permatang Pauh.
Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga pendidikan Islam terus cemerlang di Pulau Pinang.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Pulau Pinang
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
  04-684 7000 | 04-684 7777
| jheaipp[a]penang[dot]gov[dot]my

jata jakim msc penang
Image
  • Kemaskini terakhir: 28 Mei 2024 

Jumlah pengunjung: 1968494

Paparan terbaik menggunakan resolusi 1366x768 pada pelayar web Mozilla Firefox versi terkini.

Hakcipta Terpelihara Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang © 2024